Bab 23 : Angin Sewel Mari
Iqmal, Zafril, Firdaus dan Habeeb masing-masing tengah menghadap skrin telefon bimbit mereka. Seperti biasa hari-hari cuti, 'Mereput'lah di dalam bilik.
"Mal, ooo Mal."
"Ape? " jawab Iqmal pendek. Dia tengah kusyuk sangat tu main 'Mobile Legend'.
"Tak bosan ke?" tanya Habeeb.
"Gila tak bosan. Orang gila pun belum tentu bosan macam aku ni tau tak." balas Iqmal.
"Kan. Aku dah rasa nak check in kat Hospital Tanjung Rambutan dah ni. Bosan do duk terperap je lam bilik. Kita keluar jom?" kata Habeeb, lebih kepada merunggut sebenarnya.
"Bagus gak idea kau tu Beeb. Zaf, jom ar gi jejalan." kata Firdaus pulak. Dia yang tadinya berbaring terus bangun duduk di tepi katilnya.
"Nak pergi mana? Aku ok je, lagipun kita dah jarang keluar sesama sejak si 'Setan Bukit' ni kerja part time. Apa kata kita pergi mall?" kata Zafril. Sejak Iqmal ambik kerja part time menjadi bodyguard kepada anak VVIP, dia semakin jarang untuk spend time dengan kengkawan dia.
"Ok jugak tu Zaf. Tunggu apa lagi, jom lah." kata Habeeb teruja.
***
Iqmal mengeleng-geleng kepalanya melihat perangai si Habeeb yang mengalahkan perangai budak 5 tahun.
"Oii mangkuk, jaga lah sikit perangai tu. Buat malu je lah. Kita kat Mall, bukannya kat bilik." marah Zafril kepada Habeeb. Siapa je yang tak geram kalau dah tengok perangai kawannya yang jakun mengalahkan budak 3 tahun.
"Aku tak ngaku kau kawan kau." kata Iqmal selamba. Gila lah Habeeb, ada ke patut dia main kejar-kejar dengan si Firdaus tu kat dalam Mall ni.
"Alah sayangggg.. Janganlah garang sangat. Takut kita tauu." kata Habeeb dalam lenggok 'Mak Nyah'nya.
"Mula dah berok ni. I bukan marah u sayang, tapi kalau perangai u tu macam monyet kena belacan, malu tau tak si Zafril tu." kata Iqmal. Dia bukannya boleh tahan kalau si Habeeb dah mulakan mood sewelnya. Mesti dia akan join sekaki jugak.
"Dah-dah. Korang kalau angin sewel korang dah sampai, memang kemalam tak sudah. Jom makan. Fir kata kat aku tadi dia nak lanje." kata Zafril. Selagi dia tak masuk campur, memang Habeeb dan Iqmal takkan berhenti dengan loyar buruk dorang berdua tu. Dua-dua kepala masuk air. Lagi-lagi si Iqmal.
"Aku? Bila? " tanya Firdaus blur sambil menunjukkan dirinya sendiri. 'Bila aku kata aku nak berlanja dorang?' soal Firdaus dalam hati.
Sedang elok mereka menunggu makanan yang mereka berempat pesan, Zafril terpandang Asya dan Melisa yang baru masuk ke restoran yang sama.
Zafril menyiku Iqmal lembut. Iqmal memandang Zafril sambil mengangkat kening menandakan dia bertanya 'Mende?' kepada Zafril.
Zafril faham dengan isyarat yang di tunjukkan oleh Iqmal dan membalas dengan memuncungkan mulutnya menunjukkan satu arah. Iqmal menoleh ke arah yang di tunjukkan oleh Zafril tadi. 'Budak pendek.' detik hati Iqmal.
"So?" tanya Iqmal blur kepada Zafril.
"Takkan takde idea kot. Otak kau kan penuh dengan idea 'Baik lagi Syitonn', takkan kau nak biarkan je. Biasanya pantang nampak, laju je kau bertindak." bisik Zafril. Asal berbisik? Sebab lagi dua ekor beruk tu tengah kusyuk lagi fokus main game kat enset masing-masing.
"Well.. Jangan panggil aku 'Hantu Sakat' kalau aku tak de idea yang 'Bernas'." balas Iqmal dengan bangga lagi riaknya.
Zafril hanya tersenyum mendengar kata-kata Iqmal itu. Dia kenal siapa Iqmal, jangan panggil dia 'Iqmal Budak Setan a.k.a Hantu Sakat a.k.a Setan Bukit' kalau dalam kepala otak dia tidak ada idea yang gila-gila lagi sewel bin sengal. Nampak tak bertapa banyaknya panggilan yang budak-budak U bagi kat dia? Sebab perangai dia yang sengal lagi sewel tu lah dia dapat semua nama-nama tu. Hahahaha.. Terkutuk kawan sendirilah pulak.
Iqmal terus bangun dari tempat duduknya dan terus berjalan menuju ke tempat duduk Asya dan Melisa yang sedang leka bersembang itu.
Asya terkejut dengan kehadiran Iqmal yang tiba-tiba muncul dan terus duduk di sebelahnya itu.
"Awak buat apa kat sini?"
"Tengah buat anak." jawab Iqmal selamba dan terus menarik phone milik Asya yang berada di atas meja itu.
"Ish. Stress tau tak kalau orang tak tahu nak jawab elok-elok apa yang kita tanya." marah Asya. Melisa hanya mampu diam je. Kalau dia ikut berbunyi nanti, dia yang akan kena balik dengan si Iqmal tu. Iqmal tu boleh tahan jugak kepala otak dia nak menggenakan orang.
"Stress, diam. Senang." balas Iqmal pendek.
Setelah pelayan menghantar makanan dan minuman yang di pesan oleh Melisa dan Asya, dengan selamba bin badak sumbu sepupu badak airnya Iqmal menyedut air yang di pesan oleh Asya.
Asya hanya mampu tengok sahaja perbuatan Iqmal tu.
"What? Tak salahkan kita berkongsi? Orang kata kalau kita berkongsi rezeki kita dengan orang lain, rezeki kita akan lagi murah tau. Minum-minum. Sedap air ni." kata Iqmal selamba. Dia bukannya tidak perasan dengan perubahan muka Asya. Lagi Asya marah, lagi dia bertambah suka.
Asya terus menarik gelas airnya dari Iqmal dan menarik straw yang digunakan oleh Iqmal tadi meletakannya dia atas meja.
Iqmal masih menyelongkar khazanah yang ada di dalam ensat Asya. Asya yang tengok Iqmal memegang ensetnya terus merampas enset tersebut dari tangan Iqmal. Iqmal lebih cekap dari Asya, Iqmal terus menaikan tangannya sebelum sempat Asya cuba merampas ensetnya yang berada didalam genggaman tangan Iqmal.
"Kalau dah pendek tu, jangan berangan nak rasa diri tu tinggi." kata Iqmal selamba.
"Bencilah." kata Asya dan terus makan tanpa menghiraukan Iqmal. Hati dia geram sangat dengan Iqmal a.k.a 'Hantu Sakat' tu.
"Nak sikit."
"Nak apa?? Siku?? Boleh je." kata Asya selamba.
"Eh, tak lah. Nak kau." jawab Iqmal selamba sambil buat muka toyanya.
"Yang kau tengah makan tu lah. Kalau aku nak kau, aku tak mintak elok-elok tau. Aku angkut kau bawak masuk bilik hotel terus. Lagi syok." sambung Iqmal lagi.
"Ada mulut kan? Order lah sendiri. Nak mintak orang punya makanan buat apa." balas Asya berani.
Tanpa menunggu keizinan dari Asya, Iqmal terus menarik sudu yang berada di tangan yang sudah ada makanan diatasnya dan terus disuapkannya kedalam mulut.
Asya sudah semakin geram dengan Iqmal.
'Ning doh melebih. Dohlah air aku mung minung, makanang aku pung mung nok rembak. Doh lah sesedap kopi ais je mung pegang tangang aku. Dasar Hantu.'
"Tak yah dok kutuk aku sangatlah. Meh aku suapkan kau eh pendek." kata Iqmal selamba dan terus mencedok nasi ayam tersebut dan di suakan ke mulut Asya.
"Bukak lah mulut tu, aku nak suap ni. Ke kau nak aku yang tolong bukakan? Ok, jangan marah pulak kalau aku cium bibir kau kat sini eh." Iqmal terus merapatkan mukanya ke muka Asya. Hanya tinggal beberapa cm sahaja lagi Asya terus menolak muka Iqmal.
"Awak buat apa ni? Tak malu ke orang tengok? " marah Asya kepada Iqmal.
"Mal, tolong Mal. Aku merayu kat kau Mal, tolong jaga maruah kami Mal." kata Melisa perlahan.
"Tahu pun takut. Aku dah suruhkan tadi kau bukak mulut, kau yang degil." kata Iqmal selamba. Dalam hati tak usah di kata, dup dap dup dap detik jantungnya laju dari biasa.
"Dah lah, aku nak blah. Lain kali, kalau aku suruh buat something, ikut. Jangan sampai diri kau yang merana nanti sebab ingkar arahan aku. Faham?!" kata Iqmal tegas.
"Ye, faham. Dah, pergi sana." halau Asya.
"Steady lah kau Mal." kata Habeeb sebaik sahaja Iqmal duduk di tempatnya tadi.
"Ni Iqmal Ashraf lah." kata Iqmal dengan riak lagi bangganya.
***
"Assalamualaikum Ngah, bonda nak tanya ni. Hujung minggu ni angah free tak?? Angah boleh balik ke rumah tak sekejap? "
"Waalaikumusalam permaisuri hatiku. Angah rasa angah free bonda. Kenapa ya?" soal Iqmal pelik. Tak pernah-pernah bondanya call waktu-waktu petang macam ni. Selalu call waktu pagi ataupun malam.
"Tak de lah, bonda ingat kalau angah boleh balik rumah kejap, bonda nak ajak angah pergi pasar basah kejap. Lepas tu bonda nak ajak angah pergi satu tempat ni. Kalau angah tak boleh balik, bonda boleh mintak tolong Pak Daud yang tolong hantarkan." kata Puan Sri Faridah panjang lebar.
"ouhhh.. Ye lah bonda. Nanti angah balik petang jumaat tu. Dalam pukul 7 petang habis angah main futsal ngan kawan-kawan. " kata Iqmal.
"ok. Alhamdulillah. Nanti bonda masakan ayam masak kicap untuk angah. Ok lah, ayahanda kamu dah sampai tu. Nanti bonda call kamu lagi ye. Assalamualaikum."
"Yelah bonda. Tak payah susah-susah masakan untuk angah bonda, angah ok je. Bye bonda, waalaikumusalam."
Seperti yang di janjikan, petang jumaat itu Iqmal balik kerumah orang tuanya. Tapi dia lambat sampai dari apa yang di janjikan. Sepatutnya dia sampai pukul 7 petang, tapi dia sampai pukul 8:30 malam.
"Hah ngah, lambatnya kamu sampai?"
"Eh, ayahanda. Maaf ayahanda, tadi kereta angah ade masalah sikit. Dia terkejut sebab ada kucing lalu tak bagi signal. Terus dia terbatuk-batuk ayahanda. Puas gak lah angah pujuk dia baru dia boleh start balik." terang Iqmal panjang lebar kepada ayahandanya.
"Banyak lah kamu punya terkejut. Ade-ade je jawapan kamu ni. Dah, pergi masuk pastu mandi and solat." kata Tan Sri Tengku Zahari. Sekarang, dia sudah semakin tegas bab-bab agama. Dia nak tebus balik salah dia beberapa tahun yang lepas. Dia lalai dalam mendidik anak-anak kandungnya bab agama ini. Setelah Iqmal hadir dalam hidup mereka, barulah dia sedar bahawa dia telah gagal untuk menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro