Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14

"KAU dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Baliklah sebelum aku halau kau keluar."

Lengan yang digenggam kuat itu, direntap kasar. Tajam mata Aulia memandang Benjamin. Lelaki itu siapa nak halau dia? Dia datang ke situ pun sebab ingin berjumpa Eiman, bukan lelaki itu!

"Saya tetap nak jumpa Eiman," putus Aulia tanpa mempedulikan tegahan Benjamin itu namun sebelum kakinya melangkah, sekali lagi lengannya digenggam dan terus diheret keluar dari kafe tersebut.

"Eidlan, lepaslah!"

Kalau tadi suara Aulia mampu dikawal dengan sebaiknya tetapi tidak ketika ini. Apa yang Benjamin lakukan itu sudah melampaui batas. Dia diperlakukan seolah-olah dia tidak punya hati dan perasaan.

Berkali-kali lengannya cuba direntap tetapi genggaman Benjamin semakin kuat dan kemas. Permintaannya juga tidak dihiraukan oleh lelaki itu sebaliknya, dia terus dibawa ke hujung bangunan dan situlah Benjamin baru melepaskan genggaman.

"Bila aku suruh kau balik, kau balik ajelah!" bentak Benjamin.

Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain mempertahankan Eiman. Dalam situasi ini, Eiman memang tidak patut dipersalahkan, begitu juga dengan Aulia. Tetapi antara Aulia dengan Eiman, dia perlu mempertahankan adiknya sendiri.

"Kenapa saya tak boleh jumpa dengan Eiman? Sebab dia dah ada perempuan lain? Atau alasan untuk stay kat sini disebabkan masalah keluarga tu sebenarnya tipu?"

Tanpa mahu mengalah, Aulia juga bersuara lantang. Lengan yang berasa perit akibat genggaman Benjamin tadi juga tidak dihiraukan.

"Kalau dia dah ada perempuan lain, kau nak buat apa? Terhegeh-hegeh kat dia lagi?"

Soalan Benjamin itu menyentak hati Aulia. Tak semena-mena, air matanya mengalir ke pipi. Bibirnya turut bergetar menahan rasa. Sampainya hati Benjamin kata begitu? Terhegeh-hegehkah dia selama ini? Sedangkan yang datang mendekat dulu adalah Eiman.

Saat melihat Aulia mengalirkan air mata itu, rahang diketap kuat. Sungguh, Benjamin rasa bersalah memperlakukan wanita itu sebegitu rupa.

"I'm sorry," ujarnya perlahan. Kesal dengan tindakannya sebentar tadi.

"Kenapa Eiman buat saya macam ni? Kenapa dia mempermainkan hati saya macam ni? Saya... Saya dah cakap, kalau tak cintakan saya, let me go... What went wrong?" Aulia kembali melemparkan soalan tanpa memberikan sebarang reaksi terhadap kata maaf Benjamin itu.

"Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu."

Aulia tersenyum sinis apabila Benjamin kata begitu.

"Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?"

Alasan apa lagi yang Benjamin ingin berikan padanya? Cukup-cukuplah mempertahankan Eiman sedangkan kebenaran sudah ada di depan mata.

"Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There's no you in his memory. You do not exist anymore."

Kaki Aulia terundur untuk beberapa tapak ke belakang. Kenyataan yang diberikan oleh Benjamin itu hampir membuatkan jantungnya seakan-akan berhenti berdegup.

"No! Don't lie to me! Awak cakap macam ni sebab nak pertahankan Eiman, kan?"

"Pergilah jumpa dia! He won't recognize you," arah Benjamin.

Menggeleng-geleng kepala Aulia menidakkan kata-kata Benjamin itu. Tangan turut menekup kedua-dua telinga.

Semua ini tipu! Tipu!

"Even Ermina pun dia tak kenal pada mulanya."

Sayup-sayup kedengaran suara Benjamin memberitahu dan tanpa dapat ditahan, Aulia menangis dengan semahunya. Patutlah Eiman memandangnya tanpa perasaan, rupa-rupanya lelaki itu tak mengenalinya.

Badan tersandar lemah di dinding dan wajah ditekup kerana tangisannya seakan-akan tidak mahu berhenti.

"I'm sorry... Aku tak bagi tahu kau pasal hal ni," luah Benjamin dengan rasa bersalah yang bukan sedikit. Kepalanya turut tunduk kerana tidak sanggup melihat tangisan wanita itu.

"Awak kata dia jatuh dari Lion Rock..." Tiba-tiba tangisan Aulia terhenti apabila teringat tentang Lion Rock yang disebut oleh Benjamin sebentar tadi.

"Yes..." sahut Benjamin.

"And it was..." Bicara Aulia terhenti. Hanya sepasang mata yang merah itu memandang Benjamin untuk menagih jawapan.

"Yes... It was almost three years ago. Doktor kata dia mengalami retrograde amnesia."

Aulia kaku. Air mata yang masih bersisa di tubir mata, mengalir tanpa ada keinginan untuk menyeka. Tak semena-mena dia teringatkan kata-kata Eiman ketika lelaki itu memberitahunya hendak ke Piha Beach untuk memanjat Lion Rock.

"Lepas ni I nak ajak Benji ke Piha Beach. Nak panjat Lion Rock. Cuaca macam inilah best, tak berpeluh panjat Lion Rock tu."

Ketika inikah kemalangan itu berlaku? Ketika inikah segala kenangan mereka bersama terhapus begitu saja?

"Jadi, mesej-mesej Eiman selama ni siapa yang balas sebenarnya?"

"Aku." Jujur Benjamin memberitahu.

"Awak lebih suka permainkan hidup saya dari memberitahu hal sebenar pada saya? How could you do this to me?" Soalan itu dilontarkan dengan rasa marah yang membuak.

Sanggup Benjamin mempermainkan hidupnya selama ini. Patutlah dia rasa lain setiap kali menerima balasan mesej daripada Eiman. Rupa-rupanya orang lain yang menyamar jadi lelaki itu!

Benjamin hanya diam tanpa kata. Tiada guna untuk dia mempertahankan diri kerana dia sendiri tahu apa yang dia lakukan selama ini, memang tidak wajar. Jauh sekali hendak memberitahu semua itu adalah idea daripada ibunya sendiri. Biarlah dia yang nampak buruk dalam hal ini. Dia tidak kesah andai Aulia semakin membencinya.

"Awak memang bencikan saya dari dulu, kan? Sebab tu awak sengaja buat macam ni! Perbodohkan saya, lepas tu awak tipu saya! Manusia jenis apa awak ni?"

Diam Benjamin itu membuatkan lagi darah Aulia mencanak naik. Tanpa dapat dikawal, dada lelaki itu menjadi sasaran tumbukan tangan halusnya. Benjamin merelakan sahaja.

"Awak biarkan saya menunggu hampir tiga tahun! Saya tunggu macam orang gila tahu?!" jeritnya marah. Dada Benjamin masih menjadi tempat melepaskan amarah.

"Dan sekarang awak biarkan dia dengan orang lain sedangkan saya masih setia menunggu dia! Mungkin ini yang awak nak selama ni, kan? Untuk saya berpisah dengan dia! Are you happy now?!"

Untuk sekian kalinya, dada tegap Benjamin itu ditolak dengan semahunya. Walau berkali-kali dada itu dipukul tetapi Benjamin hanya membiarkan tanpa menghalangnya.

"Tapi tak apa... Saya... Saya akan buat Eiman ingat saya semula!" putus Aulia.

Dia tidak peduli andai Eiman sudah ada kekasih hati yang lain. Dia sebagai teman wanita Eiman, berhak mendapatkan lelaki itu kembali!

Keputusan Aulia itu membuatkan Benjamin berubah wajah sekaligus memaksanya untuk kembali bersuara.

"Cut your crap, Lia. Dia baru nak pulih."

"So what?"

"Kau mungkin akan buat dia lebih stres."

Aulia ketawa tanpa perasaan. Jawapan yang Benjamin berikan itu seolah-olah ingin lari dari masalah yang lelaki itu sendiri cipta.

"Awak takut dia kecewa dengan awak, kan? Sebab awak sanggup sembunyikan perkara sebenar dari dia. I'm not gonna fall for that, Eidlan Benjamin! Dia berhak tahu siapa girlfriend dia yang sebenar!" Sejurus kata begitu, Aulia berpaling meninggalkan Benjamin tetapi hanya tiga langkah, lengannya kembali digenggam kuat.

"Jangan nak keruhkan keadaan, Lia! Tak ada siapa yang tahu kau girlfriend Eiman melainkan aku!"

Tajam mata Aulia memanah ke arah Benjamin, lengan yang dipegang itu juga cuba direntap tetapi seperti biasa, genggaman Benjamin terlalu kejap.

"Lepaslah!"

"Kau kena fikirkan keadaan Eiman sekarang ni, Lia. Dia bukan lagi Eiman yang dulu. Kalau kau nak dia tahu siapa kau... Dekati dia dengan perlahan, bukan mengejut macam ni." Benjamin cuba memberikan cadangan.

Baginya, tindakan melulu Aulia itu pasti akan mengeruhkan keadaan. Walaupun dia akui, memang tidak salah andai Aulia nak mempertahankan haknya itu. Meskipun hanya sekadar kekasih tetapi Aulia memang berhak mendapatkan kembali apa yang menjadi milik wanita itu dulu.

"What are you guys doing here?"

Pertanyaan itu membuatkan Aulia dan Benjamin sama-sama berpaling ke arah si empunya suara. Saat mata terpandang gerangan yang menegur mereka itu, spontan Benjamin melepaskan lengan Aulia daripada genggamannya.

This is going to be a disaster!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro