Bab 27 : Berulang Kembali
Asya mengeliat kecil. Dia menarik lagi comforter tebal yang membaluti tubuhnya untuk lagi ke atas. Entah kenapa pagi ini sejuknya itu lain macam dari biasa. Dia berasa sangat selesa berbaring di atas katil yang sungguh empuk dan comforter yang sangat hangat dan selesa itu. Terasa malas mahu bangun.
Tiba-tiba ada satu persoalan yang bermain di mindanya.
'Aku rasa kain selimut aku tak tebal macam ni? Katil kat rumah sewa pun tak ada lah selesa macam ni sangat?' Dia terus membuka matanya.
Dia berada di sebuah bilik yang sungguh besar dan mewah. Dekorasi bilik itu sungguh elegen dan maskulin. Dinding bilik itu berlatarkan dengan warna putih dan kelabu. Sedang dia leka mengimbas bilik mewah tersebut, dia mendengar satu suara mengeliat dari belakangnya.
"Ermm.. "
Asya memutarkan badannya secara perlahan. Alangkah berkecainya hati dia apabila melihat figura yang empunya suara itu tadi. Air matanya menitis laju seperti air hujan. Perkara yang ingin dia lupakan 4 tahun lepas, kini berulang kembali. Dan orang sama.
Iqmal tersedar apabila mendengar suara esakan kecil di sebelah. Dia mencelikan mata untuk melihat. Dia tersenyum melihat si dia yang sedang menangis tanpa dia sedar.
"Morning sweetheart." tegur Iqmal kepada Asya yang sedang menangis membelakangi dia. Iqmal memaut pinggang Asya supaya lebih rapat ke badannya. Dia mengeratkan lagi pelukannya di badan Asya.
Tangisan Asya semakin menjadi-jadi apa bila Iqmal memeluknya dengan lebih erat. Terasa maruahnya terlalu murah bila bersama dengan lelaki itu.
Iqmal membalikkan badan Asya supaya menghadapnya.
"Heii.. Heii.. Syuhhh.. Dah. Dah. Tak guna kau nangis bagai.. Macamlah tak pernah buat." kata Iqmal kepada Asya.
"Apa salah saya kat awak Iqmal?? Kenapa awak buat saya macam ni hah Iqmal?" soal Asya kepada Iqmal. Dia tak sanggup untuk melihat wajah lelaki tersebut. Hatinya sungguh sakit. Segala kejadian 4 tahun lepas berlayar kembali di fikirannya. Mujur sahaja dia tidak mengandung anak lelaki tersebut.
"Salah kau eh? Ok. Firstly, salah kau ialah dah buat aku gila bayang kat kau. Second, salah kau jugak sebab terlalu menarik. Jadi aku tak boleh nak tahan nafsu aku untuk bersama dengan kau. Third, salah kau jugak siapa suruh sombong sangat ngan aku. Kau tanggunglah akibatnya." terang Iqmal tanpa ada riak bersalah.
Asya memberanikan diri untuk mendongakkan kepalanya untuk melihat mata lelaki tersebut.
"Kau dah kenapa dok pandang aku macam tu?" soal Iqmal kepada Asya. 'Aishh budak pendek ni. Kang aku tak leh tahan betul-betul kang nafsu aku, lunyai kau kena bedal ngan aku satgi.' bisik Iqmal dalam hati.
"Kenapa awak buat saya macam ni hah Iqmal? Tolong lepaskan saya." rayu Asya kepada Iqmal.
"Lepas kan kau? Heh, dalam mimpi je lah. Kau tu, aku punya. Opss.. Maksud aku, tubuh kau tu, milik aku. Aku boleh lepas kan kau. Tapi ada lagi ke orang yang nak bekas aku? Ada apa lagi kat kau? " kata Iqmal sinis. Asya terdiam. Betul. Semua yang di katakan oleh Iqmal itu betul belaka.
"Kau dah tahukan jawapannya apa? So, jangan mimpi mintak aku lepaskan kau." kata Iqmal sebelum bangun dan menuju kebilik air. Asya hanya mampu menangis mengenang nasibnya yang akan mendatang.
'Ya Allah ya Tuhanku, apa dosaku ya Allah sehingga kau uji aku dengan ujian yang sungguh berat ini ya Allah. Umi, abah, maafkan Asya.' rintih Asya dalam hati.
"Nah, pergi mandi. Masakan aku sarapan. Aku lapar plus penat sebab kerja overtime semalam." kata Iqmal sambil membaling kain tuala yang dia gunakan untuk mandi tadi kepada Asya yang tengah duduk sambil memeluk lututnya di atas katil king saiz Iqmal itu. Dia berjalan menuju ke pintu bilik dan berhenti.
"Dan jangan lupa mandi wajib sekali." sambung Iqmal lagi dan terus ke bawah.
Asya memandang pantulan wajahnya di cermin di dalam bilik air tersebut. Sekali lagi air matanya tumpah apabila melihat tanda-tanda merah yang di tinggalkan oleh Iqmal di badannya. Hampir seluruh dari bahagian leher hingga ke bahagian dada penuh dengan kesan merah tersebut. Asya merasa dirinya sangat kotor dan jijik.
***
"Asal lambat sangat hah kau turun? Kau tahu tak aku dah lapar? Ke kau nak aku rogol kau lagi? " jerkah Iqmal garang. Asya sudah terketar-ketar. Dia tidak pernah melihat Iqmal sedemikian. Dulu masa di kampus, Iqmal cuma terkenal dengan perangai 'Hantu Sakat'nya sahaja. Bukan seorang yang panas baran.
"Maaf." hanya itu saja yang mampu Asya ucapkan.
"Maaf, maaf, maaf.. Aku lapar. Pergi masak sekarang." arah Iqmal tegas kepada Asya.
Asya terus berlalu ke dapur di rumah tersebut. Asya mula membuka peti sejuk untuk memeriksa jika ada apa-apa yang boleh dia masak.
'Ada ikan dan ayam je. Hmm.. Boleh lah. Masak sekali untuk tengah hari.' kata Asya dalam nada yang perlahan.
Sedang leka Asya mengacau asam pedas, tetiba dia merasa ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.
"Oii mak kau jatuh dalam perigi buta." latah Asya sekali dengan membaling senduk yang dia gunakan untuk mengacau asam pedas tadi. Iqmal ketawa senang bila dapat mengacau Asya.
"Eeii.. Apa awak ni.. Nasib baik saya tak ketuk kepala awak pakai senduk tu tau. Nasib baik saya tak pegang pisau ke apa tadi." marah Asya kepada Iqmal.
"Eleh. Takkan sanggup punya kau tu." balas Iqmal selamba.
"Eihss.. Lepas lah. Saya nak masak ni. Nanti awak mengamuk pulak kata lapar." bebel Asya sambil mengambil kembali senduk yang dia baling tadi. Iqmal sedikit pun tidak menghiraukan bebelan Asya tersebut. Malah Iqmal meletakkan dagunya di atas kepala Asya.
"Tepi lah.. Saya nak cuci senduk ni. Dah nak masak dah pun." kata Asya dalam nada yang rimas. 'Apa hal lah pulak pakcik ni. Tadi garang bukan main.' kata Asya dalam hati.
"jalan je lah." kata Iqmal selamba.
"Awak duduk dulu kat meja, saya pergi hidangkan makanan kejap." kata Asya kepada Iqmal lembut. Iqmal hanya menurut apa yang di suruh oleh Asya.
Iqmal hanya memerhati segala kelakuan Asya. Dia kagum dengan kecekapan Asya dalam membuat kerja-kerja dapur. Sedikit pun tidak kekok. Entah kenapa dia merasa sungguh bahagia di saat ini. Terasa seperti Asya itu sudah sah menjadi miliknya.
"Duk tenung apa lagi tu, tadi kata lapar. Makan lah." kata Asya. Iqmal tersedar dari lamunannya apabila di tegur oleh Asya.
"Makan sekali." kata Iqmal tegas.
Mereka menjamu selera bersama-sama.
'Sedap.' puji Iqmal dalam hati.
-----------------------------------------------------------------
Sorry guys lambat update.. Ni pun berapa kerat je dpt type. Seriously, saya stress sangat2.. Geram sangat2.. Haihh..
Apa2 pun, Salam Maulidur Rasul Guys.. 😊😊😊😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro