Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 | Count On Me

  "FLY me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like on
A-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me..."

  Nyanyian Amna terhenti apabila matanya memandang kelibat Qaayed yang makin mendekat. Lelaki ni memang tak ada life ke apa asyik kacau hidup dia je.

  "Ohoi!" Sapa Qaayed dari belakang berharap gadis itu akan terkejut pakej sekali dengan wajah hodoh. Tapi Amna lebih pintar kerana perasan kehadiran Qaayed dahulu. Well, this is Nur Amna lah! Budak pandai.

  Amna hanya memberikan jelingan tajam untuk sahabatnya. Sah, Qaayed memang tak ada life.

  "Kau nyanyi lagu apa tadi?" Soal Qaayed ingin tahu. Telinganya jelas mendengar setiap bait lirik yang keluar daripada mulut itu membentuk melodi indah. Sungguh suara Amna tidak dinafikan sangat merdu.

  "Bila aku nyanyi?"

  Wah bodohnya soalan.

  "Dah tu tadi kau bersyair ke?"

  "Taklah, berpantun."

  Qaayed angguk kepala berkali-kali, berharap kebodohan yang telah gabung pergi ditiup angin. Lelaki itu memang tak boleh nak fikir dah kebodohan mereka.

  "Amna, aku dah pesan. Bodoh tu simpan sikit." Ujar Qaayed merenung mata Amna sedalamnya. Gadis itu cuma menyimpul senyum sahaja membalas pandangan. Memang tak membantu langsung. Lagi menyerlah kebodohan seorang Nur Amna.

  "Fly me to the moon."

  "Let me play among the stars?" Bait lirik itu dilontarkan dengan nada mendatar dan dihujungnya dilontarkan seperti mengajukan soalan.

  Amna merenung Qaayed kosong. Layankan jelah.

  "Let me see what spring is like on A-Jupiter and Mars?" Giliran Amna pula seakan menyoal Qaayed. Siap ditunjuk lagi langit seperti melihat planet tersebut. Ni kalau orang lihat, boleh diiktiraf sebagai sakit jiwa.

  Qaayed gelak.

  "Jom cover lagu lepastu post dekat instagram."

  Giliran Amna pula gelak, penuh sinis.

  "Tahun ni nak SPM, sibuk nak cover lagu. Kau tu dahlah ramai peminat dekat sekolah! Sampai cikgu pun ada yang follow kau dekat instagram. Apa je yang ada dekat kau, tak ada dekat aku? Kita sama kot!" Kata Amna dengan penuh persoalan di benak fikiran.

  Qaayed sekadar mengangkat bahu.

  "Jomlah Amna..."

  Amna tak melayan. Pandangan dihala pada kolam. Qaayed mengecilkan mata sebelum berdecit geram.

  "Takpe. Aku ajak Fasha."

  Qaayed dah berdiri. Amna senyum senget.

  "Pergilah. Hujan turun jangan salahkan aku."

  "Tak baik tau. Hujan kan rahmat." ucap Qaayed mendatar. Ini lah nak mula sesi ceramah motivasi kepada Amna kepala batu ni. Kasi lembut sikit. Perangai pun dah macam jantan dah kalau kenal betul-betul.

  Amna angkat bahu.

  "Good luck. Harap tak mati kejung la nanti."

  Qaayed angkat kening. Teruk sangat ke suara Fasha?

  Amna dah tergeleng kepala melihat Qaayed. Lelaki itu tak pernah lagi mendengar suara Fasha yang sebetulnya. Boleh rosak pendengaran kalau dengar. Fasha punya struggle nak lembutkan suara dia, sekali dengar serupa maknyah dekat chawkit tu. Seram!

  Kau suruhlah dia nyanyi lagu rise and fall. Menangis Sarah Suhairi dengar. Boleh demam seminggu.

  Habislah kau Qaayed.

•••

  "SEHELAI baldu biru..."

  "Eh kejap. Asal kau lembutkan suara? Kan ni lagu Ella, cuba kasarkan sikit." Berkerut kening Qaayed mendengar Fasha nyanyi dengan nada lembut. Masalahnya tak jadi lembut dah tu! Jadi sengau!

  Fasha berdehem membetulkan suara. Amna pula memerhati dari jauh sambil berpeluk tubuh. Nak tergelak Amna tengok memek muka Qaayed. Macam dah tak tahan je lelaki tu hadap suara Fasha.

  "Sehelai baldu biru, yang kau berikan dulu..."

  "Fasha. Aduh! Rileks. Kau lembutkan kenapa?"

  Qaayed garu kepalanya yang tidak gatal. Ini dah percubaan kali ke empat. Tetap sama. Perempuan ni asyik nak lembutkan suara je serupa maknyah. Bila bercakap, sedap pula suara Fasha tu. Pening!

  "Dahlah! Aku give up!" Fasha merengus. Dari tadi asyik dia sahaja yang salah, asyik dia yang dimarahi. Qaayed tu sepatah apa pun tak keluarkan suara. Lantas Fasha bangkit berdiri lalu meninggalkan Qaayed sendirian.

  Amna tergelak sambil mendekati Qaayed yang sudah masam mencuka. Itulah, orang dah cakap. Tak nak dengar. Sekarang terimalah padahnya. Stress kan?

  "Fasha tu, hebat part main piano je. Nyanyi ke laut." Kata Amna. Sempat dia mencapai gitar miliknya sebelum duduk bersila di sebelah Qaayed. Mata lelaki itu membulat melihat gitar di tangan Amna.

  "Kau tak cakap pun kau ada gitar."

  "Aik? Terang-terang gitar ni dah tersangkut dekat depan. Kau ni buta objek ke apa?" Qaayed sengih sahaja. Manalah dia perasan. Dia bukan detektif nak perhatikan semua barang dalam rumah Amna.

  "Disebabkan aku kesian dengan kau, aku join kau buat cover lagu. Sekali je tau! Ha, nak lagu apa?" Soal Amna pada Qaayed yang dah tersenyum-senyum gedik. Amna menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.

  "Macam ni lah Amna aku!" Kalau halal, dah lama dia cium pipi gebu Amna tu berkali-kali sampai puas. Amna lah kawan baiknya yang paling terbaik di dunia!

  Qaayed menggunakan camera telefonnya sendiri untuk merakam detik-detik itu. Terpampang wajah kebingungan Amna yang sedang memegang gitar. Gitar di tangan Amna dirampas selamba oleh Qaayed.

  "Bagi aku main gitar."

  Amna hanya membiarkan sahaja.

  "Kita cover lagu count on me." Terangkat kening Amna mendengarnya. Sementara Qaayed mencari chord untuk lagu itu, Amna sudah mencari lirik. Dia bukannya hafal sangat pun lagu count on me tu.

  Apabila hasil pencarian Qaayed sudah dapat, pantas butang tengah camera ditekan untuk mula merakam.

  "If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see, I'll be the light to guide you."

  Amna memulakan nyanyian. Qaayed pula tekan memetik gitar sambil tersenyum. Kejap-kejap matanya akan singgah ke wajah Amna.

  "Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need." Qaayed menyambung sambil meleretkan nada di hujung. Sengihan nakal dihadiahkan buat Amna.

  "You can count on me like one two three
I'll be there, And I know when I need it I can count on you like four three two... You'll be there! 'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah. Whoa, whoa
Oh, oh... Yeah, yeah." Sambung mereka berdua dengan wajah ceria terpamer. Depan camera, takkan nak masamkan muka? Orang tengok pun tak menarik.

  Selepas menyanyikan lagu ini, Qaayed janji bahawa dirinya akan berada tepat pada waktunya saat Amna memerlukan seseorang. Qaayed janji akan jaga Amna sehingga ke nafas terakhir. Biarpun terpaksa berkorban. Demi kawan baiknya Amna. Dia sanggup.

  Amna merenung wajah bersih Qaayed. Qaayed lah satu-satunya kawan baik lelaki yang dia ada. Dia janji pada diri sendiri, kepercayaan yang patut diutamakan. Dia percayakan kawan baiknya, Iman Qaayed.

  "If you tossin' and you're turnin' and you just can't fall asleep, I'll sing a song... Beside you. And if you ever forget how much you really mean to me, Everyday I will
Remind you... Ooh." Qaayed menyanyi dengan penuh keikhlasan. Sengaja dia pilih lagu ini kerana ingin ditujukan khas untuk Nur Amna. Satu kenyitan mata dihadiahkan pada Amna saat mata mereka bersatu.

  "Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need." Amna guling mata ke atas, tetapi bibir tetap tersenyum.

  "You can count on me like one two three
I'll be there. And I know when I need it I can count on you like four three two, you'll be there 'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Oh, oh yeah, yeah. You'll always have my shoulder when you cry, I'll never let go. Never say goodbye, you know you can, count on me like one two three. I'll be there
And I know when I need it I can count on you like four three two, and you'll be there. 'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah. Oh, oh
You can count on me 'cause I can count on you."

  Tamat sahaja nyanyian, kedua-duanya berpandangan sesama sendiri sebelum serentak memandang camera yang masih merakam. Senyuman manis bak madu dipamerkan lantas Amna menekan butang tengah.

  "Yeah! Boleh upload youtube!"

  Terjegil mata Amna mendengar perkataan youtube. Untuk pengetahuan semua, Qaayed ialah seorang youtuber yang masih merangkak lagi. Subscriber Qaayed semalam baru mencecah 20 ribu. Tapi bagi seorang youtuber, nilai itu terlalu sedikit. Kau jalan pusing satu mall pun belum tentu orang kenal.

  "Janganlah, Ayed! Kau kata instagram je!"

  Muka Qaayed dah cemberut habis. Apa salahnya kalau dia hantarkan ke youtube? Sama sahaja. Followers Qaayed juga datangnya daripada youtube.

  "Tak kisah."

  "Ee!!"

  Amna malas melayan perangai Qaayed. Kalau dibantah pun lelaki itu akan buat juga. Qaayed mana reti jaga perasaan orang. Tahu nak puaskan diri sendiri aje. Yang jadi mangsa keadaan sekarang Amna.

  Baik Amna mengulang tayang video cover lagu count on me tadi. Mana tahu suaranya ada yang tersengau ke, dia boleh delete dengan alasan yang kukuh.

  "And if you ever forget how much you really mean to me, Everyday I will. Remind you..." Membahang pipi Amna tika melihat part ini. Manakan tidak, waktu inilah Qaayed mengambil peluang untuk mengenyit mata padanya. Dia tak tahu ke hati Amna senang melebur?

  Sebab itulah Amna cover dengan cara gulingkan mata ke atas. Tapi tetap kantoi sebab Amna tersenyum.

  "Suara kita sedap kan? Aku nak upload youtube."

  "Ayed!!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro