Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tempias Dendam i

Amaran! Bab ini mungkin mengandungi unsur yang mengecewakan pembaca. Seribu permohonan maaf diminta.


##########

A- aku... rupanya aku dah menyinggung perasaan dia. Ish, kenapalah aku tak sedar apa yang aku buat?

Tak guna! Kenapa aku begitu tak guna?!!

Kesilapan aku... dah jadikan Hanna macam ni!

Ak- aku dah buat kesilapan besar.

"Ha- Hanna... aku minta maaf. A- aku tak sangka-"

Tawa Hanna meletus. "Maaf? Heh!"

Tangan kanannya dihalakan pada aku. Perlahan-lahan jarinya mengenggam.

"Urhk! Huk!-" nafas aku tiba-tiba disekat.

"Ya- Yaya!!! Hanna, apa kau buat?!!"

Hanna tidak mengendahkan soalan Fang, dia terus mengenggam tangannya perlahan-lahan.

Aku terjatuh namun sempat disambut Ying. "Yaya!"

Tangan aku menggeletar. Kepala aku berpinar. Pandangan mula kabur.

"Yaya! Hanna, berhenti!!!" Jerit Fang.

Hanna melepaskan genggamannya.

"Hah! Ha... Ha... Uh-" automatik aku terbatuk apabila dapat bernafas semula.

"A- apa kau buat tadi hah?" Boboiboy menyoal.

Hanna tersenyum tipis. "Aku sekat nafas dia."

Semua terkejut. "A- apa?!!"

Aku perlahan-lahan bangun sambil dibantu Ying. "Di... dia guna kuasa graviti... un- untuk sekat aliran darah aku."

"Hanna... kau..."

Hanna menyeringai. "Alang-alang korang semua dah ada di sini... seorang demi seorang aku akan habiskan."

"Ha- Hanna... berhenti! Ini hal antara kita. Jangan libatkan mereka."

"Heh, kau rasa aku akan kisah?"

Hah?

"Apungan Graviti!" Satu bebola graviti mengapungkan aku.

"Hanna! Berhenti! Jari Bayang!" Beberapa jari bayang menjalar di atas lantai sebelum menyerang Hanna.

Hanna yang menyedari serangan itu lantas menjauhkan diri dari diserang seraya menyahaktifkan bebola graviti yang mengapungkan aku.

Aku terjatuh namun sempat disambut Ying.

"Tetakan Halilintar!" Boboiboy di dalam mod Halilintar menyerang hendap Hanna dari arah kiri.

Hanna yang menyedari serangan itu lantas melesapkan dirinya disebalik asap hitam.

"A- apa?!!" Mata Boboiboy Halilintar terbuntang.

Hanna muncul kembali di belakang Boboiboy Halilintar. "Tumbukan Padu!"

Prakk!!!

Boboiboy Halilintar terhempas pada almari kaca rumah usang itu.

"Erghh..." badannya teramat sakit.

"Tendangan Laju!" Giliran Ying cuba menyerang.

"Dinding Tenaga!" Satu pelindung berwarna biru melindungi Hanna daripada serangan Ying.

"Hah?!!"

"Dia... ada berapa kuasa?" Soal Gopal.

Satu senyuman terukir di bibir Hanna sebelum dia melepaskan satu tumbukan bertenaga tinggi. Namun, tumbukannya tidak mengenai sasaran apabila Ying tiba-tiba lesap disebalik cahaya putih.

Ying muncul tiba-tiba di sebelah Ochobot.

Hanna berdecit namun senyumannnya masih tak mati. Dia menuju ke arah Ochobot dengan ancaman.

"Kuasa Teleportasi!" Ochobot melesapkan dirinya dan muncul di belakang Hanna.

Hanna memusingkan badannya dan menendang Ochobot sekuat hati.

"Arghh!!" Ochobot terhempas kuat pada dinding. Beberapa perhiasan lusuh yang tergantung pada dinding itu jatuh ke atas lantai.

"Tanah Pencengkam!"

Badan Hanna dicengkam tanah. Dia meronta.

Boboiboy Gempa menguatkan lagi cengkamannya. "Berhenti kau!"

"Boboiboy, berhenti." Aku menahan Boboiboy daripada terus menyerang.

Aku menapak ke arah Hanna. "Hanna, berhentilah lakukan perkara ni. Kau tak akan dapat apa-apa."

"Yaya, jangan!" Fang melarang aku daripada terus mendekati Hanna.

"Hanna... aku yakin kau sendiri tak mahu perkara ni berlaku. Tolonglah..."

"Tolong? Aku tak nak perkara ni berlaku?" Soal Hanna sinis.

Dia mengangkat kepalanya dan memandang aku. Iris merah jambunya perlahan-lahan menjadi lebih terang.

"Aku... memang mahukan perkara ni terjadi. Kau... nak halang aku?"

"Ha- Hanna?"

"Kau... KAU PATUT MATI!"

"Yaya, hati-hati!"

Dengan mudah Hanna memecahkan tanah yang mencengkamnya. Berapa serpihan tanah itu mengenai aku.

"Tolakan Angin!"

Hanna terdorong ke belakang tatkala Boboiboy Taufan menyerangnya. Dia terbang kembali ke arah Boboiboy Taufan sambil melayang tumbukannya.

"Hah?" Boboiboy Taufan tak sempat mengelak. Tiba-tiba, dia lesap di sebalik cahaya yang sama seperti Ying menghilang.

Hanna memalingkan wajahnya. Dia tahu, itu kerja Ochobot. Saat itu juga, dia sudah tahu siapa yang patut dia hapuskan dahulu.

"Graviti Pemberat!"

Satu lingkungan graviti menarik kami semua hingga masing-masing tersembam di atas tanah.

Hanna terbang ke arah Ochobot dan mencekik lehernya.

"O- Ochobot!!!" Boboiboy Halilintar menjerit.

Tangan Hanna mencekik Ochobot lebih kuat. Ochobot mula kehabisan nafas. Kakinya menendang-nendang udara tatkala Hanna mengangkatnya tinggi.

"Kau... daripada selamatkan orang lain, baik fikirkan nyawa kau dulu. Hm?"

Hanna melonggarkan cekikan pada leher Ochobot. Dia memandang kami. "Korang... nak tengok macam mana aku bunuh Ochobot sama macam aku bunuh Suzy?"

"Ja-jangan Hanna..."

"JANGAN!!!"

"Baik, aku tunaikan hasrat korang."

Mata Ochobot terbuntang.

Hanna menilik wajah Ochobot. "Kau nampak macam orang cerdik..."

"Mampatan Graviti!" Satu bebola graviti kecil masuk ke dalam kepala Ochobot melalui rongga hidungnya

Sebelah lagi tangan Hanna yang bebas mengenggam perlahan-lahan seperti mengawal bebola graviti tadi.

"Ha- Hanna!!! Jangan sakiti dia!"

Badan Ochobot menggeletar beberapa saat sebelum dia kaku.

"O- Ochobot...?"

"Sedutan Tenaga!" Beberapa alir cahaya dari badan Ochobot keluar dan berpindah pada badan Hanna.

Lingkaran tarikan graviti yang menarik kami tadi hilang beransur-ansur.

Hanna menyerap tenaga dari Ochobot.

Kepala Ochobot tertunduk. Darah mengalir keluar dari rongga mata, telinga, hidung dan mulutnya.

Hanna melepaskan jasad tak bermaya Ochobot ke tanah.

"OCHOBOT!!!" Boboiboy bercantum semula dan segera menyambut badan sahabatnya itu

"Ochobot... BANGUN! BANGUN! WEYHHH!" Boboiboy menampar-nampar pipi Ochobot.

Namun, dia tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya masih terbuka namun tak berkelip.

Fang segera memeriksa nadi Ochobot. "Di- dia dah- ergh..."

Boboiboy memandang Fang dengan wajah tak percaya. "Ochobot... Ochobot, kau dengar aku kan? Weyh, bangunlah! BANGUNLAH!!!"

Air mata Boboiboy keluar dari tubir matanya. Dia masih lagi mengoncangkan tubuh sahabatnya itu merangkap sepupunya.

"Otak dia dah tiada." Kata Hanna selamba. "Aku dah ambil tenaga dari otak dia. Jadi... itulah cara yang sama aku gunakan pada Suzy dan mangsa aku yang lain."

Boboiboy menatap tajam Hanna. Mukanya mula merah menahan amarah.

Gopal menggigil ketakutan melihat keadaan Ochobot yang mati dengan kejam.

Ying memeluk erat lengan aku. Aku tak tipu... aku pun takut. A- aku tak rasa aku mampu lawan Hanna. Kuasa dia... tindakan dia... dah melampaui batas!

"BERANI KAU BUNUH OCHOBOT?!!" Jeritan Boboiboy bergema di dalam rumah usang itu.

Hanna hanya memaparkan muka selamba. Sedikit pun dia tak rasa bersalah.

"Boboiboy Blaze! Tumbukan Berapi!" Boboiboy melompat ke udara dan menyerang Hanna.

"Dinding tenaga!"

"Tumbukan Berapi Bertubi-tubi!"

Hanna melenyapkan diri di sebalik asap hitam dan muncul di belakang Boboiboy. "Tumbukan Padu!"

Boboiboy tercampak ke atas. Badannya kuat menghentam bumbung rumah usang itu hingga pecah dan terlambung di udara.

"Ki- kita kena tolong Boboiboy!"

Hanna melompat dan terbang ke udara. Mendekati Boboiboy Blaze. "Tumbukan Supersonik!"

Dengan sepenuh tenaga dia menumbuk tubuh Boboiboy ke bawah.

"Tukaran Apam Balik!" Satu apam balik bersaiz besar menyerap daya daripada tubuh Boboiboy Blaze agar tidak terhempas kuat ke tanah.

Kalau Gopal tidak membantu tak mustahil... tubuh Boboiboy akan berkecai akibat tumbukan Hanna yang kuat tadi.

Boboiboy bertukar menjadi normal. Dia memegang perutnya menahan senak sambil mengerang.

Fang menyerang. "Beruang Bayang!" Seekor beruang bayang memeluk Hanna dan menyekat serangannya.

Hanna meronta.

"Tarikan Graviti!" Hanna tertiarap di atas lantai apabila tubuhnya ditarik.

"Hanna... berhenti membunuh." Aku merayu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro