Bab 22 : Latah
"Hah, kau dari mana ni hah Mal? Sejak keluar solat jumaat hari tu, kau tak balik-balik. Mana kau pergi hah? "
"Apa kau ni, bebel mengalahkan mak nenek. Aku pergi kerja lah. Masa aku nak balik sini hari tu, tetiba pulak anak Tan Sri yang aku berkerja tu call. Dia nak pergi Genting petang tu jugak sebab ada kerja kat sana. So, aku terpaksalah ikut sekali. Kalau tak ikut, gaji tak de. Kebulur lah aku nanti takde duit nak beli makanan." jawab Iqmal panjang lebar. Dia bukan apa, dia takut segala rahsia yang cuba dia sembunyikan selama ini terbongkar je.
'Harap-haraplah Habeeb percaya. Budak ni bukan boleh harap sangat kepala otak dia, mengalahkan wartawan kalau dah mula tanya soalan.' bebel Iqmal dalam hati.
"Ye ke? Dah tu, asal kau tak call bagi tahu kitorang?"
"Mula dah perangai 'mak bedah' dia tu. Kan korang balik rumah parents korang masing-masing, aku malas lah nak bagi tahu korang. So, aku diam je lah. Lagi pun masa tu enset aku habis battery jugak."
"Tapi kan Mal kan, seingat aku lah kan, anak Tan Sri yang kau jaga tu still budak belasan tahun lagi kan? Dia ada kerja apa pulak kat Genting? " soal Firdaus pulak.
"Alah, biasalah tu anak-anak orang berduit. Dorang buat parti birthday kawan dorang kat sana. Tak hairanlah, petik jari je semua dapat kalau depa nak something tu."
"Tak semua anak orang berada macam tu Mal." kata Zafril. Dia mulanya malas nak masuk campur dengan perbualan kawan-kawan dia tu. Bila dia mendengar kata-kata Iqmal tadi, dia harus membetulkan persepsi orang di luar sana tentang 'ANAK ORANG KAYA' seperti yang di maksudkan oleh Iqmal tadi.
Tak semua anak orang berada itu sombong, bongkak atau riak dengan kemewahan yang dorang miliki. Ya, betul, peratusan anak-anak orang berada yang tidak bersikap sombong atau riak ini sedikit, tapi tak semua yang bersikap berlagak itu tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang lain.
Tidak di nafikan jugak tentang sikap sombong dan riak yang ada dalam diri anak-anak orang berada ini tidak ada. Mereka merasa darjat dan pangkat mereka itu terlalu tinggi untuk di bandingkan dengan orang yang bertaraf biasa-biasa. Bagi mereka, duit itu menunjukan siapa diri mereka berbanding dengan orang lain.
"Maksud kau? " tanya Iqmal kepada Zafril. Tadi bukan main lagi main phone, nak tumpang sekaki pulak dah?
"Maksud aku, tak semua anak orang kaya tu bersikap macam yang kau katakan tadi tu. Kau lupa ke kitorang ni siapa? " kata Zafril kepada Iqmal.
Ya, Iqmal hampir terlupa satu perkara. Dia lupa dia berkawan dengan siapa.
1. Zafril atau nama sebenarnya Tengku Zafril Dato' Sri Tengku Zamri. Ayahnya ada syarikat tersendiri dan salah satu syarikat yang agak besar juga di Malaysia.
2. Habeeb. Syed Habeeburahim bin Datuk Syed Hishamuddin. Ayahnya jugak ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.
3. Firdaus. Muhammad Firdaus bin Tuan Haji Ibrahim. Ayahnya salah seorang pengeluar beras yang bermutu tinggi di Malaysia.
"Aku anak Dato'Sri Mal, Habeeb pulak anak Datuk. Fir, bapak dia pembekal beras di Malaysia dan bakal di anugerahkan geleran Dato'. Cuba kau tengok life kitorang, ada ke kitorang sombong, bongkak? Tak de Mal, sebab kitorang pilih untuk hidup low profile. Kami tak nak di sebabkan kami dari keluarga yang berada, ayah-ayah kitorang ada pangkat, budak-budak lain tak nak berkawan rapat dengan kitorang.
Dan aku jugak tak nak budak-budak lain nak berkawan dengan aku hanya di sebabkan aku anak Dato'Sri." kata Zafril panjang lebar.
"Maafkan aku Ril kalau apa yang aku cakapkan tadi dah buat kau terasa hati. Maafkan aku." kata Iqmal. Dia bukannya sengaja mahu membuat Zafril terasa hati dengannya.
"Ok. Lek arr. Semua dah settle kan? So apa kata kita lawan ML, aku semalam baru beli argus. So, hari ni aku nak test power dia. Siapa kalah kena belanja makan tengah hari dan malam hari ni." kata Habeeb. Dia cuma nak hilangkan aura tegang yang mula terasa. 'Meremang bulu ketiak boboy'. Kata Habeeb dalam hati.
"On." kata Firdaus. Bukan dia tak nampak Habeeb buat isyarat mata kat dia tadi.
"Ok." balas Zafril pulak sambil menekan aplikasi game 'Mobile Legends'.
"Ngam. " kata Iqmal. Maka, bermulalah pertarungan mereka.
***
Pagi ini, Iqmal dan kawan-kawannya pergi kuliah awal. Mereka kena pergi kelas awal, takut 'Pak Buyung mengamuk'.
"Saya dah bagi tahu kan kat kamu semua, yang saya tidak suka orang cincai buat tugasan yang saya bagi. Tapi kenapa masih ada jugak yang tidak faham arahan saya? Kamu semua ni memang betul ke nak jadi ahli perniagaan yang berjaya? Yang Mak Bapak dorang yang ada syarikat tersendiri, memang sah lah akan pegang jawatan tertinggi dalam syarikat tu. Yang kamu tidak mempunyai apa-apa tu, kamu nak jadi apa? Nak jual badan sendiri? Lain kali buat elok-elok."
"Masuk awal ke, masuk lambat ke, 'Pak Buyung' tu tetap mengamuk jugak." bisik Firdaus.
"Aku syak semalam dia period. " kata Habeeb pulak.
"Tak. Bukan. Ni mesti kes bini tak bagi ni malam tadi. Tu yang mengamuk sangat tu." kata Iqmal dan di sambut gelak oleh Habeeb dan Firdaus. Zafril hanya mengeleng kepala sahaja mendengar andaian-andaian yang di buat oleh kawan-kawannya.
"Macam mana bini dia nak bagi, kau tengok perut dia, dah macam orang mengandung 10 bulan je aku tengok. Mana selera bini dia nak bagi. Entah-entah baru 5 minit dah semput." kata Habeeb lagi.
"Itu pun kalau sampai 5 minit. Entah-entah dia punya bebird pun mengecut." tambah Iqmal lagi. Firdaus gelak sakan mendengar Iqmal mengutuk pensyarah diorang yang tengah berleter di depan sana.
"Sya, kau order lah dulu. Aku nak gi cuci tangan jap. Kau order untuk aku sekali ea." kata Melisa. Dia bangun dan terus menuju ke tandas.
"Mal, cuba kau tengok siapa yang duduk kat meja hujung tu." kata Firdaus sambil memuncungkan mulutnya untuk menunjukkan arah yang di maksudkannya tersebut.
Iqmal menoleh mengikut arah yang di tunjukan oleh Firdaus tadi. 'Amboi kau, seronok eh kau main enset. Jaga kau.' bisik hati Iqmal setelah mengetahui individu yang di maksudkan oleh Firdaus tadi.
Iqmal bangun perlahan-lahan dari meja yang mereka duduki dan berjalan perlahan-lahan menuju ke meja Asya.
Asya yang sedang leka mengskrol skrin phonenya yang memaparkan laman facebook tersebut tidak menyedari ada 'MAHLUK GHAIB' sedang menghampirinya.
"Baa"
"Oh mak kau lawa jatuh tangga. Eh jatuh tangga. Tak sakit ke? Eh tak sakit." latah Asya panjang apabila di sergah oleh Iqmal.
"Sakit. Sakit kat sini." balas Iqmal sambil menunjukkan dadanya kepada Asya.
"Ohh siannya." kata Asya sambil mengusap dada Iqmal dan di tiup-tiupnya.
"Arghh" jerit Iqmal tiba-tiba.
"Arghh.. Tolong-tolong.. Ada orang nak beranak. Eh nak beranak. Nak berak, eh nak berak." setelah Asya betul-betul sedar dari latahnya, Asya terus memukul Iqmal menggunakan buku rujukannya yang tebal dengan sekuat hatinya.
"Adoi.. Adoi.. Sakit lah gila." kata Iqmal apabila di pukul kuat oleh Asya.
"Awak tu yang gila. Yang awak sergah saya tiba-tiba tu kenapa? Kalau saya ada sakit jantung, mahu mati terkejut saya tau tak." kata Asya geram kepada Iqmal.
Iqmal tergelak sakan bila melihat Asya marah macam orang gila. Makin Asya marah, makin dia suka gelakkan Asya.
"HAhaha.. Kalau mati, aku tanam je kau kat bunga kat situ haa." kata Iqmal sambil ketawa.
"Eee.. Susah tau kalau ada orang gila kat depan kita." kata Asya lagi. Iqmal masih ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya yang mula senak akibat terlalu banyak ketawa.
"Kenapa ni Sya? " tanya Melisa kepada Asya bila tengok muka masam Asya dan Iqmal yang ketawa macam orang tak pernah ketawa setahun.
"Kau tanyalah hantu kat depan kau tu. Geramnya aku. Rasa nak je aku tonyoh-tonyoh muke ye tu paka cili padi, biar padang ke muke ye." keluar dah bahasa ibundanya. Itu lah Asya kalau dah marah. Kalau bahasa Terengganu dia dah keluar tu, tu maknanya dia betul-betul geram dan marah.
"Sabar Sya, sabar. Hah, Mal, yang awak suka sangat kacau si Asya ni dah kenapa hah? " soal Melisa geram kepada Iqmal. Tak senang tengok orang senang sikit, mula lah nak kacau orang. Sunat lagi kang baru tahu. Kutuk Melisa dalam hati.
"Dah dah. Tak payah nak kutuk aku sangat. Ingat aku tak tahu ke kau tengah mengutuk aku dalam hati. Biarlah, dah aku suka sakat dia, ada masalah ke dengan kau? Kau jangan ingat kau couple ngan Firdaus aku takut lah? Sorry sikit. Habeeb dulu kau tinggalkan, Firdaus pulak kau pilih." kata Iqmal sebelum kembali ke meja makannya tadi.
Melisa tersentak mendengar kata-kata Iqmal tadi. Ya, dia memang salah kerana memberi Habeeb harapan. But the end up, dia pilih Firdaus. Dia ada jugak dengar Habeeb dan Firdaus melancarkan perang dingin, hampir dua bulan mereka berdua tak bertegur sapa walaupun satu bilik.
Nasib baiklah tidak bertumbuk dorang berdua tu. Tapi Melisa harus berterima kasih jugak kepada Iqmal, kerana Iqmal bijak menyelesaikan masalah tersebut sampaikan Habeeb dan Firdaus berkawan kembali.
"Mel, Mel. Kau ok tak ni? " tanya Asya apabila melihat Melisa terus tersenyap seribu bahasa setelah mendengar apa yang di bisikan oleh Iqmal kepadanya tadi.
'Apa yang di bisikan jebon tu tadi sampaikan Melisa terkedu sampai macam tu sekali?' detik hati Asya.
***
"Cepatlah Mal, terhegeh-hegeh lah kau ni. Kalah pompuan tau tak." runggut Habeeb. Perut dia dah lapar gila tau tak.
"Jap arr. Ade jugak aku rogol kau nanti. Kau tak tengok ke depan tu jem, sabar sikit boleh tak." kata Iqmal sambil memerhati jalan di depan. Kang toleh kat belakang sia-sia je terlanggar kereta orang depan.
"Aah lah Beeb, jem lah. Ni mesti ade accident ni." kata Firdaus pulak.
Zafril? Like usually, main phone. 'Jilat lah skrin tu, tak yah makan nasi.' kata Iqmal dalam hati. Dia penat-penat drive, kawan-kawan dia relax je duk kat tempat masing-masing.
Setelah hampir satu jam drive untuk ke kedai makan yang dipilih oleh Zafril, mereka pun mengambil tempat di luar. Baru best sikit.
"Hah Beeb, tadi lapar sangat kan? Order lah, tunggu apa lagi."
-----------------------------------------------------------------
Terima kasih yang sudi baca karya saya yang tak seberapa ni. Saya hargai sangat-sangat.😊😊.
#sila komen sebarang idea yang anda nak bagi or cadangkan.
#sila komen kalau ada yang anda tak suka
#keeps reading guys.
Thank you so much guys 😊😊✌✌.
Yang part pasal mengumpat lecture tu, itu pengalam sebenar saya sendiri masa masih sklh, part latah pun pengalaman sebenar, part iqmal mengusik bondanya pun pengelaman sebenar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro