Bab 25 : Semakin Sweet
Sejak Asira mengandung, Adrian telah banyak berubah. Daripada seorang yang sinis, menjadi seorang yang manis. Daripada seorang yang tidak menghiraukan perasaan orang sekeliling, menjadi seorang yang prihatin. Boleh di katakan Adrian telah berubah menjadi seorang yang lebih baik.
"Awak mengalamunkan apa tu?" soal satu suara yang agak seksi baginya.
"Eh, awak. Maaf, saya tak perasan awak dah balik." jawab Asira pendek.
"Tak jawab lagi tu soalan saya. Awak mengalamunkan apa tadi?" ulang Adrian dengan tegas sedikit.
"Tak dak pa. Saya cuma teringatkan mak ayah saya kat kampung. Lama dah saya dak pi balik jenguk depa. Lagu mana lah depa la ni, sihat ka dak, makan ka dak. Saya rindu kat depa dua tu. Rasanya dah hampir enam bulan saya dak pi balik kampung." luah Asira layu.
Adrian terkesima mendengar luahan Asira. 'Kejamkah aku terhadap dia? Layak kah aku di gelar suami sebab tak pernah bagi dia tanya khabar mak ayah dia? Ya Allah, berdosanya aku kepada isteri ku ya Allah.' detik hati Adrian.
"Shuuu.. Tak pe, saya janji ngan awak, hujung minggu ni kita balik kampung awak." kata Adrian sambil mengusap-usap rambut Asira tanda dia memujuknya.
"Tapi, orang tua saya dak tau yang kita dah kawen. Lagipun awak tak mau ada yang tau pasai ni." kata Asira lagi.
"Tak pe, yang tu awak tak payah pikir. Pandailah saya nak uruskan macam mana nanti. Apa yang penting sekarang ni, saya nak isteri kesayangan saya happy."
Asira mendongakkan kepalanya melihat muka Adrian. Dia menatap muka suaminya dengan penuh kasih.
Siapa sangka, seorang yang berhati dingin, tidak berhati perut, boleh berubah menjadi seorang yang sweet. Malah lebih sweet daripada yang di sangka oleh orang yang menggenali dirinya.
"Kenapa pandang abang macam tu?"
"Aa.. Awwak.. Cakapp apa taadi?" soal Asira sampai tergagap. Aku tak salah dengarkan? Aku belum pekak lagi kan? Soal Asira bertubi-tubi kepada dirinya.
"Ape?? Abang tanya, kenapa tengok abang macam tu. Ke saje nak goda abang?" kata Adrian sambil tersenyum. Dan senyuman itu Asira sangat kenal. Senyum GATAL.
"Eeeiii.. Mana ada. Awak tu ja yang salu pikiaq kotoq. Saya masuk dulu."
"Ceh cehhh.. Nak lari lah tu. Tak pe yang, malam nanti pun abang dapat jugak. Malam ni kan malam jumaat. Pahala free yang." giat Adrian lagi.
"Eeii.. Apa awak ni.. Kalu jiran dengaq malu tau dak." kata Asira geram dan terus masuk ke dalam rumah.
Dia terdengar Adrian ketawa terbahak-bahak sebab dapat kenakan dia. Dia mememang dadanya. Sejak Adrian jadi sweet ni, jantung dia selalu sangat berjongging. Berdebar-debar mengalahkan masa dia nak ambik result spm lajunya. Mukanya tak payah di tanya lagi, kalau letak tomato di sebelah pipinya sama dah warna pipi dia dengan tomato tu.
Adrian tersenyum bahagia. Inilah apa yang dia cari selama ini.
***
" Kau pehal call aku?" tanya dia malas.
"Well, aku bosan plus aku ada benda nak bincang dengan kau."
"Tak habis lagi masalah kau tu? Masalah aku pun aku tak habis nak pikir, ni kan pulak nak tolong pikirkan masalah kau." kata Iqmal selamba. Dengan Adrian dia tak perlu nak berpura-pura. Dan Adrian jugak tidak berpura-pura dengan dia.
"Tak. Macam ni, aku nak bawak Asira balik kampung dia. Dia rindu sangat kat mak ayah dia." kata Adrian sambil bermain dengan kunci kereta BMW-X6 nya.
"Dah tu?" soal Iqmal pendek. Apa kena menggena aku dengan dia nak bawak bini dia balik kampung? Payah budak ni. Kata Iqmal dalam hati.
"Ade jugak aku sumbat pakai kunci ni kang. Kau tolong lah cover aku kalau mama aku tanya aku kat kau. Pasal papa aku, dia dah tahu segala-galanya. Dia happy sangat sebab nak jadi datuk." terang Adrian gembira.
"Bukan papa kau dah memang Datuk ke Et?" soal Iqmal pura-pura pelik.
"Kalau orang kat dalam restoran ni dinner makan nasi apa semua, kau pulak dinner makan penumbuk aku." kata Adrian benggang.
Iqmal sudah tergelak terkekeh-kekeh bila melihat muka Adrian sudah mula memerah tanda dia sudah naik angin.
"Lek arr.. Aku saje nak gurau ngan kau. Lama dah kan kita tak gurau."
"Hanguk kau." balas Adrian pendek. Iqmal kembali ketawa suka. Adrian hanya menjeling menyampah melihat Iqmal ketawa suka didepanya itu.
Setelah selesai makan, Iqmal meminta diri untuk balik ke asrama kampusnya. Jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam.
"Haa Mal, baru balik?"
"Ehh. Aku baru je nak keluar ni. Kau nak ikut tak? Jom lah." jawab Iqmal selamba dan diikuti satu tamparan berbisa daripada Firdaus.
"Sakit lah babun." kata Iqmal sambil mengosok-gosok bahunya yang terasa pedih akibat di tampar oleh Firdaus.
"Yang kau loyar ngan aku dah kenapa? Aku tanya elok-elokan kan." kata Firdaus tegas.
"Ya Allah, since when kau sensitif ni Fir?? Setahu aku, pompuan je yang ada penyakit mood tak betul ni." tanya Iqmal pelik kepada Firdaus.
"Kau tahu tak, tadi si Azlan cari kau. Dia mengamuk macam apa tah tadi." terang Zafril tenang.
"Asal lak ngan dia nak mengamuk bagai? Aku mana pernah buat hal dengan dia." jawab Iqmal pelik.
"Masalahnya, awek si Azlan tu mintak putus dengan dia sebab awek dia nak kat kau." kata Habeeb setelah sekian lama mendiamkan diri.
Iqmal hanya mampu menepuk dahi mendengar segala keterangan daripada kawan-kawannya itu.
'Masaloh mari doh. Bakpe lah si gediks tu wak prangai.' kata Iqmal dalam hati.
***
"Woi budak miskin. Kau pikir kau siapa hah nak suka-suka rembat awek orang? Kau pikir dengan muka jambu kau tu, kau boleh tackle semua awek kat kampus ni??" sergah Azlan kepada Iqmal yang tengah seronok menjamu sarapannya di cafe kampusnya.
"Waalaikumusalam bro. Aku tak de masa nak ngorat awek kau. Dah lah pakaian tak cukup kain, rambut pulak berkarat. Tak de selera wei aku nak pandang. Kalau aku nak, tu, kau tengok Doktor Azziah tu, yang macam tu lah test aku. Ayu, sopan, lawa, lemah lembut, menutup aurat, tenang je hati tengok muka dia. Tak macam awek kau, buat loya tekak je." balas Iqmal selamba.
Azlan yang mendengar kritikan Iqmal tentang kekasih hatinya menjadi semakin meluap. Tanpa amaran, Azlan terus menumbuk Iqmal. Ternyata Iqmal lebih tangkas daripada Azlan dan menangkis segala serangan dari Azlan dengan kemas dan pantas.
Iqmal membalas serangan Azlan dengan membuat tendangan tepi dengan padu lagi laju. Azlan tertunduk senak menahan kesakitan yang diterima olehnya dari Iqmal.
Iqmal tersenyum sinis melihat Azlan yang kesakitan. Iqmal berjalan kearah Azlan yang tengah menahan kesakitan itu dan menundukkan sikit badannya dan berbisik di telinga Azlan.
"Sebelum cari masalah tu, siasat dulu dengan siapa kau berurusan. Kau dah cari orang yang salah nak cari masalah bro." bisik Iqmal perlahan.
Azlan menyesal tak terkata sebab sudah mencari masalah dengan Iqmal. Dia lupa, dia lupa Iqmal siapa.
Muhd Iqmal Ashraf, juara taekwando tiga tahun berturut-turut, dia jugak juga juara karate dua tahun berturut-turut.
Iqmal pergi meninggalkan Azlan yang kesakitan itu dengan kawan-kawan si Azlan. Tidak ada siapa yang berani masuk campur urusan Iqmal dan Azlan tadi sebab mereka tahu, sekali Iqmal mengamuk, auranya itu seperti ribut yang melanda. Kalau tidak mahu ada seberang masalah, sila diamkan diri.
-----------------------------------------------------------------
Sikit je. Idea terkandas😂😂😂.. Thanks kepada yang bagi support kat saya utk meneruskan story ni.
#keep riding
#abaikan typo. Percayalah, typo itu indah😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro