Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19 : Semakin Senyap

Hampir dua minggu selepas mereka balik dari perkhemahan itu. Iqmal semakin sibuk dengan assignment dan masalah di rumah. Dah namanya pun Tengku Iqmal Ashraf, segala masalahnya akan rahsiakan daripada sesiapa sahaja termasuk kawan-kawan karibnya.

"Mal, aku tengok kan, sejak kita balik dari kem 2 minggu lepas kau makin lain lah. Kau ada masalah ke?  Share ar ngan kitorang." kata Habeeb. Habeeb dah seminggu lebih perasan dengan perubahan sikap Iqmal.

"Tak de ape lah Beeb. Mana ada masalah. Biase ar, final exam kan dah nak dekat. So,  aku nak kena study lebih sikit dari biase. Lagipun assignment berlambak nak kena siapkan, tu yang letih sikit tu." jawab  Iqmal. Dia mana pernah nak kongsikan masalahnya dengan kawan-kawannya kecuali kalau dah terlalu menyesakan kepalanya.

"Betul ni?  Ikut kau lah Mal. Study-study jugak, tido tu kena cukup jugak Mal. Kang study kemana, exam kemana." nasihat Zafril kepada Iqmal.

Iqmal hanya menganggukkan kepalanya.

***

"Asal kau makin senyap eh Sya sejak balik dari perkhemahan tu?  Ade apa-apa yang aku tak tahu ke?  Ke ade something yang kau try sorokan dari aku?  Better kau bagi  tahu aku sekarang Asya." kata Melisa kepada  Asya ketika mereka sedang  berehat di dalam bilik mereka.

Dia perasan, sejak balik dari perkhemahan hari tu, Asya lebih banyak diam. Dia pun pelik dengan perangai Asya itu.

"Mana ada apa-apa lah Mel. Kau je yang over sangat. Hahaha..  Aku ok je lah." balas Asya sambil menyembunyikan kisah yang sebenarnya.


"Ok class, saya nak kamu semua hantar kerja ni hari khamis minggu depan. Class dismissed "

"Mel, kafe jom. Aku lapar lah. "

" Kau memang, tadi aku ajak makan roti kat bilik sebelum gi class kau tak nak. Kan dah lapar. Jom lah. Aku pun lapar gak sebenarnya. " kata Melisa sambil tersenggih.

'Ceh..  Marah orang, dia pun sama jugak.' runggut Asya.

"Kau baca jampi apa tu Sya? Panjang nauu"

"Aku doa mintak kat Allah suh Dia kurangkan mulut murai hg tu. Dari tadi dok beletiaq dak henti-henti. Telinga aku pun naik penat dok dengaq mulut hg dok pokpek-pokpek tu." hambek kau.. Sekali bahasa ibunda Asya dah mai.

"Amboii-amboii-amboii..  Sedap mulut kau je kan?!. Kuajaq punya kawan." kata Melisa. Tawa mereka meletus.

"Mel, kau pi oder dulu, aku nak cuci tangan sat." kata Asya sebelum bergerak menuju ke hujung kafe tersebut untuk mencuci tangannya.

"Amboii minah pendek ni, blah macam tu je dia. Aku jugak yang kena oder untuk dia." bebel Melisa.

"Errkkk"

"Pengotor punya perangai. Eeee.. " kata Firdaus kepada Habeeb.

"Sorry-sorry. Hehehe" kata Habeeb sambil tersengih-sengil sambil membuat gaya piece.

Iqmal hanya menggeleng kepala melihat perangai si Habeeb tu. Zafril macam biasalah, still dengan gaya coolnya itu.

Iqmal menoleh sebelah kirinya, dia terlihat Asya yang sedang berjalan menuju ke arah Melisa yang tengah mengoder makanan untuk mereka berdua.

Kejadian di hutan itu terlayar kembali di fikiran Iqmal.

FLASHBACK.

"Baik kau masuk khemah kau balik lah budak pendek. Jangan sibuk hal aku."

"Awak tahu tak merokok tu boleh membahayakan kesihatan? "

"Kau tak yah sibuk lah, ikut suka aku lah nak hisap rokok ke apa. Bukannya aku beli pakai duit kau. Better kau masuk khemah kau sebelum kau menyesal."

"Kalau saya tak nak, awak nak buat apa? " cabar Asya. 'Kau memang tempah bala Asya' kata Asya dalam hati.

"Betul kau tak takut menyesal? "  soal Iqmal sambil senyum penuh makna.

'Dah kenapa pulak si Hantu ni buat muka hantu dia tu pulak' kata Asya dalam hati. Asya dah mengigil satu badan bila Iqmal menapak ke arahnya perlahan-lahan.

Semakin Iqmal mara ke arah Asya, Asya semakin berundur ke balakang sampailah dia terhalang oleh sebatang pokok besar.

'Awat lah time-time ni pulak hg nak kena ada kat belakang' bebel Asya. Peluh mula merenik di dahinya.

Iqmal mendekatkan mukanya ke muka Asya, dia merenung mata Asya dengan tajam.

Dia membisikkan sesuatu di telinga Asya yang membuatkan Asya terkaku.

Iqmal sempat melayangkan satu ciuman di dahi Asya di dalam keadaan Asya yang tengah terkaku.

End Flashback

"Hoi Mal, jauh termenung??  Kau pikir apa Mal sampai aku panggil kau 3, 4 kali baru kau dengar?? "

"Tak de pape lah Beeb, aku tengah pikirkan mak ayah aku kat kampung nuh..  Entah sihat enrah tidak dorang berdua tu kat kampung. Kau tahu-tahu je lah, aku anak tunggal dorang. Aku rindu kat dorang. Aku dah lama tak balik kampung." balas Iqmal. Tidak di nafikan yang Iqmal merindui keluarganya. Walaupun dia di besarkan oleh keluarga Tan Sri Zahari, dia tidak lupakan arwah kedua ibu bapa kandungnya.

Kedua ibu bapa kandung Iqmal meninggal semasa umurnya enam bulan. Keluarga sebelah ayah dan ibunya tidak mahu menjaganya dan di hantar ke rumah anak yatim. Nasib lah Tengku Zahari mengambil dia sebagai anak angkat.

Di sebabkan Tengku Faridah yang hampir meroyan akibat kehilang anak kedua mereka, Tengku Zahari mencari anak angkat untuk memujuk Tengku Faridah. Alhamdulillah Tengku Faridah dapat menerima Iqmal sebagai anaknya dan sejak dari hari itulah Iqmal di jaga, di didik dan di beri kasih sayang yang sama seperti anak kandungnya.

"Lek lah Mal. Tinggal beberapa hari je lagi nak cuti sem. Lek k." kata Firdaus kepada Iqmal. Zafril hanya menepuk-nepuk bahu Iqmal tanda memberi semangat untuknya.

***

'Bukk'.

"Adoilah..  Aku langgar orang ke tiang??  Keras gila..  Sakitnya punggung aku." kata Asya yang elok jatuh terduduk di lantai.

"Allah bagi mata tu pakai. Bukan sekadar buat perhiasan kat muka ngan kepala je".  Kata si 'Dia' sarkastik.

Asya yang mendengar suara itu terus terkaku dan terkalu. Setelah hampir dua minggu dia mengelak untuk tidak bertembung dengan empunya suara itu tapi hari ini, dia berlanggar dengan si pemilik suara itu.

"Maaf. Saya tak sengaja. " kata Asya dan dengan tergesa-gesa dia beredar dari situ. Dia tak betah di situ, kata-kata Iqmal masih terngiang-ngiang di kepalanya.

"Woii pendek, senang-senang je ek kau nak blah macam tu je lepas kau langgar aku eh?  Kau, ikut aku."

Iqmal terus mencengkam lengan Asya yang berlapik baju kurung modennya dan terus menarik Asya untuk mengikutinya.

"Iqmal tolong..  Tolong lepaskan saya Iqmal. Sakitlah.. " rayu Asya kepada Iqmal. Tapi malangnya, sedikit pun Iqmal tidak mengendahkan rayuan si Asya itu.

"Kau diam kalau tak nak aku buat apa yang aku cakap kat kau malam tu.!! " ugut Iqmal.

Asya sudah menghamburkan air matanya. Ya, dia takut dengan ugutan tersebut. Asya takut melihat riak wajah Iqmal saat ini, benar-benar bengis dan garang. Dia tahu kalau dia buat bising Iqmal boleh lakukan apa sahaja terhadap dirinya. Tidak mungkin dia mampu menandinggi kekuatan lelaki dihadapnnya kini.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro