Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7 : Alasan

Iqmal duduk di meja belajar. Dia sedang memikirkan alasan yang terbaik untuk dibagikan kepada bondanya nanti. Alasan kenalah yang bergred "A+" supaya dia lepas dari soalan-soalan maut bondanya.

"Mal, ooo mal. Ish budak ni, ada jugak aku lesing kang satgi." runggut Firdaus bila Iqmal tidak mengendahkan panggilan dia.

Iqmal tersentak dari lamunannya bila di pukul oleh Firdaus dengan kain tualanya.

"Kau pikir apa sampai aku panggil banyak kali pun tak dengar? "soal Firdaus.

" Tak de apa lah. Aku just pikirkan apa nak buat esok je" sangkal Iqmal.

" Ye lah tu tak de apa. Aku tahu kau mesti pikirkan mak kau kat kampung kan? Aku paham perasaan kau." kata Firdaus.

Iqmal yang mulanya cemas takut rahsianya selama ini dia simpan takut terbongkar mula lega bila tekaan Firdaus meleset jauh.

" Aah. Aku rindukan dorang semua. Haih."

" Lek lah. Kau kan tengah belajar lagi. Sabar lah. Nanti bila kau dah dapat kerja, kau balas lah semampu kau untuk balas balik jasa mak ayah kau tu." kata Firdaus. Dia cuba untuk memberikan semangat untuk Iqmal supaya Iqmal tidak rasa sedih.

Iqmal memandang Firdaus dengan rasa bersalah. 'Maafkan aku Fir, bukan niat aku nak rahsiakan semua ni dari korang. Aku ada sebab aku sendiri. Aku akan ceritakan perkara yang sebenarnya kat korang bila aku dah betul-betul bersedia. Insha Allah.' kata Iqmal dalam hati.

Dia rasa sangat bersalah sebab merahsiakan perkara yang sebenarnya tentang dirinya. Dia belum bersedia lagi. Cukuplah orang hanya kenal dia sebagai Muhd.Iqmal Ashraf bin Zahari, bukan Tengku Iqmal Ashraf bin Tan Sri Tengku Zahari anak kepada jutawan Malaysia itu dan bukan juga pewaris ARIDA HOLDINGS. Cukuplah orang hanya kenal dia sekadar anak pesara pekerja swasta.

***

Iqmal berjalan perlahan menuju ke kelasnya. Dia sebenarnya malas nak masuk kelas tapi di gagahkan jugak dirinya untuk pergi ke kelas tersebut.

Iqmal membuat muka tidak ada perasaannya bila subjek tersebut diajarkan oleh pensyarahnya. Dalam otaknya sekarang ni adalah hanya makanan.
' Itulah, semalam orang ajak gi makan kau gediks tak nak ikut. Sekarang ni kau tanggunglah sesorang. Padan muka kau' runggut kat dirinya sendiri.

"Ok, sampai ni je kelas kita untuk kita hari ni. Minggu depan kita akan buat ujian untuk bab ni. Kamu semua boleh bersurai."

Iqmal seolah-olah merasa hukumannya sudah berakhir. 'Hahaha. Nasib puan lah dapat saya jadi student puan hahah.' kata Iqmal dalam hati.

"Bang, bagi saya nasi goreng kampung dengan air panas letak milo lepastu letak susu pekat and last sekali letak ais."

"hah?" soal abang zaki bila mendengar air yang di pesan oleh Iqmal.

"Aku tak paham. Cuba kau cakap betul-betul"

" Hahahahahaha.. Air milo ais lah bang. Macam biasa lah. Takkan tu pun abang lupa".

" Cakaplah milo ais. Ni tak, bukan main panjang lagi kau hurai. Memang patut kau dapat gelaran hantu sakat. Kalau aku, aku bagi je geleran setan kat kau, baru ngam cegini👍. " bebel abang Zaki.

Iqmal ketewa geli hati bila dapat kenakan abang Zaki. Dia membuka apps whatapps di hendphone samsung 7 edgenya. ' banyaknya chat.' kata Iqmal.
Tengah syok dia membaca chat-chat kat whatappnya, tetiba tertera nama bondanya call. Iqmal gelebah.

"Assalamualaikum, hello bonda"

"Waalaikumusalam Tengku Iqmal Ashraf Tengku Zahari. Pandai pun nak on kan phone, ingatkan dah tak pandai nak main phone lagi. Mal cuba tengok misscall dari bonda berapa? Meh sini bonda bagitau, 15, 15 kali bonda call Mal tak berjawab. Mal pergi mana hah? " bebel Puan Sri Faridah.

'Ok ngam. Kau hadaplah. Nak sangat cari penyakitkan, kau ambik' kata Iqmal dalam hati bila mendengar bondanya memulakan 'TAZKIRAH PERCUMA' nya.

"Arr bonda, Mal tak pergi mana-mana pun. Handphone Mal ada masalah sikit. Tu yang tak masuk call tu. Bonda apa khabar? Ayahanda dengan yang lain apa khabar? "

"Bonda sihat. Semua sihat, tak yah nak tukar topik Tengku Iqmal Ashraf. Tak menjadi pun taktik kamu tu. Ingat bonda tak tahu ke taktik kamu tu."balas Puan Sri Faridah kepada Iqmal.

Iqmal yang mendengar kata-kata bondanya hanya mampu tersenggih-senggih.

" Macam mana bonda tahu niat Iqmal eh? HAhaha. Ye lah, Mal salah. Bonda call Mal ni ada apa ye? "

" Bagus jugak kamu ingatkan bonda. Ni bonda nak tanya kamu ni, kenapa kamu tak balik rumah hujung minggu lepas? "

'Bijak sangat kau ni Mal oii. Kan dah kena kat muka kau balik'

"Arr. Bonda, bukan Mal tak nak balik bonda. Mal letih sangat petang tu. Lepas balik je dari main futsal,balik hostel terus Mal lupa nak balik rumah. Sebab tu Mal tak balik. Lagi pun hari sabtu tu ada kelas gantilah lah bonda. Kelas mula awal dalam pukul 7.00 pagi macam tu, kalau Mal dari rumah lambat lah Mal masuk kelas." Iqmal sedaya upaya bagi alasan yang munasabah dan cerdik.

"Ye ke ni? Dah tu, kenapa tak balik je lepas habis kelas tu? " soal Puan Sri Faridah lagi.

"Bonda, kelas tu habis dalam pukul 11. 30 pagi bonda. Habis je kelas tu Mal ada group discussion pasal assignment. Ni pun masih banyak lagi yang nak kena buat lagi ni. Memang Mal kena kejar masa betul dalam 2, 3 minggu ni." jawab Iqmal panjang lebar. 'Harap-harap bonda mengalah lah bagi soalan lagi. Kering dah ni otak aku ni' runggut Iqmal dalam hati.

"Hmm. Yelah. Belajar tu belajar jugak angah, kesihatan tu kena jaga jugak. Kalau ada rasa nak demam ke, selesema ke, terus makan ubat. Tak yah dah jadi baru nak makan. Ni kalau ada masa tu, angah balik lah rumah. Lama dah angah tak balik. Bonda rindu kat angah. Ayahanda pun rindu kat angah."

"Insha Allah bonda. Kalau ada masa lapang nanti, angah balik. Angah pun rindu kat bonda, ayahanda, along, Arash dengan Lia." balas Iqmal.

" Ok lah bonda, angah ada keja sikit ni, nanti angah call bonda ya. Assalamualaikum bonda. Jaga diri."

" Waalaikumusalam. Ya lah."

Iqmal berasa lega. Dia sebenarnya rasa bersalah sebab menipu bondanya. Cuma itu je cara yang dia boleh lakukan untuk membuat keluarga mereka kekal macam dulu.

"Hah Mal, bukan main syok lagi aku tengok kau borak tadi. Sape call? Awek kau ke? " soal abang Zaki sambil meletakan makanan yang di pesan oleh Iqmal tadi.

"Haah bang, awek yang paling saya sayang call tadi. Dia merajuk dengan saya bang. Haih" kata Iqmal dalam nada sedih padahal dalam hati dah ketawa terbahak-bahak.

"Ouh. Kau buat apa sampai dia merajuk dengan kau? "

"Saya tak balik rumah. Dia kata dia rindu sangat kat saya. Salah saya jugak, lama sangat dah saya tak balik. Mesti lah rindu. Lama tak peluk dia, cium dia, apa tah lagi sebelum tido di belai, lagi lah rindu. Haih. "kata Iqmal lagi.

"Astghafirullahalazim Iqmal. Aku ingatkan budak-budak kat sini panggil kau hantu sebab perangai suka menyakat kau tu, tapi memang betul rupanya perangai kau ni memang macam hantu. Insaf lah Mal, ingat mak ayah kau kat kampung tu. Belajar betul-betul." kata abang Zaki.

"HAhahahahahaha. Apalah abang Zaki ni hahaha. Awek yang saya cakapkan tu mak saya. Bukan awek yang macam abang Zaki pikirkan tu. HAhahaha" balas Iqmal sambil tergelak-gelak.

"kurang asam boi punya budak, aku pikirkan apalah tadi. Dah lah, melayan otak senget kau ni, tak habis lah keja aku jawabnya." kata bang Zaki sambil berjalan menuju ke dapur.

Iqmal membaca doa sebelum menjamu makanannya. Dalam rasa bersalah, Iqmal jugak bersyukur sebab alasan yang dia bagi kat bondanya menjadi.
'Memang geliga jugak otak senget aku ni. Hahaha' kata Iqmal dalam hati.

-----------------------------------------------------------------

Sorry sebab lambat update.
Bab ni pun agak hambar jugak. Komenlah kalau rasa nak komen pasal cerita sis ni. Typo tu tolong abaikan jika ada ye😂😂. Bak kata sis sendiri, typo itu indah😂. Banyak pulak bebel sis ni, ok lah. Sila lah baca ye😊.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro