14|🍀secret
Kim Mingyu menyedut minumannya sambil matanya liar memerhati di luar cafe itu. Sesekali dia melihat waktu di jam tangannya. Dia merengus kegeraman apabila orang yang sepatutnya dijumpainya harini masih lagi tidak muncul-muncul.
"Dah nak dekat 30 minit kau tak muncul-muncul lagi! Tunggu kau. Aku botakkan kepala kau kejap lagi!" akibat terlalu geram. Straw yang sepatutnya disedut itu dia gihit dengan geram.
"Sorry bro aku lambat. Ada hal tadi" akhirnya orang ditunggu-tunggu telah sampai. Orang itu terus mengambil tempat berhadapan dengan Mingyu. Wajahnya tidak menunjukkan perasaan bersalah kerana telah datang lewat.
Mingyu hanya menjeling orang yang sedang duduk di hadapannya sekarang. Sudahlah datang lambat, kemudian tidak punya rasa bersalah lansung.
"Kau nak apa jumpa dengan aku Jimin?" Mingyu merenung ke dalam anak mata Jimin dengan tajam. Tidak pernah-pernah Jimin ajak berjumpa melainkan--
"Jihyo kwenchana?" ujar Jimin sedikit risau. Sudah 2 hari sejak kejadian di studio tarian berlaku. Dan dalam masa itu jugalah, Jihyo memang tidak mahu berjumpa dengannya. Hatinya terseksa.
"Jihyo okay. Cuma dia sekarang tengah keliru. Keliru dengan perasaan dia sendiri" jawab Mingyu. Sejujurnya, dia berasa kasihan dengan nasib dua orang ini. Saling mencintai namun disebabkan salah seorang masih lagi terikat dengan masa silamnya, semuanya menjadi kacau-balau.
Dan dia sebagai sahabat Jihyo, dia juga merasa terseksa apabila terpaksa melihat Jihyo pada ketika ini. Lebih banyak mendiamkan diri dan tidak seceria seperti dahulu. Melihat wajah lesu Jihyo membuatkan dia sedih.
Jimin tersenyum lemah. Tangannya menggosok sisi permukaan cawan kopinya. Dia sudah jangka. Jihyo masih lagi tidak dapat melupakan cinta pertamanya. Namun dia faham. Mana mungkin seseorang dengan mudahnya dapat melupakan orang yang pernah bertakhta di hati.
"Aku tak tahu nak buat apa lagi bro. Setelah bertahun lamanya aku memendam perasaan, ini yang aku dapat. Mungkin aku tak sepatutnya mencintai Jihyo " ujar Jimin lemah. Telah banyak yang dia korbankan untuk Jihyo
"Perasaan cinta itu hadir secara semula jadi. Kau tak boleh untuk menolak perasaan kau. Sudah-sudahlah kau korbankan perasaan kau untuk orang lain sebagaimana kau korbankan cinta kau untuk Joshua "
Terus Jimin memandang ke arah Mingyu apabila nama Joshua meniti di bibir namja itu. Joshua, namja yang telah berjaya meragut perasaan Jihyo.
"Tak mungkin kau akan biarkan Jihyo pergi sekali lagi. Sudahlah Jimin. Aku yakin korang berdua akan bersatu. Kerana Jihyo juga cintakan kau. Kau cuma perlu beri dia masa" nasihat Mingyu
Mingyu faham dengan perasaan Jimin sekarang ini. Setelah bertahun-tahun lamanya mencintai seseorang, akhirnya semua itu telah terungkap. Namun, bukan semudah itu untuk diterima. Jimin telah menderita dengan membiarkan Jihyo bersama dengan orang lain. Tetapi dia juga bahagia apabila dapat melihat senyuman manis Jihyo ketika dia bahagia. Sayangnya, senyuman itu bukanlah untuk dirinya.
[Dorm Bts]
Jhope berjalan menuruni tangga untuk menuju ke dapur bagi melegakan tekaknya yang terasa kering. Sambil-sambil itu, dia bersiul kecil dan matanya fokus pada telefonnya.
Sesampainya dia di dapur, dia terus mengambil sebotol air mineral lalu diteguknya hingga separuh. Dia mengeluh kelegaan apabila air sejuk itu menerobos jauh di kerongkongnya.
Kebetulan Yoongi yang ketika itu mahu mengambil makanan ringan di kabinet dapur terus terhenti langkahnya apabila melihat Jhope sedang duduk di kerusi sambil melihat telefonnya.
"Jhope" panggil Yoongi lalu mengambil tempat di hadapan Jhope. Jhope hanya memandang wajah Yoongi lalu sambil bermain dengan telefonnya.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni kuda. Boleh tak kau letak dulu kau punya phone." Yoongi merampas telefon yang berada di tangan Jhope lalu diletakkan di kitchen island. Wajah Jhope yang sedang geram itu tidak dipedulikan.
Jhope pula hanya merenung tajam ke arah Yoongi lalu memutarkan biji matanya. Eh mayat hidup seorang ini. Ada yang dia pergi hantar ke kubur sekejap lagi.
"Kau nak cakap apa? Bunyi macam serious saja sampaikan phone aku pon kau kebas" perli Jhope. Iyalah, tak perlulah sampai merampas telefonnya. Dia sudahlah tengah stalk ig Dato' Seri Vida.
"Pasal Jimin " terus berubah suasana di antara mereka berdua apabila nama Park Jimin tiba-tiba meniti di bibir Yoongi. Jhope merenung wajah Yoongi dengan dalam sebelum kedudukannya dibetulkan.
"Wae? Ada benda yang terjadi ke?" soal Jhope prihatin.
"Polaroid tu. Gambar yang ada dalam polaroid tu sebenarnya Song Jihyo "
Habis membuntang biji mata Jhope apabila mendengar kata-kata Yoongi. Dia memandang ke arah Yoongi dengan pandangan tidak percaya.
"Jadi Jimin tu memang betul-betul cintakan Jihyo " tebak Jhope lalu menggosok dagunya persis seorang detektif.
"Keundae--dalam polaroid tu bukan Jihyo seorang"
Yoongi memandang ke dalam mata Jhope dengan dalam sebelum dia mengeluh berat. Apa yang dia lihat tadi memang memeranjatkan dirinya.
"Jihyo dengan siapa?" desak Jhope apabila Yoongi hanya mendiamkan diri. Dia dibuat tertanya-tanya sendirian.
"Dalam polaroid tu ada Jihyo dan--mendiang Joshua "
"Joshua?! Maksud kau sepupu Jimin ke?" soal Jhope untuk mendapatkan kepastian. Mindanya usah dikata, terlalu terkejut untuk menerima semua ini.
Rasa seperti takdir sedang mempermainkan Jimin, Jihyo dan juga--
Joshua.
Yoongi hanya menganggukkan kepalanya lalu belakang badannya disandarkan pada kerusi. Wajahnya penuh dengan kekusutan. Serabut memikirkan masalah Park Jimin dan kebodohannya yang tiada penghujungnya.
"Song Jihyo tu. Song Jihyo tu kekasih mendiang Joshua? Maksudnya Jimin dah kenal lama dengan Jihyo? Sebelum masuk university lagi?" soal Jhope bertalu-talu.
Dia mahukan jawapan. Tidak sanggup membiarkan perasaan tertanya-tanya menyelubungi dirinya. Rimas. Dia rimas dengan perasaan tersebut.
"Maybe yes maybe no. Mungkin dia kenal Jihyo lebih daripada Joshua kenal Jihyo"
Berkerut dahi Jhope apabila mendengar kata-kata Yoongi. Ah dia tidak suka berteka-teki.
"Maksud kau?"
"Hope-ah, cinta ni tak selalunya manis. Kadang kala perlukan pengorbanan agar cintanya manis. Kita tak tahu apa yang ada dalam kepala udang Jimin. Boleh jadi dia kenal Jihyo dulu. Boleh jadi dia yang cintakan Jihyo dulu. Bukannya mendiang Joshua " jelas Yoongi
Jhope menganggukkan kepalanya lalu memandang ke hadapan. Baginya, ada betulnya juga kata-kata Yoongi. Tak mustahil untuk semua benda itu terjadi. Semuanya akan berlaku kalau ianya takdir.
Angin dingin malam menampar lembut pipi gebu milik seorang namja. Ya namja itu adalah Park Jimin. Jimin hanya memandang kosong ke arah Han River pada waktu malam. Suasana yang sunyi tanpa orang lain membuatkan dia jauh melayang. Melayan perasaannya.
Jimin menghembuskan nafasnya pelahan. Sejuk. Dia tersenyum kecil memandang ke arah satu polaroid yang berada di dalam genggamannya. Ianya gambar Song Jihyo, gadis yang dicintainya bersama Joshua, satu-satunya sepupu yang dia ada.
"Aku rindukan kau Joshua. Apa khabar kau di sana?"
Jimin mengeluh kecil sebelum memandang ke arah Han River yang terbentang luas di hadapan matanya. Angin dingin yang menampar lembut pipinya diabaikan.
"Dia dah tahu Joshua. Dia dah tahu perasaan sebenar aku" luahnya pilu. Bibirnya menguntum senyum perit lalu menundukkan kepala.
"Tapi aku tahu---yang dia masih lagi cintakan kau Joshua. Dan aku tak marahkan kau. Aku faham"
Jimin tahu mesti sukar untuk Jihyo melupakan cinta pertamanya. Dia juga tahu betapa sayangnya Jihyo terhadap cinta pertamanya iaitu Joshua. Dan dia tidak boleh salahkan Jihyo
Namun, dia juga cintakan Jihyo. Dia juga sayangkan Jihyo. Dan dia mampu untuk lakukan apa-apa sahaja asalkan Jihyo bahagia. Dia tidak kisah kalau dirinya derita kerana dia sudah pernah berkorban untuk Jihyo.
-Be strong enough to let go and wise enough to wait for what you deserve-
Vomment anda amat saya hargai🐼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro