Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 | Pertolongan Sahabat

  Amna menggigit bibirnya kuat. Jantung yang mengepam laju cuba ditenangkan. Fasha yang berada di sebelah dengan wajah ceria membuatkan Amna makin gelisah. Dia menyembamkan wajah pada bahu kawan baiknya itu dengan harapan dia akan tenang. Fasha berpaling sebelum dia mengeluh sejenak.

  "Macam mana kau boleh lupa ni, Amna?"

  "Aku memang nak siapkan. Tapi... Ah! Sebenarnya aku terlupa nak buat lepas layan tetamu! Saudara-mara aku semua datang ke rumah semalam." Jelas Amna.

  Kini Amna sedang menahan gelora jiwa yang makin gelisah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Bagi pelajar lain, mungkin ini adalah perkara biasa. Namun, bagi seorang pelajar yang telah dilantik sebagai pelajar contoh, kerja sekolah itu amat penting untuk disiapkan. Kerana ianya adalah sebuah tanggungjawab.

  Amna menekup mukanya dengan tangan. Celahan jari dibuka untuk mengintai Cikgu Zuraini yang makin mendekat. Amna betul-betul rasa nak menangis!

  "Amna," Qaayed dari belakang memanggil.

  Amna menoleh dengan mata berkaca. "Ayed..."

  "Asal ni?" Soalnya prihatin. Amna tak akan sedih tanpa sebab. Apa yang buatkan gadis itu nampak resah? Dari tadi dia lihat Amna tak senang duduk. Ada masa dia akan mengacau Fasha yang nampak tenang di sebelah.

  "Ak-aku tak siap homework!"

  Qaayed tak membalas, sebaliknya matanya melirik ke atas memandang Cikgu Zuraini yang sudah bercekak pinggang di hadapan Amna. Amna pejam mata erat saat melihat wajah pucat milik Qaayed. Sudah dapat mengagak cikgu berada di hadapannya sekarang.

  "Ehem! Bual apa tu? Kerja sekolah mana? Amna?"

  Amna bangkit berdiri, jarinya diramas. Kepalanya menunduk ke bawah, tak sanggup memandang wajah tegang Cikgu Zuraini. Siapa tak kenal cikgu ini? Beliau ialah PK Hem di sekolah, jelas garang dan tegas.

  "Sa-saya tak si-siap, cikgu."

  Pap! Cikgu Zuraini memukul rotannya atas meja Amna. Terhinjut kedua bahu Amna dengan perbuatan itu.

  Perlahan-lahan Qaayed mengambil buku latihan sejarahnya yang sudah siap. Kemudian, dia menyimpan ke bawah meja. Qaayed tersengih sendiri.

  "Pelajar contoh sekolah tak siapkan homework?!"

  Nak menangis Amna saat ditengking sebegitu. Terasa ada satu tangan yang menggenggam tangan kanannya. Dia tundukkan pandangan, menatap Fasha yang tersenyum nipis, ibarat memberikan kekuatan padanya.

  "Keluar! Siapkan kerja dekat luar, now!"

  Usai itu, Cikgu Zuraini melangkah ke meja Imran dan Qaayed. Tika itu juga, Qaayed awal-awal sudah bangun dengan bantuan tongkatnya tanda menyerah diri. Senyuman kekok terlakar. Tepi dahi digaru.

  Mencerlung Cikgu Zuraini memandang Qaayed.

  "Ni kenapa pula? Lepas keluar hospital terus jadi pemalas?" Uish, makan dalam betul 'pujian' itu.

  "Saya dah siap. Tapi tertinggal, cikgu."

  "Ambil kertas kajang, pergi siapkan dekat luar!"

  Qaayed mengangguk. Tak perlu diberitahu pun. Awal-awal dia sudah menyediakan apa yang patut untuk dibawa ke luar kelas. Demi Amna lah katakan!

  "Disebabkan kaki awak tu, awak boleh duduk atas kerusi. Tapi Amna!" Cikgu Zuraini memanggil Amna.

  "Ya cikgu?" Terjegul kepala Amna dari luar. Terkebil-kebil dia membalas pandangan Cikgu Zuraini.

  "Awak duduk bawah!"

  Amna hanya mengangguk tanda mengerti. Kepala yang tidak gatal digaru. Dah tu dia nak duduk mana lagi selain duduk di lantai? Haih cikgu ni. Pelik-pelik je.

  Qaayed membawa beberapa kertas kajang berserta buku teks dan kotak pensel dengan tangan kanan. Tangan kiri pula memegang tongkat untuk berjalan.

  "Eh Im. Tak payah. Kejap lagi aku datang balik heret kerusi tu." Halang Qaayed tatkala Imran ingin tolong mengangkat kerusinya. Imran geleng kepala. Terus dia memotong langkah perlahan Qaayed dan diletakkan di luar, bersebelahan Amna yang tekun.

  Amna pandang Imran.

  "Siapkan kerja tu cepat. Kau tahu-tahu jelah cikgu singa ni macam mana. Tak siap nanti dia bawa ke bilik disiplin, takpun pengetua. Kerja tu sikit je, don't give up okay? Hati-hati." Nasihat Imran kepada Amna.

  Amna senyum. Untungnya dapat kawan macam ni. Fasha tolong tenangkan dia. Imran memberi kata semangat. Dan juga Qaayed yang menemaninya.

  Qaayed labuhkan duduk atas kerusi manakala Amna duduk bersila di lantai. "Hai Amna."

  Amna mendongak ke atas. Keluhan dilepaskan.

  "Kau tak perlu buat macam ni pun, Ayed." Kalau lelaki itu sihat walafiat, bolehlah diterima dek akal. Masalahnya kaki Qaayed masih bersimen, mahu jalan pun masih mengharapkan tongkat. Amna tak mahu susahkan kawan baiknya itu. Cukuplah.

  Qaayed ketuk kepala Amna yang bertudung dengan pen. Hah! Dekat sekolah tahu pun bertudung, dekat luar degil! Sibuk nak tayang rambut sana sini.

  "Kan aku dah kata. Selagi aku boleh tolong, aku akan tolong." Qaayed mengulang ayat dimana mereka sedang melepak cendol di tepi masjid. Sebaris ayat yang sudah dipotong itu Amna cuba ingat semula.

  Segaris senyuman tergaris di bibir Amna.

  "Aku nak kau ingat ayat aku ni."

  Amna mendongak sambil mengangkat kening. Rasanya ayat Qaayed yang menyentap jiwa semua dia terapkan dalam kepala otak. Ada ayat lain lagi ke?

  "Pegang dada kau."

  "Hah?" Mata Amna membulat. Qaayed ni pervert ke?!

  "Kau fikir apa bongok?" Qaayed ketuk kepala Amna buat kali kedua. Itulah, pemikiran jangan cetek sangat.

  "Pegang dada kau, rasa degupan jantung."

  Amna menurut. Tangannya merasai degupan jantung yang normal. Amna kembali memandang Qaayed. Eh? Lelaki itu sedap menyambung kerja sekolah?!

  Yang aku ni, dia suruh layan perasaan pula? Tak membantulah Qaayed ni! Melambatkan kerja Amna!

  "Bodoh lah, Yed!"

  "Ala kau ni. Rasa lah lama sikit. Aku nak salin soalan jap. Kau tu dah salin soalan bolehlah." Jawab Qaayed sambil menulis di kertas kajang. Tekun mata itu menyinggah dari buku teks ke kertas kajang.

  Amna mencebik.

  "Okay-okay. Ha, kau dah rasa ke belum?"

  "Dah." Balas Amna acuh tak acuh. Bengang apabila Qaayed cuba mempermainkannya. Benci!

  Qaayed jeda seketika. Pandangannya tertunak ke bawah, menatap seraut wajah yang sedang menutup mata. Satu senyuman nipis terlakar di bibir.

  "Aku akan ada dekat situ, dalam hati kau."

  Terus Amna membuka mata.

  "Walaupun jasad aku jauh daripada kau."

  "Ayed... Kau mengarut apa ni?" Dahinya berkerut. Pantas dia menyambung semula kerjanya. Tak mahu melayan Qaayed yang suka merepek tak tentu fasal. Gayanya macam nak pergi tinggalkan Amna pula.

  Qaayed gelak kecil.

  "Tapi betulkan? Aku ada dalam hati kau?" Teka Qaayed sambil tersenyum senget. Amna menjeling geram.

  Amna tak menjawab. Sudah tahu, ditanya pula. Amna memang menyediakan satu ruangan khas untuk Qaayed, sebagai seorang sahabatnya dunia akhirat.

  "Qaayed! Amna! Borak apa lagi tu? Siapkan kerja!"

  Kelam-kelibut Amna dan Qaayed mencapai semula pen sebelum masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah mata pelajaran sejarah.

  "Semua kau punya pasal!" Amna menjeling.

  Qaayed buat muka.

  "Apasal ak-"

  Tiba-tiba Qaayed terdiam. Perlahan-lahan Amna mendongak ke atas memandang Qaayed. Kening yang terlukis cantik itu berkerut-kerut, bersama dahi yang berlapis. Pandangan Amna beralih pada tangan Qaayed yang sedang memegang dadanya.

  Seolah menahan sakit.

  Sama situasi tatkala berada di hospital selepas sahaja Imran, Fasha, Laila dan Cikgu Faizul datang melawat.

  "Ayed...Kau okay tak?"

  Qaayed menyedut nafas dalam, mencari oksigen.

  "Amna... Panggil ci- Ergh!"

  Amna dengan wajah penuh kerisauan mula bangkit dari duduk lantas berlari ke dalam kelas. Dia kisah apa kalau Cikgu Zuraini nak marah ke tak. Semua itu ditolak tepi. Yang penting sekarang adalah Qaayed.

  "Cikgu, Qaayed cikgu!" Mata Amna dah berkaca. Dia takut bila Qaayed seolah tidak cukup nafas. Dia takut kehilangan kawan baiknya. Apa pula kali ini yang akan menimpa lelaki itu?

  Cikgu Zuraini mengerutkan dahi.

  Imran dan Fasha mendengus. Cikgu ni lambat bertindak! Pantas mereka berdua berlari ke luar kelas untuk melihat keadaan Qaayed.

  Qaayed sudah bersandar lemah di kerusinya. Wajahnya sudah berubah pucat. Bibirnya menggeletar.

  "Ayed..." Amna tekup mulut.

  Imran pantas merasa nadi Qaayed. Berdenyut lemah. Pelajar lain sudah mengelilingi kawasan tersebut.

  "Tunggu apa lagi?! Call lah ambulans!!" Jerit Imran.

  Fasha membawa Amna ke dalam dakapan. Mulutnya tidak henti berzikir untuk menenangkan Amna. Belakang badan sahabatnya itu digosok perlahan.

  "Semua akan okay ke, Fasha?" Amna angkat muka memandang Fasha. Mukanya sudah basah dengan air mata. Fasha tersenyum nipis.

  "InsyaAllah, Qaayed akan okay."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro