👑~ III : 3 ~👑
Berita mengenai kehadiran seseorang telah tersebar di dalam istana dan perkara itu membuatkan Zarina berasa bingung. Apakah cerita yang menjadi sensasi sekarang ini?
"Sahabatku, Rabiha. Boleh hamba bertanya akan sesuatu?" Soal Zarina setelah berjam-jam mengelilingi istana bagi mencari kewujudan sahabatnya itu.
Rabiha yang sedang menyusun bunga itu menoleh ke arah sahabatnya yang hadir dari belakang. "Ya, Zarina? Apakah tujuan tuan hamba datang sejauh dua bangunan ini bagi berjumpa hamba?"
Zarina mendekati Rabiha yang sudah bersedia untuk mendengar. "Mengapakah keadaan di istana ini kecoh belaka? Apakah yang akan berlaku pada hari ini?" Soalnya.
"Hari ini, putera sulung yang mana merupakan pewaris takhta seterusnya akan berangkat pulang. Oleh itu, kami telah diarahkan oleh baginda Tuanku Shahir untuk menghias istana bagi menyambut kepulangan Putera Shafhan."
Mendengarkan jawapan Rabiha itu, Zarina mengangguk faham. Namun, diamnya tidak lama sebelum bertanya semula. "Bagaimanakah rupanya si putera itu?"
"Hamba tidak tahu, duhai sahabat. Tiada seorang pun warga istana yang pernah melihat wajahnya yang kini berusia dewasa. Hanya gambar sewaktu kecil miliknya sahaja yang masih tergantung di dinding-dinding istana." Balas Rabiha dengan lembut sekali.
Mujurlah Zarina mempunyai teman yang serba tahu. Dirinya yang sering ketinggalan ini merupakan satu kelemahan baginya.
Ataupun, adakah dayang-dayang istana ini yang cemburu akan dirinya? Maka, mereka tidak memberitahu kepadanya mengenai hal-hal penting istana.
"Dayang Ina, hamba mendapat cerita bahawa tuan hamba kerap menghilangkan diri sewaktu bekerja? Apakah benar?" Tanya Rabiha dalam nada berbisik.
Zarina memaparkan wajah terkejut. Dirinya curi tulang? Sungguh palsu dan dusta!
Setiap tahun, dialah yang sering mendapat anugerah daripada raja dan permaisuri sebagai dayang atau inang terbaik di istana.
Sudahlah istana cantik dikemasnya setiap hari, bilik beradu keluarga diraja dihiasnya setiap minggu dan kesejahteraan putera dan puteri berdua itu dijaganya dengan baik sekali.
"Hamba menghilangkan diri? Jikalau mereka berfikiran begitu, adakah mereka tidak pernah melihat hamba keluar dan mencari buah-buahan untuk dihidangkan kepada raja dan permaisuri?" Ujar Zarina seperti ingin marah.
Sudahlah separuh kerja di istana dilakukannya, malah dibuli pula dengan Tengku Shahmina kadang kala. Kini, orang berkata sebegitu tentangnya?
"Eh, jangan risau wahai sahabat. Organisasi dayang istana kami tahu bahawa dayang Ina tidak berbuat sedemikian! Semua cerita mengenai tuan hamba ini bermula daripada tuan puteri Shahmina." Tutur Rabiha dengan penuh bersemangat. Gayanya bagai mahu menceriakan Zarina.
"Benar, dayang Ina. Hamba pun tidak faham bagaimanakah berita itu mampu tersebar." Muncul seorang dayang dari balik pintu yang berada berdekatan dengan mereka.
Walaupun terkejut dengan kehadiran insan lain itu, Zarina masih cuba untuk mengekalkan wajah yang tenang seraya mengangguk faham.
Bagi menghilangkan kegusaran dalam diri, dia memberi senyuman lebar sebelum meminta diri. Kakinya dilangkah menuju ke pagar istana bagi membantu mereka yang lain di sana. Kini, dia akan menyambung tugasnya yang tergendala akibat merentasi bangunan bagi mencari Rabiha.
"Za-ri-na!!" Satu suara menjerit sebaik sahaja pintu istana yang terbuka memaparkan susuk Zarina yang melangkah keluar. Terkejut gadis itu apabila suara itu memanggilnya kuat dari arah pagar istana yang dikawal ketat oleh para pengawal.
Terkedek-kedek Zarina berlari ke arah pagar dengan kain yang diangkat sedikit. Dia tersenyum sambil mendekati pemuda itu. Kemudian, dia menoleh ke salah seorang pengawal yang menjaga pagar. "Boleh benarkan bapa hamba masuk buat seketika?"
Pengawal itu memandang Zarina lalu mengangguk. Dia menarik pagar itu sedikit supaya pemuda itu dapat menyelit masuk.
"Zarina, lama sudah kita tidak berjumpa!" Ujar pemuda itu lalu memeluk Zarina erat. Zarina hanya berdiri di situ tanpa membalas pelukan yang diberikan.
"Sudahlah berlayar tanpa memberitahu, kini hadir ke istana semata untuk bertemu. Rumah kita, sudah tiada ya bapa?" Balas Zarina dengan senyuman nipis. Matanya meliar melihat para pengawal yang sedang menyaksikan adegan mereka itu.
Cepat-cepat pemuda itu melepaskan pelukannya. Wajah sedih jelas terpapar pada wajahnya. "Rumah apanya kalau bapa tinggal sendirian? Kalian berdua tinggal di sini. Jadi, haruslah bapa berlayar membawa diri." Ujarnya melankolik.
"Eh, bapa! Apa tujuan bapa datang ke mari?" Makcik Zakiyah menyapa tatkala melalui pohon-pohon renek menuju ke pagar istana. Niatnya untuk memotong daun di luar terbantut akibat terlihat seseorang yang tidak dijangkanya akan hadir ke sini.
"Bapa dari Kemuning Hijau sebenarnya. Ada utusan Diraja buat Zarina di sini."
Zarina sudah menggeleng kesal. "Apakah ia, bapa? Ada yang mahu datang meminang lagi?"
Hanya dengan riak wajah ibu bapanya sudah menjelaskan apakah utusan tersebut. Kedua-dua pasangan itu saling berpandangan sebelum tersenyum kelat.
"Apa benar, bapa? Jika benar, mengapa?" Soal Makcik Zakiyah kepada suaminya itu.
"Begini, pernahkah kalian dengar kisah tentang keturunan Diraja negara Kemuning Hijau? Keluarganya semua berambut perang. Kini, tiada lagi rakyat mahupun keluarga diraja yang mempunyai rambut bewarna seperti itu. Hanya anak kita, ada sedikit keperangan pada rambutnya. Disebabkan itu, dia dijadikan sasaran sang putera di sana." Jelas Pakcik Zainal dengan panjang lebar.
Makcik Zakiyah tersenyum kekok lalu menoleh ke arah Zarina. Tiada senyuman yang terbit pada wajah anak gadisnya itu.
Sudah sekian lama, teringin juga mereka melihat Zarina mempunyai pasangan. Sudah banyak pinangan ditolak oleh keluarganya demi menjaga hati si anak. Bukan setakat rakyat biasa meminangnya malah keluarga diraja juga tidak kurang mencuba.
Risau sekiranya Zarina bakal berseorangan sehingga ke hari tua semata-mata novel miliknya itu. Sudahlah tidak wujud jejaka idamannya itu, inikan pula mahu mencari yang serupa seperti seorang watak novel?
"Bapa... Bapa tahu bukan jawapan Ina bagaimana?" Tanya Zarina dengan senyuman yang dibuat-buat. Pakcik Zainal yang takut melihat anaknya yang bakal menyinga itu sudah mengangguk laju.
Zarina segera menyalam tangan bapanya itu. "Ina pinta diri dulu." Pintanya lalu melangkah pergi.
Makcik Zakiyah melihat Zarina dari belakang sehinggalah anak gadisnya itu hilang dari pandangan. "Haih... Anak orang tidak mahu, anak raja pun dia tidak mahu. Kalau dia memilih pahlawan Aryan pun tidak mengapa juga. Sekurang-kurangnya, masa depan dia terjamin." Keluhnya sambil memegang pipi.
"Tidak mengapalah. Kita berdoa sahaja semoga dia jumpa lelaki pilihannya." Ujar Pakcik Zainal dengan senyuman. Matanya juga tidak lekang memandang ke arah laluan yang dilalui oleh Zarina tadi.
Kesunyian menguasai suasana sehinggalah deheman para pengawal mula menyapa telinga. "Oh, ya! Haha ya, hamba keluar sekarang." Pakcik Zainal segera melangkah ke pagar yang sudah sedia dibuka untuknya. Dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal.
Terletus tawa Makcik Zakiyah melihatkan perangai suaminya itu. Jika bukan kerananya, tiadalah pekerjaan yang baik buat mereka sekeluarga.
°°°°°°°°°°
"Tuan hamba, mengapa bermuram durja?" Tanya Rabiha yang kebetulannya sedang berjalan bersama Fazia, terserempak dengan Zarina di tengah jalan. Kerja mereka sudah selesai maka, mereka berniat untuk mencari Zarina agar dapat mengajaknya untuk menunaikan kewajipan bersama.
Zarina yang enak melayan perasaan di sudut istana terkejut dengan kehadiran kedua temannya itu. Dia segera memaparkan senyuman manis di bibir dan menggeleng perlahan. "Tiada apa, sahabatku. Hanya sedikit kegusaran bertandang di hati." Balasnya, sopan.
Sudahlah fitnah mengenainya tersebar serata istana, sekarang ini, pinangan yang dia dapat membuatkan dia sedih seadanya. Apa lagi yang harus dihadapnya?
"Jika begitu, ayuhlah kita menunaikan solat Zohor. Selepas itu, kita ke kedai buku bagi mencari novel terakhir kegemaran tuan hamba. Dengan itu, tuan hamba bakal berasa gembira." Ujar Rabiha bagi menyenangkan hati sahabatnya yang seorang itu.
Anggukan kecil diberikan Zarina sebagai tanda setuju. Cepat-cepat dia mengambil bakulnya yang diletakkan di atas almari berdekatan lalu mengekori Rabiha dan Fazia untuk ke tempat yang dituju.
Jika bersedih dan berduka, sahutan Illahi harus kita cari dahulu meski sementara.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro