Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12|🍀crazy for her

Bunyi hempasan ombak yang dingin membuatkan suasana mereka berdua menjadi lebih kekok. Song Jihyo sekali-sekala menjeling ke arah Jimin yang sedang leka mengambil gambar menggunakan kameranya.

Apabila melihat wajah tenang Jimin, tak semena-mena Jihyo mencebik kegeraman. Perkara yang terjadi pagi tadi masih lagi segar dalam ingatannya. Tak pasal-pasal, dia menjadi lebih tidak selesa ketika berduaan dengan Jimin.

Namun melihat raut wajah Jimin yang seakan-akan tidak terganggu dengan perkara pagi tadi membuatkan Jihyo tertanya. Adakah Jimin saja mengenakan dirinya? Atau Jimin ingin membalas dendam kerana dia lambat turun pagi tadi? Ahh dia bingung.

Sedang ralit Jihyo melihat wajah Jimin dari sisi, Jimin yang tiba-tiba memalingkan wajah ke arahnya membuatkan dia tersentak. Dia dengan cepat memandang ke hadapan. Bunyi serta bau ombak laut menjadi pemandangan dan juga pendengarannya sekarang. Wajahnya sedaya-upaya cuba untuk dikawal

Jimin tersenyum sinis apabila melihat kelakuan Jihyo. Namun, comel di matanya. Dia memandang wajah gemuruh Jihyo yang jelas kelihatan. Dia tahu yang Jihyo masih lagi teringatkan kejadian yang berlaku di dalam bilik hotel tadi.

Dia perlahan-lahan menapak ke arah Jihyo kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo yang masih lagi berdiri. Jihyo pula sudah mengerutkan dahinya apabila Jimin tiba-tiba sahaja duduk di sebelahnya.

'Dah tak ada tempat lain ke nak duduk? Pantai ni punyalah besar' getus Jihyo sambil memandang Jimin yang sedang menghayati keindahan laut

"Duduk" arah Jimin kepada Jihyo namun matanya masih lagi melihat laut. Jihyo pula berkali ganda lipatan di dahinya apabila mendengar arahan Jimin tadi.

Ingat dia ini budak kecil ke nak diarah-arah begitu? Dia sudah besar dan tahu apa yang ingin dibuat. Wajah Jimin yang selamba itu dipandang dengan mata yang tajam. Geram melihat Jimin

"Harini awak nak bawa saya ke tempat untuk melukis tak? Kalau tak, saya nak balik hotel" jawab Jihyo dengan bersahaja. Arahan Jimin itu tidak dipedulikan.

"Aku suruh kau duduk bukannya tanya soalan" Jimin berkata dingin lalu memandang Jihyo dengan tajam.

Pandangan mata Jimin yang tajam bak pisau itu membuatkan Jihyo gugup. Dia berdehem kecil sebelum melarikan pandangannya. Tidak sanggup melihat panahan mata Jimin yang tajam itu.

"Kalau awak tak bawak saya ke tempat untuk saya melukis, saya nak masuk bilik. Kalau ada apa-apa, awak bo-- Arghh!! "

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Jimin dengan tiba-tiba menarik tangan kanannya dengan kuat membuatkan Jihyo terdorong ke arah Jimin lalu jatuh terduduk tepat di pangkuan Jimin.

Terkejut Jihyo apabila wajah dingin Jimin betul-betul berada di hadapannya. Tangannya yang jatuh di dada bidang Jimin menggeletar lembut. Tanpa dirinya sedar, tangannya menggenggam baju Jimin akibat terlalu gemuruh dengan kedudukan mereka sekarang.

Manakala Jimin tersenyum sinis apabila melihat wajah Jihyo yang dalam keadaan gemuruh itu. Wajah cantik milik Jihyo ditenung dengan lembut sebelum tangannya naik lalu memeluk pinggang Jihyo erat membuatkan Jihyo menjadi lebih rapat dengannya.

Jihyo sudah gugup apabila hidung mereka sudah bersentuhan. Nafas kasar milik Jimin membuatkan jantungnya bekerja dengan lebih pantas. Wajahnya sudah memerah kerana menahan perasaan malu dan segan. Anak mata Jimin yang tidak berhenti dari merenung anak matanya membuatkan Jihyo menundukkan kepalanya.

"Kenapa diam? Tadi bukan main kau berleter" sindir Jimin beserta senyuman sinis. Hidung Jihyo yang sudah bersentuhan dengan hidungnya itu digosok lembut membuatkan Jihyo tersentak hebat.

"A..aw..awak..le..lepas..kan..saya" Jihyo berkata dengan suara yang tergagap-gagap. Dia dengan kelam-kabutnya menarik kepalanya menjauhi Jimin namun tidak badannya. Badannya masih lagi dipeluk kemas oleh Jimin.

"Kenapa kau tak pernah perasan?" pertanyaan tiba-tiba daripada Jimin membuatkan Jihyo bingung di tempatnya.

Wajah Jimin dipandang dengan mata yang membulat manakala dahinya telah berkerut. Jimin yang sedang asyik merenung dirinya membuatkan dia tertanya-tanya. Apa yang dimaksudkan Jimin sebentar tadi?

"Apa..maksud awak?" Jihyo bertanya dengan suara yang perlahan dan bingung.

Jimin tersenyum sinis sebelum dia menarik Jihyo lebih rapat ke arahnya membuatkan Jihyo tersentak hebat. Dan yang lebih mengejutkan, bibir mereka hampir bersentuhan. Jikalau salah seorang dari mereka bergerak, sudah pasti pelanggaran bibir akan berlaku.

Dapat Jihyo dengar dengan jelas nafas Jimin yang semakin memberat dan tidak teratur itu. Pandangan redup mata Jimin membuatkan dia tidak mampu mengawal degupan jantungnya.

Manakala Jimin sudah mati separuh akal. Bibir mungil Jihyo itu direnung dengan geram. Mahu sahaja dia melagakan bibirnya dengan bibir Jihyo. Merasai kehangatan badan Jihyo dan segala-galanya. Namun dia masih lagi mempunyai akal dan fikiran.

"Jangan buat aku jadi gila Song Jihyo " kata Jimin dengan suara yang dalam dan lembut.
Wajah Jihyo yang begitu dekat dengan dirinya membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan jelas.

Mata Jihyo bergetar lembut menandakan bahawa sekarang dirinya betul-betul gementar. Dengan kedudukan mereka yang sememangnya dekat ini membuatkan dia tidak dapat bernafas dengan baik. Debaran jantungnya sendiri telah mengkhianati dirinya.

Tiba-tiba Jimin menggengam erat tangan kanan Jihyo sebelum diletakkan betul-betul di atas jantungnya. Jihyo tersentak apabila dia dengan jelas dapat merasai kehangatan tangan Jimin. Namun bukan itu sahaja, tetapi dia juga dapat merasakan degupan jantung Jimin yang sedang mengepam dengan laju. Nadanya. Nadanya sama dengan jantung miliknya sendiri apabila selalu berada dengan Jimin. Apakah maksudnya?

Jihyo merenung mata milik Jimin yang sedari tadi tidak berhenti memandangnya. Wajah Jimin yang tiba-tiba berubah lembut itu membuatkan Jihyo makin tidak keruan. Tangannya masih lagi dapat merasai degupan jantung Jimin yang sedang menggila ketika ini.

"Rasa Song Jihyo. Rasa degupan jantung aku yang sedang menggila sekarang. Dan semuanya berpunca dari kau sendiri. Song Jihyo " tutur Jimin dengan nada yang lembut sebelum dia melekapkan dahinya dengan dahi Jihyo. Dia merenung anak mata Jihyo dengan lembut lalu tersenyum manis.

Entah kali keberapa harini Jihyo terkedu disebabkan oleh Jimin. Dahinya yang sudah elok melekap dengan dahi milik Jimin membuatkan dia merasakan sesuatu. Seperti telah disayangai oleh lelaki di hadapannya sekarang. Dan senyuman yang baru sahaja Jimin berikan, tidak pernah dia melihat senyuman indah milik Jimin

'Tolong jangan seksa perasaan saya Park Jimin kalau awak hanya berniat untuk mempermainkan saya' guman Song Jihyo











Tidak terletak jauh dari tempat pasangan Song Jihyo dan juga Park Jimin, kelihatan Mingyu yang sedang memerhatikan mereka dari tadi.

Mingyu tersenyum manis apabila melihat keadaan Jihyo sekarang. Dia akhirnya bangga. Bangga dengan Jimin yang sudah berani untuk memulakan langkahnya

"Sepatutnya dari dulu lagi kau mulakan Park Jimin. Kerana dia dari dulu memang sudah menjadi milik kau. Milik kau yang satu"
























Bantal peluknya itu dipeluk dengan erat sebelum dia berpusing-pusing di atas katil miliknya itu.  Siling bilik hotel yang berwarna putih menjadi santapan matanya namun fikirannya jauh melayang. Memimirkan perkara gila yang berlaku di pantai petang tadi.

Song Jihyo merengus kasar sebelum dia bangun lalu duduk bersila di atas katil sambil memeluk bantal. Perkara tadi masih lagi terngiang-ngiang di kepalanya bagaikan televisyen yang rosak. Apa tujuan Jimin sebenarnya? Kenapa dia lakukan itu semua?

"Rasa Song Jihyo. Rasa degupan jantung aku yang sedang menggila sekarang. Dan semuanya berpunca dari kau sendiri. Song Jihyo "  masih dia ingat dengan jelas tentang perkataan Jimin ketika di pantai tadi

"Apa maksud Jimin tadi? Wae dia cakap semua benda itu? Wae dia mengelirukan hati aku?ARGGHH!!!!APA YANG KAU AWAK BUAT INI JIMIN?!" Jihyo menjerit kegeraman sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah langit malam yang terbentang luas di luar berandanya.

Jihyo dengan segera melangkah turun daripada katilnya lalu melangkah ke arah beranda. Sesampainya di disitu, angin bayu pantai pada waktu malam terus menampar lembut di kulit putihnya. Jihyo tersenyum manis apabila melihat keindahan laut pada waktu malam yang dihiasi dengan lampu kedai.

Jihyo kemudian mendongak ke arah langit lalu tersenyum kecil. Terasa seperti ada si 'dia' yang menemani pada ketika ini. Suasana yang cantik dan tenang ini membuatkan Jihyo tiba-tiba memikirkan si pemilik hatinya yang dahulu.

"Berdosakah saya kerana telah mencintai namja lain? Membiarkan hati saya senang dirampas oleh namja lain? Adakah awak marahkan saya kerana saya telah melupakan awak?"

Jujur Jihyo katakan, dia sebenarnya rasa bersalah kerana dengan mudahnya dia jatuh cinta kepada namja lain. Dahulu dia telah berjanji untuk tidak akan mencintai namja lain selain daripada si 'dia'. Namun lihatlah sekarang. Dia sendiri yang telah memakan janjinya sendiri.

Apakah yang harus dia lakukan? Adakah gila jika dia mengatakan yang dia telah jatuh cinta kepada dua namja yang berbeza. Namun yang membezakan mereka berdua adalah si 'dia' telahpun pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya manakala seorang lagi belum tentu boleh menjadi miliknya yang satu. Ah dia buntu. Gila, memang gila





-Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you've never met-

Vomment anda amat saya hargai 🐼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro