👑~ LV : 55 ~👑
Pagar istana Angin Putih terbuka luas apabila jeritan Tengku Aisy kedengaran dari jauh. Pengawal yang menjaga lekas melakukan kerja mereka, membuat tabik hormat dan menarik pagar dengan pantas untuk Jaguh berlari masuk. Dayang-dayang dan pembantu istana berduyun-duyun keluar dari istana termasuklah Tuanku Shahir dan Shafiy.
"Shafhan dia-" Suara Tengku Aisy tersekat-sekat memberi laporan. "Dia ditikam oleh Cik Muda Aleya dan diserang oleh Puteri Rhaina dan Putera Rhaidan. Saya sudah menangkap mereka dan menghantar mereka ke tempat yang sepatutnya tapi Shafhan-"
Tuanku Shahir berlari ke arah Jaguh, menghulurkan tangannya cepat-cepat pada Tengku Aisy. Putera itu lantas menurunkan Shafhan perlahan-lahan ke dalam dukungan ayahandanya sebelum dia sendiri melompat turun dari Jaguh.
"Aisy, kamu masuk sekali. Kamu perlukan rawatan." Ajak Tuanku Shahir lalu berlari ke dalam bersama dua orang pengawal dan tiga orang dayang di sisinya. Shafiy tidak terkecuali, kaki kecilnya terkedek-kedek mengikuti semua yang berada di situ.
Walaupun sedikit terkejut dengan ajakan itu, Tengku Aisy tidak betah untuk berada di luar lama-lama. Dia mengekori Tuanku Shahir dengan pantas bagi menuju ke bilik rawatan.
°°°°°°°°°°
"Shafhan! Shafhan!" Suara Zarina memantul di segenap koridor istana. Wanita itu berlari-lari bagi bergerak pantas ke bilik rawatan setelah khabar itu sampai kepadanya. Air matanya berjurai membasahi pipi, jantungnya berdegup kencang seperti mahu tercabut dari tempatnya.
"Kakanda Ina! Kakanda!" Jeritan Shahmina dan Shaima bersahut-sahut. Dua puteri itu mengejar Zarina dengan susah payahnya bersama gaun labuh yang dipakai mereka.
Mereka bertiga asalnya sedang meluangkan masa bersama di bilik keluarga diraja dan menghirup teh. Kehadiran Dayang Leha bersama Dayang Rabiha yang sangat tiba-tiba mengejutkan mereka. Sudahlah tidak mengetuk pintu, pintu dibuka secara kasar sehingga menghempas dinding pula itu. Berita kepulangan Shafhan yang dipenuhi darah dan asbab perkara itu berlaku diceritakan secara teliti pada mereka, membuatkan Zarina hampir pitam dengan kejutan itu.
"Dayang Nadhira! Dayang Amatullah!" Panggil Shahmina yang kebetulannya terlihat dua dayang itu. "Kejar Ina! Tangkap dia!" Arahnya dengan kuasa veto seorang puteri.
Tidak sampai beberapa minit, Zarina sudah berada dalam pelukan dua orang dayang. Wanita itu bergelut dengan kasar, menendang dan menolak dengan segala cara yang boleh. Dia ingin keluar dari pegangan itu dan menemukan Shafhan. Dia harus melihat keadaan suaminya!
"Kanda sabar! Kanda tak boleh melihat Shafhan kerana ia akan mengganggu proses rawatan. Selepas doktor mengatakan bahawa keadaan Shafhan stabil, kanda boleh lihat dia. Beta dan Shaima juga masih belum dapat melihat Shafhan. Sabar, kanda." Pesan Shahmina yang sudah berada di atas lantai bersama mereka yang lain.
Shaima pula berdiri di belakang sambil bermain dengan tangannya. Gadis kecil itu buntu, dia sendiri masih belum tahu apa ceritanya. Dia hanya mengikut sahaja segala gerak-geri kakaknya itu.
"Shafhan kena tikam, Shahmina!" Beritahu Zarina seperti Shahmina tidak tahu tentang kenyataan itu. "Ina nak bunuh perempuan tu! Perempuan gila tu! Dia tikam Aryan sebelum ini dengan niat nak bunuh Ina! Lepas itu dia letak semua kesalahan pada Ina. Sekarang ini, dia bagi dekat kita Shafhan hujung-hujung nyawa je dan lepas begitu sahaja?!" Luahnya keras sekali.
Keadaan Zarina sudah tidak serupa seorang warga istana. Ikatan bajunya telah longgar dan reben-reben yang seharusnya menjadi perhiasan persalinannya habis terjurai serata tempat. Bukan itu sahaja, tudungnya senget-benget akibat bergelut sebentar tadi.
"Lepaskan dia." Pinta Shahmina. Sekelip mata Zarina bebas dari penjara pelukan tersebut manakala dua orang dayang itu segera bergerak ke tepi dan berdiri tegak.
Shaima lantas melontarkan dirinya pada Zarina untuk disambut. Gadis itu memeluk Zarina erat-erat seperti tidak mahu lepas. Dia terkejut melihat bekas dayang kesayangannya berkeadaan seperti itu.
"Aisy kata dia sudah hantar orang-orang yang menyerang Shafhan ke tempat yang sepatutnya. Boleh jadi mereka dihantar untuk dipancung atau ada cara lain yang bakal diberikan Lembayung Merah. Shafhan tidak boleh diusik, itu peraturan perang kali ini. Tetapi ada yang degil, beginilah jadinya." Jelas Shahmina lalu mengeluh kecil. Zarina dipeluknya sekejap.
Mereka bertiga mengambil masa, bergantung pada satu sama lain. Selepas itu, barulah Shahmina menjadi orang pertama untuk bangkit dan kemudian menghulurkan tangannya pada Zarina dan Shaima.
"Jom, kita lepak dekat luar. Ambil angin. Nanti dalam beberapa masa lagi, pasti akan ada orang panggil dan beritahu tentang keadaan Shafhan. Dia kuat, InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Doa banyak-banyak." Shahmina cuba untuk memberikan kata-kata semangat.
Shaima menyambut tangan kakaknya dengan bersemangat. Zarina pula meletakkan tangannya ke atas tangan Shahmina dengan perlahan-lahan. Kemudian barulah dia berdiri dan meminta dua orang dayang yang sedari tadi berdiri memerhati untuk mengikat semula segala reben-reben yang telah terbuka pada persalinannya.
"Kita tenangkan fikiran, jom." Ajak Shahmina dan mula berjalan ke luar sambil mengiringi Zarina dan Shaima. Tangannya dihayun-hayunkan agar tangan Zarina dan Shaima turut terhayun sama.
Ya, semuanya akan baik-baik sahaja.
°°°°°°°°°°
Zarina duduk di atas tangga batu yang menghiasi hadapan pintu utama. Pintu kayu yang amat besar itu umpama menelan Zarina yang kecil dalam pemandangan itu. Bagi melayan kebosanan dan susah hati, Zarina memerhatikan pengawal-pengawal yang menjaga pagar istana. Mereka juga seperti tidak senang duduk di situ.
Angin bertiup lembut, serba-sedikit memberikan ketenangan pada wanita itu. Shafhan tercedera dan Aryan masih belum pulang. Dia serabut, pelbagai perkara yang difikirkan pada ketika itu.
Sudahlah Shahmina dan Shaima meninggalkannya bersendirian untuk bermain di kebun sana itu. Memanglah tidak jauh, tetapi membiarkannya berseorangan pada ketika itu sangat tidak patut. Dari tempatnya, Zarina dapat melihat Shaima dan Shahmina yang bermain kejar mengejar di sebalik semak-semak yang cantik dicantas Makcik Zakiyah.
"Jangan tertekan sangat. Shafhan okey je." Satu suara asing mengejutkan Zarina. Dia menoleh dan mendongak, kelihatan Tengku Aisy sedang berdiri di belakangnya sambil mengelap tangan dengan sapu tangan.
Zarina tidak menjawab, dia sekadar merehatkan kepalanya di atas tangan yang ditongkat pada lutut. Keluhan kecil dia lepaskan apabila dia dapat melihat Tengku Aisy mengambil tempat di sisinya melalui ekor matanya. Tak boleh duduk jauh-jauh sikit ke?
Sedang mereka berdua melayan perasaan ditemani gelak tawa dua puteri yang tidak jauh dari mereka, bunyi dentuman yang agak kuat mengejutkan mereka semua di situ.
Pom!
Tengku Aisy lekas berdiri. Matanya melilau ke serata tempat bagi mengesan sesuatu.
"Itu isyarat peperangan telah berakhir!" Laungnya lalu berlari ke pagar istana yang kini dibuka untuk menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan yang menyertai perang.
Putera itu berdiri di tengah-tengah kawasan pagar yang terbuka. Shahmina segera berlari ke sisi Tengku Aisy dan memejamkan matanya bagi mendengar isyarat yang disampaikan angin. Gadis itu tersenyum lebar, berita baik telah sampai ke telinganya!
"Kita menang!" Jerit Shahmina di situ. "Ina, kita menang!" Jeritnya lagi lalu berlari ke arah Zarina yang terpinga-pinga di hadapan tangga.
Sorakan dan laungan manusia dapat didengari di luar kawasan istana. Nampaknya, rakyat Angin Putih telah menerima berita yang sama. Mereka meraikan kemenangan di luar sana.
Tangan Zarina digenggam oleh Shahmina tanda teruja. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.
Zarina membuang pandangannya pada pagar istana yang terbuka luas. Hatinya berdebar-debar menunggu apa yang bakal terjadi selepas ini.
Alhamdulillah, Allah Maha Adil.
°°°°°°°°°°
Tidak, ini tidak adil!
Sebentar tadi, Zarina menantikan kepulangan para pahlawan yang bakal pulang ke istana di hadapan pintu utama. Rabiha dan Fazia setia di sisinya. Bunyi ladam kuda yang perlahan menambahkan debaran di dada masing-masing.
Sedikit demi sedikit, pahlawan mula pulang dalam pelbagai keadaan. Ada yang bertongkat, berbalut di beberapa bahagian badan dan ada juga yang seperti tidak tercedera apa-apa. Namun begitu, mereka yang tidak mengalami kecederaan yang teruk bakal membawa pengusung yang ditutupi kain putih.
Dari situ sahaja semua yang melihat sudah tahu bahawa di bawah kain putih-kain putih tersebut merupakan sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.
Zarina memanjangkan lehernya bagi mencari kelibat Aryan. Pemuda itu pasti akan selalu dapat dilihat bersama Pahlawan Rizman. Tetapi mata Zarina tidak dapat menangkap mana-mana pahlawan yang rapat dengannya dalam keramaian itu.
Para pahlawan yang telah melangkah masuk ke kawasan istana akan bergerak terus ke kiri untuk menuju ke dewan, residensi dan kawasan khas mereka. Rabiha dan Fazia sudah tidak senang duduk, mereka turut memerhatikan setiap gerak-geri pahlawan-pahlawan yang melepasi mereka bak helang mencari mangsa.
"Cik Muda Zarina." Panggil seorang pahlawan remaja. Dia mendekati Zarina, Fazia dan Rabiha.
Pahlawan itu menghulurkan sesuatu pada Zarina dan Zarina menyambutnya dengan penuh keliru. 'Sesuatu' itu dibalut dengan kain putih dan terasa berat sekali apabila diangkat. Setelah Zarina menyambut huluran itu, pahlawan itu lekas berlalu pergi selepas berkata, "Hamba minta maaf."
Serta-merta Zarina menyelak kain tersebut. Fazia dan Rabiha sibuk mengintai dari sisi bagi melihat apa yang diberi.
Belum sempat dua orang dayang itu menanyakan apakah ia, pegangan Zarina pada 'sesuatu' itu terlepas sebelum wanita itu jatuh disambut Rabiha dan terus tidak sedarkan diri.
Fazia lekas mengambil barang yang terjatuh dan terkeluar dari balutan kainnya itu. Dia terkejut, tangannya terhenti daripada mencapai barang tersebut. Sepersalinan perisai besi dihiasi darah memenuhi layar mata mereka yang melihat.
"Ya Allah." Ucap Rabiha, memeluk Zarina yang longlai di sisinya. "Itu- Itu baju pahlawan Aryan."
Nafas kuat Fazia tarik sebelum dia berdiri dan membuka pintu utama seluasnya. "Cik Puan Zarina pengsan! Tolong!" Jeritnya sekuat hati agar berita itu sampai ke seluruh warga istana.
Sampainya perisai seorang pahlawan pada tangan sesiapa, itu bermakna bahawa pahlawan tersebut tidak lagi akan berjalan di atas dunia ini. Hanya pakaian yang dibawa ke perang itu sahaja yang menjadi simpanan ahli keluarga dan sebagai berita peninggalan beliau.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro