Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16|🍀the truth

Ahli Bts melihat ke arah Park Jimin yang sedang diam tidak berkutik. Mereka semua pelik melihat tingkah laku Jimin yang agak berbeza semenjak dua menjak ini.

Bukannya mereka tidak perasan Jimin lebih banyak mendiamkan diri dan lebih suka mengasingkan diri dari mereka semua.

Jimin hanya memandang kosong ke arah air minumannya yang dibeli di cafe university mereka. 

Dan sudah tentu semua ini berlaku kerana gadis yang dicintainya. SONG JIHYO.

Dan sudah tentu juga Jhope dan juga Yoongi mengerti mengapa Jimin berkelakuan seperti ini. Bukannya mereka tidak tahu yang Jimin ada berjumpa dengan Mingyu tempoh hari. Kebetulan pada ketika itu mereka berdua berada di sana.

Jhope mengerling sekilas ke arah Yoongi lalu mengeluh kecil. Yoongi yang sedang memandang tajam ke arah Jimin membuatkan Jhope tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi.

"Sampai bila kau nak macam ini Jimin?" soal Yoongi dingin menyentakkan ahli yang lain termasuklah Jimin sendiri.

Dia memandang ke arah Yoongi dengan penuh tanda tanya. Apa yang dimaksudkan oleh Yoongi? Jhope pula sudah tidak senang duduk.

"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau sorokkan dari kami semua. Aku tak bodoh macam mereka semua" ujar Yoongi sinis namun masih sempat lagi dia mengutuk sahabatnya yang lain.

"Apa maksud kau ni Yoongi? Rahsia apa yang Jimin sorokkan dari kami semua?" soal Namjoon apabila dia melihat wajah gusar Jimin.

"Aku tahu yang kau menaruh perasaan dengan Song Jihyo. Aku tahu yang kau cintakan dia. Sampai bila kau nak buat diri kau ini nampak seperti orang bodoh?" jawab Yoongi membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut termasuklah Jimin namun tidak bagi Jhope.

"Mana kau tahu?" soal Jimin terkejut. Dia tidak kesah dengan pandangan orang lain ketika ini.

"Bukan Yoongi seorang tapi aku pon tahu. Aku nampak kau simpan gambar Song Jihyo dalam kotak dalam bilik kau" jawab Jhope apabila melihat wajah Yoongi yang selamba itu.

Kini Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Jhope pula. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan Jhope.

"Jangan salah faham. Aku masatu nak cari game controller dalam bilik masa kau pergi Jeju haritu and aku terjumpa kotak kau" jelas Jhope. Tidak mahu Jimin memandang serong terhadapnya.

"Patutlah kau lama sangat dalam bilik Jimin" Jungkook bersuara lalu mengusap dagunya ala-ala seperti seorang penyiasat.

Jimin memandang satu-persatu wajah sahabatnya lalu mengeluh kecil. Tidak menyangka yang rahsianya akan bocor seperti ini.

"Betul, aku cintakan Song Jihyo. Bahkan lebih lama dari bekas kekasih Jihyo, mendiang Joshua. Atau lebih tepat lagi, aku cintakan Jihyo terlebih dahulu berbanding sepupu aku sendiri." terang Jimin membuatkan kesemua mereka terkejut.

"Mendiang Joshua? Tapi macam mana kau kenal dia Jihyo dulu?" soal Taehyung

"Sebenarnya aku yang kenal Jihyo terlebih dahulu. Aku yang nampak dia dulu dan aku yang cintakan dia dulu berbanding Joshua"

"Aku tak pernah bagitahu sesiapa termasuk korang dan Joshua sendiri. Aku lebih memilih untuk melihat dia dari jauh dan perhatikan dia dari jauh" terang Jimin sambil memandang satu-persatu muka ahli yang lain

"Aku berniat nak bagitahu Joshua tapi--" Jimin jeda buat seketika lalu mengeluh berat




(Flashback)

Jimin tersenyum apabila dia melihat Joshua yang sudah terbaring elok di atas katil miliknya. Harini dia mahu memberitahu segala informasi tentang gadis cinta hatinya Song Jihyo kepada Joshua.

Joshua merupakan satu-satu sepupunya yang paling dia rapat dan juga percaya. Jadi dia mahu Joshua orang pertama yang mengetahui tentang Song Jihyo. Dia mahu berkongsi berita gembira ini dengan Joshua.

Setelah hampir setengah tahun Jimin hanya memandang Jihyo daripada jauh, harini dia membuat keputusan untuk menegur Jihyo. Dan dia mahu Joshua menemaninya selepas ini.

Dia akan ke cafe yang selalu dikunjungi Jihyo bersama sahabatnya Mingyu. Dia akan meluahkan perasaannya kepada Jihyo.

"Bila kau sampai bro?" soal Jimin lalu melangkahkan kakinya ke arah katilnya sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Joshua.

Johua terus bangun dari pembaringannya lalu duduk bersila di hadapan Jimin. Wajah Jimin yang kacak itu dipandang sebelum dia mengukirkan senyuman manis.

"Sebelum kau nak bagitahu aku pasal hal yang engkau nak bincangkan. Aku ada berita gembira yang mahu aku kongkisan dengan engkau" jawab Joshua tanpa membalas soalan Jimin tadi.

Daripada nada suara Joshua tadi, nampak sangatlah yang dia memang tidak sabar mahu menceritakan sesuatu kepada Jimin. Jimin memandang wajah Joshua dengan hairan.

"Apa dia? Macam bahagia sangat je aku dengar sampaikan soalan aku kau tak balas" balas Jimin.

Joshua menarik nafas dalam sebelum dihembus. Dia memandang wajah Jimin sebelum tersenyum manis.

"Aku dah ada yeojachingu" ucap Joshua senada dengan laju lalu tiba-tiba pipinya bertukar merah tanda malu dengan Jimin.

Jimin tergamam dengan berita Joshua sebelum dia tersenyum lebar lalu digoncang-goncang tubuh badan Joshua. Tak sangka yang berita ini dia akan terima.

"Kau serius bro?" Soal Jimin tidak percaya. 

Joshua menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Aku jumpa dengan dia dekat kedai buku 2 minggu lepas. Masatu aku tak sengaja langgar dia dan kebetulan pula dia tengah pegang ice coffee di tangan. So, air tu tumpah dekat baju aku dan dia tolong aku" 

Cerita Joshua mengenang kembali bagaimana dia berjumpa dengan gadis miliknya sekarang.

"Sejak daripada itu, kitorang berkawan dan rupa-rupanya kita semua belajar di tempat yang sama" sambungnya lagi.

"2 minggu? Laju betul kau buat kerja" sakat Jimin sambil tersenyum sinis. Gelojoh betul sepupunya yang satu ini.

"Aku cintakan dia bro jadi better aku luahkan perasaan aku secepatnya. Lagipun, dia memang baik and aku suka dengan sikap dia" puji Joshua sambil mengenangkan sikap baik gadis cintanya.

"Untunglah sorang tu dah ada kekasih hati. Lepasni dah jarang dia nak lepak dengan aku" sindir Jimin sambil tersenyum sinis.

Joshua tergelak. "Mana ada bro. Nanti aku akan lepak dengan kau  macam biasa"

"Kenalkanlah awek kau dekat aku. Meh aku tengok gambar dia nak tengok lawa ke tak" sakat Jimin.

"Aku memang niat nak kenalkan kau dekat awek aku. Nanti aku nak jumpa dia dekat cafe so aku bawa kau juga lepas ini" jawab Joshua sambil tangannya sibuk mencari gambar gadis cinta hatinya sebelum diserahkan ke Jimin.

Jimin mengambil sambil bibirnya tersenyum bahagia mendengar kata-kata Joshua tadi sebelum matanya--


Terus hilang senyuman manis yang ada di bibir Jimin. Dia memandang gambar yeochi--- bukan.

Dia memandang gambar gadis yang dicintainya hampir setengah tahun dengan pandangan tidak percaya.

Song Jihyo

Yang kini telah menjadi yeojachingu kepada sepupunya sendiri. Yang Joshua baru sahaja mengenalinya selama 2 minggu.

"Nama dia Song Jihyo. Pelajar aliran seni" terang Joshua tanpa menyedari perubahan riak wajah Jimin.

Jimin masih lagi tidak percaya. Adakah benar gadis yang dicintainya kini sudah menjadi milik orang lain? Lebih buruk lagi, menjadi milik sepupunya.

Satu-satunya sepupu yang dia paling sayang.

"Cantik bro. Sesuai dengan kau" jawab Jimin dengan perasaan yang hiba. Telefon Joshua dipulangkan kembali.

"Thanks bro. By the way, kau cakap ada benda kau nak bagitahu aku kan? Apa dia?" soal Joshua

Terpana Jimin seketika. Ya dia memang ajak Joshua berjumpa untuk mengatakan hal sesuatu. Namun hal tersebut ialah tentang gadis ini. 

Mana mungkin dia mahu memberitahu yang dia cintakan gadis ini, mengenali gadis ini terlebih dahulu berbanding Joshua.

"Tak aku cuma nak cakap yang--lusa aku stay dorm sama-sama dengan member aku" dalih Jimin. Bibirnya sedaya upaya cuba diukir.

Jelas tertampar wajah sedih Joshua.

"Maksudnya nanti makin susah aku nak jumpa dengan kau. Sunyilah aku nanti" jawab Joshua kesal

"Yelatu sunyi, padahal kau nanti asyik berkepit dengan awek kau je" gurau Jimin

"Nanti bila aku balik rumah, aku ajaklah kau tidur rumah sekali. Dekat uni pun kita boleh jumpa" sambungnya lagi.

"Ok. Jomlah ikut aku pergi cafe. Aku nak kenalkan kau dekat Jihyo" ajak Joshua lalu bangun. Dia merapikan dirinya di hadapan cermin milik Jimin.

Mati senyuman Jimin. Dia memandang belakang badan Joshua dengan mata yang sayu.

Dia tidak sanggup. Tidak sanggup melihat senyuman manis Jihyo yang terang-terang bukan buat dirinya.

"Aku rasa tak boleh la bro. Aku nak kena pergi cari barang untuk bawak masuk ke dalam dorm. Lain kali ok?" tipu Jimin.

Joshua memandang wajah Jimin. Dia betul-betul mahu kenalkan Jimin dengan Jihyo.

"Janji dengan aku yang kau akan jumpa dia" arah Joshua lalu mengeluarkan jari kelingkingnya

Jimin memandang jari kelingking milik Joshua dengan seribu satu perasaan.

Manakala Joshua pula hanya menanti dengan penuh sabar. Jimin memandang wajah Joshua sebelum dia mengalungkan jarinya dengan jari Joshua. Senyuman manis juga tidak lupa diberi.

Walaupun senyuman itu hanyalah topeng.

"Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa just call me bro" pesan Joshua sebelum keluar dari bilik Jimin.

Jimin hanya memandang pemergian Joshua. Dunianya bagaikan kelam.

Dia tidak percaya yang kini dia telah kehilangan seorang gadis yang dicintainya. Dan lebih parah lagi dia tidak sempat berkenalan dengan Jihyo.

















"Mianhe saya lambat" ujar Joshua lalu mengambil tempat di depan Song Jihyo.

Song Jihyo tersenyum malu sebelum menggelengkan kepalanya. Ini merupakan  pertemuan pertama mereka sebagai pasangan kekasih. Dan jujur dia amat gugup.

"Kwenchanayeo" ujar Jihyo. Wajah kacak Joshua ditenung lembut sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila Joshua menatapnya sambil tersenyum manis.

"Saya nak kenalkan awak dengan sepupu yang paling saya sayang jadi saya singgah rumah dia dulu" Joshua cuba untuk memulakan perbualan bagi membuang rasa kekok.

Memandangkan ini pertemuan mereka sebagai pasangan kekasih.

"Mana sepupu awak?" soal Jihyo apabila perasan Joshua hanya datang bersendirian.

"Dia busy sebab lusa dia nak pindah masuk dorm dengan kawan-kawan dia" terang Joshua sambil merenung wajah cantik gadis di hadapannya sekarang.

Baagaikan satu mimpi dia dapat memiliki gadis sebaik dan secantik Song Jihyo. Jihyo yang berasa segan dengan pandangan Joshua menundukkan kepalanya.

"Stop staring at me like that" pesan Jihyo malu-malu.

"Wae? Salah ke kalau saya pandang wajah kekasih saya sendiri?" sakat Joshua 

Jihyo tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalanya. Dia bahagia sangat apabila namja ini menjadi kekasihnya. Begitu juga Joshua.

Sepanjang waktu itu, mereka meluangkan masa dengan baik dan bahagia bagaikan tiada orang di sekeliling. Wajah Jihyo juga tampak berseri-seri apabila Joshua pandai menarik perhatiannya.

Tidak jauh dari cafe itu, Jimin menyaksikan segalanya. Dia dapat lihat dengan jelas dua manusia yang paling dia sayangi terlihat begitu bahagia antara satu sama lain. Dan dia dapat lihat senyuman yang paling cantik Jihyo pernah ukir.

Andai senyuman itu untuk dirinya, sudah pasti dialah manusia paling bahagia di dunia. Seperti apa yang dirasakan Joshua sekarang.

"Kau sepatutnya bagitahu perasaan kau dekat dia" tegur seseorang membuatkan bahu Jimin terhenjut kerana terkejut.

Dia menoleh ke belakang dan lihat Mingyu yang sedang berdiri di belakangnya. Mata Mingyu jelas sedang memerhatikan gelagat sahabatnya Jihyo dengan namja yang dicintainya sekarang.

"Hampir setengah tahun kau pandang dia dari jauh dan tak sekalipun kau tegur dia. Jangan ingat sebab badan kau kecil jadi aku tak perasan kau. Dasar kuman betul" ejek Mingyu sambil menjeling Jimin tajam.

"Kenapa kau tak tegur dia? Aku yakin dia boleh jadi milik kau kalau kau usaha" soal Mingyu.

"Mungkin betul kata kau. Dia mungkin dah jadi milik aku sekarang kalau aku mulakan dahulu" ujar JimIn sambil matanya leka memerhatikan pasangan tersebut.

"Tapi dalam kehidupan kita tak selalu dapat apa yang kita inginkan" sambungnya lagi.

"Kau nak buat apa sekarang?" soal Mingyu lagi.

"Lihat dan terus mencintai dia dalam diam. Seperti yang aku selalu buat" jawab Jimin. Senyuman yang terukir di bibir sudah jelas terbukti yang dia tidak maksudkan dengan kata-katanya.

"Aku cuma nak sahabat aku bahagia. Jadi aku minta supaya kau jangan ganggu hubungan mereka" pesan Mingyu. Dia takut jikalau namja ini berubah menjadi seorang yang gila bayang.

Jimin tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Mingyu. Kelakar baginya. Dia menoleh memandang wajah Mingyu yang sedang memandang wajahnya juga.

"Aku pun nak tengok gadis dan sepupu yang aku sayangi bahagia" Ujar Jimin lalu meninggalkan Mingyu dalam keadaaan tergamam.

Mingyu menoleh ke belakang memandang badan Jimin yang semakin menjauh darinya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Joshua yang sedang bergelak ketawa dengan Jihyo.

"Sepupu?"

(Flashback end)







"Jadi apa yang kau nak buat sekarang?" soal Taehyung. Sejujurnya dia tidak menyangka yang Jimin mampu menyimpan luka sedalam itu seorang diri.

Ahli Bts yang lain yang mendengar cerita Jimin juga tidak mampu berkata apa-apa. Tidak sangka yang Jimin melalui satu perkara yang amat berat sekali. Patutlah bermula Jimin pindah masuk ke dalam dorm, dia lebih suka menyendiri.

Jimin hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Sejujurnya dia juga buntu, melihat Jihyo yang berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan diri daripadanya membuatkan dia lemah.

Dia tidak tahu hendak buat apa. Namun dia juga tidak mahu berputus-asa. Dia tidak mahu kehilangan Jihyo buat kedua kalinya. 

"Kalau kau perlukan bantuan atau ada apa-apa yang kau nak kongsi, kau boleh bagitahu kitorang. Kitorang selalu ada untuk kau" Ucap Namjoon tiba-tiba lalu menepuk bahu Jimin lembut. 

Ahli Bts yang lain mengangukkan kepalanya. Sudah tentu dia akan membantu sahabatnya. Jimin tersenyum kecil.

Dia bersyukur mempunyai orang yang betul-betul memahaminya. Dan dia amat-amat bertuah kerana mempunyai mereka berenam.



-Jealousy: - a sign of insecurity - a sign of weakness - a sign of obsession-

Vomment anda semua amat yaya hargai💙

P/s: Yaya dah lama x update...hahaha.. sorry yaya busy sangat..minggu depan pon yaya final exam for pspm..so goodluck siapa yg masuk matriks sama macam yaya.. fighting 👍👍


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro