Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 | Dah Tersebar

  DENGAN berbekalkan tenaga milo yang dia minum pagi tadi, larian pecut dibuat untuk mendekati Amna. Jarak berdirinya tempat dia dengan langkah kaki Amna yang kian menjauh, dia boleh agak mengambil masa selama 30 saat untuk dia berlari bersungguh-sungguh. Satu berita yang amat penting harus diberitahu segera.

  Fasha dan Imran berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk serentak seolah memberi kata semangat melalui gerak badan. Dia orang punya nak kejar Amna ni macam tengah berlawan larian pula.

  "Ready Fasha?"

  "Ready!"

  Dengan kiraan tiga, mereka berdua berlari pantas mengejar langkah besar Amna. Walaupun badan Amna kecil, langkah kaki itu tetap besar seperti manusia lain juga. Kecil kecil cili padi!

  Berkerut-kerut muka Amna apabila badannya terdorong ke hadapan akibat tolakan seseorang. Dia mula berpaling melihat dua manusia sedang mencuri nafas sedalam-dalamnya. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saat Imran turut berada di situ.

  "Tiga saat awal dari jangkaan!" Kata Fasha dengan senyuman lebar selepas sahaja dia menilik jam. Selepas itu, baru perhatian diberikan pada kawan baiknya.

  "Amna!!!"

  Amna menutup telinga. Apa masalah perempuan ni? Amna ada je depan mata, dia punya jeritan macam Amna ni jauh 1 kilometer daripada tempatnya.

  "Aku baru tengok video cover korang!" Jelas Imran. Nak tunggu Fasha terangkan straight to the point, memang tak dapatlah. Perempuan tu banyak mulut. Nanti cerita dia pergi ke arah lain pula.

  "Ouh okay?"

  Jatuh rahang Fasha dan Imran mendapat respon kosong sebegitu daripada Amna. Minah ni tak ada perasaan ke apa? Dah hilang diculik orangkah?

  "Amna dengar sini!" Fasha dah tayang muka serius. Kedua pipi Amna ditekup kuat. Terbuntang mata Amna. Fasha dan Imran ni dah buang tebiat ke apa!

  "Kau dengar aku nak cakap apa ni."

  "Ya aku dengar. Cakaplah!" Naik bengang Amna dibuatnya dengan perangai kebudakkan milik Fasha. Nak cakap tu cakap sahajalah. Kenapa sampai tekup pipi orang kuat-kuat? Sakit tahu tak!

  "Aku dah tengok video cover korang!!!"

  Uyai, sakit telinga woi!

  "Dah tu apa masalahnya?!" lawan Amna semula. Fasha lepaskan tekupan dengan wajah seakan tidak percaya. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Amna.

  Tiba-tiba Imran pula memegang kedua bahu Amna. "Masalahnya video korang trending nombor 30 dekat youtube!" Kedua bahu Amna digoncang oleh Imran. Mata bulat Imran terjegil memandang Amna.

  Imran lepaskan bahu Amna.

  Giliran Fasha pula bertindak.

  "Dan viewers korang dah cecah 300 ribu dalam masa tiga hari sahaja!!!" Kepala Amna digoncang. Fasha dah dirasuki dengan sawannya yang satu itu. Dia memang tak boleh bab bab popularity ni. Dia akan jadi teruja. Teruja yang menyebabkan Amna pening kepala.

  Amna pegang tangan Fasha.

  "Le-lepaskan kepala aku!" Tangan Fasha cuba ditolak. Bapak pening punya kalau biarkan Fasha buat begitu. Boleh masuk icu akibat pening kepala yang melampau.

  "Ouh sorry."

  "Aku punya terkejut tadi pun hilang sebab pening! Kau dah tak ada kepala ke sampai goncang kepala aku?" Marah Amna sebelum jelingan maut diberi pada Fasha. Tangannya naik mengurut pelipis. Fasha mempamerkan riak wajah bersahaja seolah tidak bersalah. Cis, nasib baik kawan.

  "Sebab aku ada kepala lah aku goncang kepala kau." Jawab Fasha sambil sengih tayang giginya. Eee dia punya jawapan tu! Ada je nak menjawab.

  "Yang pasal video tu, biar jelah nak trending ke apa. Orang takkan kenal aku dengan Ayed. Lagipun kita orang cover lagu je, bukan buat maksiat." Wah, memang dah tak ada contoh lain ke selain maksiat?

  "Suara korang memang power!" Puji Imran. Amna hanya tersenyum bangga. Nasib baik Qaayed tak dengar pujian daripada Imran ni, kalau tidak dialah orang yang akan kembang semekar macam bunga.

  Pantang dipuji, ada je nak kembang.

  "Thanks. Okaylah, jom kita makan!"

  Fasha dan Imran hanya mengikuti langkah Amna menuju ke kantin. Alang-alang perut pun tengah raver. Baik kita penuhi harian dengan juadah makanan!

•••

  "SUARA korang kalau gabung memang power!" Amna hanya hadiahkan senyuman tanda menghargai pujian mereka. Sudah penat mulut ini hendak membalas itu dan ini atas video yang telah trending. Ini semua Qaayed punya pasal! Dia dah beri warning dah!

  Tengoklah sekarang! Dia perlu hadap semua ni! Ingat Amna suka ke jadi popular? Tak! Langsung tidak!

  Kini, waktu terakhir sebelum bunyi loceng pulang. Pelajar-pelajar lain dah kerumun mejanya dan Qaayed. Itu semua kerana ingin memuji suara mereka berdua. Amna memang dah tak tahan, banyak kali dia berulang-alik dari kelas ke tandas kerana terlalu serabut.

  Dia nak belajar pun tak tenang!

  Si Fasha pula hanya senyum lebar seakan pujian itu turun kepadanya. Katanya, bangga kerana kawan baik sendiri menjadi bualan mulut orang ramai.

  Entah apa-apa!

  "Aku tak tahu pula suara kau sedap macam tu! Bakat terpendam eh..." Meleret Laila rakan sekelasnya memuji Amna. Gadis itu hanya membalas dengan senyuman. Dia dah penat nak cakap terima kasih sebab Laila ni berulang kali datang ke mejanya. Apa teruja sangat ke si Laila ni bila dapat tahu suara Amna sedap?

  Nak tukar suara? Ha boleh. Sinilah buat pembedahan.

  Kring!

  Terlepas juga satu keluhan lega daripada mulut Amna. Semua pelajar sudah mengemaskan barang mereka dan beransur ingin pulang. Kini, hanya tinggal Qaayed, Fasha dan juga Imran sahaja. Dan... Laila?

  "Asal kau tak balik lagi, La?" Soal Fasha. Dia tahu Amna tidak selesa ingin berbincang dengan Qaayed jika ada orang luar mendengar perbualan mereka. Lagi-lagi Laila yang jelas sekarang sudah obses dengan suara merdu milik Amna. Pening kepala dibuatnya.

  Laila pandang Amna dan Qaayed teruja.

  "Aku tak boleh weh! Aku suka suara korang!" Ujarnya dengan riak wajah gembira. Amna mengeluh perlahan. Dia mula berjalan ke arah Laila.

  "Terima kasih, Laila. Kau tak nak balik ke?"

  "Kejap. Aku ada satu permintaan. Boleh korang berdua tunaikan?" Mata bundar Laila terkelip-kelip memandang Amna dan Qaayed. Mereka berdua berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk setuju. Sesekali buat orang gembira kan.

  Laila tersengih lebar.

  Fasha sudah duduk di kerusi cikgu, memerhati tindak-tanduk tiga manusia tersebut. Imran turut memerhati, tetapi dia duduk di meja guru. Biadap betul.

  "Aku nak korang nyanyi lagu hanya rindu." Apabila mendapat anggukan, pantas Laila mengeluarkan iphone 6 miliknya untuk merakam. Dia akan ingat detik bahagia ini sampai bila-bila.

  "Okay mula!"

  "Saat ku sendiri, kulihat foto dan video
Bersamamu yang telah lama kusimpan."

  Qaayed memulakan nyanyian. Senyuman manis terukir di bibir. Matanya dikelipkan ke arah camera. Apa lagi? Menggelitis lah Laila ketika itu.

  "Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, kuulang kembali."

  Amna pula menyambung. Senyuman manis diberikan pada Laila. Dia juga turut mengenyitkan sebelah mata pada camera. Tak sangka pula dia dapat riaksi sama seperti Qaayed.

  "Kuingin saat ini, engkau ada di sini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu."

  Suara mereka bergabung membentuk satu melodi yang cukup indah membuatkan Laila tersenyum. Budak berdua di hadapan sudah terbuai dengan nyanyian Amna dan Qaayed secara live, sebab tu boleh tidur.

  Fasha bersandar dekat kerusi guru, mulut dah ternganga luas. Imran selamba baring atas meja guru. Apa ingat sekolah ni mak bapak dia orang punyakah?

  Amna dan Qaayed menghabiskan nyanyian dengan menghadiahkan sebentuk mini love pada Laila.

  Laila menyimpan semula telefon pintar miliknya. Senyuman yang tidak dapat ditafsir terpamer. Dia terlalu gembira kerana Amna dan Qaayed sudi melayan permintaannya yang agak kebudakkan.

  "Terima kasih korang! Aku balik dulu."

  Selepas sahaja Laila beredar, mereka berpandangan.

  "Fasha Walyana! Muhammad Imran! Bangun!"

  "Yow polis datang!" Fasha bangun mendadak sambil melatah. Nak tergelak Amna dibuatnya.

  "Mana polis? Polis!" Imran pula gelabah.

  Amna dan Qaayed menggeleng kepala. Terus beg disangkut pada bahu sebelum bergerak ingin meninggalkan dua ketul manusia yang masih mamai.

  "Layanlah polis korang kat situ."

  "Woi tunggu!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro