Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

HATINYA resah. Jemari yang bertaut itu direnung lama. Hari yang tak dinanti itu telah tiba dan perasaan yang tak enak beberapa hari ini, kembali menyapa hatinya. Kenapalah dia rasa berat hendak melepaskan tangan itu pergi? Dia tidak sepatutnya berperasaan sebegitu. Bukan lama sangat pun Eiman pergi meninggalkannya.

"Kalau boleh... Cepat-cepat balik sini tau," ujar Aulia. Selain jemari bertaut mesra, sebelah tangan lagi merangkul lengan lelaki itu.

"Ya, sayang. Selepas adik I graduate, I tolong sekejap Benji kat sana then I balik terus ke sini."

"You kat sana dua bulan aje tau!" Untuk sekian kalinya, Aulia cuba mengingatkan Eiman.

"Kalau settle cepat, sebelum dua bulan tu I dah balik."

Nafas ditarik dalam. Sepasang mata Aulia cuba memandang orang ramai yang lalu-lalang di ruang legar airport itu, sekadar untuk meredakan resah yang sarat bertandang di dalam dada. Ada yang kelihatan tercari-cari gate untuk check-in bagasi. Ada juga yang masih berbual dengan keluarga sebelum masuk ke balai perlepasan.

"Sampai aje kat Auckland nanti, I call you terus." Eiman kembali bersuara apabila Aulia tiba-tiba saja senyap tanpa kata.

"Okey."

"You baliklah... Risau I kalau you balik lewat malam," arah Eiman. Mata mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah pukul sembilan malam. Tak lama lagi, dia dan Benjamin perlu masuk ke balai perlepasan.

Perlahan-lahan Aulia meleraikan pautan jemari mereka. Akur dengan arahan Eiman itu.

"Benji, kunci kereta mana?" soal Eiman pada Benjamin.

Benjamin terus menghulurkan kunci keretanya kepada Aulia.

"Drive elok-elok kereta aku."

Sempat Benjamin berpesan kepada Aulia. Baru sepuluh bulan kereta itu dibelinya, tetapi disebabkan dia ke Auckland, dia minta Eiman untuk jagakan kereta itu sepanjang ketiadaannya. Tambahan pula, kereta milik keluarga mereka juga sudah tidak berfungsi lagi.

Tanpa Benjamin sedar, Aulia menjeling. Dengan malas dia mencapai kunci kereta itu.

"Saya tahulah. Lepas ni, saya hantar terus ke kafe, biar Aidit yang tolong jagakan kereta ni."

Kalau ikutkan hatinya, dia pun malas nak memandu kereta milik lelaki itu. Mercedes-AMG A45 pula tu. Calar sedikit, memang aniaya dia.

"Tak payah hantar malam ni. Bawa aje terus ke kondo you. Esok atau lusa, I suruh Aidit yang ambil kereta tu daripada you." Cepat saja Eiman menegah agar Aulia tak menghantar kereta itu ke kafe malam itu juga. Hatinya dijentik dengan perasaan risau.

"Okey. Suruh Aidit mesej I dulu. Risau pula kalau I kerja waktu tu. Sebab kereta tu I tinggalkan kat kondo. Tak reti nak bawa kereta mahal. Lagi-lagi kereta orang lain." Sengaja Aulia berkata begitu. Biar Benjamin sedar, dia sendiri tak terhegeh-hegeh nak memandu kereta milik lelaki itu.

Eiman angguk kepala.

"Okeylah... Kami masuk dulu. Sebab selagi kami tak masuk, selagi tu you tak nak balik."

Aulia tersenyum kecil. Tak sangka, Eiman mengerti yang dia berat hati hendak melangkah pergi sebelum lelaki itu benar-benar masuk ke balai perlepasan.

Tanpa dia sedar, Eiman menarik pinggangnya dan dalam sekelip mata, bibir Eiman mendarat di ubun-ubunnya.

"Take care, sayang, I love you," ucap Eiman setelah melepaskan rangkulan.

Terangguk-angguk kepala Aulia membalas kata Eiman. Dia sebenarnya terkejut dengan tindakan Eiman itu. Lagi-lagi di hadapan Benjamin. Sempat juga dia melirik lelaki itu, ternyata Benjamin memandang ke tempat lain. Mungkin dari awal lagi Benjamin memandang ke arah lain atau disebabkan perilaku Eiman itu, membuatkan Benjamin kurang selesa, dia kurang pasti.

"You juga, jaga diri. Love you more."

Sebelum Eiman menjawab dengan anggukan, Aulia sudah pun berpaling. Langkah dipercepatkan agar dia tak menoleh untuk menatap wajah Eiman buat kali yang terakhir. Dia yakin, perasaan berat yang dia rasakan saat ini, mungkin hanya sementara. Selepas ni, pasti akan baik-baik saja.

PINTU bilik Medina diketuk namun tiada sahutan daripada wanita itu. Tanpa berputus asa, sekali lagi pintu bilik itu diketuk kuat seraya tangan memulas tombol pintu. Tak berkunci. Segera dia menolak daun pintu itu.

"Dina..." serunya. Langkah diatur perlahan sehingga dia sampai di hadapan katil wanita itu. Di hadapannya, cuma kelihatan selimut tebal. Tanpa menunggu lama, selimut itu diselak.

Kelihatan sekujur tubuh Medina yang masih nyenyak dibuai mimpi.

"Hesy, minah ni!" Badan Medina digoncang kuat. Bukan main enak lagi wanita itu tidur. Dah pukul berapa dah ni.

"Dina... Kau tak kerja ke?"

"Hah?" Terbuka bulat mata Medina memandangnya. Mungkin terkejut dengan goncangan kuat daripada Aulia itu.

"Kau tak kerja ke?" ulang Aulia lagi.

"Kerja. Dah pukul berapa?"

"Dah nak pukul lapan ni."

"What?" Bagaikan cacing kepanasan, laju Medina bingkas dari katil.

"Kenapa kau tak kejutkan aku tadi?"

Aulia buat muka. Sudah berkali-kali dia mengetuk pintu bilik Medina. Sebelum solat subuh lagi.

"Aku ada photoshoot pukul lapan setengah ni."

"Awalnya..."

"Memang wajib awal, sebab nak shooting kat tepi pantai. Mahu terbakar kulit muka aku kalau nak shooting tengah hari atau petang." Bergegas model sepenuh masa itu mencapai tuala di lengan kerusi dan terus ke bilik mandi.

"Padan muka!" Aulia mencebik. Bukan dia tak cuba untuk mengejutkan Medina tadi tapi wanita itu memang susah sangat nak bangun. Perlu dikejutkan berkali-kali, baru nak buka mata. Itu pun dia kena pastikan, mata Medina tak tertutup kembali. Sebab bukan boleh percaya sangat dengan wanita itu.

"Lia!" laung Medina dari dalam bilik air.

"Apa?"

"Malam nanti kita pergi ke kafe Eiman nak? Aku terliur nak minum Salted Caramel Hot Chocolate with Marshmallow Rim dialah."

"Kau kenapa tiba-tiba terliur bagai ni?" Berkerut dahi Aulia. Dia tahulah, minuman yang disebut oleh Medina itu merupakan minuman kesukaan Medina setiap kali singgah di kafe Eiman.

"Entah. Tiba-tiba aje aku terhidu-hidu bau hot chocolate dia tu. Minum waktu pagi atau malam, memang sesuailah!"

"Tapi Eiman tak ada kat sini. Dia kat Auckland. Baru semalam dia terbang."

"Alah... Siapa yang jaga kafe kat sini?"

"Aidit dengan Danish."

"Okey ke mereka masak? Sama macam Eiman?"

"Samalah! Mereka dah terlatih pun."

"Okey. Kita dinner kat sana nanti, eh?"

"Ya. Anyway... Aku ada buatkan kau roti bakar dengan Milo panas. Makan dulu sebelum keluar nanti. Okeylah... Aku gerak dulu. Nanti apa-apa, call aku."

Sebelum Aulia melangkah keluar, dia teringatkan kereta Benjamin yang parkir elok di basement. Aulia kembali mendekati pintu bilik air.

"Dina... Mercedes yang parking sebelah kereta aku tu kereta abang Eiman tau. Jangan terkejut tengok nanti."

"Wow! Dia bagi kau drive tak?"

"Bagi, tapi aku yang tak nak. Bukan kau tak tahu abang dia tu."

"Kalau kau tak nak, biar aku yang drive."

"Jangan buat kerja gila. Calar nanti, aku yang kena," bebel Aulia.

"Dahlah... Aku gerak dulu. Kau jangan sambung tidur pula nanti," sambung Aulia kemudiannya dan dia hanya terdengar Medina ketawa mengekek di dalam bilik air.

"Kerek betul!"

Saat kaki mencecah keluar rumah, telefonnya kedengaran berbunyi. Mata sempat mengerling jam di tangan. Sudah pukul 8.15 pagi. Mungkin Eiman sudah pun mendarat di Auckland. Segera tangannya menyeluk ke dalam beg dan mengambil telefon bimbitnya.

A good morning to you. I dah sampai dan I dah mula rindukan you. - Eiman

Tersenyum-senyum bibirnya membaca mesej itu. Ah! Dia juga terasa rindu. Padahal, baru 10 jam Eiman pergi meninggalkannya. Sebelum membalas mesej Eiman itu, dia sempat memastikan jam di Auckland ketika ini kerana seingat dia, perbezaan jam di sana dengan di Malaysia adalah lima jam.

A very good afternoon to you! Alhamdulillah... You dah selamat sampai ke kampung halaman. Haha. Joking! Anyways... I miss you more! - Aulia

Baru saja punggung mencecah di atas kerusi pemandu, kali ini WhatsAppnya pula berbunyi. Kelihatan nama Eiman menitipkan pesanan di situ. Mungkin lelaki itu sudah membeli line baru di sana.

Kampung halaman? Sorry, my kampung halaman kat Malaysia. Not here. - Eiman

Jangan nanti tak nak balik pula, ya? - Aulia

We'll see. - Eiman

Sekarang bolehlah cakap besar, you belum jumpa lagi perempuan-perempuan hot kat sana. Bila dah jumpa nanti, susah pula Benji nak suruh you balik. - Aulia

Haha. Balik Malaysia nanti, I gigit jari tu. Pandai sangat mengata I bila dah jauh. - Eiman

Uish... Bahayanya. - Aulia

Tak pun bibir tu! - Eiman

Automatik tangan Aulia naik mengurut tengkuk. Terasa naik bulu romanya bila Eiman kata begitu.

Eee! Mengada! Jangan nak menggatal, Eiman Benjamin Brown. - Aulia

Haha. Joking, okay? Tapi jari tu memang nak gigitlah bila balik Malaysia nanti. - Eiman

Baru aje sampai, dah cakap pasal balik pula. Get ready untuk berdepan dengan atuk and nenek you. - Aulia

Eiman memberikan emoticon bosan kepadanya. Nampak sangat Eiman belum bersedia hendak bersemuka dengan atuk dan neneknya itu.

Terima mereka dengan hati yang terbuka, insya-Allah... You akan happy kat sana nanti. - Aulia

Aulia cuba memujuk lelaki itu. Kalau orang tua dan adik-beradik Eiman yang lain mampu menerima atuk dan nenek mereka, kenapa Eiman tak boleh? Anggap saja apa yang terjadi sebelum ini sebagai satu kekhilafan.

Tidak semua mualaf mendapat sokongan kuat daripada keluarga kandung. Memang sudah terlalu lumrah situasi sebegitu. Sehingga ada yang sanggup meminggirkan ahli keluarga yang ingin berhijrah agama.

Tetapi untuk situasi Eiman ini, atuk dan nenek mereka cuba untuk menjernihkan kembali hubungan yang terputus dulu. Berlapang dadalah kerana tak ramai yang akan berbuat begitu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro