4 | Layan Tetamu
CUTI hujung minggu sangat membosankan bagi seketul Qaayed. Dia memang tiada plan pun untuk memenuhi percutiannya dengan gelak tawa. Maka, dia akan membuat hidup sahabat baiknya merana seperti dia.
Langkahnya diatur ke arah bilik kakak kembarnya. Ketukan bertalu-talu dihadiahkan pada mereka. Nasib kau oranglah dapat adik bangang macam Qaayed.
"Ayed nak apa?" Terjengul wajah kantuk Hana yang baru bangan daripada tidur. Maklumlah, perempuan kan. Asal cuti je membuta, asal membuta je cuti.
"Jom teman pergi rumah Amna." Kening Qaayed terangkat-angkat memandang si kakak. Hana berdecit geram dengan perangai juon sorang ni. Amna tu kawan Qaayed, kenapa perlu mengajaknya pula?
"Kak Hana malaslah."
"Ala kak Hana. Nanti Ayed belanja ais krim?"
Terdiam sekejap. Pandangan kosong dihala pada Qaayed. "Kau ingat kak Hana ni budak-budak ke? Pancing dengan ais krim terus laju je." ujarnya. Qaayed sengih lantas mengangkat kedua-dua bahunya.
Dagu digosok. Nak pancing guna apa lagi eh?
"Nanti Ayed tolong kak Hana dapatkan abang Rais. Nak?" Terus bersinar mata Hana mendengar tawaran tersebut. Dia memang tak boleh dengar nama Rais. Serta-merta hatinya berbunga walaupun Rais cuma menganggapnya sebagai kawan sekuliah sahaja.
Tapi apa dia kisah?
Hana mengecilkan mata memandang Qaayed. Terus Hana memasuki biliknya semula lantas menutup pintu. Qaayed dah dapat agak kakaknya itu mesti sedang bersiap. Sementara menunggu Hana, baik dia isi masanya dengan bermain game di telefon pintar.
Tak insaf-insaf lagi lepas kejadian di mana Amna memarahinya kerana terlalu obses dengan game. Perempuan itu mana faham isi hati lelaki seperti Qaayed. Kerja dia tahu nak membebel je.
"Dah jom!"
Qaayed angkat muka memandang Hana yang sudah bersiap dan...
"Kenapa kau seret aku sekali? Haih!" Rungut Hani. Dia sedap-sedap tengah layan Kdrama, datang pula Hana sebagai watak antagonis memaksanya mengikuti Qaayed. Kenapa harus mengganggu waktu lapangnya?
Qaayed tahan tawa. "Sorry kakak kakak sekalian. Kakak kakak kena layan adik kakak kakak yang sorang ni. Sebab Ayed je satu-satunya adik yang kakak kakak ada. Ayed nak serbu rumah Amna sebab nak kacau dia." Jelas Qaayed dengan riak muka selamba. Muka rileks habis macam baru lepas solat dhuha.
"Yelah Ayed."
Selepas memberitahu Ibu mereka, terus langkah dibawa menuju ke arah kereta milik si kembar. Kereta ini hadiah daripada ayah sempena hari lahir kembar. Mereka perlu kongsi kereta Vios ni sebab ayah tak cukup modal. Ingat kereta ni beli guna air liur ke?
Perjalanan ke rumah Amna tidaklah mengambil masa yang lama. Hanya memakan masa selama 10 minit sahaja untuk tiba ke destinasi. Itupun dikira lambat sebab Hani bawa kereta macam kura-kura. Kalau laju sikit tadi, lima minit aje dah terpacak depan rumah Amna. Biar perempuan tu terkejut beruk dapat tetamu yang tidak diundang. Qaayed kisah apa.
"Assalamualaikum!"
Tak lama lepas itu, Amna keluar bersama pakaian simple. Rambut diikat ekor kuda goyang sana sini. Penuh tanda tanya Amna merenung Qaayed.
"Kenapa datang ramai-ramai tak inform dulu?" Soal Amna sambil menekan remote pagar. Sementara tunggu pagar tu buat slow motion, baik dia bebel kasi telinga lelaki itu bernanah. Siapa suruh surprise.
"Kita orang datang nak meminang."
"Kepala kau!"
Amna menjeling Qaayed. Kata-kata yang tidak masuk dek akal betul. Meminang konon. SPM pun tak lepas ada hati nak meminang anak dara orang.
Pandangan Hani jatuh pada selipar di depan rumah Amna. Keningnya terjungki. "Ada tetamu ke?"
"Nak kata tetamu, tak juga. Nak kata bukan tetamu pun tak. Sebab dia orang buat rumah Amna ni macam rumah dia orang. Naik bilik Amna pun suka hati atok nenek dia orang je. Kakak kakak tengoklah nanti." Jelas Amna panjang lebar pakej rungutan sekali.
"Mama Tiha tak ada ke?" Soal Qaayed. Pelik juga apabila Amna mengatakan bahawa mereka membuat rumah ini seperti rumah mereka. Tak akanlah mama Tiha tak bising pula ada setan masuk rumah dia.
"Mama dan papa keluar. Ada hal katanya. Malam baru balik. Sebab tulah aku ajak dia orang lepak rumah."
"Oh aku, kau tak ajak pula?" Tanya Qaayed. Amna cuma hadiahkan sengihan plastik sahaja. Lantas dia masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan. Meninggalkan Qaayed dan kakak kembar di luar. Nampak tak perangai Amna sebenarnya tak sopan.
Dengan ucapan salam, Qaayed, Hana dan Hani menapak masuk sambil mata memandang sekeliling. Sesaat, ketiga mereka dan semua tetamu yang berada di dalam rumah membatu seperti patung cendana.
"Qaayed!"
"Imran!"
"Kak Hani!"
"Fasha!
"Hana?
"Rais?"
Amna menepuk dahi. Scene drama mana pula ni yang sedang berlangsung? Masing-masing jakun! Kalau boleh sebutlah nama banyak-banyak lagi. Amna memang tak kisah. Rumah dia kan dah jadi zoo. Penuh dengan binatang-binatang yang tak bertamadun.
Qaayed dah melepak satu table dengan Imran. Tak lain dah tak bukan PUBG lah tu. Kalau tidak PUBG pun, mesti COD ataupun ML yang sedang meletup. Fasha pula dah jadi makcik bawang bersama Hani. Dia kalau dah jumpa kakak-kakak Qaayed, confirm lupa diri.
Manakala Hana dan Rais...
"Awak buat apa dekat sini, Rais?" Soal Hana masih terkejut dengan situasi sekarang. Balik nanti dia nak cium kepala budak Qaayed tu berkali-kali sebab bawa dia ke sini. Boleh lah meluangkan masa bersama Rais. Lelaki idamannya sejak masuk universiti.
"Saya teman adik saya, Imran. Awak?"
"Family saya dengan family Amna memang rapat. Tu, si Qaayed dengan Amna pun macam adik-beradik. Sebab tulah saya selalu datang ke sini." Jelas Hana.
Terangguk-angguk kepala Rais mendengar penjelasan daripada Hana. Kemudian, mereka sambung berbual bagai dunia ini mereka yang punya.
Amna kaku berdiri melihat sekeliling. Memang hidup dia pula ke yang lonely sekarang ni? Nak borak dengan siapa dah kalau semua ada pasangan masing-masing? Bahu Amna jatuh. Satu keluhan dilepaskan.
"Meow..."
Mata Amna jatuh ke bawah. Senyuman dilorek.
"Puteh, awak jelah teman Amna hari ni. Tak guna Amna ajak dia orang lepak kalau Amna dipinggirkan. Kesian tuan Puteh ni, tak ada kawan pun." Tercebir bibir Amna ke bawah membuat memek muka sedih berharap Puteh kesayangannya akan faham isi hatinya.
"Tak apa, Puteh. Ayed ada temankan Amna."
Amna menoleh ke sisi memandang Qaayed yang sedang membelai bulu kucingnya. Satu senyuman sinis terlakar pada bibir munggil itu.
"Eh? Tadi Amna nampak dia sibuk dengan game. Sekarang ada pula nak temankan Amna?" Riak muka terkejut terpamer. Amna seakan-akan sedang berbual dengan Puteh yang sepatah haram pun tak faham apa-apa. Biarlah, asalkan Qaayed berambus cepat.
"Game bosanlah. Lagi-lagi team dengan Imran. Cepat sangat mati budak tu. Sebab tulah..."
Qaayed mengangkat tubuh molek Puteh lantas dia berdiri tegak. Amna pun turut berdiri menghadap Qaayed. Keningnya terjungkit menunggu sambungan ayat daripada lelaki itu.
"Sebab apa?"
"Sebab tulah Ayed cari Amna!"
Dah macam budak-budak dah panggil dengan nama samaran. Ingat comel ke?
"Buat apa Ayed cari Amna? Pergilah cari orang lain!" Balas Amna sebelum merampas Puteh daripada dukungan Qaayed. Amna mula melangkah ke dapur. Ingin meletakkan Puteh ke dalam rumahnya sendiri.
Qaayed membontoti langkah Amna.
"Amna... aku lapar..."
Puteh dimasukkan dalam rumahnya. Kemudian, dia berpusing ke belakang memandang Qaayed. Amna berpeluk tubuh dengan mata tajamnya merenung sahabatnya seperti ingin tembus.
"Kau tak makan lagi?" Mata naik memandang jam. Pukul 2:30 petang. Takkan Qaayed tak makan lagi.
Qaayed menggeleng minta simpati.
Pap!
"Aduh!" Cawan plastik yang baru sahaja mengetuk kepalanya diangkat lalu diletakkan atas kaunter. Amna ni memang tak kesian langsung dekat dia. Ada ke patut dia baling cawan plastik tu ke muka dia yang kacak ni.
"Tu balasan sebab menyusahkan orang."
Auch! It's hurt!
Qaayed diam tak membalas. Dia hanya memerhatikan Amna yang lincah ke hulur-hilir mencari bahan. Dapat dia dengar segala jenis rungutan daripada gadis itu.
"Asal weh?"
"Bahan mentah nak masak dah habis!" Oh. Qaayed tayang wajah kecewa. "Maggie ada?" soalnya. Amna mengetuk dagu seolah sedang berfikir jalan penyelesaian. Maggie ada tapi dia tak akan benarkan Qaayed makan makanan segera itu. Tak baik untuk kesihatan. Mata Amna jatuh pada peti ais.
Sayur dan telur masih ada!
"Telur kau makan?"
Angguk.
"Keropok ikan?"
Angguk.
"Sayur?"
Geleng.
Amna senyum dengan muka jahat. Sayur brokoli dan segala jenis bahan untuk memasak dikeluarkan lalu diletakkan di kaunter berhadapan Qaayed. Membulat mata Qaayed melihat sayur hijau di depannya.
"Amna!"
Amna kelip mata. Qaayed berdecit.
"Aku order food panda jelah!"
"No!" Laju-laju Amna merampas telefon pintar milik Qaayed. Dia mahu kawannya itu belajar makan sayur. Macam mana badan nak sihat kalau tak makan sayur? Manjakan sangat diri tu kenapa. Sayur kan sedap?
"Aku yakin kau akan suka sayur brokoli. It's delicious! Em so yummy!" Cemberut sahaja wajah Qaayed merenung Amna yang sedang memotong sayur. Bibir Amna pula dari awal tidak habis tersenyum suka. Siapa tak suka bila dapat kenakan Qaayed si kepala batu ni?
"Aku benci kau, Amna."
"Auch. Thank you."
•••
"YEAY! Dah siap!"
Qaayed memalingkan muka ke arah lain apabila Amna sengaja mengangkat pinggan lauk itu lalu dipusing-pusingkan di hadapannya. Amna mahu Qaayed mengambil bau sedap itu dahulu sebelum merasa.
Keropok ikan diambil lalu disumbat dalam mulut Amna. Membulat mata Amna dibuatnya.
"Bodoh punya kawan." Katanya sambil mengunyah. Hah, nampak betapa tak sopannya seorang Nur Amna.
Nasi Qaayed disenduk oleh Amna. Kalau orang lain tengok, boleh salah sangka ingatkan mereka ni macam pasangan suami isteri yang sedang bahagia. Tapi hakikatnya, merekalah paling banyak bergaduh.
"Jemput makan, Iman Qaayed."
Qaayed memandang pinggannya dan Amna silir-berganti. Nak tak nak, dia terpaksa makan makhluk hijau itu untuk menghargai pengorbanan Amna selama berada di dapur. Satu suapan dimasukkan ke mulut.
Perlahan-lahan Qaayed mula mengunyah sambil matanya tidak lepas memandang Amna. Senyuman jahat itu memang menyakitkan hati betul.
"Hmm.."
"Macam mana?" Soal Amna teruja.
Qaayed mengunyah dengan penuh keterpaksaan. Amna pula menanti dengan penuh kesabaran.
"Hmm... sedaplah brokoli ni!"
"Kan! Aku dah cakap!"
Qaayed ambil satu brokoli lantas disuap ke dalam mulut Amna. Amna pula hanya merelakan sahaja.
"Kau kena makan dengan aku."
"Boleh boleh."
Sesi suap menyuap diteruskan dengan lancar. Tiba-tiba...
"Wah! Sedapnya bau!" Imran dan Fasha datang daripada ruang tamu mengacau daun-daun yang ada. Imran melabuhkan duduk di sebelah Qaayed manakala Fasha di sebelah Amna.
"Rasalah. Sedap Amna masak." kata Qaayed jujur.
"Suapkan." Imran sengih. Qaayed lantas membuat muka geli lalu sambung menyuapkan Amna. Dia tak suapkan Amna nasi, Amna cuma mahu makan brokoli sahaja. Jadi, mulut Amna tak akan sentuh tangannya.
"Ah kau. Tangan ada kan."
Imran menjeling.
"Kau Amna! Tangan ada kan?" Tanya Imran geram, cuba membalas dendam pada gadis itu.
Amna jungkit kening.
Ada-ada jelah mereka ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro