Tinggal Kenangan
Kaizo:
Aku menatap telefon aku sambil mengetap bibir menahan geram.
Mana kau Fang? Kau tak jawab panggilan aku dari tadi. Ish, budak ni!
Kerisauan melanda hati aku. Entah mengapa sejak semalam hati aku rasa tak enak. Sejak Fang kata dia nak cari Hanna di dalam hutan.
Ah, masalahnya bertambah apabila aku baru saja dapat isyarat daripada pengesan yang ada pada Fang tu. Sudahlah dia tak jawab panggilan aku, dia call aku pun tak!
Ish, aku jumpa dia nanti memang aku sekeh kepala dia sampai botak.
"Dik, adik ok?" Soal pemandu teksi yang duduk di hadapan aku. Pelik barangkali bila tengok aku macam cacing kepanasan.
"Ah, saya ok." Aku melemparkan pandangan aku jauh ke luar tingkap. Cepatlah sampai ke Pulau Rintis!
Beberapa minit kemudian aku turun di sebuah tempat. Aku mengatur langkah mengikuti arah penjejak yang aku pasangkan pada alat pengesan yang digunakan Fang.
Sehinggalah sampai di hadapan sebuah hutan. Hutan tersebut merupakan satu-satunya hutan di situ. Tak syak lagi, Fang mungkin ada di dalam.
Thumphh!!!
Satu bunyi dentuman yang kuat dari dalam hutan mengejutkan aku. Apatah lagi bunyi tersebut disahuti oleh beberapa jeritan.
Jantung aku berdegup kencang.
Aku menoleh ke belakang tatkala mendengar suara seseorang sedang membuat panggilan.
"Hello, polis! Saya ada dengar beberapa bunyi mencurigakan dari dalam hutan. Mungkin dari rumah yang dikatakan berhantu itu..."
Hati aku, betul-betuk rasa tak enak. Segera aku berlari ke dalam hutan tersebut, mencari Fang.
Namun...
Segalanya terlambat.
Thumppphhhh!
"FANGGGGGG!!!"
Tidak...
##########
Angin pantai yang kuat menghentam tubuhku. Sejuk. Nyaman.
Itu bagi orang lain yang turut merasanya. Bagi aku, segalanya kosong sahaja.
Bayang-bayang pokok kelapa yang bergoyang ditiup angin menjadi teduhanku daripada terik mentari.
Sudah enam bulan...
Aku menunggu hari ini.
Aku menatap telefonku dan membaca mesej yang baru saja diterima.
Nafas berat dihela sebelum aku bangun dari tempat dudukku. Beg sandang dan sebuah kotak aku bawa sekali untuk menuju ke satu tempat.
Beberapa minit aku berjalan, akhirnya sampai di sebuah rumah. Perlahan-lahan aku mengetuk pintu rumah tersebut.
Pintu rumah dikuak perlahan oleh si empunya rumah. Seorang wanita dan di sebelahnya terdapat seorang lelaki yang semestinya suami kepada perempuan tersebut.
"Oh, kamu Kaizo ya? Mari masuk. Dia ada di atas," ajak wanita itu.
Aku membuntuti pasangan suami isteri itu menaiki tangga sehingga tiba di sebuah bilik yang tertutup rapat.
"Dia sudah mula memberi respon kalau ada orang bercakap dengannya. Tapi dia tidaklah macam dulu..." Wanita itu memandang pintu bilik tersebut dengan mata sayu.
"Baik, mak cik. Maafkan saya susahkan kalian berdua. Saya..."
"Tak apa. Kami... kami redha dengan apa yang jadi. Cuma, kami harap dia dapat kembali seperti dulu. Meskipun kami tahu ia amat berat," ujar si suami sambil memegang bahu isterinya.
Aku faham perasaan mereka berdua. Aku tahu ia amat berat untuk ditelan tentang kenyataan ini.
"Silalah masuk. Apa-apa nanti bagitahu kami ya."
"Baik."
Aku memulas tombol pintu bilik itu tatkala kedua pasangan itu mula beredar.
Perlahan-lahan aku menguak pintu tersebut.
Kelihatan seorang gadis sedang duduk di atas kerusi roda. Matanya yang redup kusyuk memandang jari-jemari tangannya di atas peha. Wajahnya pudar.
Aku melangkah masuk. Kerusi kecil yang ada di hadapan gadis itu aku duduk. Kotak yang aku bawa diletak di tepi.
Aku mula menyapa. "Hai, Yaya."
Jeda. Dia tak membalas sapaanku. Hanya satu kerdipan mata sahaja yang aku lihat.
Aku faham. Dia masih lagi dalam rawatan. Sejak peristiwa itu, dia trauma. Dua bulan dia duduk di hospital sebelum dibenarkan keluar.
Selain dari Ochobot yang sudah meninggal dunia. Boboiboy pula alami koma beberapa minggu. Dia lumpuh hampir keseluruhan badan.
Ying alami trauma yang amat teruk sampai dia tidak mampu berjalan. Gopal pula hilang ingatan jangka masa panjang.
Kalau aku nak cakap, memanglah Yaya yang paling bertuah. Dia masih lagi sihat walaupun tidak sepenuhnya.
"Kamu ok?" Soal aku lagi. Walaupun aku tahu jawapan masih tak akan ada, aku tetap akan cuba berbudi bahasa sebab... inilah salah satu amanat Fang yang aku harus laksanakan.
"Abang datang sini bersebab." Aku jeda lagi. Ya, agak aneh untuk aku membahasakan diri aku abang... tapi, aku harus kentalkan lidah.
"Atas segalanya yang dah berlaku... abang minta maaf. Sebab abang, kamu kehilangan kawan-kawan kamu... dan Fang."
Jari jemari gadis itu bergerak sedikit. Menjadi respon bagi perbualan kami.
Aku menarik nafas sebelum menyambung, "harap kamu sudah maafkan Fang. Dia tak bersalah dalam hal ni sebenarnya."
Jeda.
"Ada beberapa hal yang Fang rahsiakan dari kamu. Abang perlu cerita supaya kamu faham, Fang sebenarnya tak mahu tinggalkan kamu sebenarnya."
Yaya mengerdipkan matanya.
"12 tahun lalu kami terpaksa berpindah ke bandar kerana mak dan ayah kami dah tiada. Mereka mati dibunuh oleh sekumpulan penjenayah. Disebabkan mereka merupakan salah seorang ejen rahsia kerajaan, demi keselamatan abang dan Fang, kami dijaga oleh kawan mak dan ayah kami.
Fang tak boleh bagitahu kamu tentang hal perpindahan kami. Jadi, itu yang kami berpindah secara drastik. Fang sebenarnya tak mahu ikut sekali, tapi abang desak dia demi keselamatan dia. Dia tak mahu tinggalkan kamu berseorangan."
Jeda.
"Itu sebabnya... Fang... Hanna wujud. Demi kamu."
Aku memandang wajah Yaya yang sudah mula bertukar reaksi. Aku menghela nafas.
"Walau bagaimanapun, kami masih pulang ke sini pada hujung minggu untuk ambil barang-barang sebelum berpindah selengkapnya."
Tangan Yaya mula menggenggam.
"Dan waktu itu... kamu berdua bergaduh kerana Hanna bukan?"
Tangannya menggeletar sedikit.
"Fang tahu yang kamu dan Hanna ada konflik. Dia marah sangat pada Hanna sebab dia penyebab kamu halau Fang."
Jeda lagi.
"Waktu itu, abang nampak dia sedang marah Hanna. Kamu tahu? Abang begitu sayang pada Fang, dialah satu-satunya ahli keluarga yang abang ada."
Aku menahan sebak.
"Abang lakukan kesilapan. Abang bagi Hanna tenaga dari kuasa abang dan suruh dia berjanji untuk berhenti kacau Fang dan kamu."
Yaya terkejut. Kepalanya diangkat sedikit memandang aku.
"Tapi... benar kata Hanna. Sedangkan manusia pun boleh khianati janji, apatah lagi dia. Dia bukan manusia... dia tak layak."
Dada aku sempit tatkala mengingati kejadian Fang menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan aku. Aku marah dan kecewa dengan diri sendiri. Aku hilang satu-satunya adik aku.
"Sepanjang di sekolah bandar Fang tak pernah dapat kawan. Dia kata, tiada yang mahu berkawan sebab sikap peliknya.
Lepas 12 tahun, Fang kembali ke sini. Dia tahu Hanna tak boleh dipercayai. Dia tahu sifat Hanna bertentangan dengan sifat kamu. Jadi dia kembali, cuba berbaik semula dengan kamu."
Setitik air mata jatuh dari tubir mata Yaya. Aku turut mengelap hidungku yang mula berair.
"D-dia kata... bila kali pertama nampak kamu, dia gembira. Dia gembira kamu sihat dan dikelilingi ramai kawan. Dia lega."
Air matanya menitik lebat.
"Tapi... dia tahu Hanna masih ada. Itu sebabnya... dia lakukan ini. Kesanggupan dia... luar biasa. Demi persahabatan. Demi janji kamu berdua. Dia... dia sanggup gadaikan nyawa."
Aku terhenti. Aku tak mampu. Aku mengelap tubir mata yang basah dengan lengan bajuku.
"A-abang... minta-"
"Maaf." Yaya bersuara perlahan. Air matanya mengalir deras di pipi.
"Maaf, maaf... se-sepatutnya saya yang minta maaf. Dia adik kandung abang, saya hanya kawan dia. Sa-saya sepatutnya yang minta maaf. Sebab saya... Fa-Fang dah tiada."
Esakan kecil darinya kedengaran. Ah, aku tak mampu tahan sebak ini lagi.
"Ka-kalau saya tak berkawan dengan Fang... dia tak perlu cipta Hanna untuk saya. Hanna takkan disakiti, dia takkan buat perkara dahsyat sebegini sampai- hiks... sampai abang kehilangan Fang."
Aku memandang gadis di hadapan aku ini. Dia benar-benar rasa bersalah. Aku tahu dia dapat rasakan sepatutnya dialah yang memujuk aku supaya tidak bersedih atas kehilangan Fang.
Fang, kau betul. Yaya seorang yang baik. Patutlah kau betul-betul hargai persahabatan kau dan dia. Sampai kau sanggup korbankan nyawa kau demi sebuah persahabatan.
Heh, aku sering pandang rendah kau Fang. Aku tak pernah kenal kau dengan baik. Maafkan aku. Aku betul-betul abang yang tak guna.
Aku mengangkat kotak yang aku bawa tadi. "Yaya, ni barang-barang Fang. Jangan risau, di rumah ada banyak lagi barang yang abang simpan. Cuma ini... mungkin dia lebih mahu kamu yang simpan."
Kotak yang aku hulur disambut perlahan oleh Yaya. Air matanya masih tak berhenti. Dia memandang kotak itu sayu.
Aku menghela nafas berat sebelum berdiri. "Abang... balik dulu ya. Jaga diri kamu. Tolong... jaga barang tu baik-baik ya."
Dia mengangguk perlahan.
"Terima kasih."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro