Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4 : Cerita (ii)

Iqmal cepat-cepat keluar dari bilik dorm dan menuju ke bilik mandi. Iqmal membasahkan badannya dengan berhati-hati supaya air tidak terkana balutan luka di perutnya itu.

"Mal, jom gi surau."

Ajak Habeeb. Mereka berempat pergi bersama-sama berjalan kaki ke surau di U tersebut.

***

Iqmal memandang kawan-kawannya yang sedang tidur. Dia melihat jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan dia tidak dapat tidur. Iqmal memang Habeeb atau nama sebenarnya Syaid Habeeburahim bin Datuk Sri Syaid Mustafa. Zafril atau nama sebenarnya Muhd. Zafril bin Dato' Zamri mana kala Firdaus, Nik Firdaus bin Datuk Nik Ahmad Hasbi.
Semua kawan-kawannya berlatar belakangkan anak-anak orang berada.

Mula perkenalan mereka memang agak dingin dan semakin lama mereka bersama dalam satu bilik, makin akrab hubungan persahabatan mereka berempat.

Dua bulan kemudian

" Maaf encik, boleh saya berjumpa dengan pelajar yang bernama Iqmal Ashraf? "

Soal seorang lelaki bersuit hitam.

" yes sure. Iqmal, awak boleh keluar. "

"Thank you  Sir."

BAlas Iqmal kepada Sir Mateen. Iqmal berjalan keluar dari kelas seni bina tersebut dengan pelbagai persoalan di fikirannya.

"Err, ada apa ye encik nak jumpa saya?  Saya kenal encik ke? "

Soal Iqmal bertubi-tubi kepada lelaki tersebut.

"Awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak dan tuan saya nak berjumpa dengan awak sekarang."

Jawab lelaki tersebut dalam nada yang tegas.

***

"Tok tok tok"

"Masuk"

Jawab suara dari dalam bilik tersebut.

"Maaf Tan Sri. Saya dah bawak orang yang Tan Sri suruh."

Kata pengawal peribadi Tan Sri Zahari.

"Bagus.  Awak boleh keluar dulu.  Saya ada benda nak di bincangkan dengan budak itu"

Kata Tan sri Zahari.

Iqmal hanya diam tidak berkutik sedikit pun. Dia sebenarnya tengah pening memikirkan semua perkara tersebut.

"Jadi,  kamulah budak yang dah selamatkan anak saya hari tu? "

Soal tan sri zahari dalam nada yang serious kepada Iqmal.

"Selamatkan anak tan sri?  Bila?  Dan di mana? "

Soal Iqmal.

"Yes. Two months ago.. Ingat? "

"ouh. Ya, saya ingat. Tapi apa kenanya dengan semua ini tan sri?  Saya tak ada buat apa-apa pun kat anak tan sri, saya hanya berniat nak menolong je. "

Kata Iqmal panjang lebar. Dia tidak mahu di tuduh mengapa-apakan anak tan sri tersebut.

"Saya tahu kamu tidak mengapa-apakan anak saya. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada orang yang dah menyelamatkan anak saya. Saya nak jemput kamu untuk makan malam di rumah saya malam sabtu ni pukul 8 malam."

Kata Tan Sri Zahari kepada Iqmal. Iqmal hanya menganggukan kepalanya.

"Haa Mal, baru balik?  Kau dari mana ni?  Dari tadi aku tak nampak."

Soal zafril kepasa iqmal. Iqmal hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu bercakal soal perkara tadi kepada kawan-kawannya kerana dia tidak mahu kawan-kawanya berfikir yang negatif kepadanya.

***

Iqmal bersiap-siap untuk pergi ke rumah tan sri zahari. Kata tan sri,  akan ada orang yang menjemputnya di luar kawasan U tersebut.

'Lambat dah ni.  Ok,  dah. ' runggut iqmal dalam hati.  Dia risau akan diketahui kawan-kawannya dia keluar.

" err,  ni encik Iqmal ke? "

Soal lelaki yang turun dari kereta Bmw 8 series itu.

" Haa. Ye saya. Awak ni orang yang hantar oleh tan sri untuk jemput saya kan? "

Soal Iqmal kembali.

"Ye encik. Silakan masuk encik."

" tak payah ber encik-encik sangat lah pak daud."

BAlas Iqmal setelah lelaki separuh abad tersebut memperkenalkan dirinya. Dia rasa kurang sopan jika orang yang lebih tua darinya memanggilnya encik.

Kerata mewah tersebut masuk di pekarangan rumah yang sangat besar serta cantik bak istana. Iqmal sungguh terpesona melihat rumah yang besar serta cantik itu.

" Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Haa. Sampai pun kamu. Mari masuk. Kita makan malam".

JAwab Tan Sri Zahari.

Iqmal melangkah kedalam rumah mewah tersebut dengan perasaan yang susah untuk diungkapkan. Terkejut,terharu, terkesima dan banyak lagi "ter"nya.

"Mari saya kenalkan dengan pemaisuri hati saya, Tengku Faridah. Sayang, ni lah budak yang dah selamatkan anak kita hari tu. "

Kata Tan Sri Zahari yang memperkenalkan Iqmal kepada isterinya. Puan Sri Faridah tergamam bila melihat Iqmal. DIa memandang wajah suaminya untuk mendapatkan kepastian apa yang dilihatnya sekarang ni.

Tan Sri Zahari tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran isterinya. Sama seperti kali pertama seperti dia berjumpa dengan Iqmal di pejabatnya tiga hari lepas.

Wajah Iqmal yang agak mirip dengan wajah anak mereka yang kedua yang meninggal lima bulan lalu akibat kemalangan di London semasa hendak pergi ke kolejnya. Di sebabkan kejadian itu, Puan Sri FAridah banyak mendiamkan diri.

"Jom lah kita makan, tunggu apa lagi".

Kata tan sri Zahari untuk memecahkan suasana yang kekok itu.

"MAkan lagi Mal, banyak Bonda kamu masak ni"

Kata Tan Sri Zahari tanpa sedar membahasa isterinya dengan BONDA kepada Iqmal. Puan Sri Faridah jugak terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh suaminya.

"Ya TAn Sri. Sedap. PAndai Puan Sri masak. Dah lah makanan kegemaran saya pulak tu. Ayam masak kicap. Saya suka sangat, macam rasa air tangan ibu saya."

BAlas Iqmal. Dia sememangnya sangat suka makan ayam masak kicap menyebabkan dia teringatkan orang tuanya di kampung. Rasa rindu di hatinya makin berat untuk menatap wajah kedua-dua orang tuanya. Tapi apakan daya, masalah kewangan membataskan segalanya.

Puan Sri Faridah sebak. Dia teringat akan arwah anaknya itu. Anak keduanya juga sangat suka makan ayam masak kicap air tangannya. Tidak sia-sialah tadi dia membantu mak senah memasak dan memeasak ayam masak kicap. Rupanya ada sesuatu yang sangat istimewa yang menunggu. Dia merasa sangat bersyukur.

Setelah selesai makan malam, Tan Sri Zahari mengajak semua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu.

"Ayahanda dah buat keputusan. Ayahanda nak ambik Iqmal duduk dengan kita."

"Maksud ayahanda anak angkat? "
Balas along atau nama sebenarnya Tengku Zarith Zafran.

"Yes along. Ada sesiapa yang membantah keputusan ayahanda? "

TAnya Tan Sri Zahari kepada ahli keluarganya. Dia tahu, anak-anaknya pasti tidak menyukai keputusannya itu tapi mereka tidak berani membantah. Dan dia tahu isterinya terkejut dengan keputusan yang dia buat tanpa berbincang dengan isterinya terlebih dahulu.

Iqmal yang terkejut dengan berita itu hanya mendiamkan diri. Dia sangat terkejut sampaikan dia blurr tahap gaban.

"Semua setujulah kan dengan keputusan ayahanda ni kan memandangkan kamu semua diam. So angah, mulai saat ini semua kena panggil Iqmal angah dan dia dah menjadi salah seorang keluarga kita. Malam ni kamu tidur bilik kamu. Esok tak de kelaskan? "

Kata Tan sri Zahari. Dia yakin yang Iqmal dapat membawa perubahan dalam keluarganya suatu hari nanti.

Iqmal yang tengah blurr itu tidak dapat memahami apa yang di katakan oleh Tan Sri Zahari tadi. Satu pun dia tak faham.

Puan Sri Faridah yang melihat wajah Iqmal yang kebingungan itu terus menegurnya.

"Angah, ayahanda suruh angah tidur sini. Esok kan hari ahad. Tak de kelaskan. Tidur sini je lah."

KAta Puan Sri Faridah kepada Iqmal.

Iqmal mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Puan Sri Faridah itu. Dia sebenarnya masih terkejut dengan semua itu.

"Mari bonda tunjukkan bilik angah. "

Kata Puan sri Faridah.

"Ini lah bilik kamu. Mulai sekarang, ini akan jadi bilik kamu. Dan panggil bonda kamu ini bonda. Dan panggil saya ayahanda"

Kata Tan Sri Zahari kepada Iqmal.

Puan Sri Faridah hanya mengangguk kepala dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"DAh. Tidur."

Kata Puan Sri Faridah kepada Iqmal.

" terima kasih Tan Sri, Puan Sri"

"salah tu. Bonda, ayahanda. TAk perlu nak berterima kasih angah. Dah dah. Tidur"

Kata Tan Sri Zahari.

Bermula dari hari itu lah Iqmal menjadi anak kepada ahli perniagaan terkenal di Malaysia.
Dia bersyukur dengan rezeki yang tidak terduga ini. Dan dia juga tidak mahu dikenali sebagai anak kepada Tan Sri Zahari. Dia ingin orang kenal dia seperi sebelumnya. Hanya Muhd.Iqmal Ashraf. Bukannya Tengku Iqmal Ashraf.

Bersambung..

Kepada yang sudi baca, saya ucapkan terima kasih. Saya akan cuba buat lagi dengan baik. Ini pun atas semangat dari kawan-kawan saya dr gp cakebell's..  Terima kasih lah kat mereka dan anda yang sudi baca cerita tingtong saya ni. Hahaha. Ok. Babye😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro