Bab 17 : Dah Ok
Hampir setengah hari perjalanan menuju ke tapak khemah yang kedua, akhirnya sampai jugak.
"Fuhhh.. Boleh tahan berat jugak kau ni eh pendek." kata Iqmal di telinga Asya.
Asya yang mendengar perlian dari Iqmal terus memukul bahu Iqmal menggunakan botol mineral yang kosong dengan kuat.
Iqmal hanya gelak apabila di pukul oleh Asya.
"Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Alhamdulillah kamu semua dah selamat sampai di tapak perkhemahan yang kedua. Ok, malam ni kita cuma adakan aktiviti ringkas je kat tapak yang kedua ni. Saya tahu kamu semua penat.
Malam ni kita akan ada kan malam kesenian. Malam ni, sesiapa yang nak tunjukan bakat dia, di persilakan. Nak menyanyi ke, nak bersajak ke, nak bersyair ke, di persilakan. Sekarang ni, kamu semua pergi lah berehat di khemah masing-masing sebelum kita buat aktiviti petang. Ok, boleh pergi ke khemah masing-masing. " kata Prof.Zamri dengan panjang lebar.
Asya di pimpin oleh Melisa untuk ke khemah mereka.
Iqmal terus masuk ke khemahnya. Dia terus baring sebaik sahaja masuk ke dalam khemah yang dia kongsi dengan Zafril, Amir dan Fuad.
"Amboii.. Penat nau gayanya tu." tegur Amir bila melihat Iqmal menutupkan matanya.
"Gila tak penat. Hampir dua jam kau tau tak aku dukung si minah pendek tu." balas Iqmal dalam mata terpejam.
"Yang kau beriya-ia nak dukung dia dah kenapa Mal? Kau sendiri yang nak cari penyakit. " kata Fuad pulak.
"Kalau aku tak dukung dia, korang ingat kita dah sampai ke sekarang ni? " jawab Iqmal selamba dan terus tidur tanpa menghiraukan kawan-kawannya.
Penat sangat gamaknya sebab kena dukung si Katik tu.
"Ikut kau lah Mal. Jom lah kita tido jap, petang nanti tak de lah lemau sangat." cadang Zafril kepada Amir dan Fuad.
Mereka berempat terus terlena. Ini baru betul-betul berehat.
***
"Ok semua, petang ni kita buat unggun api kemudian terus menyediakan makan malam sekali. Yang lelaki pergi cari ranting-ranting kayu atau dahan kayu yang kering untuk buat kayu api. Yang perempuan pulak boleh mula sediakan bahan-bahan untuk memasak untuk ahli kumpulan masing-masing. " arah Prof.Zamri
"Jom. Korang yang perempuan tunggu je kat khemah sampai kitorang datang dengan kayu api. Korang sediakan lah ape yang patut. Aina, aku lantikkan kau jadi ketua untuk team korang. Make sure korang buat kerja sama-sama. Kalau aku dengar ada yang tak puas hati, boleh direct jumpa aku. Faham semua? "
"Faham chief. " jawab semua ahli kumpulan Iqmal. Siapa tak ketaq wey bila chief dan bagi arahan.
"Good. Jom gerak." arah Iqmal kepada beberapa orang ahli lelaki dalam kumpulannya untuk bergerak mencari kayu api di dalam hutan.
"Ok guys, jom mulakan" arah Aina pulak selaku ketua yang di lantik oleh Iqmal tadi.
Asya yang tadinya hanya memerhati dari depan pintu khemah turut membantu apa patut.
Kau gila tak nak tolong. Kang bila Si Jebon tu mengamuk satgi, habis semua anggota dalaman mengecut. Itu pun dia dengar dari budak-budak yang pernah ikut Iqmal pergi berkhemah.
'Boleh tahan garang jugak Si Hantu Jebon tu' kutuk Asya dalam hati.
"Haa Asya. Ape kata kau bagi idea nak masak apa. Kau kan pandai memasak." kata Shaira.
"Eh.. Aku bukannya reti sangat masak ni. Kita ade sosej, bebola ikan, sardin, dengan mee segera. Hmm.. Apa kata kita masak mee campur. Kira masak macam mee goreng jugak lah tapi, versi baru. Macam mana? Ok? Sebab aku ada bawak perisa secukup rasa." kata Asya kepada ahli yang lain.
"Macam menarik je idea kau tu Sya. Ok. Aku setuju. Yang ade nak bagi idea tak? " soal Aina lagi.
"Kitorang ikut je Aina. Janji ada makanan untuk di makan malam ni. Aku kebulur sangat dah ni." balas Zack atau nama sebenarnya Zahirah.
Siapa tak kenal dengan Zack, seorang yang sangat berani menutur kata-kata. Dia jugak seorang yang baik hati walaupun bersikap kasar macam lelaki atau lebih senang lagi 'TOMBOY'. Dia jugak banyak mengikuti perkhemahan yang di adakan oleh Iqmal.
"Apa-apa je lah Zack. Kau tu tahu melantak je. Nasib baik badan tak naik. Kalau tak, tak macho dah kau bawak moto besar kau tu." usik Fatihah. Semua gelak bila melihat muka cemberut Zack bila di usik oleh Fatihah.
***
"Aku rasa dah cukup dah ni geng. Jom lah balik. Bukannya untuk buat kenduri pun. Just untuk masak je. Lebih tu kita spare untuk unggun api. " kata Fuad
"Aah lah Mal, dah banyak dah ni. Group lain pun dah banyak balik tapak khemah rasa nya."
"Yelah. Jom balik."
"Haa.. Dah balik pun korang berlima. Ingatkan nak bermalam terus kat dalam hutan tu tadi." perli Zack.
"Lahh.. Lek arr Zack. Lambat sikit je pun. Kau tengok lah banyak mana kayu ni." balas Iqmal.
"Lek tak lek lah Mal. Lama kot korang tadi. Nasib baik aku tak ajak si Farhan tu cari korang."
"Alololo. Sayang jugak kau kat aku kan Zack. " usik Iqmal
"Ade jugak yang makan selipar saiz 6 setengah malam ni. " balas Zack. Iqmal hanya ketawa mendengar jawapan dari Zack.
Bukan dia tak kenal si Zack tu. Cakap je nak pukul or apa, tapi buatnya tak. Dia kenal dengan Zack pun masa first time ikut camping yang di anjurkan oleh pihak Uni masa tahun pertama dia dengan Zack. Sejak dari hari itu lah dia dengan Zack jadi rapat.
Sejak dari itu jugaklah, kalau ade je perkhemahan yang diadakan, pasti dorang ikut sama.
Setelah hampir sejam bertungkus lumus memasak, akhirnya siap jugak.
"Alhamdulillah.. Siap jugak." kata Melisa.
"Hek eleh minah ni. Macam dia pulak yang memasak. Kau tu kupas kulit bawang je." kata Asya.
"Eleh.. Mentang-mentang lah dia yang masak. Kalau aku tak kupas kulit bawang tu, kau tak siap masak lagi tau. Hargai sikit." balas Melisa dalam nada merajuk. Padahal merajuk manja je.
"Alahai korang ni. Cepat lah hidangkan. Aku dah kebulur sangat dah ni." kata Zack yang tengah membuat muka sedih. Apa tak nya, dari dorang mula masak lagi dia dah tercegat kat situ. Lapor bebenor gamaknya.
"Yelah Zack. Kau gi panggilkan budak-budak lelaki tu semua ajak makan." arah Aina.
Zack apa lagi, pecut terus.
"Uihs.. Sedap. Siapa yang masak? "
"Haaa... Sedapkan? Mestilah kitorang yang masak."
"Kau tak payah nak auta Zack, aku tahu yang kau tolong tengok je dari tadi." kata Firdaus. Semua gelak dengar.
Zack pulak membuat muka tak puas hatinya. Tapi memang betul pun apa yang Firdaus cakapkan tu, dia tolong tengok je dari tadi. Dia bukan reti sangat memasak ni. Nasib baik member perempuan group dia sangat memahami walaupun baru kenal hari ni.
" Ye. Aku tolong tengok je. Asya yang bagi idea nak masak semua ni. Puas hang Puad? " balas Zack sambil merenggus.
"Dah-dah. Makan cepat. Pastu gi mandi. Then berkumpul kat sini balik. " kata Iqmal.
Semua terus senyap dan sambung makan dengan selera. Zack membuat thumb up kepada Iqmal sebab telah menyelamatkan dia dari di kenakan lagi oleh Firdaus.
Iqmal hanya mengangguk dan senyum tanda memahami Zack.
***
"Ok guys, lagi setengah jam kita berkumpul kat unggun api utama. Aku sangat berterima kasih kat korang sebab bagi kerjasama yang sangat awesome. "kata Iqmal semasa mereka berkumpul di khemah perempuan sebelum pergi ke unggun api utama.
"Alahh dia ni.. Buat ayat pulak dah.. It's ok lah Mal. Kau pun apa kurangnya jadi ketua kumpulan kami. Seorang yang bertanggungjawab. Siap main dukung-dukung lagi tadi." kata Zack. Sempat pulak tu dia perli Iqmal dengan Asya.
Yang lain cuma ketawa je dengar kata-kata Zack. Tak de seorang pun yang berani bergurau sebegitu dengan Iqmal kecuali kawan-kawan rapat Iqmal.
"Cheese cake betul kau Zack. Sempat lagi kau eh perli aku. Kau tunggu kita balik Uni nanti, siap moto kau aku kerja kan. "balas Iqmal. Bukan buat betul pun, dah memang perangai dorang berdua asyik bergaduh manja. Sebab tu persahabatan dorang boleh bertahan lama.
"Babun ko Mal. Moto aku kau jangan main eh.. Kau aku sunat jugak nanti untuk kali kedua."ugut Zack. Semua ketawa dengar ayat Zack.
"Dah-dah. Korang ni memang tak de kerja lain ke? Kat Uni gaduh, kat sini pun gaduh. Aku puk dua-dua kang." kata Zafril untuk meleraikan pergaduhan mulut Zack dengan Iqmal.
"Haa pendek, kaki kau macam mana? Ok dah? " soal Iqmal kepada Asya secara tiba-tiba.
"Hek eleh.. Ade ke tanya macam tu. Tak sweet langsung. "
"Ikut suka hati aku lah wahai cik Zahirah Hashimah binti Dato' Zahid." balas Iqmal. Sengaja dia sebut nama penuh Zack, sebab dia tahu Zack paling tak suka orang panggil dia dengan nama betul dia.
"Iqmallll" marah Zack. Iqmal hanya ketawa. Iqmal memandang Asya semula sambil menaikkan keningnya menandakan dia nak kan jawapan dari soalannya tadi.
"Alhamdulillah. Ok dah sikit. Thanks. " balas Asya pendek.
"Semua diminta berkumpul di unggun api utama" panggil Prof.Zamri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro