Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑~ XX : 20 ~👑

"Shahmina Iqlil, kenapa kamu macam badmood?" Tanya Tuanku Shahir sewaktu mereka sekeluarga meluangkan masa bersama di dalam sebuah kamar yang dicipta khas buat ahli keluarga Diraja sahaja. Sesama mereka, menggunakan bahasa istana bukanlah satu kepastian.

Shahmina yang berwajah masam sambil membaca buku terus sahaja menoleh ke arah ayahandanya dengan cebikan. Jelas dirinya kelihatan terasa jengkel terhadap sesuatu. 

"Bukan apa ayahanda, Shahmina sebenarnya rasa rimas dengan budak perempuan baru tu." Ujar Shahmina, jujur dari hatinya.

"Budak perempuan baru?" Tanya Shaima dengan suara comelnya. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Shahmina lalu duduk di sebelah kakaknya itu.

Shahmina mengangguk kecil sebagai jawapan. Rambutnya dibetul-betulkan seketika lalu menjawab dalam nada jengkel. "Alah, Dayang Aliya kan namanya? Mengada-ngada betul gayanya."

"Mengapa kamu rasa begitu?" Soal Permaisuri Imarah dengan senyuman nipis. Benar, dia juga sedar akan perwatakan gadis itu namun dia masih muda, maka dibiarkan sahaja. Lambat-laun, seorang dayang bakal dikeluarkan dari istana ini tidak lama lagi.

"Shahmina selalu nampak dia berjalan sesuka hati dia ke mana-mana. Kadangkala, suka benar menegur Tuah dan Andika mengikut sukanya tanpa formaliti. Meski sesama dayang pun, dapat kita lihat mereka berbual dengan sopan sekali. Sebagai contoh, Dayang Ina dan Dayang Rabiha. Mereka itu sahabat baik tetapi tidak pernah Shahmina dengar mereka berkata 'saya awak' di dalam istana." Balas Shahmina. 

"Tetapi bukankah kakak Dayang Aliya itu baik?" Shafiy pula bertanya. Bibirnya tersenyum-senyum kecil.

Shahmina mendengus geram. Segera dia berpaling daripada menghadap keluarganya. "Baik? Sekurang-kurangnya Dayang Ina tidak menggedik dengan orang lain."

"Shahmina cemburu saja tu." Tutur seseorang dari sebuah meja yang terletak di hujung kamar tersebut. Lantas semuanya berpaling ke arah datangnya suara itu.

Shafhan tersenyum senget sambil menongkat dagu. "Macam ana tak tahu yang Shahmina minat dengan Tuah, Andika dan mana-mana lelaki kacak." Katanya lagi tanpa berlapik.

"Shafhan ini....!" Shahmina sudah meninggi suara.

"Abang. Jangan panggil ana Shafhan kecuali kita di luar, ya?" Tegur Shafhan, sedikit rimas. 

Shahmina menjelirkan lidahnya ke arah Shafhan. "Tidak kira. Mahu panggil Shafhan juga." Dia menjawab kemudian berpeluk tubuh.

Keluhan kecil terbit di bibir Shafhan tanda mengalah. Dia menyambung bacaannya tanpa gangguan sesiapa di hujung kamar itu. 

"Tentang kecurian kalung dan kes kamar mandi Shahmina itu kan, tiada sesiapa yang mahu siasatkah?" Shahmina bersuara lagi. "Dayang Ina itu, sudah boleh berkerja. Sewaktu dia digantung, tidak ada apa-apa kes pun yang kena dengan Shahmina." 

"Shahmina syak Dayang Ina dalang segala yang berlaku. Tentang Pahlawan Aryan itu pun..."

"Shahmina, sudahlah itu." Potong Tuanku Shahir dengan lembut. "Kita masih belum ada bukti." Tegasnya pula.

Bagi menyatakan protes, Shahmina merengus lagi. Buku yang dibaca sudah diletakkan ke tepi, tangan yang disilangkan ke dada pula dibawa ke pinggang. 

"Jika dibabitkan dengan Dayang Ina, asyik Shahmina sahaja yang salah." Dia berkata keras. 

Shafiy yang sedang fokus mengira di buku tulisnya sekadar menjulingkan mata ke atas. "Habis itu kakanda Shahmina, ada buktikah yang kakak Dayang Ina itu salah? Banyak betul merungut. Bising sajalah." Bersuara juga dia akhirnya atas dasar geram.

Dari kejauhan, Shafhan sudah menutup wajah dengan buku yang dibaca. Tawanya tertahan-tahan agar tidak terhambur keluar. Jangan main-main dengan Shafiy, dia itu bijak. Apabila di luar kamar ini sahaja sifat kebudak-budakannya itu dikeluarkan.

"Ish! Macam-macamlah!" Jerit Shahmina lalu melangkah keluar. Kakinya dihentak-hentakkan ke lantai tanda marah.

Sebaik sahaja pintu kamar itu ditutup, sunyi menghambat suasana. Beginilah tenang, sesuai dengan masa yang harus diluang oleh ahli keluarga Diraja seperti mereka.

"Apa jadi ya jika Shahmina tahu yang abangnya ini bakal disatukan dengan orang 'itu'?" Bisik Permaisuri Imarah kepada suaminya dalam nada yang agak kuat. Dia mahu memberikan seseorang itu dengar, namun kata-katanya dilapik agar tidak difahami oleh dua orang kanak-kanak yang juga terdapat di dalam kamar tersebut.

Tuanku Shahir sekadar menjongketkan bahu sebelum kedua pasangan sedondon itu tertawa sendiri. Selepas itu, mereka berdua menoleh ke arah Shafhan yang duduknya jauh sedikit daripada mereka.

Melihatkan Shafhan yang sedang menyembamkan wajah ke atas meja sambil tangannya yang menutup kepala, bertambah galak tawa Tuanku Shahir dan Permaisuri Imarah terhadap perbuatan anak mereka itu.

Shaima dan Shafiy sekadar memandang satu sama lain kemudian sambung membuat kerja masing-masing. Apa yang orang dewasa perkatakan, mereka tidak mengerti dan tidak mahu ambil tahu.

°°°°°°°°°°

Berdirinya Makcik Zakiyah dan Zarina di hadapan pagar istana, disertai Rabiha, Fazia dan Nafiz yang menunggu di belakang. Tidak lupa juga dengan Aryan yang mengeraskan dirinya untuk keluar dari kamar rawatan.

"Benarkah bapa mahu pergi lagi?" Soal Zarina dalam nada sedih. Tangan ayahnya yang baru disalam dipegang bagai tidak mahu dilepaskan.

Pakcik Zainal mengangguk yakin. "Bapa ini kan petualang. Banyak lagi tempat harus bapa jelajah untuk membuat duit. Lagi pun, bapa akan dapat banyak lagi surat apabila pulang." Jawabnya kemudian tersengih bagai kerang busuk.

Tangan bapanya yang dipegang segera Zarina lepaskan dengan kasar. "Aish bapa ini, jika dapat surat pinangan, mohon tolak awal-awal ya!" Pintanya sambil memandang ke tempat lain, pura-pura marah.

"Aduh Ina ni... Sakitlah tangan bapa." Pakcik Zainal berkata seakan-akan merajuk. Tangannya diusap-usap lembut.

Wajah Zarina yang kelihatan kelat itu membuatkan Makcik Zakiyah tertawa kuat di situ. "Itulah bapa, lain kali jangan bergurau dengan Ina. Dia ini kan tidak pernah jatuh hati pada mereka yang berada di dunia ini." Ujarnya perlahan.

Bertambah-tambah masam wajah Zarina pada ketika itu. Tiada sesiapa daripada ahli keluarganya yang tahu, bahawa hatinya sudah terpikat dengan watak novelnya yang sudah pun menjadi nyata.

"Sudahlah bapa. Pergilah! Hmph, Assalamualaikum." Halau Zarina kemudian berjalan ke arah bertentangan. Tanpa membuang masa, mereka yang hadir melihat turut mengekori Zarina dari belakang.

Pakcik Zainal menggeleng kepala kesal apabila memikirkan keadaan anaknya itu. Zarina yang berjalan ke arah istana dipandangnya redup dari belakang.

"Ina nampak lain sedikit kan?" Soal Makcik Zakiyah bagai dapat membaca fikiran suaminya itu.

Pakcik Zakiyah mengangguk yakin. "Benar, hatinya seperti punyai cinta baru." Jawabnya dengan senyuman. "Jika cinta itu yang membuatkan dia berubah, bapa bersyukur."

Kedua-dua pasangan itu tersenyum kecil sambil memandang ke arah jalan kosong yang dilalui oleh Zarina tadi.

°°°°°°°°°°

Kutubkhanah istana yang sunyi menjadi tempat Tuah dan Andika melakukan kerja mereka. Hanya dua orang pengawal di pintu bersama beberapa orang dayang sahaja dapat dilihat di sekitar kutubkhanah tersebut.

"Tuah, berkenaan dengan purata perniagaan seluruh Angin Putih ini, kau rasa macam mana?"

"Kau tanya soalan apa ni?"

Andika mengerutkan dahinya. Matanya terus sahaja tertancap pada kertas yang dipegang oleh Tuah. Hanya ayat-ayat sahaja yang tertulis. Tiada satu angka pun yang dapat dilihat.

"Aku yang patut tanya kau, kau buat apa tu?" Tanya Andika pula.

Tuah segera memandang hairan ke arah Andika. "Bukan Shafhan suruh kita siasat kes Aliya dengan laporan daripada Dayang Leha dan Cik Muda Nina?" Balasnya dengan soalan.

"Cik Muda Nina? Siapa itu?" Andika sudah mula meletakkan kertas-kertas yang dibacanya tadi ke tepi. Kini dia mendekatkan dirinya dengan Tuah agar dapat melihat apa yang dibaca oleh sahabatnya itu.

"Cik Muda Nina itu ketua kepada semua pihak masakan di istana ini. Seorang bangsawan yang menawar diri untuk bekerja di bawah kerabat diraja. Lagi pun, dia seorang tukang masak yang terkenal di Angin Putih." Jawab Tuah, sempurna dan jelas. Terangguk-angguk Andika mendengar penjelasan yang diberikan.

Kembali ke tempat asalnya semula, Andika bersandar keras lalu memejamkan mata. "Jadi selama ni akulah yang dok syok seorang-seorang kira pasal cukai, perniagaan apa semua ni? Aish, kenapa tak bagitahu awal-awal?" Tuturnya sendiri.

Segera Tuah menepuk dahinya. "Lah, manalah aku tahu kau tengah buat benda lain. Aku ingatkan lepas keluar dari bilik kerja Shafhan, kita bawa bungkusan kertas yang sama. Berbeza rupanya." Katanya sebelum meletakkan kertas yang dipegang ke atas meja. Dia turut merehatkan diri seperti Andika.

"Satu jam sudah kita duduk di sini, rupa-rupanya buat kerja lain-lain." Rungut Andika disambuti lambaian tangan Tuah yang seperti menyatakan persetujuan.

"Assalamualaikum tuan berdua." Satu suara menerjah mereka berdua. Terkejut bukan kepalang, terus sahaja mereka duduk dengan tegak.

Rabiha yang sedang memegang sedulang teko dan cawan turut terhinjut bahunya akibat terkejut. Mujur sekali dia dapat mengekalkan dirinya dalam posisi tegak tanpa melangkah sedikit pun ke belakang.

"Oh, Dayang Rabiha." Tegur Tuah sebelum tertawa janggal. "Ada apa ya?"

Dulang yang dibawa diletakkan ke meja sisi yang terletak di sebelah kerusi milik Tuah. "Ini teh bunga. Hamba diminta untuk memberinya kepada tuan berdua oleh Tuan Putera Shafhan. Selamat berkerja." Ujarnya lalu meminta diri.

Hilang sahaja susuk Rabiha daripada pandangan, Tuah dan Andika lantas menghela nafas lega. Jika didengari bahasa yang digunakan mereka, buat malu sahaja dicop sebagai penasihat diraja.

"Dayang Rabiha itu, lemah-lembut seperti Dayang Ina, kan? Memang sesuai bersahabat." Puji Andika seraya matanya melihat gerak-geri Tuah yang sedang menuang air ke dalam cawan buat dirinya.

Cawan yang dipenuhi air dihulur Tuah kepada Andika. Sewaktu Andika menyambut huluran itu, dia sempat tersenyum nipis. "Eh, minat ke?" Soalnya, serkap jarang.

"Orang puji je, dah fikir macam-macam. Apa punya kawan." Tukas Andika lalu menghirup teh tersebut. Sedap dan menyegarkan.

Tuah meletakkan teko ke atas dulang semula setelah menyiapkan teh untuk dirinya. Mimik wajah jengkel dibuatnya tanpa pengetahuan Andika. Jika sudah bersahabat lama, cakaplah apa-apa penipuan pun. Pasti akan terselit satu firasat yang mana dapat membaca hati satu sama lain.

"Sudahlah, ayuh kita sambung kerja kita. Sekali Shafhan marah, habis kita."

Kutubkhanah mula kembali tenang tanpa suara yang berbalah. Dua orang pemuda yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja dapat dilihat disimbahi cahaya matahari yang berjaya menyelinap masuk melalui tingkap-tingkap yang ada. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro