👑~ XLIV : 44 ~👑
Sunyi, keadaan malam itu sungguh sunyi. Zarina ke hulur ke hilir di koridor bangunan Beliung Tiga dengan cemas. Petang tadi, segala barangnya sudah dipindahkan ke sebuah kamar baharu yang terletak di dalam bangunan yang dia sedang duduki kini. Pakaian seragam Angin Putih telah pun dipulangkan semula kepada kerajaannya.
Setiap kali para petugas istana berhenti kerja ataupun sudah cukup kontrak mereka, sebuah majlis kecil-kecilan akan ditubuhkan oleh persatuan petugas-petugas istana itu sendiri. Majlis yang dikatakan majlis graduasi itu diadakan bagi menyambut sang insan yang bakal meninggalkan istana itu. Ini bagi menunjukkan bahawa jasanya dikenang dan segala sumbangannya pada kerajaan ini amat dihargai.
Tidak kurang daripada itu, mereka akan menerima hadiah daripada keluarga diraja. Hadiah yang paling menarik bagi mereka semua adalah sepersalinan yang memiliki lambang kerajaan Angin Putih. Hanya mereka yang pernah berkhidmat kepada istana sahaja yang akan memiliki persalinan itu apabila mereka bersara nanti. Selain itu, potrait mereka akan berada bersama-sama dengan potrait petugas yang lain yang terletak di ruangan khas di koridor istana itu. Ruangan 'memori' namanya diberi.
Dan kini, Zarina akan melalui semua itu dalam beberapa hari yang akan datang. Meskipun dia tetap akan berada di dalam istana, rakan-rakan sekerjanya tetap ingin melakukan majlis tersebut sebagai tanda hormat dan mengekalkan tradisi. Shahmina juga tidak kurang terujanya, tetap tegas dengan pendiriannya yang mahu terlibat sama.
"Dayang Ina, kenapa terlihat resah?" Satu suara tiba-tiba menyoal, menyebabkan Zarina terloncat sedikit di tempatnya. Perlahan-lahan, wanita itu menoleh ke belakang.
Di situ, terlihatlah Shafhan yang berdiri kekok, gah dalam persalinan dirajanya itu. Mungkin terlihat gah kepada mereka yang tidak tahu, namun persalinan itu adalah persalinan beradu. Senang kata, baju tidur.
"Ah, Tuan Putera Shafhan. Ti- tiada apa-apa. Banyak yang sedang hamba fikirkan." Balas Zarina tanpa memandang wajah pemuda itu. Anak matanya sekejap mengerling lantai, sekejap mengerling Shafhan.
Sudahnya, kedua-dua insan itu berdiri kekok di tengah-tengah koridor itu.
"Apa ni, berbual dalam bahasa istana? Awak berdua itu sudah halal, tiada lagi pangkat tuanku atau hamba. Cakap biasa-biasa tidak boleh ke?" Satu suara menyampuk dari hujung koridor.
Segera mereka berdua menoleh, mencari keberadaan pemilik suara tersebut. Kelihatan Permaisuri Imarah sedang memandang mereka dengan wajah bengang.
"Bonda?!" Shafhan hampir menjerit di situ akibat terkejut.
"Kenapa terkejut sangat? Ini ha, bonda mahu berikan kamu berdua selimut ini lebih kerana takut malam ini sejuk sangat." Tutur Permaisuri Imarah sambil menghulurkan sehelai selimut pada Shafhan dan sehelai lagi pada Zarina. "Kalau sekali lagi bonda dengar kamu berdua panggil satu sama lain macam itu, bonda piat-piat telinga." Pesannya pula.
Shafhan mengemam bibir tanda takut manakala Zarina pula menganggukkan kepalanya laju. Apabila puas hati dengan balasan itu, Permaisuri Imarah mengarahkan mereka untuk tidur. Sebelum memasuki kamar, Zarina dan Shafhan sempat menyalam tangan wanita itu.
"Sudah solat Isyak?" Tanya Shafhan selepas dia menutup pintu.
"Sudah." Balas Zarina sepatah.
Melangkah ke dalam, Shafhan seperti sedikit teragak-agak. Namun melihatkan gaya Zarina yang selamba dan cuba untuk menyelesakan dirinya, Shafhan memberanikan diri untuk mendekati wanita itu. Senyuman manis yang dia dapati terasa seperti berbaloi pula.
"Jom, baca Al-Mulk sama-sama." Ajak Shafhan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Zarina yang sudah pun mengambil tempat di atas katil.
Bertambah lebar senyuman Zarina. Memandangkan dia masih belum mencabut tudungnya, lekas dia mengambil Al-Quran dan membuka muka surat yang mengandungi surah tersebut. Beberapa minit kemudian, dia memandang Shafhan dengan hairan.
"Awak tak guna Al-Quran?" Soal Zarina, polos.
Tertawa Shafhan mendengarnya. "Ina, saya kan sudah hafal satu Al-Quran itu." Balasnya.
Zarina menepuk dahinya kesal. Ya tak ya juga kan?
Tiba-tiba wajah Zarina memerah. Apabila Shafhan memanggilnya dengan nama singkatnya itu, terasa seperti ada beribu rama-rama berterbangan di dalam perutnya.
"Okeylah, okeylah. Jom kita baca sama-sama." Kata Zarina dengan cebikan. Kemudian, mereka meluangkan masa menghabiskan surah tersebut bersama-sama.
Meskipun Zarina agak teragak-agak dan sedikit lambat bacannya, Shafhan terlihat sabar dan mengikut kelajuan isterinya itu. Apabila ada kesalahan tajwid, pasti dia akan menegur dengan lembut. Zarina pula patuh, membacanya berulang kali agar dia tidak lagi tersalah sebut.
"Sadaqallahulazim." Ucap mereka serentak lalu Zarina pun menutup helaian dan mencium Al-Qurannya. Shafhan sekadar tersenyum, merenung sahaja setiap gerak geri isterinya itu.
Selepas menyelesaikan apa yang patut, Zarina menoleh ke arah Shafhan yang masih memandangnya. "Ada apa saya boleh bantu?" Soalnya berjenaka. Dia lantas menepuk-nepuk bantal bagi menyembunyikan wajahnya di sebalik rambutnya yang pandai mengurai.
"Tak ada apa." Jawab Shafhan dengan senyuman kecil. Meski wajah tidak terlihat, tetapi telinganya yang merah itu menunjukkan bahawa dia segan dengan keadaan itu.
Sekarang ini, mereka berdua sedang cuba untuk menyelesakan diri dengan satu sama lain. Masing-masing seperti kekok di atas katil tersebut. Sudahlah selama ini punyai katil sendiri dan tidak berkongsi, kali ini perlu pula bersama dengan lain jantina pula itu.
Jantung Zarina seperti mahu tercabut dari rumahnya. Cuba bayangkan, watak kegemaran dia ada di sebelahnya? Menjadi miliknya? Sehidup semati dengannya? Bakal tinggal dengannya buat selamanya? Gila!
"Ina, fikir apa lagi tu?" Suara Shafhan memanggilnya dengan lembut. Dia terlihat sedang mengiring ke arah Zarina dengan kepala yang ditongkat dengan tangan kanan.
Menyebut namanya sudah mampu membuatkan Zarina sakit perut. Lagikan mahu melelapkan diri di sebelahnya?
"Saya hidup lagi ke?" Soal Zarina tiba-tiba. Tiada ribut, tiada hujan, tiba-tiba sahaja bertanya demikian.
Shafhan terlopong. "Emmm, hidup? Habis tu siapa sebelah saya ni?" Jawabnya dengan soalan juga. Tangannya cuba untuk mencapai pipi Zarina namun ditariknya semula kerana malu. Tanpa dipinta, Zarina menarik tangan pemuda itu semula dan meletakkannya pada pipinya yang gebu itu.
Shafhan bertindak untuk menarik tangannya semula sebagai refleks tetapi Zarina memegangnya keras-keras agar tidak bergerak. Pemuda itu seperti mahu pengsan dengan keberanian Zarina. Wanita itu memang begitukah? Kerana jika dilihat seperti malu-malu sahaja selalu.
"Saya hidup kan? Tampar saya." Pinta Zarina. Tangan Shafhan digoyang-goyangkan ke pipinya.
Membulat mata Shafhan melihat Zarina. Ya Allah, ujian apa yang mendatang malam-malam begini.
"Iya, awak hidup lagi." Shafhan membalas sambil mengusap pipi Zarina berkali-kali.
Zarina menghela nafas lega. Memejamkan mata dengan sentuhan itu tanpa melepaskan tangan suaminya. Namun leganya tidak lama apabila suara Shafhan menangkap gegendang telinganya.
"Ina?"
"Ya?"
"Wudhuk saya dah batal tahu tak? Semua salah awak." Shafhan berpura-pura marah dengan wajahnya yang comel. Kerutan di dahi menambahkan efek.
Lekas Zarina menepis tangan Shafhan dengan mata yang dibuntangkan. Terkejut? Ya, terkejut. Mengapa dia tidak memikirkannya terlebih dahulu. Suka-suka sahaja pegang anak teruna orang. Eh, tapi bukankah sudah halal? Tetapi dia lupa pula Shafhan ini jenis yang bagaimana.
"Hmph." Itu sahaja yang dibalas oleh Zarina sebelum dia mengiring ke arah yang bertentangan dan membelakangi Shafhan. Dia memejamkan mata sekali lagi tanpa berkata apa-apa.
Aik? Shafhan temangu-mangu sendirian. Dia yang ditarik, dia pula yang ditepis. Sepatutnya dia yang mahu marah sekarang ini, bukan sebaliknya. Namun dia hanya mampu tertawa sendirian di situ. Jika mahu hidup dengan seorang perempuan, begitulah fi'ilnya.
Baiklah, ayuh pergi ambil wudhuk semula.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro