Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 | Muncul Kembali

  Beautiful Banner by una_dreamer

MASING-MASING berlari menuju ke arah tempat duduk sendiri apabila ketua kelas memaklumkan bahawa pengetua akan meronda sekolah pada hari pertama persekolahan. Rajin pula pengetua nak buat sesi beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang tidak berdedikasi. Huh!

  Amna memperbetulkan duduknya sebelum dia sambung mengulangkaji matapelajaran ekonomi. Menjadi budak akaun ni bukan semudah abc.

  "Weh Amna," Fasha disebelah menyapa.

  "Hmm."

  "Kau ni asyik belajar je. Tak bosan ke?" Fasha cuba menghasut Amna. Memang tak boleh diharap seketul Fasha ni. Dia punya pemalas tahap khinzir kekenyangan.

  "Bosan juga lah. Tapi aku sedar diri, tahun ni kita nak SPM. So nak tak nak, kena lah belajar."

  Erk.. Fasha terdiam. Amna berjaya buat dia sentap.

  "Bangun semua!"

•••

  TAK, tak mungkin itu dia. Amna menggosok matanya sekali lagi bagi menjelaskan pandangan matanya. Tetapi tetap sama. Dia berharap ini hanya mimpi kerana jika ia benar, pasti memberi luka yang dalam buat Amna. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

  "Gila ah. Hensem do!" Fasha menyenggol bahu Amna dengan sengihan lebar di bibir. Siapa tak suka jika ada classmates yang sekacak ini?

  "Assalamualaikum, hai nama aku Iman Qaayed. Just call me Qay. Kalau nak manja sikit, panggil Ayed hehe." Jelas pelajar baharu itu bersama senyuman manis. Hampir seluruh gadis di dalam kelas tidak keruan melihat senyuman indah milik lelaki itu. Ceh perempuan ke lelaki ke sama saja dua-dua. Pantang nampak yang cantik, yang kacak, semua menggelitis.

  Mata Qaayed merayau melihat sekeliling sebelum matanya bertembung dengan pemilik iris berwarna hazel. Wajah ditundukkan bersama senyuman kecil yang tidak lekang dari bibir nipis itu.

  Finally, I got you.

  "Kamu boleh duduk sebelah Imran." Qay berkerut dahi mencari pemilik yang bernama Imran sebelum gerangan itu sendiri mengangkat tangannya ke awangan. Qaayed tersengih sendirian. Cikgu ni tahu-tahu je dia nak dekat dengan Amna.

  Qaayed atur langkah. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Matanya tidak lepas memandang Amna yang menunduk. Dia tahu gadis itu masih marah padanya.

  "Hey bro." Sapa Imran mesra. Qaayed cuma balas dengan senyum senget pakej angkat kening. Mentang-mentanglah kening lelaki itu tebal dan terbentuk.

  Buku ekonomi dikeluarkan dan dibuka muka surat pertama. Kemudian, Qaayed menongkat dagu memandang belakang tubuh Amna. Sungguh dia rindukan gadis di hadapannya ini.

  "Oi jauh menung." Imran jungkit kening apabila mata Qaayed tak lepas merenung Amna. Barulah kepala lelaki itu terangguk-angguk tanda faham. "Nama dia Amna. Dia memang pendiam sikit. Tapi bab akademik, level power dia tak boleh bawa bincang." jelas Imran.

  Qaayed menjeling. Aku tahulah!

  Dia lebih kenal Amna daripada Imran. Sibuk je.

  Hah! Alang-alang dia tengok Imran ni budak macam tak beri perhatian pada cikgu, baik dia cuba cungkil rahsia Amna di sekolah ni daripada Imran.

  "Im, Amna ni macam mana?"

  "Aku kenal Amna dari sekolah rendah sebelah ha, daripada darjah empat lagi. Masa tu dia budak happy go lucky. Aktif dalam sukan dan akademik. Ceria selalu. Her smile make us happy. Tapi, semua tu tak lama." Imran jeda. Matanya singgah pada belakang tubuh Amna yang sedang fokus belajar. Satu keluhan terlepas.

  Qaayed menunggu dengan sabar.

  "Amna berubah, jadi pendiam start masuk sekolah menengah. Hidup dia dengan buku je. Fasha sorang tu ajelah yang setia jadi kawan dia." jelas Imran sebelum matanya kembali difokuskan ke hadapan.

  Qaayed mengangguk perlahan. Dia tahu kenapa Amna berubah dan dialah punca semuanya terjadi. Setelah 5 tahun Qaayed membawa diri ke negara orang. Kini, dia muncul kembali membawa sinar pada gadis itu. Dia janji dia akan pulangkan Amna yang dahulu.

  Aku janji, Amna.

•••

  "Amna!!!"

  Laju kakinya melangkah ingin melarikan diri dari pemilik suara tersebut. Berbakul sumpahan sudah dilemparkan pada gerangan itu. Tak pasal-pasal mereka jadi perhatian ramai kerana buat sesi kejar mengejar.

  "Nur Amna!"

  Dia dah mula rimas. Langkah dihentikan. Tubuh dipusingkan ke belakang melihat lelaki itu.

  "Apa lagi, Ayed? Apa lagi?!"

  Qaayed tersentak. Ni betul marah ni. Langkah diatur perlahan mendekati gadis kecil molek yang sedang menahan api kemarahan. Ala ala comelnya pipi dia tu.

  "Kau marah aku lagi ke?" Soal Qaayed takut-takut.

  "Kau expect apa?! Rasa gembira bila ditinggalkan kawan baik sendiri selama bertahun-tahun? Kau nak pergi tu pergilah! Tapi bagilah ucapan selamat tinggal! Ni tak, main blah je macam aku ni tak penting! Aku ada hatilah Ayed! Rasa kehilangan jugak dekat hati aku ni bila kau pergi!" Terlepas semua yang Amna pendam selama ini. Sedikit sebanyak dia merasa lega.

  Tak boleh terima dek akal apabila Qaayed pergi meninggalkannya tanpa ucapan selamat tinggal. Paling sedih, tanpa pengetahuannya. Dia tidak pentingkah?

  Qaayed diam tidak bersuara. Wajahnya menunduk.

  "Ni, kau muncul balik apahal?"

  Qaayed pandang mata Amna sedalamnya.

  "Aku muncul semula sebab aku rindukan kawan baik aku. Aku rindu Nur Amna aku yang kuat." tukas Qaayed dengan senyuman nipis di bibir. Lidah Amna terkelu.

  Amna lepaskan keluhan kecil. Beg yang tersangkut di bahu dibetulkan sebelum dia beredar meninggalkan Qaayed di situ. Dia ingin mencari Fasha pula.

  Pasal Qaayed tu, pandai-pandailah dia hidup.

  "Fasha!" Laung Amna kuat apabila matanya menangkap susuk tubuh Fasha yang sedang berbual dengan Imran. Fasha menoleh memandang Amna.

  "Amna... habislah!"

  Amna angkat kening. Habis kenapa pula?

  "Kau dengan Qay dah jadi bahan gosip!" celah Imran dengan mata bulatnya. Amna ketap giginya kuat. Inilah mentaliti orang melayu zaman sekarang. Semua benda nak digosip, dahlah gosip murahan pula itu.

  Fasha menjeling Imran. "Dah Im, aku dah jumpa Amna, so kau dah boleh berambus. Khidmat kau dah habis." Gadis itu menolak Imran ke dalam lautan pelajar yang tergopoh-gopoh ingin pulang ke rumah. Nasib kaulah!

  "By the way, apa jadi kau dan Qay?" Tanya Fasha ingin tahu. Iyalah rasa ingin tahu juga lagi-lagi bila mereka berdua sudah menjadi topik perbualan rakyat sekolah.

  Nasib tak masuk surat khabar aje.

  "Kau tahu kan, aku dah tawar hati dengan Ayed."

  "Ayed?" Fasha terdiam sekejap. Matanya naik memandang Amna yang berwajah selamba.

  "Jangan cakap Qay tu ialah Ayed merangkap kawan baik kau waktu kecil!" Nak tak nak Amna angguk juga mengiyakan kenyataan tersebut. Fasha seorang sahaja yang tahu kisah silam antara dia dan lelaki itu. Siapa je tak tawar hati?

  Lagi-lagi apabila Qaayed tidak mahu buka mulut untuk terangkan sebab dia harus pergi saat itu. Sampai sekarang Amna tak tahu puncanya apa. Berahsia sangat!

  "Oh My God, Amna!"

  "Kau tak payah nak terkejut sangat. Jom balik." Langkah diorak menuju ke arah tempat parkir motosikal. Kunci motor dikeluarkan. Begitu juga Fasha melakukan hal yang sama sebelum kedua motor mereka mengeluarkan bunyi enjin yang kuat.

  Beberapa saat kemudian, kedua-duanya beredar meninggalkan tapak sekolah yang gah terbina.

  Dari jauh, ada yang memerhati Amna.

  "Kau dah besar, Amna. Kau dah tak perlukan pertolongan daripada aku. Good job my girl."

  Kalau dulu, Qaayed lah yang selalu ada untuk Amna. Sebab Amna tak boleh lakukan sesuatu perkara sendirian. Dia perlukan seseorang untuk membantunya. Nak dipendekkan cerita, Amna seorang gadis yang tidak yakin pada dirinya sendiri.

  "Aku janji akan betulkan semuanya, Amna."

  Senyuman menjadi penyedap hati.

•••

  Hadiah 1k terima kasih❤️

  Aku tahu cliche. eh sukati ah, tak suh kau review pun ha ha ha garang en

  dah, diam.

  saja selit cerita cliche dlm wall aku sebelum aku hiatus selama setahun.

  nanti aye buat comeback la halah halah

  btw, tak mintak byk, mintk korg comment dgn votes je, terima kasih atas jasa semua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro