👑~ XII : 12 ~👑
Sekali lagi, istana Angin Putih digempurkan dengan cerita-cerita halus mengenai Zarina. Para petugas istana kini lebih banyak berbual dan berbincang berbanding melakukan kerja masing-masing. Perkara ini membuatkan Dayang Leha berasa geram.
"Sudahlah itu berbual! Buat kerja dan beri perhatian! Jangan sibuk hal orang dan jaga tepi kain orang. Kita tidak tahu, sama ada benar atau tidak cerita tersebut." Tegur Dayang Leha lantang. Lintang-pukang mereka yang sedang bertugas itu berlari ke tempat lain.
"Dayang Ina mana Dayang Ina?" Suara Dayang Leha mula memetir. Mereka yang tinggal di situ sudah kecut perut.
Sebenarnya ketua kepada organisasi dayang istana itu tidaklah garang mana. Dia sekadar menunjukkan ketegasan agar mereka yang lain mendengar katanya. Tetapi bila bersama dengan orang yang disukainya...
"Ya, Dayang Leha? Hamba berada di sini." Balas Zarina yang kebetulannya melalui kawasan tersebut bersama Fazia.
"Dayang Ina! Jumpa pun." Tegur Dayang Leha mesra. Tangannya yang tidak memegang penyapu dilambaikan buat Zarina yang sedang menuju ke arahnya.
Zarina tersenyum gembira tatkala terlihat riak gembira Dayang Leha. Mahupun begitu, dia sudah kecut perut kerana dia turut takut dengan dayang itu.
Yalah, bukan dia tidak pernah kena marah. Dia cuma beranggapan bahawa Dayang Leha kini berasa senang hati dan sebab itulah dia menegur mesra.
"Tuan hamba baik-baik sahaja?" Tanya Dayang Leha risau. Wajah Zarina ditatapnya penuh kasih sayang.
Bila dipersoalkan begitu, hati Zarina retak seribu. Matanya yang sudah sembab kerana menangis menakung air sekali lagi. Sebentar tadi, dia hanya mampu menangis di hadapan Fazia tanpa mengatakan apa-apa. Manakala Rabiha pula, sedang berada di bangunan lain bagi menyiapkan tugasnya.
"Hamba... Hamba ingin berehat." Balas Zarina sebelum menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Dayang Leha dan Fazia kemudian melangkah pantas menuju ke kamarnya.
Dayang Leha melihat keadaan Zarina dari belakang dengan wajah yang sedih. Wanita itu, sudah banyak dia lakukan untuk istana ini. Mengapa sejak kebelakangan ini, nasib buruk seringkali menimpanya?
"Apa jadi sebenarnya Dayang Fazia?" Tanya Dayang Leha, menoleh ke arah Fazia.
Fazia yang sedang termenung segera berpaling ke arah yang bertanya. "Hamba tidak tahu, Dayang Leha. Dayang Ina sebentar tadi hanya mampu menangis. Dia dipanggil untuk menghadap Tuanku Shafhan dan Permaisuri Imarah tanpa sesiapa yang mengiring."
"Hamba hanya mampu... Menunggu di luar." Sambungnya lagi lalu menyeka air mata. Dia turut bersedih dengan nasib rakan sekerjanya itu.
Wajah serius ditayangkan oleh Dayang Leha sebaik sahaja mendengar penjelasan itu. Hatinya yakin bahawa semua yang berlaku telah dirancang oleh seseorang.
°°°°°°°°°°
Taman bunga yang terdapat di belakang istana menjadi tempat Zarina memujuk hati. Kini, tiada lagi air mata yang mampu ditumpahkan. Dia hanya mampu memandang langit yang biru, dipenuhi mega yang bagaikan gula-gula kapas.
Fikirannya melayang terhadap perjumpaannya itu tadi. Bukan setakat Tuanku Shahir dan Permaisuri Imarah yang berada di situ, dia turut ditemani renungan tajam Shahmina dan wajah manis milik Shafhan.
Shaima dan Shafiy sudah diarahkan untuk memasuki kamar mereka kerana kedua-dua kanak-kanak itu sudah jelas akan mempertahankan Zarina. Maka dengan itu, mereka tidak mahu ada yang masuk campur.
Ya, Zarina amat terkejut tatkala terlihat situasi Shahmina yang mana bilik mandinya dipenuhi lumpur. Dengan sekuat kudratnya yang kian hilang, dia mengangkat sumpah bahawa dia tidak melakukannya sama sekali.
Buat masa ini, keluarga kerabat masih cuba untuk mempercayainya namun dirinya digantung daripada meneruskan kerja-kerja di istana. Bapanya tiada di sini manakala emaknya pula berada di bangunan lain.
Kalaulah... Dia tidak pernah menjejaki ke sini, apakah perkara ini akan terjadi? Tetapi jika dia tidak hadir ke sini, tidaklah dia dapat merasai kebahagiaan yang tidak dapat dia rasakan sewaktu kecil.
"Dayang Ina!" Seruan yang biasa didengari itu tidak diendahkan Zarina.
Biar, fikirnya. Mereka tidak lagi perlukan aku, getus hatinya.
"Dayang Ina, Tuanku Shafhan sukakan awak!" Jerit suara itu.
Terus sahaja Zarina bangkit lalu berpaling ke belakang. Kelihatan Andika dilepuk oleh Shafhan yang hadir bersamanya.
Kus semangat. Zarina mengusap dada dan menyangkakan apa yang suara itu jeritkan tadi hanyalah satu khayalan. Putera manalah yang inginkan dirinya?
"Kena- Uhm, Mengapa ya?" Tanya Zarina, sedikit bersopan.
Andika tersenyum sendiri. 'Nampaknya dia tak dengar.' Bisik hatinya.
"Sebenarnya, pengawal kamar milik Tuan Puteri Shahmina ada memberi kebenaran buat Dayang Aliya untuk masuk selepas tuan hamba keluar. Mereka diberitahu bahawa Dayang Aliya hadir ke situ kerana Dayang Ina tertinggal akan sesuatu dan dia ingin mengambilnya. Sambil itu, terdapat sebuah baldi dalam pegangannya."
Penerangan Andika yang panjang lebar itu membuatkan hati Zarina berdetak hebat. Tidak akanlah gadis molek itu mahu mengkhianatinya?
Tergeleng-geleng Zarina mendengarkan itu. "Eh, tidak akanlah..." Dia cuba untuk menafikan tetapi tiada kata lagi yang mampu disambungnya.
Iyalah, Aliya sering datang kepadanya dengan senyuman dan beramah mesra. Namun, ada kalanya jelingan tajam diberikan disertai renungan membunuh. Apabila dipertanyakan, jawapannya hanya sama. Ketawa geli hati.
"Dayang Ina, tuan hamba berehatlah sebolehnya. Hamba dan para petugas yang lain akan membantu tuan hamba menyelesaikan segala salah faham." Janji Andika dengan penuh bersemangat. Tangannya dijulang ke udara.
Pada mulanya, Zarina sekadar tersenyum manis kemudian memaparkan riak terkejut. "Mengapa... Tuan hamba sekalian terlalu baik dengan hamba?" Soalnya tiba-tiba.
Dia ingin tahu, mengapa dirinya dilayan dengan baik sekali sejak pertama kali Shafhan dan pembantu-pembantunya tiba di Angin Putih.
"Kerana Dayang Ina yang selalu ditimpa masalah?"
Sekali lagi, Andika dilepuk oleh Shafhan yang sedari tadi hanya mendengar. Apa punya jawapan.
Shafhan menarik nafas dalam sebelum menutup mulutnya dengan belakang tangan. Wajahnya yang mula memerah itu cuba untuk disembunyikan.
"Sebenarnya, bonda dan ayahanda ada hasrat-"
"Tuanku~!"
Belum sempat Shafhan menghabiskan kata-katanya, satu suara lunak menjerit dari jauh. Zarina yang tadinya tekun mendengar tersentak hebat dengan jeritan itu.
Tanpa meminta diri, Shafhan segera melangkah ke arah Aliya. Langkahnya diiringi dengan istighfar setelah tersedar akan perbuatannya yang sedikit kurang sopan.
Zarina melihat perbuatan Shafhan dan Aliya dari kejauhan. Kelihatan kedua-duanya sedang berbual sesama sendiri sebelum Shafhan melangkah pergi. Aliya menoleh ke arah Zarina.
"Huh?" Ucap Zarina tatkala terlihat reaksi Aliya kepadanya. Adakah gadis itu, baru sahaja menjelirkan lidah dalam nada mengejek?
"Tuan Andika-"
"Hmm?" Andika menoleh ke arah Zarina, berwajah menyampah. Selepas itu, dia terus sahaja berubah ceria bagi menyembunyikan perasaannya.
Deheman kecil Zarina berikan lalu mula bersuara. "Tuan hamba tahu apa yang bakal diberitahu oleh Tuan Putera Sha-"
"Ah! Tak tahu! Tak tahu!" Balas Andika kuat sekali. Terkejut si Zarina yang bertanya tenang.
Debuan tanah memenuhi pandangan setelah Andika berlari laju meninggalkan Zarina yang terpinga-pinga di situ. Apa yang sudah terjadi?
Walaupun sedih dan gundah-gulana, Zarina berasa sedikit gembira apabila sedar yang Shafhan kini sudah berani untuk berbual bersamanya.
Meskipun tadi dia tidak sempat menghabiskan ayatnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro