Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

"Mommy buat cucur." Luke menonong masuk hingga ke dapur. Panjang lehernya mencari kelibat Airiz.

"Adik aku ada. Kau jangan nak memandai masuk suka-suka hati." Jae meletakkan mangkuk berisi nasi goreng kampung di atas meja.

"Yalah-yalah! Baguslah kau dah boleh terima dia." Luke yang baru hendak melabuhkan punggung di atas kerusi, terbantut niatnya untuk menjamu sarapan bersama-sama.

Jae menyandarkan badannya pada kabinet dapur. Tangannya berpeluk tubuh. Fikirannya hanyut.

"Jae!"

Jae tersentak. Dia berpaling memandang Luke.

"Kat luar." Luke langsung keluar.

Jae mengekori. Sempat dia melirik ke pintu bilik Airiz yang masih lagi tertutup.

"Dik, bangun. Along dah siapkan sarapan." Jae kekok.

Luke menghampiri sangkar arnab. "Cici! Cica!"

Jae menyarung selipar lalu menghampiri Luke.

"Apa hal?"

Luke yang sedang membongkok, kembali tegak. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Airiz yang dalam rumah kau tu, bukannya perempuan yang sama dengan yang kau panggil adik, dulu."

"Aku tahu. Dia dah jauh berubah. Dan makin jauh dengan aku."

"Bukan itu yang kau nak?" Luke lebih kepada menyindir. Dia sebenarnya geram dengan perangai kebudak-budakan Jae. Umur sahaja yang makin meningkat, emosi masih lagi kelam-kabut.

Jae memasukkan tangannya ke dalam sangkar. Dikeluarkan seekor arnab lalu dibelai.

"Kalau bukan kerana dia, mama tak pergi tinggalkan aku dan Ijat."

"Hakikatnya, kau dah 30 tahun. Cukuplah kau hukum dia, Jae. Nyawa kita ni, bukan milik kita. Dah tertulis, bila ajal kita. Kau masih nak mempersoal urusan Allah?"

Jae mendengus. "Aku tak suka bercakap dengan pak ustaz!"

"Jadi, apa rancangan kau?" Luke tahu. Cakap banyak pun tidak ada gunanya kalau Jae tidak berminat untuk mendengar.

"Aku nak dia stay dengan aku. Aku nak jaga dia. Sampai dia menikah."

"Parah! Parah kau ni, Jae! 13 tahun tu kau ingat macam 13 hari ke? Dia dengan kau dah macam orang asing. Kau ingat, dia hadap nak pandang muka kau?"

"Kau nak aku terbeban dengan rasa bersalah pada arwah Ijat?" Jae tanpa perasaan.

Luke menepuk dahi. "Jae, please!"

Airiz menyarung kasut. Wajahnya tidak beriak. Luke tidak jadi menyambung ayat apabila anak matanya terpandang perempuan yang masih lagi memakai pakaian yang sama dengan semalam sedang keluar dari rumah.

Anak mata Jae beralih mengikut hala mata Luke.

"Adik!"

"Airiz, nak ke mana?"

"Balik!"

"Along tak benarkan adik pergi mana-mana. Stay dengan along." Jae menghampiri Airiz.

Tangan Jae yang hendak menyentuh bahu Airiz segera ditepis.

"Kau tak perlu nak rasa bersalah dengan arwah angah! Antara kau dengan aku, dah putus 13 tahun yang lalu. Kau lupa kata-kata sendiri?"

Jae tidak pernah tahu apa yang dia rasa apabila dia kehilangan tempat bergantung sebaik sahaja kehilangan Ijat buat selama-lamanya. Betapa dia terkapai-kapai seorang diri tanpa ada tempat tinggal, Jae tidak pernah ambil peduli.

"Along minta maaf pasal cerita dulu, dik. Kita lupakan, eh?"

Sepasang alis lentik itu memaku pada wajah tidak bersalah si abang. Airiz menyembunyikan tangannya yang menggeletar di dalam poket. Gigilnya bukan kerana takut tapi kerana terlalu marah dengan sikap sambil lewa Jae.

"Kalau dalam dunia maaf kira settle, memang semuanya pakai air liur!" Lancang Airiz tidak bertapis.

Jae naik berang. "Habis, kau nak along buat apa? Sujud kat kaki kau?"

"Jae!" Luke memberi isyarat supaya Jae menjaga tutur.

Airiz membelek skrin telefonnya yang menunjukkan jam 8.40 pagi. Beg yang disilangkan pada badannya diperbetulkan.

"Kau tinggal kat mana, Airiz?" Luke mencelah.

"Bumi Allah ni luas. Selagi Allah bagi aku nyawa, dalam hutan pun aku boleh hidup." Airiz terus bergerak ke arah pintu pagar.

"Adik, jangan degillah! Along dah cukup rendahkan ego along. Tak boleh ke kau campak ego kau tu?" Telinga Jae merah dek marah.

Airiz mematikan langkah. Terasa mahu meletup dadanya mendengar tuduhan Jae.

"Aku dah lupa ego tu macam mana bila aku pernah selongkar tong sampah di tepi kedai-kedai makan semata-mata untuk mengisi perut. Along, pernah tak kau fikir walau sekali aje pun, macam mana aku ni..."

Airiz menekan dadanya menahan rasa sakit dalam hati.

"Macam mana aku ni hidup selepas kematian arwah angah? Pernah tak kau fikir, kat mana aku tinggal? Kau tak fikir pun semua tu, along! Kau tak peduli pun soal aku! Aku tahu la! Yang kau memang dah buang aku lama daripada hidup kau. Jadi, aku ni tak naklah bebankan hidup kau dengan memaksa kau terima aku. Relakslah, aku bukannya budak kecik macam dulu lagi."

Airiz senyum melihat riak terperanjat kedua-dua lelaki itu.

"Tak payah terkejut sangat. Tu tak struggle lagi. Kau tak ada masa aku hampir-hampir 'dijual' bila mana aku nak berjalan pun tak larat sebab tak makan. Aku kena serang dengan asma yang teruk sebab kesejukan tidur tepi jalan kena hujan. Dah banyak yang aku lalui, along. Thanks dekat kau sebab ajar aku erti dunia ni."

"Along! Along..." Jae kelu. Perkataannya tidak terluar.

Luke baru hendak membuka mulut tetapi lekas dipintas oleh Airiz.

"Kau tak payah campur, Luke. Kau tak ada kaitan darah pun dengan aku. Kau kawan baik along. Stay hubungan kau sampai ke situ. Lagipun, kau tak ada masa angah pergi tinggalkan aku. Kau dah fly ke overseas. Aku tahu..." Airiz tidak lupa sikap Luke yang suka membuli dan menjaganya dalam waktu yang sama, dulu.

Airiz mendongak memandang langit yang cerah sambil mengerdip-ngerdipkan bulu matanya yang panjang.

"Okeylah. Bye!" Airiz menghadiahkan senyuman sambil mengangkat tangan tanda melambai. Terus dia keluar dari pagar.

Lutut Jae lemah. Hampir dia rebah. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro