Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5 : Hantu Betul

Iqmal bertolak balik ke Uni seawal jam 7 pagi. Puas Tan Sri Zahari memaksanya untuk memakai kereta yang dia hadiahkan untuk Iqmal pergi ke Uni tapi hanya di dengar kosong oleh Iqmal.

"Eh mal, kau dari mana ni? "

Soal Firdaus kepada Iqmal. Iqmal hanya membalas dengan membuat muka comel sambil membuat wink untuk Firdaus.

"ee. Babi kau mal. Kau ingat bagus sangatlah buat muka macam tu. Dah macam bapok pencen je aku tengok" Firdaus.

Iqmal mengekek ketawa mendengar bebelan dari Firdaus. Iqmal terus merebahkan dirinya dikatil.

"Mal, jom. Kitorang nak keluar makan lunch ni. Kau nak ikut tak? " soal Habeeb kepada Iqmal

Iqmal terpisat-pisat membuka matanya. Dia tertidur selepas 15 minit berbaring tadi. Niatnya hanya nak baring sekejap tapi tertidur.

"Hmm, jap. Aku gi cuci muka jap. Korang tunggu je lah kat bawah."

Kata Iqmal.

***

"Lisaa!. Cepat lah bersiap tu. Aku dah kebulur dah ni." kata Asya yang membebel menunggu Melisa bersiap.

"Dah, jom."

"Kau pakai bedak ke tepung? Pergh. QU Putih,QU Putih, baru lah putih bertompok"

Kata Asya sambil tergelak-gelak bila melihat muka Melisa tapi sebenarnya tak ada apa pun. Asya hanya nak menyakat kawannya itu.

Melisa memuncungkan bibirnya bila Asya mengatanya begitu. Dia bukannya tak tahu yang si Asya ni memang pantang menunggu orang bersiap lama-lama, ada je yang di sakatnya.

"Dah lah. Jom. Tadi kata kebulur sangat. "kata Melisa dalam nada yang dibuat-buat merajuk.

***

"kau nak makan Beeb? Kau pulak Fir?"tanya Zafril.

"Aku nak makan nasi ayam goreng je. Air, bagi air milo ais je." kata Iqmal

Semasa Iqmal sedang enak makan makanannya. Dia ternampak budak baru itu. Sapa lagi kalau bukan Asya. Iqmal mendapat idea untuk mengenakan Asya.

"Wey mangkuk, yang kau tersenggih-senggih macam kerang busuk ni dah kenapa" soal Habeeb bila melihat Iqmal yang tersenggih-senggih di depannya.

***

Asya berjalan terburu-buru ke kelas. Pagi ni dia bangun lambat sebab dia ABC, dia malas nak bangun awal sangat sekali tengok jam dah nak pukul 7. 30 pagi.

'Ya Allah, dah lambat dah lambat' bebel Asya sambil berlari-lari anak menuju ke kelasnya.

'Gedebuk'

"Adoi yai, anak lembu mana terlepas kat sini haa?! Bapak giler lah main langgar aku je" rungut Iqmal.

Asya yang berada di atas badan Iqmal cepat-cepat bangun.

" Err awak, saya minta maaf" kata Asya sambil menunduk.

Iqmal mengangkat kepalanya bila mendengar suara itu.

"Lah, ni bukan lembu. Ini kucing parsi" kata Iqmal dengan muka gatalnya.

" Apa awak cakap? Lembu? Awak tu yang lembu. Jalan tak tengok kiri kanan. Mata letak mana hah? " bebel Asya sambil mengutip buku-bukunya yang jatuh sama berlanggar tadi.

" Eh mak cik ni, banyak pulak bebelnya. Dah lah, aku dah lambat nak masuk kelas. " kata Iqmal dan terus meninggalkan Asya yang membebel yang tengah mengutip bukunya.

***

"Asal kau lambat sangat? Nasib baik Puan Suraya belum masuk lagi tau." kata Melisa kepada Asya.

"Aku lambat pun disebabkan mamat senget tah sapa-sapa tu ha. Mata letak mana tah mamat tu" luah Asya dengan geramnya kepada Melisa.

"Siapa? Hensem ke? "soal Melisa.

Asya membuat muka menyampah bila mendengar soalan Melisa itu.

" Lagi hensem kambing ayah aku kat kampung sana dari si senget tu" balas Asya.

"Haa Mal, lambat ni apa pulak alasan kau kali ni? "soal zafril.

"Aku berlanggar dengan anak lembu tadi." jawab Iqmal selamba sambil duduk di tempatnya.

Firdaus, Habeeb dan Zafril membuat muka pelik. Tak pernah-pernah lagi dorang dengar ada anak lembu di Uni dorang ni.

"Jap jap jap, anak lembu? "soal Habeeb dengan blurrnya.

"Aah, anak lembu. Jap gi aku tunjukkan kat korang." balas Iqmal sambil membuat muka seriousnya.

"Jom lepak kat cafe jap nak? Aku lapar gile dah ni." kata Firdaus.

"Cun gak tu. Aku pun haus gak ni. Jom arr" ajak Habeeb.

Semasa tengah sebuk makan, Iqmal terdengar suara yang melanggarnya tadi. Dia menoleh untuk melihatnya.

" Ehem, korang. Try tengok meja belakang, tu haa anak lembu yang aku cakapkan tadi." kata Iqmal sambil membuat muka yang penuh dengan idea gilanya.

Firdaus, Habeeb dan Zafril melihat arah yang di katakan oleh Iqmal tadi.

" Mal, tu bukan anak lembu. Itu bidadari tersesat" kata Habeeb dengan nada yang teruja.

Iqmal membuat muka menyampah bila mendengar kata-kata Habeeb itu.

Iqmal bangun lalu pergi ke meja Asya dan Melisa.

" Patutlah berat. Makanan dah macam gunung kinabalu dah aku tengok dalam pinggan tu." kata Iqmal.

Asya yang tengah makan mengangkat mukanya bila mendengar suara tersebut. Melisa pulak dah terkaku di situ sebab crushnya ada di depan matanya. Selama ni dia hanya usya dari jauh je dan hari ni crushnya ada betul-betul di depannya.

" Eh, awak dah kenapa haa sebenarnya? Saya tak kacau awak pun kan" kata Asya geram.

" Tak de lah, aku saja je tegur kau. Kau tu berat sangat, takut nanti payah pulak aku nak angkat kau" kata Iqmal selamba.

"Angkat saya? Kenapa nak angkat saya? " soal Asya blurr.

"Ye lah. Nanti susah pulak aku nak angkat kat atas katil kita nanti sebab kau berat sangat. Kuranglah stamina aku nanti. Tak puas pulak kau masa kita making baby nanti." kata Iqmal panjang lebar dengan selamba.

Asya yang mendengar kata-kata Iqmal sudah memerah mukanya.

" Gila" kata Asya dengan geram kepada Iqmal.

" Saya gila dengan awak je sayang. Nanti awak jaga body eh sayang" kata Iqmal sambil mengenyit mata.

Asya menarik tangan Melisa untuk pergi dari situ. Dia cukup geram dengan perangai Iqmal.

"Hantu betul lah si mamat sewel tu. Ish. " bebel Asya.

Maaf ye kekawan, saya tak de idea lagi 😂😂. Tapi tak pe, saya akan try gali gali gali lobang, lobang di gali untuk mencari idea yg baru. Adeh, mengarut pulak aku ni. Terima kasih kepada yang sudi baca cerita saya yang mengarut ni. Terima kasih sesangat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro