Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Tali pinggang ditanggalkan. Airiz menguak pintu kereta. Panjang leher Luke cuba mengintai di antara celah-celah pintu pagar.

"Airiz, kejap!"

"Apa?"

"Kau tinggal kat sini berapa orang?"

"Tiga." Airiz keluar dari perut kereta.

Luke sedikit lega. Kemudian, dia menggumam.

"Apa lagi ni?" Airiz rimas.

"Nak nombor fon?"

"Hmmm... Pakai nombor arwah angah."

"Nombor Ijat?"

Airiz mengangguk.

"Take care. Nanti, abang WhatsApp kau, ya? Weekend ni abang datang jenguk kau."

"First, terima kasih sebab hantar aku. Second, tak payah nak caring sangatlah. Abang aku sendiri campak aku. Apa hal kau nak ambil kesah pula?"

Luke menolak kaca matanya ke atas.

"Aku pun abang kau juga."

"Ceit! Dahlah, terima kasih!" Airiz bergerak ke pintu pagar.

Melihat Airiz sudah memasuki ke dalam pagar, kereta yang dipandu oleh Luke mula bergerak.

"Siapa tu, Riz?" Sara mengintai dari sebalik tingkap. Dia membuka selak pintu.

"Luke." Airiz menanggalkan kasut lalu diletakkan di dalam almari.

Sara membuat mulut berbentuk O.

"Baik pula dia nak hantarkan kau balik?"

"Takkan selama-lamanya dia nak jadi setan?"

Sara kembali ke dapur. Keknya di dalam oven.

"Aku laparlah, Sara. Kau tak masakkan apa-apa ke?" Airiz memeluk Sara dari belakang. Perut Sara diusap.

"Ya Allah, perempuan ni! Yang laparnya kau. Bukannya aku. Kejadah kau gosok perut aku?"

Airiz sengih. Dia membuka tudung saji. Nasi dagang berlaukkan gulai kepala ikan tongkol kegemarannya.

"Wah, gila besar mata dia! Best! Best!" Airiz bergerak ke rak pinggan.

"Pandailah kau. Giliran kau masak, kau lesap. Time aku masak kepala ikan dengan nasi dagang ni reti pula kau balik?"

Airiz menayang gigi. Dia menceduk sesenduk nasi. Kepala ikan dimasukkan terus ke atas pinggannya.

"Kau ni nasi secoet, lauknya banyak."

"Alah, kau tu makannya ciput. Mai tu anoreksia nervosa. Jadi, ini pentingnya kewujudan aku. Menghabiskan segala isi makanan kat rumah ni."

"Jangan sampai jadi macam saiz aku ni dahlah, Riz. Tak turun-turun walaupun makan sikit."

"Babe, kau risau apa? Kau tengok Mai tu, tengok aku ni. Jadi, nak risau apa lagi? Lagipun mati nanti, kau kurus macam model ke, cekeding macam aku ni ke, mayat kita ni nanti tetap kena makan dengan cacing. Dengan ulat!"

Sara meletakkan aising berbentuk bunga di atas setiap kek cawan sebelum meletakkannya ke dalam kotak.

"Kau cakap senanglah. Aku ni kena hadap hina orang. Sebab aku ni saiz giant, mereka sakit mata."

"Persetanlah mata dia orang. Kau sakit hati tu, kenapa? Kau makan beras rumah dia orang ke?" Airiz menyuap acar timun ke dalam mulut. Sedap!

Sara memicit sarung aising dengan kuat

"Kalaulah aku tak minum susu yang dia bagi tu, tak makan pil semua tu, tentu aku tak jadi macam ni. Kalau aku ni jenis reti nak curigai orang, aku takkan jadi macam ni."

"Hoi, ranap kek cawan tu!"

Sara tersentak. "Allah, kek aku!"

"Kita hidup ni kena fikir ke depan. Yang kau asyik nak ingat kisah lama tu, memanglah hidup tak tenteram. Cuba kau tengok ni. Happy!" Mulut Airiz penuh dengan nasi.

Sara mengeluh. "Aku penat, Riz. Penat hidup sekarang ni. Sometimes aku rasa nak give up. Bekas suami dan mentua aku tu yang pedajalkan hidup aku sampai jadi macam ni."

"Duuuh, janganlah story-morie waktu macam ni. Tak perlu buka kisah semua tu. Aku tahulah cerita hidup kau. Cerita hidup Mai. Aku dah lalui semua tu. Lagipun, kau bukan Sara la kalau tak boleh harung semua tu."

Airiz mengorek mata ikan. Dimasukkan ke dalam mulut sambil memejam mata.

"Nikmatnya!"

"Aku doalah suatu hari akan ada lelaki yang boleh membahagiakan kau, Riz." Sara sayu.

Selera Airiz serta-merta mati.

"Kau ni apa hal buka story part lelaki pula? Kau nak aku menikah lagi? Lalui lagi apa yang kau dan Mai dah lalui? Sara, kalau kau penat, aku ni dah tak terkira penat tau. Sikit masa lagi, jangan kau terkejut kalau doktor psikiatri alu-alukan kedatangan aku."

Halus tangan Sara mendekorasi kek cawannya dengan pelbagai corak.

"Mai cerita dekat aku pagi tadi. Dia tak boleh tidur semalam. Dia terserempak dengan Faiz. Dekat butik. Terperanjat mamat tu tengok Mai dah jadi plywood macam tu."

"Oh, mamat tu belum mampus lagi? Burkkk! Alhamdulillah." Airiz bangun. Pinggannya dibawa ke singki lalu dicuci.

"Hodoh betullah sendawa sampai macam tu. Haih, mak janda! Mak janda!"

Airiz lekas menoleh ke belakang.

"Sara sayang, cakap tu baik-baik sikit. Aku ni belum terusik. Jadinya, aku still anak dara dan masih suci!"

Sara menjuihkan bibir.

"Kalau kau tu anak dara, aku ni pun anak dara juga. Dia tu dulu mana pernah sentuh aku."

Airiz meniarapkan pinggan yang sudah dicuci di atas rak sementara di atas singki. Belakang badan Sara ditepuk.

"Jadi, kalau orang tanya kau bujang ke dah kahwin, kau cakaplah kau ada nampak laki aku kat sebelah ke?"

"Banyaklah kau! Kau sebenarnya nak lap tangan kat baju aku, kan?"

Airiz tergelak sambil menutup mulut.

"Ceittt, Riz!!!"

"Dah-dah! Jangan moody-moody. Nanti, naya pelanggan kau dapat hasil comot. Aku nak rehat kejap. Then, terus ke butik." Airiz keluar dari ruang dapur. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro