Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Airiz mencampakkan bekas polystyrene berisi sisa makanan ke dalam bakul sampah. Dia sendawa kekenyangan.

"Eee, pengotorlah kau ni! Bau petai!" Mai menutup lubang hidung.

Airiz mencebik. Mai menggosok-gosok perutnya yang kekenyangan. Dia bangun dan membelek tubuhnya di dalam cermin.

"Allah, gemuknya aku! Pipi aku, Riz! Pipi aku!" Pada pandangan matanya, kelihatan wajah dan tubuhnya membesar seperti belon yang dipam.

Mai menelan liur.

"Riz!" Dia memandang Airiz yang sedang mencungkil gigi dengan lidi.

"Apa?" Airiz malas.

Mai segera berlari ke tandas. Lemak yang bakal menempel perlu dihalang. Airiz bangun dari kerusi. Tidak sengaja, dia terpandang kalendar di atas meja.

Matanya membulat. Kakinya kaget. Bulatan pada kalendar dengan marker berwarna merah itu membuatkan dia terhenyak kembali ke kerusi.

Airiz memejam matanya rapat sebelum kembali bangun. Riak di wajahnya berubah mendung. Satu rasa perit mencucuk-cucuk tepat ke jantungnya. Tangannya menggenggam penumbuk. Ditumbuk-tumbuk dada sendiri.

"Riz, kau okey tak ni?" Mai yang baru sahaja keluar dari tandas, risau.

"Ak... Aku tak balik rumah hari ni."

"Hah?" Hairan Mai melihat Airiz yang lesu.

Airiz senyum dalam payah. Langsung membuatkan Mai tersentak.

"Kunci motor dalam laci meja aku. Kau balik sendiri. Balik rumah, kunci pintu."

Airiz berjalan keluar. Langkahnya menggigil.

"Riz!" jerit Mai namun, tidak dipedulikan oleh Airiz. Panjang lehernya mengintai gadis itu yang sedang berjalan keluar dengan laju.

Kelibat Airiz hilang apabila sebuah teksi berhenti di hadapannya.

"Kamu nak ke mana? Hospital?"

"Hah? Tak! Pak cik boleh hantar saya ke Taman Sejahtera, Dungun?"

"Boleh. Kamu ni, orang Dungun?" Ramah pemandu teksi itu.

Airiz yang berbaur seribu rasa hanya diam tidak bersuara. Dia bimbang empangan matanya akan pecah sekiranya dia bersuara. Langsung tidak sesuai dengan imejnya yang kasar.

Melihat penumpangnya tidak berminat mahu menjawab soalan, pemandu itu diam dan tidak lagi bersuara. Suasana jadi sepi.

Kesepuluh-sepuluh jari Airiz saling bertaut. Pandangannya dibuang keluar.

"Kau yang bunuh mama! Kalau bukan sebab kau, mama tak mati. Apa hak kau untuk pulang ke rumah ni? Apa hak kau nak hadiri majlis tahlil yang kami buat untuk mama?" Jae menunjal-nunjal bahu Airiz dengan intonasi sebal.

Airiz mengetap bibir seraya menundukkan kepala.

"Along, sudahlah tu! Sudah!" Ijat berdiri di tengah-tengah di antara mereka. Sebelah tangannya memaut leher Airiz. Sebelah lagi menahan Jae daripada mendekati adik perempuan mereka.

Ijat memerhati Airiz yang sedang mengeronyokkan baju kurung yang dijahit oleh arwah mama sebelum meninggal.

"Kau jangan nak menangkan dia, ngah! Kalau bukan kerana dia, papa takkan menikah dengan perempuan lain! Mama takkan tinggalkan kita!" Kaki Jae cuba menendang Airiz. Pantas ditepis oleh Ijat.

"Sudah, along! Orang ramai tu kan!" Ijat menentang pandangan tajam Jae. Dia menarik tangan Airiz supaya mengekorinya.

"Pedulikan along tu. Jangan jauh dari angah. Along tu dah tak betul!" Ijat membetulkan selendang yang dipakai oleh Airiz. Dia senyum.

"Adik janganlah sedih macam ni. Hati Angah ni jadi tak senang. Along tu memang mulut bau belacan! Mama pergi sebab Allah sayangkan mama. Kebetulan yang berlaku tu... Tu asbab aje."

"Angah... Adik dah bunuh mama. Adik faham kenapa along benci dengan adik. Angah jangan risau. Adik okey. Adik tak sedih. Adik ni kan kuat... Macam angah." Airiz memaksa dirinya sendiri tersenyum.

Gigi Ijat saling berlaga. Jelas, kolam mata Airiz bergenang.

"Berapa kali angah nak cakap? Kalau dengan angah, adik jangan berlagak kuat! Angah tak suka. Kalau bukan depan angah, depan siapa lagi adik boleh nangis? Angah ni abang adik! Angah ada untuk adik!" Ijat menarik badan si adik itu ke dadanya.

"Nangislah! Angah takkan ketawakan adik!"

Airiz mula mengongoi. Dia menangis semahu-mahunya apabila belakang kepalanya terasa diusap.

"Adik tak tahu, eh? Lelaki ni, dia kalah dengan air mata perempuan?" Ijat mengenyit mata.

Airiz senyum tersipu-sipu.

"Adik tak sukalah angah manjakan adik macam ni! Adik kuatlah! Adik kuat!"

"Angah sayang adik. Angah janji dengan adik, selagi adik belum kahwin, angah tak kahwin. Angah akan jaga adik."

Airiz meraup mukanya sendiri. Kenangan terakhir bersama Ijat terlintas lagi di dalam kotak memorinya. Kalau lelaki itu masih hidup, dia tidak mungkin akan menjalani kehidupan sebagai 'Riz'. Gadis tomboi yang menguasai perwatakannya pada hari ini lebih kepada untuk melindungi diri sendiri.

"Angah bohong! Angah tipu adik. Angah janji nak jaga adik tapi angah tipu! Angah tipu adik!" gumam Airiz sambil menghalang air matanya yang cuba mengalir keluar dengan kerdipan mata. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro