Bab 12 : Geram
" Assalamualaikum angah, balik tak petang jumaat ni? " soal Puan Sri Faridah.
" Insha Allah balik kot bonda. Angah tak janji eh, angah kata insha Allah je. Takut nanti angah tetiba ada kelas pulak malam tu, kesian pulak kat bonda masak untuk angah nanti." balas Iqmal dengan panjang lebar. Yang panjang-panjang tu sebenarnya alasan jer.
"Kalau macam tu tak pe lah. Nanti kalau dah confirm balik, angah bagitau bonda tau. " kata Puan Sri Faridah lagi dengan penuh harapan yang Iqmal akan balik ke rumah petang jumaat tersebut.
"Patik menjunjung perintah tuanku permaisuri. "balas Iqmal menyakat bondanya.
"Ada-ada je kamu ni. Ok lah,bonda ada kerja sikit nak buat ni. Jangan lupa inform bonda kalau angah balik nanti. Assalamualaikum. "
"Insha Allah bonda. Ye angah akan inform kan kalau angah dapat balik atau pun tak. Waalaikumusalam. Buat kerja tu hati-hatinya bonda, angah tak de kat sana nak tengok-tengok bonda. Bye bonda."
"Ye,bonda tahu lah. Bye."balas Puan Sri Faridah ringkas.
Dia sebenarnya tersentuh dengan sikap Iqmal terhadapnya. Walaupun Iqmal tahu yang dia bukan ibu kandungnya, tapi Iqmal melayannya seperti ibu kandung Iqmal sendiri dan ini yang membuatkan dia bertambah sayang kepada Iqmal dan rindunya terhadap arwah anak keduanya itu terlangsai.
"Adeh, macam mana aku nak mengelak dari balik rumah eh? Haih. Come on mal, fikir cepat. Mana perginya otak geliga temberang kau tu." rungut Iqmal kepada diri nya sendiri.
"Dah kenapa kau Mal? Aku tengok dah macam orang tunggu bini bersalin je aku nengok nya. "kata Firdaus kepada Iqmal apabila dia melihat Iqmal nampak serabut semacam je.
"Aku tengah cari idea ni. "balas Iqmal ringkas.
"Cari idea? Untuk apa? "
"Arrr.. Adalah."
"ceh. " balas Firdaus sambil membuat muka menyampah. Dia bukannya tak kenal siapa Iqmal, seorang yang sangat perahsia dan susah nak di korek rahsianya.
***
"Penatnya. " keluh Asya. Sedang elok dia minum terus tersedak selepas di tegur oleh satu suara garau.
"Baru pusing 3 kali dah penat. Nanti nak buat anak dengan aku macam mana? At least aku nak 3 atau 4 round, baru puas. " kata Iqmal selamba.
Dia sebenarnya dah lama memerhatikan si Asya. Sejak dari Asya datang lagi sehinggalah Asya duduk dan minum. Sengaja dia tunggu masa Asya tengah minum sebab nak mengacau ketenteraman si gadis kecil molek itu. Iqmal, mana pernah senang tengok Asya senang. Ada saja ideanya untuk buatkan si Asya itu marah dan geram, itu lah Iqmal.
"Eeeee, ya Allah. GERAM nya saya dengan awak ni. Asal jumpa awak je mesti ada je benda yang berlaku. Kalau saya tersesak nafas tadi macam mana? " soal Asya dengan penuh perasaan marah kepada Iqmal dan sengaja dia tekan kan perkataan GERAM itu.
"Kalau kau sesak nafas, aku buatlah CPR. Untung-untung, kau dapat free kiss dari aku. Kau lah orang pertama yang merasa 'first kiss' aku tau. Tak nak ke?" balas Iqmal dengan selamba. Sengaja dia menaikan lagi kemarahan Asya. Semakin Asya marah, lagi menampakan dia comel di mata Iqmal.
"Eeeeee. Tak kuasa saya nak free kiss dari manusia macam awak ni. Perangai dah lah macam setan, nakal nakharom pulak tu. "
"Orang tua-tua kata, jangan terlampau riak and takbur sangat, takut nanti kau sendiri yang merana sebab jatuh cinta kat aku. "
"Jatuh cinta kat awak? Sorry lah. Perangai macam lahabau ada hati kata orang syok kat dia."
"Memang lah aku kata orang. Kalau beruk tu kau. Sejibik macam muka kau masa tersedak tadi." balas Iqmal selamba. Memang dia sengaja nak menaikkan kemarahan si gadis itu.
"Cakap dengan awak ni, buatkan saya lagi sakit hati. Dasar lelaki miang, gila." kata Asya dan dia terus berlalu dari situ. Dia tak tahan nak duduk lama-lama dengan si setan tu.
"HAhahahahahahha." gelak Iqmal. Dia berjaya buatkan si gadis itu sakit hati.
***
"Wey mangkuk ayun, nanti nak makan kat mana? " soal Habeeb kepada Zafril semasa mereka berempat tengah berehat di dorm.
"Entah lah. Bing, wey kambing. Kau nak makan kat mana? " soal Zafril kepada Firdaus pulak.
Firdaus yang mendengar Zafril memanggilnya kambing terus membuat bunyi kambing.
"Mbeakkkk"
Iqmal ketawa terbahak-bahak melihat muka Firdaus semasa dia membuat bunyi kambing itu.
"Kuajaq hg. " balas Zafril sambil membaling bantal kepada Firdaus.
" Hah beruk mat yea, kau nak makan kat mana? " soal Habeeb kepada Iqmal pulak.
"Aku pun kena? Babun ko Beeb. Apa kata kita makan kat warung mamak je malam ni. Amacam? Lagipun kita jarang makan kat warung. Asyik makan kat cafe-cafe je. Botak gak poket aku." kata Iqmal panjang lebar sambil memberi cadangan kepada kawan-kawannya.
"Hmmm. Ada betulnya jugak apa yang beruk mat yea tu cakap. Bijak-bijak." kata Habeeb dengan selamba.
"Kuajo kau" balas Iqmal sambil membaling Habeeb pakai pen. Mereka berempat ketawa terbahak-bahak dengan perangai senget mereka sendiri.
"Wey Fir, cepat lah. Kau ni, bersiap macam perempuanlah. Kita orang dah lapar dah ni." rungut Habeeb kepada Firdaus. Mereka sangat maklum kepada sikap Firdaus yang bersiap lambat macam perempuan itu.
" Ye ye. Tak menyempat betul lah korang ni. "
"Otak kau tak menyempat. Kita orang dah tunggu kau dekat setengah jam kau tahu tak? " balas Zafril.
Firdaus hanya mampu tersengih-sengih.
"Peace. " kata Firdaus.
"Dah-dah. Jom gi makan. Aku dah kebulur dah ni. " kata Iqmal untuk menghentikan pergaduhan mulut mereka bertiga.
***
"Mengantuknya."
"Perut dah kenyang, apa lagi, jom lah kita tidoq. " kata Habeeb.
"Korang tido lah dulu. Aku nak siapkan thesis aku jap."balas Iqmal.
Iqmal leka menyiapkan thesis nya sehingga tidak sedar bahawa jam dah pukul 3:45 pagi.
"Uihs, lambatnya. Patutlah mengantuk." kata Iqmal ketika melihat jam di skrin phonenya. Dia mengemas meja belajarnya dan terus pergi ke katil dengan mata yang berat. Sebaik sahaja berbaring, Iqmal terus terlelap.
"kring... Kring.. Kring... "
Alarm phone Zafril yang berbunyi membingitkan telinga mereka berempat.
"Huaaaa... Bisingnya. Wey, sapa punya phone tu. Matikanlah. Hari ni kan cuti." rungut Habeeb sambil menutup telinganya dengan bantal.
"Cepatlah matikan bunyi tu. Aku baru je tido berapa jam, aku ngantuk lagi lah babun. " kata Iqmal pulak sambil menarik kain selimut dan menyelimutkan seluruh badannya.
Firdaus tidak kisah apa yang berlaku, yang tahu dia nak tidur sepuas-puasnya. Manfaatkan masa hujung minggu anda sebaiknya dengan tidur bak katanya sendiri.
Zafril mematikan alarm phonenya dan menyambung tidurnya kembali.
"Wey Mal, Mal. Phone kau berbunyi tu. Mak kau call" kejut Zafril kepada Iqmal yang tengah syok tidur.
"Apa dia kau ni? Aku ngantuk lah." balas Iqmal dengan suara serak-serak basahnya.
"Ni, mak kau call. Nah. "
Iqmal yang masih mamai terus menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum angah, angah jadikan balik hari ni? Jangan nak kata tak jadi eh, bonda sendiri yang akan ambik angah nanti." ugut Puan Sri Faridah kepada Iqmal.
"Waalaikumusalam. Cik ni siapa ya? Cik salah nombor ni." balas Iqmal dalam mamai.
"Allahu akbar. Tengku Muhd.Iqmal Ashraf bin Tengku Zahari, wakeup now!!!! Angah cuba tengok jam sekarang ni pukul berapa. Bangun sekarang. Mandi, dan terus balik rumah. No excuse. Jangan sampai bonda sendiri yang jemput angah kat sana." kata Puan Sri Faridah tegas dan terus meletakkan telefon.
Iqmal yang mamai terus segar apabila namanya di seru oleh suara yang sangat dia kenali.
"Mampus aku." kata Iqmal dalam hati.
Dia melihat jam yang menunjuk pukul 12.59 tengah hari terus berlari ke tandas untuk bersihkan diri.
"Asal korang tak bagi tahu aku orang yang call aku tadi tu mak aku? " soal Iqmal kepada ketiga-tiga sahabatnya itu.
"Dah, aku dah bagi tahu dah. Aku bagi je phone kat kau, kau terus jawab. Aku blah lah. Yang kau kalut sangat ni dah kenapa? " soal Zafril bila melihat Iqmal mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Tak de ape lah. Ok, aku gerak dulu. Assalamualaikum. Korang tak balik rumah ke? "
"Balik." kata mereka bertiga serentak.
Iqmal terus keluar selepas mendengar jawapan daripada kawan-kawannya. Dia mencari teksi untuk balik ke rumah orang tuanya.
-----------------------------------------------------------------
Maafkan saya sekiranya penulisan saya ni tak bagus dan tidak memuaskan hati anda semua. Saya harap anda masih sudi untuk baca karya saya yang tidak seberapa ini. Ini pengalaman pertama saya untuk menulis, hope anda semua boleh support saya untuk menulis lagi.
Segala gurauan dalam bab ini adalah pengalaman saya sendiri semasa saya bersekolah dulu. 😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro