Bab 16 : Setuju
Dah hampir tiga minggu kejadian Asira mengajak Adrian kahwin, Adrian semakin menjauh dari dia. Asira tidak menghiraukan lelaki itu. Dia sudah terlalu sakit hati untuk memikirkan keadaannya yang telah huru-hara di sebabkan lelaki yang bernama Nik Ethan Adrian itu.
Bila Asira keluar dari bilik, Adrian sudah berangkat pergi kerja. Bila Asira sudah nyenyak tidur, Adrian baru balik dari officenya. Hubungan dorang makin renggang.
'Sampai bila lagilah si Gila tu nak kurung aku. Buatnya aku mengandungkan anak dia lagu mana? Dak ka diri sendiri yang haru. Aku tak mau nak gugoqkan kandungan tu. Aku kena jugak cari jalan lagu mana nak keluaq dari rumah ni. Aku kena selamatkan diri aku.' kata Asira di beranda biliknya. Dia memandang dada langit yang gelap itu. Tiada bintang, cahaya bulan yang malap seolah-olah memahami situasi dirinya itu.
'Ya, aku kena keluaq dari rumah ni dengan apa cara sekalipun.' tekad Asira dalam hati.
"Kau buat apa kat luar malam-malam buta macam ni? "
Asira yang tengah mengalamun itu terkejut sampai termelatah akibat di sergah oleh Adrian secara tiba-tiba itu.
"Oiii mak hg lawa lagi cun melecun bak perimadona. Ish awak ni, kalau saya ada sakit jantung lagu mana? Kesian kat mak ayah saya kat kampung nuh. Dah lah anak depa ni kena tangkap dengan orang gila, lepaih tu mati terkejut pulak tu. Haih." kata Asira panjang lebar.
'Hah, ambik hg, siapa suruh buat aku terkajut, padan muka hg kena terbiah' kata Asira dalam hati.
"Banyak pulak bebel kau ni. Aku tanya tu jawab lah. Bukannya aku suruh kau membebel. " renggus Adrian.
"Dah awak buat saya terkejut. Laen kali kalau nak tegoq orang, tegoq elok-elok. Bukan main sergah ja.
Tak dak buat apa. Saja ja ambik angin malam. Saya rindu kat mak ayah saya kat kampung. Dah hampir 2 bulan saya kat sini, lebih tepat lagi kat rumah awak ni." balas Asira panjang lebar. Memang sengaja dia menekankan RUMAH AWAK kepada Adrian. Biar Adrian sedar sikit.
Adrian memikirkan kata-kata Asira sebentar tadi.
'Aku tahu aku kejam, tapi sejak pompuan tu muncul dalam hidup aku, aku rasa lain macam. Rasa tak nak lepaskan dia.' bisik hati kecil Adrian.
Adrian yang tengah baring di dalam biliknya memikirkan kata-kata Asira sebentar tadi. Hal itu mengganggu fikirannya.
***
"Kau siap-siap, jap gi kita keluar"
Asira yang tengah menghidang sarapan pagi untuk lelaki itu terkejut dengan kenyataan yang baru saja dia dengar itu.
"Keluaq? Nak pi mana? "soal Asira kepada Adrian yang tengah kusyuk memakan masakan air tangan dia itu.
"Kursus kawin. Kau jangan risau, aku dah uruskan semuanya. Kita keluar terus cari baju kawin." kata Adrian ringkas dan padat.
'Ceh. Tu pun payah nak habaq. Piii daaa' kutuk Asira dalam hati. Mahunya makan penampar dari Adrian kalau dia kata macam tu depan-depan.
Selepas selesai sahaja kursus itu, Adrian membawa Asira membeli baju kawin mereka.
'Haih minah ni, tak de keje lain ke. Tido, tido, tido. Tu je yang dia tahu' bebel Adrian dalam hati.
'Hmm. Boleh tahan jugak pompuan ni' kata hati Adrian. Adrian menilik setiap inci wajah bujur sirih Asira yang tengah enak di ulit mimpi itu.
"Woii.. Bangun. Woi.. Bangunlah." kejut Adrian kasar.
"Hmm" Asira hanya mengeliat kecil.
"Aihhh pompuan ni, kang aku kejut dengan cara lain kang, tak pasal-pasal kena kawin sekarang jugak.
Woi pompuan, bangun. Kita dah sampai" kejut Adrian dengan suara yang lebih nyaring.
Asira yang mendengar suara nyaring Adrian itu terpisat-pisat membuka matanya.
Alangkah terkejutnya dia bila buka je mata terus nampak muka Adrian yang betul-betul berada di depannya itu.
"Saya dah bangun, tepi sikit" kata Asira sambil menolak badan Adrian ke belakang sikit.
Adrian menarik tangan Asira untuk masuk ke butik yang agak berjenama.
"Awak, kat sini semua mahal-mahal lah. Kita pergi tempat lain ja lah" kata Asira.
Gila kau, kain dah lah tak cukup, harga bapok mahai. Baik beli jubah ja,
"Ish kau ni, aku suruh pilih tu pilih je lah. Banyak pulak songgeh kau ni. Bukan kau yang bayar pun, aku yang bayar. Dah, pilih cepat." kata Adrian tegas dengan sindiran sikit untuk Asira.
Asira mencebik bibirnya.
"Tak payah nak muncung sangat, aku cium kang." ugut Adrian bila melihat muncung Asira yang tengah memilih baju itu.
"Dah."
***
"Ok guys, pagi ni kita akan menjalankan aktiviti lasak seperti yang di beritahu oleh Iqmal semalam. Kita akan masuk ke dalam hutan dengan kumpulan masing-masing. Saya dah pun bagi kumpulan kamu dan saya harap tiada sebarang bantahan. Faham? " kata Prof. Zamri dengan tegas.
"Alhamdulillah. Memang jodoh kita kuat lah Asya. Yeayy" kata Melisa dengan gembira. Apa tak nya, dia nak sangat berkumpulan dengan Asya, dan rezekinya dia dapat berkumpulan dengan sahabat baiknya itu.
"Kau suka lah, tapi aku tak. Kau tahu tak si Jebon tu satu team dengan kita? Aku malas tahu tak tengok muka jebon tu" rungut Asya.
"Alaaa Sya, bukan selalu pun. Sekali ni je. Lagi pun ni last sem dia, lepas ni kau tak kan tengok dah muka dia lagi. Jangan kau pulak rindu nak tengok muka dia nanti sudah lah" sakat Melisa sambil tergelak-gelak melihat ekspresi muka Asya.
"Selisih malaikat 44. Kus semangat." balas.Asya.
"Nenek aku katalahkan, ORANG LAKI NGAN ORANG PUANG DOK MOLEK BALOH LAME, TAKUK KEKGI JATUH CINTE. PAYOH." kata Melisa lagi.
"Bukan nenek kau orang Negeri Sembilan ke Mel? Asal cakap ganu pulak? " soal Asya dengan sengaja. Nak balas dendam.
"Tu nenek sebelah ayah aku punya sepupu" balas Melisa dengan muka masam. Asya ketawa terkekeh-kekeh sebab dapat balas kenakan si Melisa balik.
"Masuk dalam barisan masing-masing sebab kita akan bergerak dalam 30 minit lagi. Move now" arah Prof.Zamri
"Ok, semua dah ade kan? So korang decided lah nak pilih siapa jadi leader, aku ikut je" kata Iqmal kepada kumpulannya.
"Kitorang dah decided, kitorang lantik kau jadi leader Mal. Kau lebih arif bab-bab ni" kata ahli kumpulannya.
"Korang dah pikir masak-masak? Ok aku ambik. So, korang tengok-tengokkan apa yang patut. Bawak lampu suluh, mancis, makanan ringan or what, dan pisau aku,Ammar, Firdaus dengan Amir yang bawak. Yang perempuan, korang bawak alatan kecemasan. Bawak ubat-ubatan. Kalau dah sedia semua, kita boleh ambik giliran untuk bergerak." terang Iqmal panjang lebar dengan tegas.
"Penatnya" runggut Asya.
"Mel, kau rasalah kan, jauh lagi tak base kem kedua tu? Aku penat sangat dah ni. Dah rasa nak tercabut kaki aku asyik berjalan je dari tadi" kata Asya.
"Entah lah Sya. Aku rasa sikit je lagi kut kita nak sampai. Bukan kau je, aku pun sama jugak. Haih." keluh Melisa.
Tengah elok berjalan, kaki Asya terpijak akar pokok yang berlumut dan kakinya terpelecok.
"Auchh" jerit Asya kecil.
"Allah, Asya. Kau okey tak ni? " soal Melisa cemas. Siapa je tak terkejut tengok kawan tetiba jatuh.
"Insha Allah okey rasanya." balas Asya sambil menilik-nilik kakinya. Asya cuba berdiri, tapi terjatuh balik. Rasa sakit mencucuk-cucuk di bahagian buku lalinya yang menyebabkan dia tak boleh berdiri.
"Kenapa ni? "
"Asya jatuh chief "balas salah seorang dari ahli kumpulannya.
"Allah bagi mata tu untuk melihat. Bukan sekadar untuk perhiasan je. Boleh bangun tak ni? " kata Iqmal sakastik.
"Boleh" balas Asya pendek.
"Boleh apanya. Tadi pun kau jatuh balik kan? Tak payah nak ego sangat. " kata Iqmal
Iqmal duduk mengcangkung di depan Asya, dia menilik kaki Asya. Iqmal terus membuka kasut Asya tanpa meminta keizinan dari Asya.
"Hey, how dare you touch me" marah Asya kepada Iqmal.
"Better kau diam sebelum aku diam kan mulut kau pakai mulut aku" kata Iqmal tegas sambil mengangkat kaki Asya.
"Teruk jugak seliuh kaki kau ni. Kau pijak apa sampai terseliuh teruk macam ni haa pendek? " soal Iqmal kepada Asya sambil melihat kecederaan yang di alami oleh Asya.
"Terpijak akar pokok yang berlumut tu" balas Asya kecil.
Tanpa banyak soal, Iqmal terus mencempung tubuh kecil Asya. Darurat.
"Aku tak de pilihan lain lagi. Kita cuma ada masa dalam 1 jam setengah je lagi sebelum masuk tengah hari. Kau, tak payah nak banyak bunyi. Keadaan darurat. Aku tahu hukum hakam. Yang rasa diri dia tu lelaki, sesiapa yang nak tambah pahala tu tolong bawakan beg Asya. Itu pun kalau korang anggap diri korang lelaki sejati lah mampu nak bawak beban lagi." kata Iqmal.
Mereka menyambung perjalanan menuju ke tapak perkhemahan kedua. Semua ahli kumpulan Iqmal memberi kerjasama yang sangat baik dan ini memudahkan semangat kerjasama di dalam kumpulannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro