•two
sorry guys i have a mistakes here , tiba tiba part 1 hilang pulak so takpe weh just go with the part 2 kalau ada yang korang tak faham just ask me okay ❤️
• enjoy your reading •
jadi itulah kisah jaemin pada waktu persekolahan nya . kira kira setiap harilah jaemin dibuli oleh jeno dan yang lain lain .
atas sebab apa ? kerana jaemin disekolahkan di sekolah yang sangat terkenal dengan kemewahan sekolah itu dan juga sekolah itu hanyalah untuk orang yang pandai dan kaya .
jaemin kan miskin macam mana boleh masuk sekolah tu ? itu kerana jaemin dipindahkan di sekolah itu atas dasar keputusan exam nya sangat lah cemerlang .
oleh itu pihak sekolah sanggup menanggung pembayaran sekolah jaemin demi memiliki jaemin yang sangat bijak itu .
jadi jeno dan pelajar yang lain berasa tidak puas hati dan dengki pada jaemin . jaemin juga adalah pelajar top 1 di sekolah itu .
malang nya jaemin perlu meneruskan hidup nya di sekolah itu walaupun mental dan fizikal nya diuji dengan parah .
sekarang ini jaemin berusia 20 tahun dan ia berjaya melepasi zaman persekolahan nya . ikutkan jaemin mahu menyambung pelajaran di university tetapi kos nya agak lah tinggi .
jaemin pun sekarang mengamalkan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang . lagipula ia baru saja dipecat kerja di cafe .
"mana lagi aku nak cari kerja ni eh , kali ke 50 dah aku kena pecat ni hm" monolog jaemin .
ia terus berjalan di sekitar bandar untuk mencari kerja kosong . dalam perjalanan ia terjumpa suatu poster .
"hmm perlukan seorang maid..gaji..10K sebulan ?!" mulut jaemin melopong .
tanpa berlengah jaemin menelefon nombor yang tertera di poster itu .
"hello ini nombor yang tengah cari maid tu ke ?"
"haah anda berminat ke ?"
"iyaa saya nak apply jadi maid"
"baiklah encik boleh pergi ke alamat ini untuk step seterusnya ya"
selepas mendapat alamat itu jaemin berlari ke sana .
• happiness •
"hii saya na jaemin yang call untuk apply kerja maid tadi" kata jaemin setelah ia menuju ke kaunter di sebuah bangunan syarikat yang besar itu .
"okey encik boleh isi borang ni dulu ya" kata pelayan itu .
jaemin mengambil huluran kertas itu lalu mengisi maklumat yang diperlukan .
"nah saya dah isi" jaemin berikan semula kerta itu .
"okey encik boleh tunggu sebentar ya , saya akan dapatkan pengesahan daripada tuan besar" kata pelayan itu .
jaemin mengangguk kecil lalu ia duduk di bangku yang disediakan . sambil sambil itu anak mata jaemin meliar liar disekeliling .
tak lama kemudian didepan muka pintu utama tiba tiba kecoh dengan ribuan wartawan yang menyerbu untuk masuk .
semata mata untuk mengejar seseorang , seorang lelaki yang tinggi , wajah nya yang terlihat sangat handsome .
"tu bukan ke..."
"na jaemin" pelayan tadi memanggil jaemin .
jaemin menghiraukan lelaki tadi lalu berjalan ke kaunter .
"encik diterima kerja so mulai esok encik boleh mula kerja , selanjutnya kami akan maklumkan pada encik di email ya terima kasih" terang pelayan itu .
jaemin tersenyum kegirangan setelah mendapat berita baik itu . dengan hati yang berbunga ia berjalan pulang ke rumah .
• happiness •
tepat pada pukul 6.30 pagi jaemin sudah bersiap siap untuk menuju ke rumah bajikan nya .
ia menerima message malam tadi mengatakan yang jaemin perlu mula bekerja pada pukul 7 pagi .
jadi jaemin bergegas bersiap untuk tidak lewat pada hari pertama ia bekerja .
mengambil masa 10 minit untuk sampai ke rumah majikan nya , kini jaemin telah berdiri tepat di depan rumah majikan nya itu .
"ini rumah ke hotel ?!" gumam jaemin .
"excuse me , who are u ?" tegur pengawal yang ditugaskan meronda rumah besar itu .
"erh saya na jaemin maid baru dekat rumah ni" kata jaemin .
"ouh jaemin , sila masuk sebelum tuan bangun" kata pengawal itu .
"ouh okay , btw mana satu pintu masuk eh" tanya jaemin .
"kamu kena pusing belah kanan lalu lorong tu sampai jumpa pagar kecil" ujar pengawal itu .
"ouhh terima kasih !" jaemin pun melangkah segera .
setelah 5 minit jaemin sesat dirumah itu akhir nya ia jumpa ruang tamu utama . setahu nya ia perlu berjumpa dengan ketua pembantu .
"mana semua maid yang lain" gumam jaemin .
"SIAPA KAU ?!" suara dingin dan keras memenuhi ruang tamu itu .
gugur jantung jaemin akibat terperanjat dengan sergahan itu .
"maafkan saya ! saya maid baru di rumah ni" jaemin segera membungkuk takut memandang muka orang itu .
"pandang muka aku"
jaemin mendongak .
"NA JAEMIN ?!"
"jung jeno ?..."
• thank you for reading •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro