Bab 9
LAMA Benjamin memandang kedua-dua telefon bimbit yang berada di tangannya itu. Satu miliknya dan satu lagi milik Eiman. Bibirnya berat menghembuskan nafas. Selama seminggu lebih ini, rasa bersalah menyesakkan jiwa dan mindanya. Apatah lagi bila dia sedar ada seseorang yang setia menanti perkhabaran daripada Eiman.
Mata dipejam dan kedua-dua tangan naik memeluk tubuh saat angin menyapa tubuhnya. Dia tak tahu apa lagi yang harus dia lakukan saat ini. Ingin berkata jujur tetapi keluarga menghalangnya dari memberitahu perkara sebenar kepada Aulia. Tetapi kalau terus begini, dia tak tahu adakah dia mampu menyamar seperti Eiman, sepertimana yang dia lakukan tadi?
"Benji... Is that you?" Kedengaran suara wanita bertanya dari arah belakang.
Dia menoleh dan bayang ibunya kelihatan dari dalam rumah.
"Ya," jawabnya kemudian. Kedua-dua telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Si ibu datang mendekati bersama winter jacket di tangan lalu dihulurkan kepada Benjamin.
"Dah pukul dua setengah pagi, Benji. Kenapa tak tidur lagi?"
"Tak dapat tidur." Winter jacket yang dihulurkan kepadanya itu terus disarungkan ke badan.
Sebenarnya, dari awal lagi dia tak dapat melelapkan mata. Kepalanya asyik memikirkan tentang Eiman, bahkan ditambah lagi dengan mesej yang dititipkan oleh Aidit kepadanya dan disusuli dengan panggilan daripada Aulia sebentar tadi membuatkan lagi matanya celik sehingga kini.
"Mama pun. I can't stop thinking about Eiman. He looked so lost and confused."
Air mata yang baru saja kering itu kini kembali mengalir ke pipi. Hati ibu mana yang tak sedih bila mengenangkan keadaan Eiman itu.
Benjamin memandang ke sisi, melihat Puan Elena menitiskan air mata membuatkan lagi hatinya sarat dengan rasa bersalah. Bahu orang tua itu dipeluk erat apabila tangisan Puan Elena semakin kedengaran.
"Kalaulah Ben tak setuju untuk ke Piha Beach tu, perkara ni takkan jadi, ma," ucap Benjamin dengan penuh kesal.
"Don't blame yourself, Benji."
"I should not agree bila dia ajak untuk panjat Lion Rock. It was slippery, I know. I'm well aware but he was so excited. I was so dumb bila bersetuju untuk tak memanjat kat laluan yang disediakan. Just for a freaking challenge!" Benjamin tertunduk seraya mata dipejam rapat. Sungguh, dia kesal.
Andai dia berada di belakang Eiman, mungkin dia dapat selamatkan si adik, mungkin dia yang berada di tempat Eiman ketika ini. Tetapi waktu itu, dia berada di hadapan dan saat dia berada dalam ketinggian kira-kira 40 meter, Eiman masih gigih memanjat. Tangan dihulurkan ketika Eiman semakin mendekat dan apabila tangan si adik cuba menyambutnya...
Benjamin meraup wajah. Tak sanggup rasanya hendak mengenang kembali kejadian yang hampir meragut nyawa Eiman itu.
Sungguh, dia hampir kaku apabila melihat tubuh Eiman sudah tersadai di atas pasir pantai. Tetapi sesaat kemudian, dia bagaikan tersedar ketika orang ramai mengerumuni sekujur tubuh itu. Waktu itu, dia sudah tidak memikirkan tentang dirinya lagi, apa yang ada dalam fikirannya adalah untuk turun ke bawah dan mendakap erat tubuh si adik yang sudah terkulai layu.
Air mata yang bergenang cepat-cepat diseka dari mengalir. Dia tidak mahu Puan Elena semakin bersedih. Walaupun sebenarnya hanya Tuhan yang tahu betapa dia rasa bersalah. Bukan saja pada Eiman malah pada Aulia, Aidit dan Danish. Bukan niatnya mahu menyembunyikan perkara sebenar daripada mereka tetapi itulah kehendak keluarga.
"Ben dah bagi tahu girlfriend Eiman," ujar Benjamin setelah tangisan si ibu reda.
Puan Elena mengangkat wajah untuk memandang Benjamin.
"What did you say?"
"Seperti yang mama nak. Ben bagi tahu dia yang Eiman terpaksa stay kat sini sebab hal keluarga. But I feel so bad after that. Apa salahnya kalau kita bagi tahu hal sebenar pada dia?" Keluh dilepaskan.
Perkara ini memang pernah dia persoalkan tetapi jawapan yang ibu dan adiknya berikan, membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
"Eiman lost his memory for the entire ten years before the accident, Benji! Ten years! Dia ingat umur dia masih dua puluh tahun. Baru nak masuk universiti. He didn't even recognize Ermina pada mulanya. Dia nampak keliru bila tengok kita semua."
"This is why mama nak kita sembunyikan perkara ni daripada orang lain. All he need is support from our family. So that dia boleh ingat secara perlahan kenangan kita bersama sebelum dia hilang ingatan."
"Kalau girlfriend Eiman tahu, sudah pasti dia nak Eiman ingat siapa dia lagi-lagi dia langsung tak ada dalam ingatan Eiman ketika ni. Benji sendiri dengar apa yang doktor kata semalam, kan? Eiman perlukan rehat yang banyak."
"Apatah lagi emosi dia terganggu waktu ni. Dan kita semua tak boleh push dia untuk ingat balik apa yang dia dah lupa. Biarlah hanya kita saja yang hadapi semua ini. Orang luar tak perlu masuk campur," jelas Puan Elena panjang lebar.
Baginya, apa yang penting ketika ini adalah untuk Eiman kembali sihat dan kembali ingat momen-momen bersama keluarga.
Puan Elena sedar, memang tak adil bagi teman wanita Eiman diperlakukan sebegini tetapi dia sebagai ibu mahukan si anak kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Malah dia juga mahu mengisi ingatan Eiman dengan kenangan-kenangan baru yang mereka bina bersama.
Benjamin terdiam seketika. Ya, dia tahu apa yang dialami oleh Eiman bukanlah perkara yang remeh-temeh. Hampir seminggu Eiman tidak sedarkan diri dan sebaik saja mata Eiman terbuka, lelaki itu terkejut dengan apa yang terjadi. Manakan tidak, bahu dan kaki Eiman disahkan patah dan retak.
Malah, Eiman juga menerima sebelas jahitan di kepala akibat kecelakaan itu. Setelah menjalani ujian Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI), Eiman dikatakan mengalami kecederaan yang serius di kepala sehingga menyebabkan Eiman kehilangan sebahagian ingatannya.
"It's called retrograde amnesia. He can't remember the information previously stored in his memory, but be glad that he still remembers about the basic things such as how to talk, walk or dress himself. Because all of these are stored in his long-term memory," ujar Doktor Wilson yang merawat Eiman semalam.
"Retrograde amnesia usually follows damage to areas of the brain other than the hippocampus; the part of the brain involved in encoding new memories. Because the existing long-term memories are stored in the neurons and synapses of various different brain regions," jelas doktor itu lagi agar mereka mengerti apa sebenarnya Retrograde Amnesia.
Dan kata-kata itu seakan-akan berulang kembali menerjah dalam ingatan Benjamin. Leher diusap perlahan. Disebabkan apa yang menimpa Eiman itulah yang membuatkan dia memikirkan tentang Aulia.
"But she loves Eiman so much, mama..." beritahu Benjamin agar ibunya tahu betapa dalamnya cinta Aulia kepada Eiman dan begitu juga Eiman kepada Aulia.
"And I love my son too. Mama cuma nak dia ingat kita balik tanpa rasa keliru atau ragu. Buat masa ni biarlah dia fokus untuk kita sekeluarga dulu," putus Puan Elena.
Yang menanti Eiman di Malaysia hanya seorang wanita yang bergelar kekasih bukannya isteri. Kalau benar sayangkan Eiman, wanita itu harus sabar menunggu sehingga Eiman sihat kembali.
"Tidur dan rehatlah sebelum kita ke hospital nanti," pesan orang tua itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Sekali lagi Benjamin mengeluh berat. Mata memandang taman yang ada di belakang rumah mereka itu. Pokok-pokok yang dulunya memagari kawasan taman itu kini hanya tinggal ranting kayu. Kering sekering hatinya.
Kedua-dua tangan masuk ke dalam kocek seluar dan saat jemari tersentuh telefon bimbit, salah satunya dikeluarkan. Ternyata telefon bimbit milik Eiman yang dicapainya. Sekali lagi mesej yang dititipkan oleh Aidit itu dibaca.
Man! Kau tak bagi tahu Lia ke yang kau stay lama kat Auckland? - Aidit
Apa masalah kau sebenarnya ni? Lia ingat kau dah ada orang lain kat sana. Dahlah dia kata kau tak jawab mesej and calls dia. - Aidit
Be a man, dude. Kalau betul ada masalah keluarga, explain kat dia betul-betul. - Aidit
Janganlah buat dia macam ni. Aku kesian tengok dia menangis tadi. - Aidit
Disebabkan mesej-mesej daripada Aidit itulah yang membuatkan dia berani untuk menitipkan pesanan kepada Aulia. Kerana selama seminggu lebih ini, dia hanya mendiamkan diri. Mesej Aulia juga hanya dibaca tanpa dibalas, manakala panggilan wanita itu juga terpaksa direject.
Apa yang perlu dia lakukan selepas ini? Terus menyamar jadi Eiman? Atau hilang begitu saja? Andai dia menyamar jadi Eiman, mampukah dia melakukannya setelah hati sudah menerima hakikat yang si dia milik adik sendiri?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro