Bab 28 : Kenapa Berubah
"Arr.. Iqmal, saya nak balik rumah saya. Esok saya nak pergi kerja." kata Asya kepada Iqmal yang tengah menghadap laptopnya dari tengah hari tadi. Tak lupa juga sebatang rokok tersepit diantara dua bibirnya.
"Hmm." balas Iqmal pendek.
'Aishh pak cik sorang ni, hmm tu je dia balas kat aku. Haihhh.' keluh Asya dalam hati.
Iqmal mencocoh puntung rokoknya di dalam bekas tempat buang abu rokok. Dia mengemaskan segala kertas-kertas kerjanya yang berselerak diatas meja kerjanya itu.
Iqmal hanya mengarahkan Asya menghampirinya menggunakan jari telunjuknya sahaja. Asya yang faham dengan arahan daripada Iqmal itu terus datang mendekat. Iqmal menyuruh Asya duduk di sebelahnya.
"Kau tanya apa tadi? Nak balik?" tanya Iqmal kepada Asya. Asya hanya membalas dengan anggukan sahaja.
"Ok. Kau pergi siap-siap. Kejap lagi aku hantar kau balik." kata Iqmal. Tu bukan setakat kenyataan yang menyatakan dia yang akan hantar Asya balik tetapi juga satu arahan.
Asya dan Iqmal hanya diam. Hanya suara dj yang keluar dari corong radio sahaja yang kedengaran. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
'Apa yang akan terjadi kepada aku? Macam mana kalau aku mengandung? Apa perasaan umi dengan abah? ' persoalan-persoalan itu berlegar-legar difikiran Asya.
"Hoii pompuan.. Adoii yaii si pendek ni, aku panggil dari tadi dia buat tak dengar je kan? Aku rogol jugak kau kat dalam kereta ni karang." kata Iqmal geram. Dari tadi dia tanya kepada Asya jalan menuju ke rumah sewa wanita tersebut. Alih-alih si Asya sedang leka mengelamun.
"Maa.. Maaf. Saya tak dengar." kata Asya perlahan sambil menundukkan kepalanya.
"Tu je lah kau tahu. Aku tanya, jalan nak on the way ke rumah kau tu arah mana? Yang kau termenung macam mati laki dah kenapa. Haihhh.." kata Iqmal bengang.
'Pak cik sekor ni, ade jugok aku cekik-cekik kekgi.' kutuk Asya dalam hati.
"Tak payah nak kutuk sangat. Kang tak balik rumah kau, dalam hotel kang satgi baru kau tahu." balas Iqmal selamba.
***
"Morning Tengku."
"Morning Kak Sue." balas Iqmal.
"Pagi ni Tengku ada meeting dengan Dato' Rosli tentang projek kita yang dekat cherating tu. Pukul 11:30 pagi pulak, Tengku ada meeting dengan pihak dari syarikat Zuhra Holdings, pasal projek hotel kita tu. Lepas tu petang dalam pukul 2, Tengku ada meeting dengan Tan Sri Mahmud. Dan last sekali, Tengku ada dinner meeting dengan CEO S.R Holdings. Dalam pukul 7 petang. So, thats all for today Tengku." terang Kak Sue panjang lebar. Lengkap, padat tanpa ada satu pun yang tertinggal.
"Boleh buat tawaran tak? Mana tahu dapat discount ke apa. Boleh balik awal. Macam mana kalau saya pergi pagi dengan yang tengah hari tu je? Petang, kita buat2 lupa. Amacam?? Best tak idea saya Kak sue? " kata Iqmal. Dengan Kak Sue sahaja Iqmal buat perangai gila-gilanya. Dengan pekerja-pekerjanya yang lain, dia bersikap tegas.
"Tengku nampak tak ni? Ni kalau cubit Tengku ni, berbekas tau. Dah, tak payah nak ngada tawar menawar. Tak laku pun kat sini. Dah, ni fail untuk meeting pagi ni. Pergi cepat sebelum ketam ni berjalan kat Tengku." kata Kak Sue tegas. Dia dah anggap Iqmal macam adik kandung dia sendiri. Iqmal banyak menolong keluarganya. Tidak ada seorang pun yang tahu pasal itu.
Iqmal melangkah lesu masuk ke dalam rumah keluarganya. Hari ni terasa sungguh panjang bagi Iqmal. Dari pagi sampailah ke malam, dia sibuk. Itulah lumrah orang bekerja. Siapa kata anak orang kaya ini senang? Salah. Mereka terpaksa menyambung legasi perniagaan keluarga mereka, belum lagi krisis yang melibatkan harta. Tidak semua keluarga orang yang kaya ini boleh bersatu antara adik beradik.
Betul, mereka memang sudah ada bahagian masing-masing tapi, ada sesetengah daripada mereka mahukan lebih lagi. Oleh disebabkan itu, terjadilah pergaduhan antara adik beradik, pakcik atau makcik yang nak kan harta tersebut juga. Kaya itu jugak ujian daripada Allah. Allah nak uji hamba-Nya dengan kekayaan. Allah mahu melihat, bagaimana hamba-Nya menggunakan nikmat yang Dia pinjamkan kepada hamba-Nya tersebut.
"Haa angah, lambat balik? "
"Eh. Kenapa bonda tak tidur lagi? Dah lewat dah ni." tanya Iqmal pulak.
"Budak bertuah ni kan, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Bonda nak minum. Tu yang bonda turun bawah tu. Yang kamu ni, pukul 11:49 malam baru nak balik rumah? Dah lupa jalan nak balik rumah? Ke rumah kita ni jauh sangat? " tanya Puan Sri Faridah kepada Iqmal yang duduk lesu di sofa tersebut sambil menayangkan sengihannya.
"Angah baru habis meeting lah bonda. Tu yang baru balik tu." jawab Iqmal sambil tersengih-sengih.
"Kamu ni kan, kerja, kerja, kerja. Tu je lah yang ada kat dalam kepala otak kamu tu. Bonda tahu, kerja tu penting. Tapi kesihatan tu lagi penting. Cepat-cepatlah cari calon isteri ngah, baru kamu tak gila kerja sangat macam ni. Bonda tengok life kamu pun bonda rasa bosan. Cubalah kamu keluar sekali sekala cari calon menantu untuk bonda." bebel Puan Sri Faridah panjang. Dia hairan kenapa Iqmal tidak membalas kata-katanya kali ini.
"Laillahaillaulah... Budak bertuah ni. Aku punyalah panjang membebel, boleh pulak dia tidur. Haihh.. Ngah, bangun. Masuk bilik." runggut Puan Sri Faridah.
"Hah?" tanya Iqmal dalam mamai.
"Masuk bilik. Tidur dalam bilik." kata Puan Sri Faridah lembut. Dia memerhati sahaja kelibat Iqmal yang berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Dia sebenarnya kesihan kepada Iqmal. Dia bukannya tidak tahu kenapa Iqmal bekerja begitu kuat. Dan dia juga tahu bagaimana sikap Iqmal di pejabat.
Dia sendiri pun perasan dengan perubahan sikap Iqmal itu. Kenapa berubah? Persoalan itu sentiasa berlegar-legar di fikirannya. Kenapa Iqmal berubah sebegitu rupa? Apa yang telah membuat Iqmal berubah? Daripada yang happy go lucky, menjadi seorang yang pemarah, bengis dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Dia berdoa agar Iqmal menjadi Iqmal yang dulu.
***
"Uweek... Uwekkk.. "
"Sya.. Asya.. Kau okay tak ni? Bukak pintu ni." ketuk Nadhirah.
"Aku ok. Aku pening kepala sikit." balas Asya dari dalam bilik air.
"Kau bukak lah pintu ni kejap. Cepat." gesa Nadhirah.
Nadhirah terkejut melihat wajah pucat Asya. Dia sebenarnya sudah lama perasan dengan perubahan wajah Asya tapi, dia diamkan sahaja.
"Ya Allah, muka kau ni pucat sangat dah ni Sya. Kita gi klinik jom?" ajak Nadhirah.
"It's ok lah Ira. Aku cuma pening sikit je. Nanti-nanti ok lah tu. Kau tak yah lah risau sangat eh, aku okay lah." kata Asya. Dia cuma nak menyedapkan hati Nadhirah dan juga hatinya sekali.
"Okay. Tapi kalau kau rasa tak larat sangat dah, kau panggil je nama aku. Kita pergi klinik."
"Ye." balas Asya pendek. Setelah Nadhirah keluar dari biliknya, enset Asya berbunyi.
'Setan Bukit'
"Apa lagi yang dia nak ni." keluh Asya apabila melihat nama tersebut.
"Hello. Assalamualaikum."
"Ehem.. Waalaikumusalam. Kenapa dengan suara kau ni? Kau demam ke?" tanya Iqmal bimbang.
"Err.. Tak de pape lah. Saya okay je." nafi Asya. 'Dah kenapa pulak jebon ni?' kata Asya dalam hati.
"No. No. No. Kau tak okay ni. Aku ambik kau kat rumah. Dalam setengah jam lagi aku sampai. Better kau siap-siap sebelum aku yang siapkan kau." kata Iqmal dan terus mematikan talian tanpa sempat Asya membalas. Asya melepaskan keluhan berat.
"Macam mana dengan isteri saya doktor? Dia okay-okay je kan? Takde apa-apa kan?" tanya Iqmal cemas kepada Doktor Hazimah. Dia tahu nama doktor itu pun dari name teg yang tertera di seragam doktor muda tersebut.
"Alhamdulillah. Isteri encik tidak ada apa-apa masalah. Cuma isteri encik terlalu banyak berfikir yang menyebabkan dia stress. Selain dari itu, alhamdulillah isteri encik tidak mengalami masalah apa-apa." terang doktor muda tersebut dengan lancar dan jelas.
"Alhamdulillah. Terima kasih doktor. Saya dah bagitahu dah kat isteri saya suruh dia letak jawatan jadi cikgu tu, saya mampu sara keluarga kami. Tapi dia tak nak. Dia degil jugak nak bekerja. Saya tak nak lah halang cita-cita dia yang dari kecil dia minat tu." kata Iqmal selamba. Dia buat-buat tidak faham dengan isyarat mata yang di buat oleh Asya 'Awak merepek apa ni?'.
"Hahaha.. Tak pe encik, saya faham. Dan untuk yang muntah-muntah tu, saya minta maaf. Encik dengan puan belum ada rezeki lagi. Tak pe encik, puan. Encik dan puan boleh usaha lagi. Insha allah adalah tu rezekinya." kata doktor tu sambil memberi senyuman yang ikhlas tanda memberi semangat.
"Tak pe lah doktor. Belum rezeki kami lagi lah tu nak menjadi parent. Tak pe yang, malam nanti kita usaha lagi." kata Iqmal kepada Asya. Doktor wanita muda tersebut sudah tersenyum-senyum melihat kelakuan selamba Iqmal itu.
Asya yang mendengar kata-kata Iqmal itu terus mencubit lengan Iqmal sekuat hati.
"Awak ni." kata Asya geram.
Asya berasa lega. Dia muntah-muntah tu disebabkan perut dia masuk angin. Ini semua kerana dia hilang selera makan sebab terlalu memikirkan masalah dia dan jugak Iqmal.
'Alhamdulillah ya Allah. Kau masih perkenankan doaku.' ucap Asya di dalam hati.
-----------------------------------------------------------------
Kepada readers2 sekalian, saya minta maaf ye sebab baru dapat update hari ni.. Maaflah kalau rasa story saya ni agak mengarut ke apa.
#komenlah apa yg korang nk komen. Saya terima je.
#abaikan typo ye😂😂...
#kalau nak bagi idea ke apa, pendapat ke, sila komen or blh dm saya terus. Sebab story ni ada berkaitan dgn real life saya 😂😂..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro