Bab 15 : Kem
Sejak kejadian di cafe U hari tu, Iqmal dah jarang menggangu si Asya. Dia jugak makin sibuk dengan tugasan akhirnya. Maklum je lah, senior lah katakan. Kenalah tunjuk contoh yang baik untuk junior. Walaupun perangai 'Hantu Sakat' tu menjadi sebutan para juniornya.
Perasan je lebih. Padahal perangai macam hantu jugak tak hilang-hilang.
"Mal, ade ape ko panggil kitorang ni? Ade plan terbaru ke ape?" soal Habeeb.
"Macam ni, Prof.Zamri ade bagi tahu aku yang U kita nak buat kem. Kali ni pengelibatan dia agak banyak sebab dia suruh fakulti pendidikan join sekali. So, bilangan yang akan turut serta dalam perkhemahan itu nanti dalam 30 orang. Tu cuma student je. Pensyarah yang ikut dalam 15 orang dari fakulti masing-masing." terang Iqmal panjang lebar.
"Ok, paham. So, apa kaitannya dengan kitorang? "
"Good question Beeb. Ok, macam ni. Aku panggil korang sebab nak mintak tolong korang jadi anggota keselamatan. Ok, aku nak korang cari beberapa lagi orang budak yang boleh di harap untuk unit keselamatan untuk kem tu nanti. Unit PBSM jugak dah daftar ahli dorang untuk menyertai kem ni. Sepanjang kem ni berjalan, segala keselamatan para ahli yang terlibat adalah di bawah tanggungjawab unit keselamatan iaitu aku." terang Iqmal lagi.
"Itu kau jangan risau. Nanti aku pilih dalam yang ikut serta kem tu nanti." balas Zafril. Iqmal hanya mengangguk faham. Sememangnya bekerja dengan Zafril sangat senang kerana dia mudah untuk di bawa berbincang dan mudah di terang.
"Ok kalau semua dah faham tugas masing-masing, kau Habeeb, kau dengan Firdaus tolong iklankan kem ni. Terhad untuk 30 orang je dan hanya untuk fakulti pendidikan dan architecture je. Sebab nanti Prof. Syuhada nak bawak budak dari fakulti business dengan sains sekali. Dan keselamatan dorang jugak under kita." tambah Iqmal lagi.
***
"Asya, kau ikut tak kem tu? " soal Melisa kepada Asya semasa mereka sedang berehat di bilik.
"Entah lah Mel, tapi En.Sahrul dah tulis dah nama aku. Dia kata kem ni jarang kali di buat." balas Asya.
"Hmm. Aku pergi. Prof.Syuhada dah bagi dah senarai nama kami yang dia sendiri pilih untuk ikut kem tu kat urus setia perkhemahan kem tu. Aku dengar, Iqmal di tugaskan oleh Prof.Zamri yang handle semua masalah tu."
"Ouh. Ye ke. Tak tahu pulak aku yang si hantu tu yang uruskan. Hmm. Percaya jugak ek Prof.Zamri kat si Hantu tu." balas Asya dengan rasa tak percaya.
"kalau kau nak tahu, Iqmal is the best leader tau. Dah banyak kali dia urus hal-hal macam ni. Sebab tu Prof.Zamri bagi kepercayaan penuh kat dia untuk handle kem ni. Dan dia salah seorang pelajar kesayangan dekan even perangai macam 'Hantu Jebon'. " kata Melisa.
'Berbakat jugak si Hantu tu. Hmm.' kata Asya dalam hati. Asya sememangnya tidak menyangka bahawa Iqmal yang terkenal dengan perangai 'HANTU JEBON' nya tu seorang yang berkemampuan tinggi. Benar lah pepatah Inggeris, 'Don't Judge a Book By It Cover'.
"Aku rasa aku ikut. Ni baru dapat wasap dari budak kelas aku dah send nama yang terlibat dalam kem tu kat group wasap kitorang" kata Asya yang memeriksa phonenya.
"Cantik. Aku dengar kita boleh join fakulti lain-lain masa kem tu nanti. I mean satu khemah boleh campur budak dari course lain. So, boleh lah aku tido satu khemah dengan kau nanti" kata Melisa dengan terujanya.
Asya yang mendengar kata-kata Melisa tu dah dapat mengagak kemahuan Melisa itu. Dia kenal sangat dengan perangai Melisa yang susah untuk tido dengan orang yang dia tak kenal.
"Tau. Kau tak payah cakap pun aku dah tahu niat kau." kata Asya sambil membuat muka toya.
***
"Ok, saya harap semua barang kelengkapan kamu semua dah ada dan tidak ada lagi yang tertinggal. Semua orang dah ada ke? "
"Dah!! " balas pelajar yang menyertai kem itu.
"Saya perkenalkan diri saya. Saya Muhd. Iqmal Ashraf dan saya yang akan lead kamu semua sepanjang kem ni di langsungkan. Segala arahan yang kamu terima adalah sepenuhnya dari saya dan jugak lecture-lecture yang terlibat. Saya nak kamu semua panggil saya 'Chief' sepanjang kem ni berjalan. Sesiapa yang melanggar arahan dari pihak saya, saya akan kenakan hukuman dan perkara ini sudah dipersetujui oleh pensyarah semua yang terlibat dalam kem ini." Kata Iqmal panjang dan tegas. Penuh dengan aura kepimpinannya atau lebih tepat aura 'alfa' nya.
"Ok, kalau macam tu, sila naik bas sekarang sebab perjalanan kita ke tempat kem mengambil masa 4 jam. So, let's go." kata Iqmal dengan nada tegasnya.
"Mal, semua kau dah uruskan, kan? Ke ade ape-ape lagi yang nak kena check ni? " soal Zafril kepada Iqmal semasa di dalam bas.
"Buat masa ni semua in control's. Ni ade walkie-talkie, kau tolong agihkan kat bebudak yang kau dah pilih semalam. Ni cukup-cukup untuk kita dalam unit keselamatan tau." balas Iqmal.
"Ok." balas Zafril pendek.
"Ok guys, kita berhenti rehat sekejap dalam setengah jam. Sesiapa yang nak melabur tu, di persilakan. Sebab kita akan berhenti sekali ni je. Dalam setengah jam lagi, saya nak kamu semua dah ade dalam bas masing-masing. Faham?! "
"Faham Chief " balas mereka.
"Amboi si jembalang tanah tu, bukan main lagi dia naa." kata Asya. Dia akui yang Iqmal memang ada aura kepimpinan sebagai seorang ketua yang cekap. Tapi di sebabkan sakit hati, dia nafikan hal itu.
"Kau, mulut. Kau tak nampak ke karisma seorang ketua dan seorang pemimpin kat Iqmal tu? Kau jangan Sya, kang suatu hari nanti Iqmal jadi laki kau, baru padan dengan muka kau" kata Melisa dan lepas tu terus ketawa bila melihat muka masam Asya bila dia kata Iqmal menjadi suaminya.
"Choiii. Tak hingin aku. Simpang malaikat 44. Dah, jom makan. " ajak Asya.
Asya dan Melisa makan di kedai masakan kampung. Mereka berdua menunggu pesan mereka sampai sambil bermain phone.
"Ehem, boleh join sekali? Meja dah banyak yang penuh." soal Firdaus kepada Melisa dan Asya. Melisa dah tersenyum-senyum malu manakala Asya membuat muka menyampah bila melihat Melisa begitu.
"Ceh. Action je lebih. Duduk je lah. Macamlah tak tau." kata Asya sambil menjuling mata ke atas.
Firdaus mengaru belakang lehernya bila di sindir oleh Asya.
'Boleh tahan jugak mulut minah ketot ni. Macam mana lah Iqmal tahan nak sakat minah ni. Haih.' bebel Firdaus dalam hati.
"Thanks. " Firdaus terus mengambil tempat di sebelah Melisa manakala Habeeb dan Zafril dah duduk meja sebelah sambil menunggu Iqmal dari tandas.
"Dah pesan ke? "
"Belum gi. Tunggu kau. Bang, oder. " Panggil Habeeb.
Iqmal yang menunggu pesanannya datang, dia membuka apps kamera di phone samsungnya. Dia mengambil gambar Asya yang sedang main phonenya di meja sebelah secara senyap-senyap.
"Mal, dah sampai dah tu. Jom makan." ajak Zafril.
"Semua dah ade ke? Ke masih ade yang lat tandas? Aku kata apa tadi, dalam setengah jam mesti sharp dah kumpul kat bas masing-masing kan?" kata Iqmal yang dah panas hati dengan budak-budak yang tidak mengikut arahannya.
"Sorry chief, tadi tetiba sakit perut chief." kata seorang budak lelaki yang dari course business.
"Hmm. Kalau semua dah ade, kita gerak sekarang. Target kita,kita kena sampai kat sana dalam pukul 2 petang. Sharp. " kata Iqmal tegas.
***
Setibanya di tempat kem, Iqmal mengumpulkan semua budak unit keselamatan.
"Ok guys, semua dah dapat walkie-talkie kan? Ok. Setiap kamu semua akan diagihkan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan ada dua orang. Dan kamu akan diagihkan untuk menjaga setiap dari kumpulan yang akan diagihkan oleh Prof.Zamri dengan Prof.Syuhada kat tapak perkhemahan nanti. Faham? " terang Iqmal panjang lebar.
"Faham chief " jawab mereka. Siapa berani kata tak faham kalau Iqmal dah bagi arahan. Mahunya nanti kau jadi lauk dia.
"Ok. Now, move."
Mereka bergerak dalam satu kumpulan besar menuju ke tapak perkhemahan utama. Mereka sampai ke tapak kem dalam pukul 5 petang.
"Ok, semua dah di agihkan mengikut kumpulan masing-masing. Ade sesiapa yang membantah? " soal Prof. Zamri.
"Tak de prof."
"So saya kira semua setuju lah kan? Ok. Sila pasang khemah masing-masing. Kalau sesiapa yang dah siap tu, sila-silalah tolong kawan kamu. Ok, pasang sekarang." kata Prof.Zamri lagi.
Semua pelajar melakukan tugas masing-masing.
"Asya, dah siap semua kan? Jom gi mandi. Dah belengas dah badan aku ni. "kata Melisa kepada Asya yang sedang mengemas barang-barangnya.
"Ok siap. Jom." mereka bergerak ke bilik mandi yang di sediakan di tapak kem tersebut. Jarak dari tapak utama agak jauh.
"Ok semua, jam dah pukul 8:30 malam, esok kita nak buat aktiviti yang agak lasak. So, better kamu semua masuk tido sekarang." kata Prof.Zamri.
Semua pelajar masuk ke khemah masing-masing. Kecuali pelajar dari unit keselamatan yang di ketuai oleh Iqmal.
"Ok guys, malam ni korang boleh rehat dulu. Tapi makes sure yang walkie-talkie korang off kan. Takut battery habis nanti. Malam ni biar aku dengan Zafril, Habeeb dengan Firdaus yang mula berjaga. Dah, gi masuk khemah masing-masing. " kata Iqmal panjang lebar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro