Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30 : Kejutan Tak Diduga

Sudah seminggu Asya tidak bersemuka dengan Iqmal sejak Iqmal menghantar dia balik dari klinik minggu lepas. Asya berasa lega. Dia sentiasa berdoa agar lepas ini Iqmal tidak lagi menganggu hidupnya lagi.

"Assalamualaikum Sya. Sya, ada orang nak jumpa kau lah kat bawah." kata Cikgu Meera atau Cikgu Ameera. Dia jugak sama seperti Asya, baru sahaja berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana itu. Sama-sama melapor pada hari yang sama dengan Asya, dan di sebabkan itu jugak lah mereka menjadi rapat sampailah sekarang termasuklah menjadi teman serumah Asya, Nadhirah.

"Sape?  Alaa, aku ada kelas lah sekarang. Malas lah aku. Aku nak masuk kelas ni. Bye, assalamualaikum." balas Asya dan terus keluar dari bilik guru. Dia berjalan menuju ke kelas tingkatan lima Arif. Dia mengajar matapelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu.

Sedang elok Asya mengajar anak muridnya, kelasnya di kejutkan dengan ketukan di pintu.

Tok

Tok

Tok.

"Boleh saya berjumpa dengan Cikgu Asya Humaira?" tanya suara garau tersebut.

"Erkk.. Abang handsome nak cari Cikgu Asya??  Abang ni sape?" tanya Amir selamba. Siapa yang tidak kenal dengan Amir Zikrullah, seorang yang gila-gila dan jugak masuk air. Harap ja duduk di kelas paling depan dan pandai, tapi tahap masuk airnya boleh membuatkan cikgu yang mengajar mendapat migrain.

"Yes. Abang nak jumpa buah hati abang. Korang jemput datang tau wedding kami nanti. Nanti abang suruh Cikgu Asya bagi kad untuk korang." balas suara tersebut selamba.

"Woooo...  Cikgu Asya nak kawin siot. Melepas aku nak ngorat. Baru je plan nak masuk meminang lepas SPM nanti. Alaaa... " kata Amir selamba dan di sambut  gelak oleh rakan-rakan sekelasnya.

Asya yang mendengar ucapan Amir tersebut tersipu-sipu malu. Kulit muka berubah.

"Cikgu blushing lah. So cute.." usik pelajar perempuannya pulak.

"Dah-dah. Kamu buat latihan tu dulu." kata Asya dalam nada yang tegas sebelum keluar kelas.

"Ada apa awak datang sini?  Macam mana awak tahu saya kerja kat sini?" tanya Asya kepada Iqmal dalam nada yang perlahan. Hanya boleh di dengari oleh Iqmal dan Asya sahaja.

"Apa pun yang kau buat dalam seharian kau, aku tahu." balas Iqmal selamba dalam nada yang sama.

"Bukan tu point aku datang jumpa kau. Aku datang sini sebab nak ajak kau makan malam, malam ni. Aku tak nak dengar sebarang bantahan." ucap Iqmal tegas.

"Awak tak de hak nak paksa-paksa saya." balas Asya dalam nada yang sama. Dia siapa nak paksa aku bagai. Desis Asya dalam hati.

"Heh. Okay, kau pilih. Kau nak ikut aku pergi dinner malam ni ke atau kau, nak aku bagitahu kat murid-murid kau siapa sebenarnya guru dorang ni?  Aku pun masih ada lagi gambar dengan video kita hari tu. Apa ek reaksi dorang kalau dorang tengok guru kesayangan dorang dalam keadaan yang hmm.." provok Iqmal kepada Asya. Iqmal tersenyum sinis bila dia melihat reaksi Asya yang terus diam seribu bahasa itu.

"Please Iqmal, please jangan. Okay, saya ikut awak pergi dinner malam ni tapi tolong, jangan bagi dorang tengok gambar tu." rayu Asya kepada Iqmal. Dia lebih rela pergi ikut Iqmal pergi dinner daripada maruah dia dan keluarganya mendapat malu.

"Good girl. Aku pegang janji aku, kau tak yah risau lah pendek. Seven o'clock, sharp. Lambat seminit, tahu lah macam mana aku nak ajar kau." kata Iqmal lagi. Sebelum dia meninggalkan Asya, sempat dia mengusap kepala Asya yang di baluti shawl kelabu itu. Murid-murid Asya yang melihat adegan itu terus menyakat Asya.

***

Seperti yang di janjikan, tepat pukul 7 malam, Iqmal sudah pun terpacak di depan rumah sewa Asya.

'Pitt..'

'Pitt..'

"Sape wei yang dok main hon tu? " tanya Nadhirah kalut. Ya lah, siapa saja yang tidak kalut kalau ada yang buat bising didepan rumah mereka. Nanti jiran-jiran naik angin, mereka yang akan kena marah.

"Aku pergi dulu." kata Asya ringkas dan kelam kabut.

'Ape kena dengan si Asya tu, kalut semacam je?' kata Nadhirah pada dirinya sendiri.

"Kita nak pergi mana?" tanya Asya. Dah lima belas minit, senyap macam tapak perkuburan. Hanya di temani suara dj radio sahaja.

"Adalah."

'Tu je?  Itu je?  Bertuah punya hantu sakat.' kutuk Asya dalam hati.

"Kutuk lah, kutuk. Ingat aku tak tahu ke kau tengah kutuk aku dalam hati?" kata Iqmal selamba tetapi tetap fokus dengan pemanduannya.

"Mana ada." nafi Asya.

"Macam lah aku tak tahu." balas Iqmal selamba.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Eh, siapa ni ngah?" tanya Arash pelik. Ya lah, keluar sorang bila balik berdua.

"Bakal Kak Ngah Arash lah." balas Iqmal selamba dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Asya yang terpinga-pinga itu.

"Eh, ada orang baru lah." kata Kak Ain.

"Haa..  Ada orang tu diam-diam dah berpunya. Tapi di soroknya." kata Puan Sri Faridah pulak.

"Dah-dah. Lepas makan ni baru buat ice breaking. Nak tengok king kong pun tak kisah." kata Tan Sri Zahari.

Asya mengambil tugas mencuci pinggan mangkuk, Puan Sri Faridah sudah di suruh duduk di depan. Kak Ain dan Alieya pulak mengemas meja makan.

"Kak Sya, akak lama dah ke kenal dengan si hantu tu?" tanya Alieya kepada Asya semasa mereka mencuci pinggan.

"Hantu?  Iqmal?" tanya Asya blur kepada Alieya.

"Siapa lagi kalau bukan angah. Kalau kak Asya nak tahu, angah tu bukan je takat hantu sakat, hantu jebon, hantu galah, hantu cicak pun dia jugak." sambung Alieya lagi.

"Banyak nya. Kenapa dapat banyak sangat?" tanya Asya. Dia seolah tertarik dengan cerita Alieya tentang Iqmal.

"Hantu sakat, sebab dia suka sangat menyakat orang. Ade je benda yang dia nak sakat kita. Hantu jebon pulak dia dapat nama tu dari sepupu kitorang. Nama dia Adrian. Tapi angah panggil dia Ethan. Dorang asyik bergaduh je tiap kali jumpa. Tapi dorang yang paling gila-gila dan perangai pun lebih kurang je. Hantu galah pulak sebab si angah tu kaki panjat. Suka sangat panjat pokok rambutan or pokok-pokok buah yang senang dia nak panjat kalau balik kampung. Itu yang melekat nama hantu galah tu. Hantu cicak pulak sebab dia takut dengan cicak. Buat lah perangai gila dia tu, sekali je kita acah dengan cicak, terus jadi budak baik. Pernah suatu hari tu, dia sakat Lea, sampai Lea nangis teruk. Ayahanda ambik cicak dan letak kat depan dia. Dia pulak ayahanda suruh duduk kat bilik belakang tu. Terus dia jadi budak baik..  HAhaha..  Sampai sekarang, kalau dia sakat Lea, Lea terus ngadu kat ayahanda." kata Alieya panjang lebar.

Asya hanya ketawa mendengar cerita Alieya. Tak sangka, harapkan badan saja sado, tapi takut cicak. Gelak Asya dalam hati. Eleh, dia pun sama takut cicak.

"Seronok nampak mengumpat angah." kata Iqmal dalam nada yang serious.

"Alah ngah, bukan selalu pun. Yang angah tu, asal tak duduk depan?  Tahu lah cinta hati kat sini. Tak hilangnya pun ngah oii" kata Alieya mengusik Asya.

"Tak de  lah. Bonda suruh panggil korang lah. Lama sangat cuci pinggan."

"Ehem. Memandangkan semua dah ada kat sini, angah.. Hmm..  An..  Angah..  Allahu..  Bila masa pulak aku jadi gagap ni." kata Iqmal sambil menepuk-nepuk pipinya sekali.

'Pap'

"Adoi..  Sakit lah setan." marah Iqmal. Sambil mengosok-gosok dahinya.

"Tu makan dia. Yang tergagap-gagap tu dah kenapa?" kata Zafran selamba.

"Sabar lah..  Ayahanda, bonda, angah sebenarnya nak mintak tolong kat ayahanda dengan bonda untuk meminang si Asya ni untuk Arash. Eh. EH.. Tak..  Bukan..  Untuk angah. Haa..  Untuk angah." kata Iqmal. Asal aku gabra sangat ni. Bukannya akad nikah pun. Kata Iqmal dalam hati.

"Lah.. Itu pun payah ke nak cakap?  Apalah kamu ni angah. Kat office bukan main lagi garang macam rimau. Nak cakap suruh pinangkan si Asya ni bukan main lagi payah dia. HAhahaha.." usik Tan Sri Zahari kepada Iqmal. Yang lain sudah gelak mendengar usikan Tan Sri Zahari itu. Mereka bukannya tidak tahu bagaimana sikap Iqmal di pejabat. Puas sudah mereka mendengar gosip-gosip dari pekerja mereka tentang sikap CEO Arida Holdings yang garang mengalahkan rimau nak berak.

"Asya, Asya macam mana?  Setuju?" tanya Puan Sri Faridah lembut kepada Asya. Jujur dia katakan, dia sudah jatuh suka kepada si Asya. 'Memang sesuai sangatlah dengan Angah.' desis hati kecilnya.

Asya menolah ke arah Iqmal. Panahan tajam bak helang mencari mangsa dari Iqmal menyebabkan dia menjatuhkan kepalanya. Menandakan dia setuju dengan cadangan lelaki itu.

"Ya. Saya setuju Puan Sri." kata Asya lembut.

"Tak payah berpuan-puan sri ni..  Panggil je bonda. Alhamdulillah..  Terima kasih Asya."

"Wuu..  Kita akan dapat ahli keluarga baru. Tak sabarnya." kata Arash teruja.

***

Asya mengeluh perlahan. Kepalanya sungguh berat. Pening, ya, dia pening. Terlalu banyak kejutan yang tidak diduga yang berlaku kepadanya hari ini.

Pertama, Iqmal tahu dimana dia bekerja. Tapi itu tidak mustahil bagi seseorang yang bernama Tengku Muhd Iqmal Ashraf untuk mendapatkan semua maklumat peribadinya.

Kedua, Iqmal melamarnya untuk menjadi isteri. Dapat ke aku jadi isteri yang baik untuk dia? Dapat ke aku mencintai dia dengan sepenuh hati aku dengan apa yang telah dia buat kat aku?  Bermacam-macam persoalan lagi yang bermain di fikirannya Asya saat ini.

"Kau dah kenapa mengeluh? Tak suka aku ambik kau jadi bini aku?  Ke kau nak aku jadikan kau tempat melepaskan nafsu aku je?" tanya Iqmal kepada Asya. Sejak keluar dari rumah keluarganya tadi, Asya diam sahaja.

Asya hanya memberi jelingan kepada Iqmal yang tengah fokus memandu kereta mewahnya itu. Satu lagi kejutan untuknya, pasal keluarga Iqmal. Dia ingat keluarga Iqmal dari kalangan keluarga yang biasa-biasa sahaja. Tapi semua itu jauh sekali dari anggapanya apabila Iqmal mengenalkan dia kepada kedua orang tua Iqmal tadi.

"Tak de pape lah." balas Asya pendek.






-----------------------------------------------------------------

OK guys.. Terima kasih kepada yang sudi komen tu. Saya hargai sangat2.  Kalau rasa cerita ni tak best ke apa, sorrylah..  Cerita ni saya buat sebab ade kene mengena dgn kisah hidup saya

#keep supporting me.😉
#keep reading my story 😁.
#abaikan typo bruh.😂

Terima kasih kepadawamazlann SilauunPurii sebab sudi bg nasihat dan tunjuk ajar kpd saya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro