Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07|🍀memories

Song Jihyo hanya memandang persekitaran taman bunga di Hanguk University. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar lembut pipi mulusnya dan rambutnya setia mengikut arah angin itu

Jihyo tersenyum sendirian sebelum tangannya mengeluarkan sebatang pensil dan sketchbook bersaiz sederhana kecil. Dia menyelak satu-persatu helaian yang telah dihiasi dengan lukisannya sendiri sebelum pandangannya jatuh ke atas sebuah lukisan

Jihyo menggosok perlahan lukisan itu dan tanpa sedar dirinya tersenyum perit. Gambar bunga ros putih yang dihiasi dengan sebuah pasu kecil bersama dengan corak diatasnya mempunyai sebuah kisah disebaliknya

Sebuah kisah yang membuat dirinya tenggelam. Tenggelam di dalam dunia tanpa cahaya

(Flashback)

Jihyo berjalan secara perlahan-lahan dengan bibir yang sudah menguntum senyuman manis. Langkahnya didekati ke arah seseorang yang nampaknya begitu ralit sekali sedang melukis sesuatu di dalam sketchbook nya

Melihatkan namja itu masih ralit dengan kerjanya, Jihyo semakin menyeringai suka. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah seorang namja itu lalu

BAH!!

Terkejut namja itu apabila ada seseorang menyergah dirinya dari arah belakang tetapi lagi mengejutkan apabila seorang yeoja memeluk lehernya lalu melabuhkan dagunya ke bahu kirinya

"Chagi..terkejut oppa" si namja itu hanya tersenyum suka sebelum tangannya naik menggosok kepala Jihyo

Jihyo menyeringai suka sebelum mencium sekilas pipi kiri namja itu

"Kurae? Oppa terlalu khusyuk melukis sampaikan yeojachingu sendiri datangpun tak perasan" Jihyo melepaskan tautan lalu bergerak ke hadapan namja yang dicintainya

Dia mengangkat kedua-dua tangan namja itu sebelum duduk di atas peha berhadapan dengan wajah namja tersebut. Dia dengan spontan merangkul leher namja itu sebelum tersenyum manis

Manakala namja itu pula terus merangkul pinggang ramping milik gadis pujaan hatinya. Wajah Jihyo yang cantik itu ditenung lama kemudian mengucup sekilas bibir milik Jihyo

"Bagitahu saya apa yang oppa lukis sampaikan saya datangpun awak tak perasan"

"Igeo" Jihyo terus melihat skectbook miliknya yang telah dilukis sesuatu oleh namjachingunya

"Ini bukan ke bunya ros putih kesukaan saya? Yeppeoda"

"Chagi suka?" tanya namja itu sambil bermain dengan rambut panjang milik Jihyo. Jihyo hanya tersenyum suka

Gambar bunga ros putih itu ditatap dengan penuh khusyuk. Lupa sebentar dia dengan namjachingunya.

"Chagi tahu tak kenapa oppa suka bagi bunga ros putih dekat chagi?" Jihyo terus palingkan wajah ke arah namjachingunya

"Wae?"

"Sebab bunga ros putih ni melambangkan diri chagi. Amat cantik untuk dilihat,amat wangi untuk dihidu tetapi amat takut untuk dipegang kerana berduri" Jihyo hanya setia mendengar falsafah namjachingunya walaupun satu patah perkataan dia tidak hadam

"Dan chagi adalah bunga ros putih bagi semua namja miang-miang dekat luar sana. Wajah chagi tanpa sebarang make-up amat cantik dipandang,wangian strawberry chagi amat wangi untuk dihidu. Tetapi amat takut untuk disentuh kerana chagi mempunyai pelindung iaitu oppa"

Terharu. Itulah perasaan yang dirasai tika ini ketika mendengar luahan namja yang dicintainya. Dia dengan gembira mengalungkan tangannya kembali di leher namja itu

"Dan oppa akan sentiasa menjadi 'duri' chagi. Am I right?" agak lama Jihyo menunggu jawapan daripada namja itu

"Ofcourse and I always be your guardian"

(Flashback end)

Jihyo mendongakkan kepalanya ke atas memandang langit yang terbentang luas di atas bagaikan lautan yang aman. Dia tersenyum kecil sebelum memandang kembali lukisan tersebut

"Awak sentiasa menjadi duri saya walau di manapun awak berada. Kerana awak dah berjanji, dan awak laksanakan" Dia mengeluh perlahan

"Dan saya akan cuba untuk sentiasa menjadi bunga ros putih. Bunga ros putih yang amat cantik untuk dilihat,amat wangi untuk dihidu tetapi amat takut untuk dipegang"

Jihyo tergelak kecil sebelum wajahnya bertukar sayu kembali

"Tapi maafkan saya. Saya tak sengaja mencintai seorang namja. Awak tak perlu risau, awak tetap namja pertama yang saya cintai"




















[Park Jimin pov]

Aku hanya mengeluh berat apabila mendengar pelajaran yang disampaikan oleh Mr.Kim. Sesungguhnya aku pada tika ini memang tidak berminat untuk mendengar apa-apa ilmu yang dilontarkan kepada aku

Mereka yang lain aku lihat ada yang mendengar dengan tekun, ada yang bermain dengan handphone, dan ada yang tidur juga. Lena betul kau tidur ye

Disebabkan terlalu bosan, aku terus memandang ke luar tingkap, ada baiknya kalau aku pandang luar memandangkan dewan kuliah kami berhampiran dengan taman bunga daripada aku lihat orang tersebut membuat peta dunia di atas meja

Sekarang ini, pelbagai jenis bunga sedang terbentang luas di anak mataku. Aku tersenyum kecil melihat keindahan alam semula jadi. Cantik. Tak sedar pula yang taman bunga amat cantik

Mungkin kerana aku tidak pernah berkunjung ke situ. Sebab itulah aku tidak pernah tahu keindahan alam semula jadi. Pandai betul tukang kebun di sini

Aku patut berterima kasih dengan tukang kebun university. Pakcik Ong Seongwoo

Namun, ketika aku sedang memerhati kawasan di sekeliling taman itu, mata aku dengan tak sengaja terpandang akan seorang yeoja yang sedang duduk bersendirian

"Jihyo?" dapat kulihat dengan jelas raut wajah dia pada ketika ini seperti sedang bersedih

Mata Jihyo pula hanya terarah pada satu sketchbook yang sedang elok berada di pehanya. Aku juga melihat ke arah sketchbook itu. Aku tersenyum kecil

"Kau masih tak dapat lupakan si 'dia'? Begitu dalam rasa cinta kau terhadap dia" kata aku sedikit kuat membuatkan tablemate aku memandang wajah aku

"Kau cakap apa bro? Perasaan cinta? Siapa bro?" aku menjeling sekilas wajah Boo Seungkwan. Ishh mamat ni. Telinga gajah betul

"Tak ada apa-apa. Kau jangan sebuk"

"Alaa. Aku dengar apa yang kau cakap tadi. Ni mesti kes kena reject dengan crush kan? Alolo siannya" dia mengusap rambut aku seakan-akan sedang memujukku. Jujur aku ingin lempang dia sekarang sampai ke planet pluto

Nasib baik saja tempat kami di bahagian belakang sekali. Aku menjeling dia tajam sebelum memandang ke luar kembali. Aishh..

Jihyo dah hilang. Ni semua salah mamat diva sebelah aku. Seungkwan masih lagi menggosok rambut aku membuatkan aku terus menolak kepalanya kasar

"Arkk.. Yah!! Jinjja appo!!"

"Padan muka kau"





















Dapat dilihat pada tika ini kesemua ahli Bts kecuali Park Jimin sedang beristirehat di cafe. Nampaknya mereka semua memang sedang bercerita sakan tanpa memikirkan mata-mata nakal milik mahasiswi di university ini. Sudah biasalah katakan

Namun, Jungkook yang hanya berdiam diri sambil termenung membuatkan Jin memandangnya hairan. Raut wajah Jungkook yang seperti dalam kekeliruan itu membuatkan Jin mencuit bahu Yoongi yang berada di sebelannya

Yoongi memandang wajah Jin sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Jin terus memuncungkan bibirnya ke arah Jungkook dan apabila Yoongi melihat, dahinya terus berkerut seribu

"Yah Jeon Jungkook!!" jerkah Yoongi agak kuat bukan sahaja memeranjatkan Jungkook, malah mereka yang lain pun turut terkejut

Kesemua mereka memandang ke arah Yoongi yang hanya memasang wajah selamba. Jungkook pula mendongakkan kepalanya sedikit ke arah Yoongi

"Omma kau ni ha sebuk nak tahu kenapa kau asyik termenung daripada tadi?" Jin yang mendengar pernyataan Yoongi terus menjeling tajam

Dia terus memandang ke arah Jungkook semula "Aku bukannya apa tapi bila kau diam macamni buat aku hairan. Neo kwenchana?"

"Jimin" cukup dengan sepatah nama, kesemua mereka memandang wajah Jungkook

"Wae dengan Jimin? Dia sakit ke? Atau dia accident?" tanya Jhope berseloroh membuatkan Taehyung memandang Jhope dengan tatapan yang amat dingin

"Aku akan cari lawak kau dekat Africa nanti" terus mencebik kegeraman Jhope apabila mendengar kata-kata daripada Taehyung

"Kenapa dengan Jimin, Jungkook?" tanya Namjoon

"Nado molla keundae...perangai dia pelik sejak dua menjak ini"

"Aku pun perasan sebenarnya. Dia sekarang lebih suka menyendiri dan dia selalu tatap satu polaroid " sambung Taehyung

"Mungkin dia ada sorokkan sesuatu daripada kita" Namjoon mengutarakan pendapatnya

"Dia berkelakuan macam ini lepas dia jadi partner Jihyo " kata Jhope dan yang lain menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan Jhope kecuali Yoongi yang hanya menyandarkan belakang badannya dengan selamba

Ya, mereka semua perasan semenjak ini Jimin lebih suka berada di dalam biliknya. Dan kadang-kadang mereka juga selalu nampak Jimin sering menatap sekeping polaroid yang mereka tidak tahu apakah isi tersebut

"Seolma..dia suka Jihyo tak?" semua memandang Jin serentak apabila dia berkata begitu. Wajah Jin yang seakan-akan teruja itu membuatkan mereka mengerutkan dahinya

Jhope menggelengkan kepalanya "Anniy. Dia kan anti-yeoja dan Jihyo tu yeoja. Dia tak akan suka Jihyo "

Pak!!

"Arkk!! Yah Kim Taehyung!! Neo waegurae?!!" Jhope menggosok kepalanya apabila tangan besar milik Taehyung selamat mendarat di atas kepalanya tadi. Wajah Taehyung yang kacak itu dipandang dengan tajam

"Kau jangan nak buat lawak dekat sini. Dia memang anti-yeoja tapi tak bermaksud dia benci semua yeoja. He must be loving someone. Kau nak kata dia gay? Aku tak pernah nampak tanda-tanda dia nak jadi gay melainkan diorang dua ni" kata Taehyung lalu menunding jari ke arah Jin dan juga Namjoon dimana Jin memeluk erat lengan kanan milik Namjoon

Terkedu mereka berdua apabila Taehyung berkata begitu. Jin dengan drastiknya melepaskan rangkulan di lengan Namjoon. Namjoon pula sudah memandang Jin dengan menyampah

'Dia yang tergedik-gedik peluk lengan aku.. Ada yang makan penampar kejap lagi' getus Namjoon dengan geram

"Korang semua tak perlu risau. Jimin dah besar dan dia tahu apa yang buat" kesemua mereka memandang ke arah Yoongi yang dari tadi hanya mendiamkan diri

"Cara kau cakap macam kau tahu je masalah Jimin. Kau tahu apa-apa ke Yoongi ?" tanya Namjoon kepada Yoongi

Mana taknya,jarang sekali Yoongi memberi memberi hujah yang sebegitu melainkan dia rasa perkara itu betul. Yoongi memandang ke arah mereka semua sebelum menjungkitkan bahunya

"Nanti dia akan bagitahu korang semua. Okay?. Sekarang aku nak masuk class. Jom Taehyung " Yoongi terus bangun lalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga. Manakala Taehyung pula terus membututi langkah Yoongi

"Tu lagi sorang. Makin pelik pula perangai si Yoongi ni. Kena sampuk di hantu gamaknya. Aihh..apa nak jadi dengan anak-anak aku sekarang" bebel Jin

“Aku rasa ada something yang Jimin rahsiakan daripada kita semua” kata Jungkook setelah lama berdiam diri

Tapi perkara apa yang dirahsiakan oleh Jimin? Kenapa kebelakangan ini dia seakan-akan berubah?

-you always be my guardian right?-

Vomment🐰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro