Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

"Assalamualaikum." Sara memberi salam meskipun tahu penghuni rumahnya itu sudah pun tertidur.

Roti canai yang dibimbit di dalam plastik itu diletakkan di bawah tudung saji di atas meja. Telefon yang diletakkan di belakang poket tiba-tiba bergetar.

Muncul nama Airiz di skrin.

"Hmmm... Kau kat luar ke? Lupa bawa kunci? Sat!"

"Cuba dengar dulu apa yang aku nak cakap!"

Sara sengih. "Okey-okey! Cakap!"

"Aku ada kat rumah along." Airiz jeda. Nafasnya kedengaran berat.

"Kau buat apa kat sana?" Sara menanggalkan tudung di kepala.

Hujung jari Airiz memicit-micit dahi sendiri.

"Angah meninggal tarikh ni, Sara. Angah tinggalkan aku terkial-kial!"

Air mata Airiz dengan silu merembes keluar. Airiz menutup bulu matanya yang basah dengan belakang lengan.

"Aku just nak bagi tahu kau. Tu aje. Assalamualaikum." Bingkai gambarnya sekeluarga diusap.

"Riz!"

"Aku nak tidur." Tona nada Airiz berubah sebak.

"Kau ada aku. Kau ada Mai. Kau tak sorang-sorang kat dunia ni."

Airiz tidak bersuara. Pokok pangkalnya, dia hanya berseorangan di dunia nyata ini. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.

Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk. Airiz segera menarik comforter menutupi muka.

"Along masuk, eh?"

Telinga Airiz geli! Sumpah Airiz rasa nak campak alongnya itu ke dalam mangkuk tandas. Sejak bila Muhammad Jayril bin Umar tahu istilah along-adik seperti zaman dia kanak-kanak dulu?

Derap kaki Jae mendekati katil. Tilam sedikit bergerak apabila lelaki itu melabuhkan punggung.

"Along... Along tak tahu nak cakap apa sebab... Along masih lagi tak dapat maafkan adik." Jae mengeluh.

Airiz memejam mata serapat-rapatnya sehingga dahinya turut terkerut.

"Tapi bila along tengok adik macam tadi, jantung along ni macam ditembak. Jiwa along macam terbunuh. Bukan along aje benci adik... Along rasa adik pun benci along, kan? Tapi tak patut kalau adik nak salahkan along! Apa salah along? Adik yang rampas mama!"

Kedua-dua belah jari Airiz mengeronyok comforter sekuat hati. Kala ini, kakinya ringan mahu meloncat dan keluar dari bilik.

Jae senyum. "Along silap. Along kena reda dengan pemergian mama. Ajal mama... Along kena terima. Tanggungjawab along sebagai abang, along kena pikul. Along pandang adik, along jadi sedih. Sebab along dah lupa dengan amanat angah. Angah pesan, along kena sayang adik. Angah pesan, along kena jaga adik. Terlambat, hati ni baru sedar. Adik... Boleh ke adik maafkan along? Boleh ke kita..."

Jae menggenggam jari-jemarinya.

"Boleh ke kita berbaik-baik macam dulu?"

Along tak ikhlas nak perbaiki hubungan kita. Kau masih bencikan aku, long. Kerana angah, kau rasa bersalah. Kerana penampilan aku, kau paksa diri kau berubah. Tak payah! Kau biar aje aku yang bodoh ni macam ni. Aku hidup ke, aku mati ke, tak ada yang kesah! Tak ada yang peduli! Aku tahu, long. Kau tak perlu nak paksa diri kau.

Jae bangun. Sempat dia menekan lock pada belakang tombol pintu sebelum keluar dari bilik. Airiz menendang comforter ke bawah. Dia meloncat bangun.

"Angah tipu! Along, angah main tipu!"

Ijat menekup mulut Airiz seraya ketawa.

"Okey-okey! Jangan mengadu. Angah bagi balik anak patung beruang ni. Kedekut!"

Jae meluku kepala Ijat. "Usik adik aje kerja kau, kan?"

"Long, sakitlah!" Ijat memegang kepalanya.

Jae menyeluk plastik di tangan kanannya.

"Nah, ambil aiskrim ni sorang satu! Pergi main jauh-jauh. Angah, kau jangan nak membuli adik sangat."

"Wekkk!" Airiz menjelirkan lidahnya.

Ijat bercekak pinggang. "Angah gunting lidah kau, dik!"

"Along, tengok angah ni!" adu Airiz manja.

Jae menggeleng-geleng melihat telatah adik-adiknya.

"Ahhh!" jerit Airiz apabila lidahnya dipegang oleh Luke.

"Luke!" tempik Ijat dan Jae serentak.

Luke melepaskan lidah Airiz.

"Opsss, tak sengaja! Airiz ni asyik jelir-jelir macam tu. Aku jadi geram. Lidah dia kecik. Macam kucing aku!"

"Luke!" Sekali lagi, Ijat dan Jae bersuara sambil mencerlung.

Airiz mengurut-urut lidahnya. Dia menyorok di belakang kedua-dua abangnya.

"Kau jangan nak buli adik kami, eh! Kalau kau buli Airiz, kau belajar aje sorang-sorang. Malas aku nak kawan dengan kau." Jae menggertak.

Tinggi hidung Airiz apabila kedua-duanya ibarat pengawal peribadi yang menjaganya ketika dibuli. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro