Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11|🍀acting strange

"Chagi~~" panggil si namja dengan suara yang lembut. Dia membelai dengan lembut rambut panjang milik Jihyo dengan harapan agar si gadisnya mengalihkan perhatian ke arahnya

Apabila melihat Jihyo yang terlalu khusyuk membaca novel tanpa membalas tegurannya membuatkan si namja tersebut mencebik kegeraman. Dia terus memeluk pinggang ramping milik Jihyo dengan kemas lalu membenamkan wajahnya ke leher jinjang milik Jihyo

Jihyo yang kurang selesa dengan kedudukan mereka sekarang ini terus bergerak sedikit bagi mencari posisi yang sesuai. Sudahlah sekarang ini dia sedang baring sambil membaca novel, ditambah lagi dengan gelagat namchinnya itu membuatkan fokusnya terganggu.

"Tolong jarakkan sikit boleh?  Saya tak selesa nak baca novel" rungut Jihyo sambil cuba meleraikan pelukan di pinggangnya namun seinci pun tidak bergerak malah namchinnya semakin mengetatkan pelukan

"Andwae..oppa datang rumah chagi sebab nak luangkan masa dengan dia..ni dia pergi luangkan masa dengan novel.. Entah apa yang menarik sangat dengan novel tu? Warna putih je pun..oppa lagi handsome"

Mendengarkan bebelan sang kekasih, Jihyo tergelak lalu menutup novel yang sedang dibacanya. Dia mengusap lembut rambut milik namchinnya lalu membalas semula pelukan itu

"Arraso..sekarang semua tumpuan saya hanya pada awak. Jadi, awak nak buat apa sekarang?" tanya Jihyo lembut.

Si namja mengangkat wajahnya lalu ditatap penuh lembut wajah suci milik sang kekasih hatinya. Dia tersenyum manis sambil tangannya tak lepas dari terus membelai rambut Jihyo

"Oppa tak nak buat apa-apa. Oppa cuma nak tatap wajah chagi saja harini" balas si namja itu lembut

Tak semena-mena pipi Jihyo memerah apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh kekasihnya. Memang tak dinafikan, dia malu dan dia menjadi tak keruan apabila kekasihnya terus-terusan menatap wajahnya dengan pandangan yang lembut.

"Bwoya..tak kelakar" jawab Jihyo dengan suara yang perlahan lalu melarikan pandangannya ke arah lain. Kalau ditenung lama-lama takut nanti wajahnya meletup pula

Si namja itu tersenyum kecil lalu mencium sekilas pipi kanan milik Jihyo. Jihyo yang tidak menjangkakan perkara tersebut berlaku terus menyembamkan wajahnya di dada bidang milik namchinnya. Namchinnya itu hanya mampu tergelak dengan perlakuan comel si gadisnya.








"Aish...mimpi lagi" rengus Jihyo perlahan. Dia terus duduk termangu di atas katil sambil memandang ke arah hadapan dengan pandangan yang kosong. Mimpi yang baru dialaminya masih lagi berputar di dalam otaknya

"Wae saya selalu mimpikan kenangan kita bersama dulu? Apa yang awak cuba nak tunjukkan sebenarnya? Tolonglah bagitahu saya" kata Jihyo separuh merayu. Tanpa dirinya sedar, setitik demi setitik air mutiaranya jatuh di pipi bersihnya

'Ting'

Jihyo terus mengalihkan pandangannya ke kiri di mana terletak telefon pintarnya. Dia mencapai iphone miliknya lalu dinyalakan untuk melihat mesej yang diterima. Berkerut terus dahi Jihyo apabila melihat mesej yang diterima itu

From:Park Jimin☺

'Aku tunggu kau dekat pantai sekarang. Aku bagi kau masa 10 minit sahaja. Kalau kau tak sampai dalam masa 10 minit,kau tengoklah nasib kau'


"10 minit? Memang tak akan sempat la jawabnya. Syaitan mana pula dah rasuk badan Jimin ni?"

Pantas Jihyo bangun mencapai towel yang terletak di kepala katil lalu bilik airnya dituju tanpa memperdulikan amaran yang diberikan Jimin. Baginya memang mustahil untuk bersiap dalam masa 10 minit dengan dirinya yang baru sahaja bangun dari tidur. Banyak perkara yang perlu dilakukan




















Televisyen yang sedang menyiarkan perlawanan bola sepak itu lansung tidak menarik perhatian si penonton. Manakan tidak, si penonton itu terlalu sibuk mengelamun sehingga tidak sedar popcorn yang dipegangnya sudah selamat jatuh menyembah lantai

Kebetulan rakannya yang baru hendak menuju ke dapur untuk minum air terus memberhentikan langkahnya. Wajah rakannya yang sedang jauh mengelamun itu membuatkan dia menukar arah tujuan.

Dia melabuhkan punggung di sebelah rakannya lalu melihat popcorn yang sudah berselerak di atas lantai kemudian mengalihkan kembali pandangan ke arah rakannya yang masih lagi tidak sedar akan kehadirannya.

"Ni kalau si Jin tu nampak, mampus kau Jhope "

Melihatkan tiada tanda-tanda pergerakan dari Jhope membuatkan dia terpaksa melakukan perkara ini

"Dasar muka kuda"

PAK!

"Arghh...makluk mana yang kurang diajar sangat ni?!" jerit Jhope kesakitan sambil menggosok kepalanya yang telah dipukul oleh seseorang

"Padan muka kau. Siapa suruh mengelamun tak ingat dunia?"

"Kau pahal Yoongi? Sakit kepala aku tahu tak?!" marah Jhope. Muka Yoongi yang selamba itu dipandang dengan geram. Apa masalah hantu ni?

"Kau tu yang pahal? Termenung sampaikan tak sedar aku duduk dekat tepi kau?" tanya Yoongi sambil matanya tak lepas dari melihat perlawanan bola sepak yang sedang bersiaran sekarang ini

Jhope mengeluh berat sebelum memandang lantai dengan pandangan sayu. Perkara tersebut asyik berputar-putar di kepalanya bagaikan tayangan filem

"Pasal Jimin" jawab Jhope perlahan

Yoongi agak terkejut apabila nama rakan mereka meniti di bibir Jhope namun cuba dikawal riak wajahnya. Dia kembali menumpukan perhatian di kaca televisyen sambil mengunyah popcorn yang masih berbaki di dalam bekas

"Wae? Aku tengok sihat je si pendek tu. Ada mata, ada hidung, ada telinga, ada mulut, ada gigi...sihat je aku tengok"

Jawapan tidak munasabah daripada Yoongi sedikit sebanyak membuatkan Jhope meluat. Orang tengah serius, boleh pula dia memain

"Yang tu pun aku boleh nampak. Maksud aku perasaan yang dia simpan dalam diam"

"Maksud kau perasaan cinta Jimin kepada Jihyo. Macam tu ke maksud kau?"

Membulat dengan besar mata Jhope apabila mendengar kata-kata yang baru dilontarkan oleh Yoongi sebentar tadi. Terus dia memandang sisi wajah Yoongi dengan mata yang membulat dan wajah yang berkerut

"Ottokae arra? Dah berapa lama kau tahu? Wae kau tak pernah bagitahu aku atau member yang lain?" terus diserang Yoongi dengan beberapa soalan

Yoongi mengeluh berat sebelum dia memandang wajah Jhope sekilas. Dia sudah pasti akan ada orang lain yang bakal mengetahui rahsia besar Jimin dan harini telah terbukti bahawa bukan hanya dia seorang yang tahu tetapi Jhope juga

"Macam mana aku tahu dia suka dengan Jihyo? Kotak yang kau nampak tu, aku pon secara tak sengaja ternampak masa aku pecah masuk bilik dia. Pada mulanya aku hanya anggap Jihyo sebagai 'model tak berbayar' si pendek tu tapi bila aku fikir balik, Jimin tak pernah dan tak berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana yeoja"

"Jadi aku buat keputusan untuk terus perhatikan Jimin, and aku dah agak yang Jihyo tak tahu lansung yang dirinya diambil gambar oleh Jimin secara senyap-senyap. Dan sejak dari situ aku yakin yang Jimin cintakan Jihyo " jawab Yoongi

Sesungguhnya, dia sendiri tidak menyangka bahawa Jimin mempunyai rasa cinta terhadap gadis yang paling digilai oleh orang ramai di university mereka. Melihatkan perangai Jimin yang selalu tidak mengendahkan gadis-gadis di sekelilingnya membuatkan dia yakin yang Jimin tidak berminat dengan mana-mana yeoja

Namun, dia lupa. Dia lupa bahawa yang Jimin juga merupakan manusia biasa seperti mereka. Manusia yang mempunyai 1001 perasaan yang lahir dalam diri mereka. Dan dia tidak dapat nafikan bahawa Jimin juga seperti mereka

"Jadi maksudnya, Jimin dah lama cintakan Jihyo? Daebak!!!!" jerit Jhope dengan terujanya. Tangannya didepakan menunjukkan bahawa dia terlalu gembira dengan berita yang diterima.

Namun, keterujaannya membawa padah apabila Jhope dengan tidak sengaja telah menampar muka putih milik Yoongi dengan agak kasar. Jhope terkedu, terus badannya membeku dengan cepat apabila menyedari kesalahan yang tidak sengaja dilakukan.

"What the fuck you're doing Jhope?!!" Yoongi mencarut sambil mengelus pipinya yang baru sahaja menjadi tempat lawatan sementara tangan milik Jhope. Dia paling pantang kalau wajahnya telah diapa-apakan

Jhope perlahan-perlahan mengalihkan pandangannya beralih ke arah Yoongi. Senyuman gugup ditayangkan apabila mata bundarnya bertatapan dengan mata tajam milik Yoongi

"Mianhe...aku tak sengaja!!!!"

Dengan lajunya Jhope berlari ke tingkat atas dengan laju setelah mengungkapkan kata maafnya. Sebelum berlari, dia dapat lihat dengan jelas wajah memerah Yoongi

"Yah!!! Kau nak lari mana kuda?!!"

















Selesai mandi, Jihyo keluar dari bilik air hanya dengan mengenakan jubah mandi separas lututnya sahaja. Tidak dilupa dengan tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang masih lagi basah.

Kemudian dia terus menuju ke arah wardrobe yang mempunyai ukiran ala-ala vintage. Jihyo membuka pintu wardrobe lalu memandang satu-persatu bajunya yang sudah elok tergantung di dalam.

“Aku nak pakai apa harini?” getus Jihyo sendirian lalu melihat beberapa pasang baju lagi.

Ting~Tong!

Sedang leka Jihyo memilih pakaian, tiba-tiba bunyi loceng ditekan menyentakkan Jihyo. Dia mengurut dadanya perlahan bersama dengan bebelan kecil yang terhasil dari bibirnya

Apabila mendengar loceng biliknya ditekan sekali lagi, Jihyo dengan pantas memandang ke arah pintu biliknya bersama kerutan di dahi. Mingyu kah? Selalunya pada waktu begini, Mingyu masih lagi elok terlentang di atas katil. Lebih-lebih lagi jika pada waktu cuti.

Tanpa berfikir panjang, Jihyo terus menuju ke arah pintu tanpa sempat menukar pakaiannya. Pintu itu terus dibuka dengan selamba lalu terus berpaling ke belakang tanpa melihat siapakah gerangan yang berada di muka pintu kerana Song Jihyo bahawa orang itu ialah kawannya sendiri

“Gyu, kenapa kau datang bilik aku ni? Aku baru ingat nak call kau lepas aku bersiap, nak ajak kau breakfast sama-sama” kata Jihyo yang masih lagi leka memilih baju untuk dipakainya

Kedengaran bunyi pintu ditutup kembali. Jihyo hanya membiarkan sambil matanya masih lagi memandang baju-baju yang telah dibawanya itu.

“Kau cuba nak goda aku ke Song Jihyo?”

Terdiam kaku Song Jihyo ditempatnya apabila mendengar suara dingin dan keras yang amat dikenalinya itu. Badannya tidak dapat bergerak dan dia tidak berani untuk melihat ke belakang.

“Aku tanya kau sekali lagi Song Jihyo. Kau cuba nak goda aku ke?” tanya Jimin dengan suara yang dingin. Memang tidak dinafikan, keadaan Jihyo sekarang ini sedikit sebanyak membuatkan dirinya tidak senang

“Aw...awak buat apa da..lam bilik saya Jimin?” tanya Jihyo dengan suara yang tergagap-gagap.

Jantungnya memang tak dapat bekerjasama dengannya sekarang ini. Berdegup dengan laju apabila menyedari bahawa hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini. Ditambah lagi dengan keadaan Jihyo yang hanya mengenakan jubah mandi

Jimin perlahan-lahan menapak ke arah Jihyo. Sesudahnya dia berdiri di belakang Jihyo, tangan Jihyo direntap laju lalu dipusingkan ke arahnya.

Membuntang mata Jihyo apabila Jimin melakukan itu dengan tiba-tiba. Wajah Jimin yang terlalu dekat dengannya sekarang ini, dipandangnya dengan terkejut. Tangannya masih lagi di dalam genggaman tangan Jimin. Dapat dia rasakan kehangatan tangan Jimin.

“Apa yang aku cakap kalau kau lambat turun Song Jihyo? Aku bagi kau masa hanya 10 minit sahaja tapi aku tunggu kau 30 minit” kata Jimin dengan suara yang dalam

“Maaf..kan saya. Tapi masa awak massage saya, saya baru bangun tidur. Mustahil untuk saya bersiap dalam masa 10 minit” jawab Jihyo dengan kepala yang ditundukkan. Tidak berani untuk menatap panahan mata Jimin yang tajam

“Aku paling pantang kalau orang lambat. That's what I hate the most

Secara tiba-tiba, Jimin melangkah ke depan menghampiri Jihyo dengan pandangan yang tajam.Tangan Jihyo masih lagi berada di dalam genggamannya.

Tindakan tiba-tiba Jimin yang menghampirinya menyentakkan Jihyo. Dia dengan drastik mengundur ke belakang. Panahan tajam mata Jimin membuatkan lututnya lemah.

Buk!

Jihyo mengerang sakit apabila dia tidak sedar yang belakang badannya sudah terlanggar dengan wardrobe. Dalam diam dia menyumpah seranah wardrobe kerana sudah menghalang laluannya.

Kini tiada lagi jurang di antara Jimin dan juga Jihyo. Tajam mata Jimin merenung mata bundar milik Jihyo. Dia merengus kasar apabila dapat menghidu bau aroma strawberry yang dihasilkan oleh Jihyo. Aroma ini sungguh membuatnya hanyut dalam perasaannya sendiri.

Jihyo amatlah tidak selesa dengan keadaan mereka sekarang ini. Dengan kedua-dua tangan Jimin yang sudah memerangkapnya dari sisi. Dan hembusan kasar nafas milik Jimin yang dapat dirasai dengan jelas di puncak kepalanya.

“Aw..awak..n..nak apa Jimin?” tanya Jihyo dengan gugup.

Jimin tersenyum sinis dalam diam. Suka apabila melihat wajah pucat Jihyo ketika ini.

“Mungkin apa yang kau inginkan sekarang” jawab Jimin dengan suara yang mendalam dan seksi

Namun, bukan Song Jihyo namanya kalau faham maksud tersirat. Wajah blur Jihyo terus muncul apabila mendengar bait kata Jimin. Apa yang dia nak?

“Apa yang saya nak? Apa maksud awak?” tanya Jihyo polos dengan mata bundarnya yang secara tiba-tiba berani menatap anak mata Jimin.

Jimin tersenyum sinis sekali lagi. Perangai blur Jihyo memang selalu mencuit hatinya. DARI DULU LAGI.

Listen here Song Jihyo. I don't know if you just pretending to be fucking innocent or you really a fucking bad kitten but don't try me Jihyo-ya”

Panahan mata Jimin kini setajam mata pisau merenung Jihyo. Nafasnya kasar dan berat apabila melihat keadaan Jihyo yang amat menggugat kejantanannya sekarang. Ditambah lagi dengan mata bundar milik Jihyo membuatkan dia makin tak keruan.

Ahh memang membuatkan dia gila.

“Ap..apa yang awak merepek ni Jimin ? Tolong keluar. Tak elok awak ada dalam bilik yeoja” tutur Jihyo tanpa melihat anak mata Jimin. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang kakinya yang sudah bersentuhan dengan jari kaki milik Jimin.

Jimin tersenyum sinis sebelum dia mendekatkan bibirnya ke telinga kanan milik Jihyo. “Jangan ingat kau boleh lari dari aku”. Ujarnya dengan suara yang seksi sebelum cuping telinga Jihyo dikucup lembut

Wajah terkejut Jihyo diperhati sebelum pergi meninggalkan Jihyo dan juga bilik itu. Manakala Jihyo masih lagi tercengang di tempatnya sendiri. Pintu biliknya dipandangan dengan mata yang terkelip-kelip.

“Bwoya?”

-I want to see what happens if I don't give up-

Vomment🐰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro