Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

SUDAH seminggu Eiman berada di Auckland, dari apa yang lelaki itu beritahu kepadanya, semuanya nampak baik-baik saja. Sungguhpun masa untuk mereka berhubung sangat terhad. Perbezaan waktu juga memainkan peranan. Selalunya bila Aulia balik kerja, itulah juga masa untuk Eiman melelapkan mata. Paling kerap mereka berhubung pada waktu pagi, waktu Malaysia. Kerana di Auckland ketika itu sudah pun bertukar ke petang.

Seperti yang terjadi hari ini. Pagi-pagi lagi Eiman sudah meminta untuk berSkype dengannya.

Cepat! Ni pertama kali kita berSkype sepanjang I kat sini. - Eiman

Sekejaplah. I baru bersiap-siap. Breakfast pun belum ni. - Aulia

Okey. Pakai cantik-cantik. I nak kenalkan you dengan my parents. - Eiman

Bulat mata Aulia membaca mesej Eiman itu. Dadanya juga terasa berdegup kencang. Bersediakah dia? Tanpa dia sedar, kakinya bergerak ke sana sini tanpa hala tuju di sekitar bilik tidurnya itu. Ibu jari digigit tanpa rasa. Namun mata kembali memandang skrin kecil itu apabila Eiman kembali menitipkan mesej kepadanya.

Hello? You there? - Eiman

Yeah... I'm here. You dah bagi tahu parents you ke? - Aulia

Not yet. Why? - Eiman

I tak sedia lagilah. You kena bagi tahu I sehari sebelum I 'jumpa' mereka. Bukan macam ni. - Aulia

Hari ni atau esok, sama aje, sayang. Mereka akan terima you seadanya. So, don't worry. - Eiman

I yakin, I akan gugup bila bercakap dengan mereka nanti. At least, kalau you bagi I masa sehari, I boleh prepare dulu nak cakap apa. - Aulia

Okey. Tapi I nak Skype dengan you juga. - Eiman

Without your parents? - Aulia

Ya. Skype. Now! - Eiman

Bergegas Aulia login ke aplikasi Skype. Baru beberapa saat dia masuk ke dalam aplikasi itu, nama Eiman sudah tertera menghubunginya. Sebelum butang jawab ditekan, sempat juga dia melihat dirinya di hadapan cermin. Jelas terpancar sinar bahagia di wajahnya walaupun terpaksa berjauhan dengan Eiman. Kerana sepanjang ketiadaan Eiman, lelaki itu tak pernah lupa untuk bertanya khabar tentang dirinya. Sepertimana ketika Eiman berada di Malaysia juga.

"Lamanya nak jawab," ujar Eiman setelah mata terpandang wajah yang dirindui itu.

Aulia tersengih.

"I miss you." Tanpa menunggu balasan daripada Aulia, kata-kata itu dituturkan.

Terukir senyuman nipis di bibir Aulia.

"Me too."

"Kenapa you tak nak I kenalkan you dengan parents I?"

"Bukan tak nak. Kalau you nak kenalkan esok, ha, yang tu boleh. Insya-Allah, I dah bersedia. Dah tahu nak kata apa," jelas Aulia.

"Okey, esok. I nak you bersedia. Sebab I nak kenalkan you dengan daddy, mama and Mina."

Segera kepala Aulia mengangguk. Yakin yang dia mampu berdepan dengan ahli keluarga Eiman pada esok hari.

"Daddy you dah okey?"

"Dia sakit belakang tapi tak nak pergi klinik. Itu yang masalahnya."

Sudah acap kali anak-anak dan ibunya mengajak Encik Jayden ke klinik tetapi orang tua itu susah sangat nak dengar nasihat kalau berkaitan dengan klinik atau hospital.

"Cuba pujuk dengan cara halus nanti. Mana tahu hati dia terbuka."

Eiman kelihatan mengeluh.

"Nenek dan atuk you pula macam mana?"

Walaupun sebelum ini Eiman memberitahu kepadanya yang keadaan di sana baik-baik saja, tetapi Aulia ingin mendengar sendiri dari mulut lelaki itu.

"Okeylah... Much better than before. Every weekend, family I selalu melawat mereka sebab rumah mereka kat Glamorgan Drive, Torbay."

"Syukurlah... So, sekarang you kat mana?"

"Kafe." Sebaik saja Eiman menyebut kafe, telefon dihalakan ke sekeliling kafe.

"Wow! I tak sangka kafe kat sana lebih luas." Teruja Aulia saat melihat suasana Brews & Bites Café di Auckland itu. Lagi-lagi dipenuhi dengan pelanggan.

"Yang kat kaunter pembayaran tu, mama I," beritahu lelaki itu dan sekali lagi telefon bimbit dihalakan ke kaunter pembayaran.

"Cantik. Tak nampak macam umur lima puluh. Daddy you kat mana?"

Eiman mengeluh.

"Dapur dengan Benji. Dia tak reti nak rehat."

"You tak kerja?"

"Kerja. Shift I pagi sampai tengah hari tadi. Lepas ni I nak ajak Benji ke Piha Beach. Nak panjat Lion Rock."

"Hesy... Tak jauh ke?" Berkerut dahi Aulia bertanya.

"Dalam lima puluh minit aje dari rumah atau kafe."

"Sampai sana nanti dah gelap. You ni... Dahlah sekarang musim sejuk. Dah buang tabiat agaknya," bebel Aulia. Tak semena hatinya berasa risau.

"Alah, sayang... Cuaca macam inilah best, tak berpeluh panjat Lion Rock tu. Lagipun kat sana tak adalah gelap sangat. Dalam pukul tiga ke empat petang mungkin dah sampai sana."

Lama Aulia memandang Eiman dengan wajah tersengih lelaki itu.

"It's up to you. Tapi janji, you kena hati-hati."

"Ya, jangan risaulah."

Aulia menjeling manja namun akhirnya dia menukar topik perbualan mereka.

"Best tak kerja kat sana?"

"Kat sini, pagi, tengah hari, petang atau malam sekalipun, pelanggan tak putus-putus. Memang patut Benji cari pengganti daddy. Sebab kalau kekurangan cef, service akan jadi lambat."

Ketika perut Aulia kedengaran berbunyi, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Risau kalau Eiman terdengar bunyi dari perutnya itu.

"Kenapa?" soal Eiman.

Aulia tutup wajahnya dengan sebelah tangan.

"Perut I berbunyi. Kan I belum breakfast lagi."

"Kalau I ada kat Malaysia... I akan sediakan sarapan untuk you."

Aulia gigit bibir. Disebabkan kata-kata Eiman itu membuatkan Aulia merindui masakan lelaki itu. Selama setahun perutnya dihidangkan dengan masakan Eiman, jadi dia sudah terbiasa dengan air tangan lelaki itu.

"I rindu masakan you. Kadang-kadang I rasa masakan I tak sedap langsung." Malu dengan diri sendiri kerana Aulia rasa, masakan Eiman lebih sedap berbanding masakannya.

Tersenyum Eiman apabila masakannya dirindui.

"I pun rindu nak masakkan untuk you. Hal Ermina dah settle. Sekarang nak cari pengganti daddy, at the same time... Nak pujuk daddy ke hospital. Lepas tu I balik ke Malaysia terus."

"Settlekan perlahan-lahan. Insya-Allah... I boleh tunggu."

"Okeylah... You breakfast dulu. Nanti perut tu masuk angin pula. Ingat... Esok I kenalkan you dengan family I. Just get ready."

Aulia akur tanpa sebarang bantahan. Kalau lama lagi mereka berbual, mungkin dia terpaksa bersarapan di tempat kerja.

ALARM di telefon bimbitnya berbunyi lebih awal daripada biasa. Kali ini Aulia yakin, dia mampu bersua wajah dengan keluarga Eiman kerana semalaman dia cuba mempraktikannya di hadapan cermin. Aulia juga sengaja bersarapan lebih awal kerana tidak mahu ketika dia rancak berbual dengan keluarga Eiman, perutnya sibuk-sibuk minta diisi.

Selesai bersarapan, bilik Medina diketuk. Kali ini, cepat pula wanita itu tersedar. Mungkin ada kerja pada awal pagi.

"Aku ingatkan, nak kena ketuk bilik kau ni sampai tiga puluh kali," perli Aulia.

"Amboi... Perli!" Mata Medina memandang Aulia dari atas hingga ke bawah.

"Cepatnya kau bersiap. Aku tengok jam, awal lagi."

Tersenyum-senyum Aulia.

"Eiman nak kenalkan aku dengan parents dia."

"Wow! Dia betul-betul serius dengan kau, eh? Untunglah orang tu... Dapat boyfriend yang boleh kenyangkan perut."

Terlepas tawa kecil dari bibir Aulia.

"Dan kau untung dapat kawan macam aku. Even kau tak dapat boyfriend yang boleh kenyangkan perut kau tapi kau ada aku. Aku yang selama ni kenyangkan perut kau tiap-tiap pagi. Tu kat dapur dah ada nasi lemak sambal udang."

Tanpa amaran, Medina terus memeluk tubuh Aulia.

"Thank you, Lia! Kau macam tahu aje aku nak makan nasi lemak. Ni yang aku sayang lebih kat kau. Good luck nanti bila kau 'jumpa' bakal mentua. Aku doakan mereka terima kau tanpa rasa waswas."

Cepat-cepat Aulia meleraikan pelukan Median.

"Hesy! Busuk! Tak mandi lagi dah peluk orang."

"Eleh! Mengada." Medina mencebik.

Besar tawa Aulia melihat mimik wajah Medina itu.

"Anyway... Thank you! Pergi cepat mandi!"

"Cis!"

Tawa Aulia masih bersisa meskipun sudah melangkah menuju ke bilik tidurnya. Telefon bimbit dicapai, manalah tahu Eiman sudah pun menghubunginya. Namun skrin kecil itu nampak kosong tanpa mesej atau panggilan.

Aulia kembali mendekati meja solek. Wajahnya ditatap untuk sekian kalinya. Melihat bibirnya tanpa secalit gincu itu membuatkan dia cepat-cepat menyelongkar beberapa gincu yang berbeza warna dan jenama.

Warna gincu bright plum dicapai lalu dioles ke bibir. Dikemam-kemam bibir itu agar gincu itu sekata. Lama juga dia memandang wajahnya di cermin. Masih ada yang tak kena di pandangan matanya. Mungkin warna gincu itu terlalu menyerlah dan nampak 'ceria'.

Lantas, tisu yang ada di atas meja solek itu ditarik lalu dibawa ke bibir. Hilang terus warna bright plum tadi. Tanpa fikir panjang, gincu berwarna beige dicapai lalu dioles ke bibir. Kali ini dia rasa wajahnya lebih elok berbanding tadi. Nampak bersederhana.

Setelah yakin dengan penampilan diri, mata melirik jam di telefon bimbit. Dahinya berkerut. Sudah pukul tujuh pagi. Selalunya, waktu-waktu begini Eiman akan menghubunginya. Mungkin Eiman masih bekerja waktu ini.

Aulia bergerak menuju ke katil. Lantas punggung menghenyak tilam empuk itu seraya badan bersandar di kepala katil dengan berhati-hati. Risau jika perbuatannya itu membuatkan bajunya berkedut teruk.

Setelah selesa dengan kedudukannya, sekali lagi dia menatap skrin kecil telefon bimbitnya itu. Perlu ke dia mengingatkan Eiman? Tapi, rasa macam terhegeh-hegeh pula. Padahal semalam, bukan main lagi dia menolak untuk diperkenalkan kepada orang tua Eiman.

Tapi... Tak salah kalau dia menitipkan pesanan untuk bertanya khabar lelaki itu. Manalah tahu setelah dia menitipkan pesanan, baru Eiman teringat dengan janji lelaki itu semalam.

"Last seen yesterday? Hmmm... Pelik." Takkan Eiman tak membuka aplikasi WhatsApp dari semalam? Bibir diketap perlahan namun jari masih menitipkan pesanan.

Hi... Busy ke? - Aulia

Tersenyum-senyum bibir Aulia saat menekan butang Send. Sementara menanti balasan daripada Eiman, aplikasi Instagram dibuka dan beberapa gambar di sebalik tabir photoshoot semalam dimuat naik ke situ. Selalunya, pengikut-pengikut di Instagramnya lebih suka jika dia memuat naik Outfit of the Day berbanding gambar-gambar yang melibatkan pengacaraannya.

Melainkan rancangan Brews In Town. Siri TV travelog makanan itu memang mendapat sambutan yang tinggi dari kalangan penonton. Kafe yang terpilih juga antara yang terbaik.

Selesai memuat naik gambar, sekali lagi sepasang matanya melirik jam. Sudah 7.20 pagi. Sedangkan pukul 7.30 nanti, dia sudah perlu bergerak ke studio. Sudah tentu dia tidak dapat berbual dengan Eiman sepanjang dia bekerja melainkan malam nanti.

"Dia lupa ke? Atau mungkin dia sibuk?" Aulia berkata sendiri.

Tanpa berputus asa, dia cuba mendail nombor telefon Eiman. Kedengaran berdering namun tidak terangkat. Aulia melepaskan keluhan.

Hatinya mula rasa tidak selesa, namun dia tolak jauh-jauh rasa itu. Mainan perasaan sahaja. Mesti Eiman sibuk, ataupun lupa nak cas telefon. Lantas, jemarinya kembali menaip di capaian WhatsApp.

I guess, you betul-betul busy hari ni. So, I tak nak kacau you. Lagipun I nak gerak ke studio dah. Hari ni jadual kerja I penuh. If you miss me, boleh Skype malam nanti. Nearly midnight. - Aulia

Akhirnya mesej dititipkan buat lelaki itu. Tak mengapalah kalau tak dapat bersua wajah dengan keluarga Eiman. Hari lain pun boleh dan dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada orang tua Eiman waima pada bila-bila masa sekalipun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro