Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑~ I : 1 ~👑

Al-kisah sebenarnya, Zarina merupakan seorang dayang di istana milik Tuanku Shahir, di negara aman yang bernama Angin Putih. Dia seorang yang sangat riang dan rajin menyapa semua insan yang merupakan warga istana.

Baik raja, permaisuri, putera dan puteri, tukang masak, para dayang mahupun pengawal istana, pasti akan disapanya. Wajah mulus bak mutiara itu sering menjadi tatapan mata mereka.

Diam-diam ubi berisi, Zarina seorang yang sudah berpunya. Berpunya dengan siapa? Berpunya dengan watak kegemaran dialah!

"Aduhai tuan hamba, hamba berasa sedih sekali." Ujarnya pada hari itu sambil memegang penyapu dengan penuh menawan.

Rabiha, sahabat istananya yang sentiasa berada di sisi, pasti akan bertanya dengan penuh risau. "Mengapa? Tuan hamba disakiti?"

Gelengan kecil diberikan oleh Zarina sebelum meletakkan penyapu ke dinding. "Tiada apalah. Hamba mahu ke pasar, mahu ikut?"

"Tidak mengapa. Pergi sahajalah. Hamba akan tinggal di sini untuk menyudahkan kerja." Ujar Rabiha dengan senyuman manis.

Zarina mengangguk faham. Dia mula berjalan ke arah pintu besar istana. Bakul kecil yang terletak di atas sebuah almari, dia ambil.

Senyuman nipis diberikan kepada para pengawal yang menjaga pintu istana. Pengawal-pengawal tersebut membalas senyuman itu lalu membuka pintu besar itu untuk dilepasinya.

Apa yang istimewa tentang Zarina ini, dia mampu untuk keluar dan masuk istana sesuka hati. Bukan apa, dia seorang yang sangat baik dan rajin membantu orang. Maka dengan itu, dia tidak memerlukan kebenaran kerana warga istana percaya, dia bukan calang-calang dayang untuk melarikan diri.

Zarina tersenyum manis. Dia menarik nafas dalam sebelum suaranya yang merdu mula menyanyi. "Andai, hidup ini-"

"Sudah-sudahlah tu menyanyi anakku, oi!" Tegur Makcik Zakiyah, tukang kebun istana yang sibuk memotong daun.

"Alah mak, orang nak nyanyi pun tak boleh!" Zarina mencebik. Potong stim? Ya!

Ketawa Makcik Zakiyah dibuatnya. Dia tersengih sebelum berkata. "Bebas ya kau cakap-cakap macam ini? Kuajo!"

Pelukan kecil diberikan kepada emaknya oleh Zarina. "Yalah mak, orang saja je. Bosan tau dok cakap bahasa istana sepanjang masa. Mak nak dengar orang cakap gini, 'Bonda, bonda boleh jangan kacau Ina? Ina bosan dengar bebelan bonda setiap hari.'" Ajuk Zarina sambil membuat gaya gedik. Makcik Zakiyah menggeleng tanda geli.

Bidadari istana? Huh, jangan diharap dengar oleh ahli keluargnya. Sesungguhnya, dia bagai jauh panggang dari api!

"Nak cakap tu, perlahan sikit. Kau tu baru keluar pagar istana. Boleh jadi pengawal kat sebelah sana tu boleh dengar kau." Kata Makcik Zakiyah yang sibuk memotong dahan semak yang berada di sekeliling pagar istana.

Keluhan kecil diberikan Zarina. Sungguh, dia bosan!

"Nanti masuk pekan, orang masih kena gunakan bahasa sopan ni."

"Dah ini lingua franca negara kita. Kau nak cakap Inggeris dengan raja ke?!"

"Apa bising-bising di luar sana itu?" Dua orang pengawal muncul di sebalik dinding yang menutup pandangan mereka daripada pagar utama istana.

Makcik Zakiyah laju sahaja memotong dahan-dahan yang ada manakala Zarina pula, hanya berpura-pura sedang menghidu bunga.

"Bising? Bising apa ya? Tuan pengawal mendengar apa?" Soal Zarina dengan lembut sekali. Acah-acah terkejut sikit.

Serta merta larian yang sedang dilakukan oleh para pengawal itu terhenti. Mereka tersengih-sengih seraya menggaru belakang leher mereka yang entah gatal entah idak. Merah wajah mereka menahan malu.

"Oh, dayang Ina! Maafkan hamba berdua. Tidak perasan pula hamba berdua yang dayang Ina berada di sana." Ucap pengawal A yang mana memakai baju pengawal berwarna merah.

Baju pengawal merah, tanda mereka sudah berkhidmat untuk istana selama 10 tahun dan ke atas.

"Inikah dayang Ina yang sentiasa diperkatakan orang?" Tanya pengawal B yang memakai baju pengawal berwarna biru.

Baju pengawal biru, tanda mereka baru sahaja berkhidmat untuk istana buat setahun dua. Ataupun, pengawal ini masih baru kerana tidak mengenali Zarina? Mungkin.

"Diperkatakan orang?" Soal Zarina. Bunga yang dihidunya tadi patah ditariknya.

Pengawal A menutup mulut pengawal B lalu tersenyum serba salah. "Tidak, tidak! Dia masih baru maka, dia tidak mengenali ramai orang di sini. Dia mengandaikan bahawa dayang Ina-lah yang saya perkenalkan semalam. Wajah dayang Ina tidak dilihatnya lagi." Dalihnya.

Zarina hanya membalas dengan angukan faham namun lirikannya tidak ada tanda bahawa dia berminat dengan kata-kata pengawal itu.

"Baiklah tuan pengawal sekalian, hamba mahu ke pasar. Pinta diri dulu." Ucap Zarina dengan lembut sekali sambil menunduk sedikit. Kemudian, dia berlalu pergi dengan bakul di tangan.

Wah, wah, wah, sungguh menawan.

"Jelitanya si dayang Ina itu ya? Indah mata memandang." Ujar pengawal A dengan pandangan yang redup ke arah susuk tubuh Zarina dari belakang. Pengawal B hanya mengangguk setuju.

Tidak lama kemudian, aura panas dan seram mula terbit dari arah belakang mereka. Mata yang merah mencerlung mereka kini disedari. Alamak, siapa pula ni?

"Berani tuan hamba melihat anak hamba dengan sebegitu sekali? Andai mahu mati di tangan hamba, marilah menghadap hamba!" Jerit Makcik Zakiyah dengan pemotong daun di tangan. Diketap-ketapnya pemotong itu yang berbilah halus.

Terkejut pengawal-pengawal itu. Mereka segera memusingkan badan dan menunduk hormat. Tunduk hormat dekat seorang pekebun? Ah, apa mereka kisah janji dapat kemaafan daripada emak kepada bidadari istana.

"Ah, ma- maaf!" Pohon mereka berdua serentak lalu berlari-lari anak ke pondok pengawal istana.

Rengusan geram hanya diberikan Makcik Zakiyah diiringi jelingan tajam buat mereka berdua.

°°°°°°°°°°

Zarina berjalan sambil membawa bakul kegemarannya merentasi pasar dengan gembira sekali. Mata-mata yang memandangnya dibalas dengan lambaian mesra. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pasti terpaut dengan senyuman manisnya.

Inilah Zarina. Dayang istana yang dikenali oleh seluruh rakyat negara Angin Putih yang terpencil. Walaupun begitu, negara ini terkenal kerana mempunyai jualan bahan mentah yang banyak dan sering dikunjungi para pedagang dari luar negara.

Lagi pun, bajunya yang melambangkan penghuni istana sentiasa menjadi tarikan orang. Seandainya pengawal atau dayang istana yang lain bersiar-siar di tengah pasar pun, pasti menarik perhatian ramai juga.

"Dayang Ina~" Satu suara menyapa telinga Zarina yang sedang sibuk memilih buah-buahan untuk dibawa pulang ke istana dan diberikan kepada mereka di sana.

Matanya terkenyit-kenyit menahan telinga daripada mendengar suara yang dimanjakan itu. Masam wajahnya apabila derapan tapak kaki mula mendekatinya.

"Dayang Ina kusayang~" Suara itu menerjah gegendang telinganya lagi.

Zarina segera berpaling dengan wajah yang cuba dimaniskan walau hakikatnya dia ingin muntah.

Kelihatan seorang jejaka yang kurus tinggi dalam pakaian diraja sedang berdiri dengan senyuman manis di bibirnya.

Oh, itulah Tengku Ahmed Bakhri, anak buah Tuanku Shahir yang sepatutnya tinggal di negara sebelah iaitu negara Bahtera Biru. Beliau digilai ramai gadis tetapi mangsa utamanya pasti si bidadari istana, Zarina Elisya binti Muhammad Zainal.

Entah mengapa, hari ini pula dia ingin memunculkan diri. Mungkin untuk memujuk Tuanku Shahir agar mengambilnya sebagai pewaris takhta kerana insan yang sepatutnya tiada di sini?

Haih...

"Ya tuanku?" Soal Zarina sambil menarik kainnya sedikit ke atas dan badannya dibongkokkan bagi membuat tunduk hormat.

"Alahai, alangkah indahnya jikalau beta dapat melihat wajah mulus ini setiap hari. Namun, anugerah tuhan berikan, hari ini nasib beta baik kerana dapat berjumpa dengan si buah hati." Tengku Ahmed berkata sambil mengambil tangan Zarina dan hampir menciumnya.

Zarina yang terasa geli terus menarik tangannya semula lalu menayangkan senyuman manis kepada putera raja tersebut.

"Tuanku, ini Angin Putih. Bukannya White Wind untuk melakukan adat yang begitu sekali." Tegur Zarina dengan lembut.

Ini bukan adat istiadat warga penjajah untuk mencium tangan wanita. Itu tidak sopan namanya!

'Aduh, menyampahnya aku dengan mamat yang perasan orang putih ni.' Bisik hati Zarina dengan penuh geram.

"Duhai dayang Ina, janganlah layan beta begitu. Nanti jatuh gering beta dibuatnya akibat degupan jantung yang semakin kencang." Ujar Tengku Ahmed dengan penuh berkarisma.

Gadis-gadis yang lalu-lalang mula ketawa dan berbisik-bisik akibat adegan yang terjadi sebentar tadi. Wajah mereka kelihatan sedikit merah seperti perkara itu terjadi pada mereka pula.

"Tuanku-"

"Dayang Ina." Sebut Tengku Ahmed lalu memegang tangan Zarina yang berlapik. Matanya merenung dalam anak mata Zarina. "Jom, ikut beta."

"Pergi mana?" Zarina menyoal tetapi tidak menolak malah mengikut langkah putera itu buat seketika.

Tengku Ahmed tersenyum. "Ikut sajalah."

Zarina tersenyum kecil seraya menggelengkan kepala. "Maaf, patik ada urusan di istana. Patik pinta diri dulu ya." Tolaknya sopan lalu mula berjalan pergi.

Tengku Ahmed hanya mampu melirik langkah Zarina yang kian menjauh. Buat beberapa minit, dia masih kekal di situ dengan pandangan yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Adakah ini, penangan si Zarina?

"Oh, hatiku!" Ujarnya tiba-tiba sambil memegang bahagian jantung persis orang yang ditembak di bahagian tersebut. Gadis-gadis yang sedari tadinya menonton segala perbuatan Tengku Ahmed menjerit kegilaan bagaikan seorang artis Korea sedang berdiri di hadapan mereka.

Itulah kehidupan si putera negara jiran, sering dikelilingi para gadis dan wanita akibat dirinya yang kacak dan berstatus tinggi. Malangnya, jiwanya terpaut pada seorang dayang istana yang hanya biasa-biasa sahaja.

°°°°°°°°°°

"Sudah jauhkah?" Soal Zarina yang penat berlari sambil melihat ke arah pekan tersebut. Sebentar tadi, sebaik sahaja pandangannya terhadap Tengku Ahmed kian menghilang, dia terus memecut laju.

Jauh dari pasar sudah, jauh dari istana pun sudah. Jadi sekarang ini... Dia berada di mana?

"Aku kat mana ni?!" Soalnya lagi dengan kedua-dua belah tangan diletakkan ke pipi. Wajah benar-benar terkejut ditayangkannya.

Kini, dia sedang berada di pinggir hutan tebal yang berada di hujung pekan. Tempat ini, tidaklah bahaya pun untuknya.

"Oh, sini je kot. Aku dah biasa, aku kan budak kampung." Puji Zarina kepada dirinya sendiri. Amboi, masuk bakul angkat sendiri nampak.

Pada mulanya, dia ingin berlari semula ke istana kerana takut jikalau Tengku Ahmed benar-benar mencarinya di situ. Tetapi setelah melihatkan keadaan pinggiran hutan yang tenang itu, dia mula berubah fikiran.

Zarina berjalan sedikit ke dalam dan mendapati sebuah pohon yang redup dan sesuai untuk dijadikan teduhan. Terus sahaja dia berlari-lari anak ke situ dan mengambil tempat. Bakul yang sentiasa dibawanya diletakkan di tepi dan sebuah novel tebal dikeluarkan dengan penuh berhati-hati.

"Hmmm, ini buku kedua terakhir. Katanya, terbitan jilid baharu akan ada di kedai buku bulan hadapan." Gumam Zarina sendiri lalu menyandarkan diri pada dahan pohon dan mula membaca.

Sedang dia menikmati keamanan di situ, bunyi ladam kuda yang kuat mendekatinya kedengaran. Bagaikan mengecam bunyi itu, dia segera bangkit dan mencari punca tersebut.

"Miss me?" Satu suara muncul dari belakangnya. Zarina tersenyum kecil sebelum menoleh gembira.

"Mana salamnya duhai pahlawan Aryan?" Soal Zarina sambil mengibas pakaian istananya yang dipenuhi debu. Tersenyum-senyum Aryan melihatnya.

Aryan turun dari kudanya dengan berhati-hati lalu membetulkan baju besinya yang sedikit senget-benget. Dia bercekak pinggang memandang Zarina yang terkelip-kelip melihatnya dari tadi.

"Ha, ponteng kerja eh?" Aryan bertanya seraya menjongketkan keningnya berkali-kali. Sudah hilang slang bakunya itu.

Tawa kecil Zarina lepaskan sebelum berpusing-pusing dengan kainnya yang menjadi kembang apabila dilalui angin. "Sekali-sekala. Penatlah terperap dalam istana sahaja."

"Saya ni lagilah. Sudahlah bawa perisai dan senjata berat. Lepas tu, ronda tempat yang sama setiap hari, jumpa orang yang sama setiap hari, disapa orang yang sama setiap hari. Tapi... Awak je yang saya tak jumpa setiap hari." Ujar Aryan. Tangannya sibuk menggosok tubuh kudanya yang bewarna putih itu.

Zarina memicit batang hidung sambil menggelengkan kepalanya. "Ya Allah, kalau aku tahu hari ni jumpa orang-orang pelik, aku tak nak keluar istana." Tuturnya perlahan namun dapat didengari oleh Aryan.

"Saya awak kata pelik? Hei, saya ni kawan baik awak dari kecil tahu?" Marah Aryan sendiri. Zarina yang membelakanginya hanya pura-pura tidak dengar.

Bakul yang diletakkan elok di sebelah pohon diambilnya dengan pantas. Pakaiannya dipastikan kemas dan ikatan rambutnya diperbetulkan. Apabila sudah yakin bahawa dirinya dalam keadaan yang baik, dia mula berjalan meninggalkan pahlawan itu keseorangan.

"Awak nak pergi mana tu?" Soal Aryan apabila melihat Zarina yang sudah melangkah pergi.

Zarina berhenti seketika lalu menoleh ke sebelahnya tanpa memandang Aryan. "Awak kata saya ponteng kerja kan? Saya nak balik istanalah."

"Alah, saya gurau saja. Janganlah merajuk Ina!" Pasrah Aryan. Dia baru sahaja ingin berehat-rehat bersama sahabatnya itu tetapi telah ditinggalkan pula.

Tanpa menoleh ke belakang, Zarina sempat berkata. "Baik awak kerja sekarang. Jikalau tidak, saya beritahu tuanku yang awak ponteng kerja." Kemudian, kelibatnya hilang di sebalik kabus yang memenuhi perjalanannya itu.

"Tapi saya tengah rehat..." Tutur Aryan sedih sebelum menunggang kudanya semula.

Kasihan pahlawan negara Angin Putih yang seorang itu. Sudah diberi rehat, mencari pasal dengan dayang istana pula. Akhirnya, beban pula menimpa. Apalah nak jadi, nasib badan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro