Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 | Sesi Memujuk

  AMNA merengus apabila telefon pintar miliknya berdering. Pen dihentak ke buku sebelum nombor yang tidak dikenali itu dipandang. Siapa pulak gerangan manusia yang tidak bertanggungjawab mengacau waktu belajarnya? Dia tak tahu ke susah nk focus!

  Deringan ketiga, Amna angkat kerana terlalu geram. Karang dibiarkan makin melarat pula kan. Si pemanggil pun macam tiada tanda-tanda untuk mengalah.

  "Hello?"

  Sunyi sahaja. Tiada sebarang respon yang Amna dapat. Amna berdecit geram dengan si pemanggil.

  "Hello siapa ni?"

  Dia masih mengawal perubahan suaranya yang makin tak boleh tahan. Rasa nak maki je orang yang buat panggilan ni. Dah call tu, terus cakaplah! Apa benda susah sangat nak cakap, dah bisu ke? Hish! Amna paling tak suka orang mempermainkannya.

  "Kalau call orang tu, biar ada motif! Ni awak dah ganggu waktu belajar saya. Menyusahkan!"

  "Amna..."

  Jeda seketika. Amna memproses kembali suara garau itu. Macam kenal je. Bukan, Amna terlebih kenal!

  "Ayed?" Teka Amna.

  "Hehe yeah It's me."

  "Mana kau dapat nombor aku?" Tak jadi pula Amna mahu memarahi kawan baiknya itu. Manalah tahu ada benda penting ke yang Qaayed ingin sampaikan.

  "Ibu kasi dan aku yang mintak."

  "Ouh. So? Ada apa call aku?" Soal Amna mendatar. Qaayed di sebelah sana sudah tersengih-sengih. Dia memang bosan dekat rumah. Kakak-kakaknya sudah balik ke hostel, jadi tinggallah dia, ibu dan ayah.

  Qaayed pelik juga dengan Amna. Perempuan tu tak bosan ke? Dahlah Amna anak tunggal. Sedih!

  "Jom keluar!"

  Amna tayang wajah bosan. Agak dah.

  "Ah takde! Aku malas hari ni."

  "Ala Amna..." Meleret suara Qaayed memanggil. Boleh meremang bulu roma Amna mendengarnya. Ni dah keluar lah ni perangai mengada Qaayed yang satu.

  "Aku suggest kau duduk rumah, buka buku, dan belajar! Bukan keluar melepak macam tak ada life!" Ujar Amna dengan nada suara garang. Berharap Qaayed akan mendengar cakapnya kali ini.

  Terdengar decitan Qaayed yang halus di sebelah pemanggil. Amna menggeleng kepala perlahan.

  "Bosanlah kau ni! Asyik belajar, belajar, belajar!" Qaayed membentak. Kadang baginya Amna pun annoying juga kerana asyik menyuruhnya belajar setiap masa. Tertekan betullah!

  Terhinjut bahu Amna akibat sergahan tanpa amaran daripada Qaayed. Rasa bersalah pula kerana mendesak kawan baiknya itu. Kepala yang tidak gatal digaru.

  "Okay jom kita keluar. Kau nak ke mana?"

  "Tak payah! Aku duduk rumah je! Belajar kan?" Sinis sahaja suara Qaayed membalas sebelum lelaki itu pantas mematikan talian. Perasaannya kini bercampur-baur. Amna sudah matikan mood ceria dia hari ni!

  Amna masih kaku melihat skrin telefon yang mula malap. Keluhan berat terlepas dari mulut. Datang merajuk Qaayed ni, satu je jalan penyelesaian. Pergi rumah lelaki itu dan tunjukkan effort. Itu sahaja.

  Pantas Amna bersiap ingin ke rumah Qaayed. Nanti tak pergi, melarat pula dia punya merajuk tu. Haih kawan!

•••

  "EH Amna? Masuklah." Ibu Lya memberikan segaris senyuman kepada gadis itu. Dia sudah menganggap Amna sebagai anaknya kerana Amna terlalu rapat dengan keluarganya. Rumah ini sudah menjadi rumah kedua buat gadis itu. Ibu Lya tidak kisah langsung.

  "Terima kasih, bu. Ayed ada?"

  "Ada. Dekat dalam bilik. Amna sergah je nanti."

  Amna tersengih. Memang dia nak sergah pun bilik lelaki itu. Merajuk macam dia pula perempuan! Qaayed kalau dah merajuk semua orang sekeliling dia tak mahu layan. Jadi, jika Ibu Lya memanggilnya untuk turun, peratusan Qaayed keluar bilik sangat rendah. Lelaki itu akan tidur jika dia tertekan. Apa-apa jelah.

  Amna mendaki tangga menuju ke bilik Qaayed. Dia sempat membelikan Qaayed coklat cadbury dairy milk hazelnut kegemaran kawan baiknya itu.

  Tok! Tok! Tok!

  "Kan Ayed cakap Ayed tak nak diganggu! Don't disturb me, ibu!" Jerit Qaayed dari dalam bilik.

  Amna angkat kening. Ceh speaking pulak mamat ni. Amna abaikan kata-kata Qaayed. Dia cuba memulas tombol pintu lelaki itu, tetapi hampa. Berkunci!

  Tok! Tok! Tok!

  Senyap.

  Tok! Tok! Tok!

  Terdengar derap kaki penuh kemarahan dari dalam bilik. Amna dah bersiap sedia di luar bersama senyuman manis bak madu dicampur gula pasir.

  "Ibu nak... Arghhhhhh!!!!"

  "Arghhhhh!!!!!!!"

  Zezzzz...Dummm!!!

  "Bodoh punya Amna!"

  "Eh kaulah bodoh! Tak pakai baju! Stupid!" Berbakul sumpah seranah dilemparkan pada Qaayed yang sudah menutup pintu kembali. Ada ke patut keluar tak pakai baju? Memang gelabah lah masing-masing!

  Amna beredar semula ke bawah sambil kaki dihentak tanda geram. Orang datang sini nak pujuk dia, bukan tengok dia buat free show! Eee! Tak suci dah mata.

  Tapi... Amna tersengih sendiri. Qaayed ada six pack!

  "Kenapa Amna?"

  Wajahnya dibekukan kembali. Lengan ibu Lya dipeluk erat dari sisi. Kepalanya disandarkan ke bahu tua itu.

  "Ayed tak pakai baju tadi masa buka pintu. Terus jeritlah Amna. Terkejut tau!" Adu Amna sambil mencebirkan bibirnya. Bila ingat balik, malulah pula.

  "Kau pun tak cakap yang tu kau! Aku fikir ibu!" Kata Qaayed cuba membela dirinya dari pelbagai tuduhan itu. Manalah dia tahu itu Amna. Kalau dia tahu, baju jubah nasyid dia akan sarung ke badan.

  Menjaga kesucianlah katakan.

  Ibu Lya hanya menggeleng kepala sahaja. "Dah jom duduk makan. Ibu dah masak lauk kegemaran korang." Terus bersinar dua pasang mata itu. Laju mereka berebut ingin duduk di sebelah ibu Lya.

  "Ni ibu aku lah!"

  "Ibu aku jugak! Tepilah!"

  Qaayed tolak Amna. Amna tak puas hati, tolakan berganda diberi pada Qaayed. Tapi sedikit pun lelaki itu tak berganjak. Jelingan tajam diberikan. Seolah-olah ada elektrik yang mengalir di tengah-tengah.

  "Dah-dah duduk. Ibu tak makan pun. Korang ajelah makan. Ibu dah kenyang." Ibu Lya menyenduk nasi untuk kedua anaknya itu. Lauk ketam masak lemak cili api diletakkan pada pinggan Qaayed dan Amna berserta telur dadar.

  "Hmmm sedapnya bau..."

  Qaayed mengabaikan Amna yang gelojoh macam tak makan setahun. Patutlah tak ada lelaki melekat dekat perempuan ni. Perangai tu kalah lembu makan. Lembu makan pun sopan je, kunyah perlahan-lahan.

  Suapan diteruskan.

•••

  AMNA menghulur coklat cadbury dairy milk hazelnut kepada Qaayed. Terjungkit sebelah kening lelaki itu sambil tangan menyambut huluran Amna. Rezeki kan, mana boleh tolak. Jadi dia hanya sambut mesra.

  "Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa tiba-tiba?" Qaayed hairan dengan sikap Amna yang baik hati ni. Kalau tidak, Amna lah manusia paling kedekut.

  "Dah tu dalam call tadi bukan ribut ke?" Kata Amna dengan maksud tersirat. Qaayed memproses kembali ingatannya sebelum lelaki itu tersenyum penuh sinis. Sebab itulah perempuan ni mencemar duli ke rumah?

  "Thanks."

  "Welcome."

  Dua-dua membatu, melayan perasaan sendiri. Pandangan dihala pada bunga ros milik ibu Lya. Taman bunga ini sahaja yang menjadi tempat kegemaran mereka. Kerusi ada, pemandangan indah pun dapat.

  Amna menoleh ke kanan, memandang Qaayed. Tetapi Qaayed lebih awal merenung wajah cantik Amna. Terlakar segaris senyuman di bibir lelaki itu. Kening Amna ternaik berserta persoalan di kepala.

  "Kau apahal pandang aku macam tu?" Soal Amna kasar. Lebih kepada ingin menutup perasaan malu.

  "Entah. Aku rasa tenang tengok kau."

  Amna berdecit. Dijeling Qaayed di sebelah.

  "Apa kau ingat aku isteri kau ke? Asal pandang je tenang. Asal pandang je dapat pahala!" Amna berpeluk tubuh. Qaayed ni suka sangat mengarut benda bukan-bukan. Amna sendiri rasa menyampah bila tengok cermin di awal pagi. Rambut sendiri serabai. Mana datangnya ketenangan yang Qaayed cakap ni?

  "Mana lah tahu. One day. Perancangan Allah tu indah." Ujar Qaayed lembut. Satu senyuman dihadiahkan.

  "Kau yakin kau masih ada masa tu?"

  Qaayed masih tenang. Soalan itu membuatkan dia rasa bersemangat untuk bahagiakan Amna. Ajal maut itu di tangan tuhan, Qaayed hanya bersiap sedia.

  "Aku tak yakin. Tapi aku harap aku dapat bahagiakan kau sebelum aku pergi." Kata Qaayed mendatar.

  Amna menumbuk lengan Qaayed.

  "Aku gurau jelah gila!"

  Qaayed gelak. Tahu takut!

  Amna, seindah nama. Ketenangan yang hadir saat melihat senyuman kegembiraan yang terukir.

  Moga terus bahagia, mencari ketenangan bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro