Hubungan
"Apa?!!" Ying terkejut.
"Serius lah?!!" Ochobot turut terkejut.
"Shhh..." Aku menyuruh mereka merendahkan suara. "Orang lain pandanglah." Aku memandang ke sekeliling kedai Tok Aba. Beberapa orang pelanggan memandang kami kepelikan.
Ying menekup mulutnya.
"Apa hubungan mereka?" soal Ochobot. Mula-mula memang aku dan Ying mahu rahsiakan perkara ini dari dia. Tapi akhirnya ketahuan juga.
"Aku tak tahu! Itu yang aku tengah fikir ni apa yang patut kita buat?"
"Tanya Yaya lah." Cadang Ochobot.
"Kau ni. Hal ni macam besar. Takkan dia nak bagitahu. Sebelum ni pun dia tak pernah cerita apa-apa pun pasal Fang." Aku bantah cadangan Ochobot.
"Nampaknya... Yaya macam benci dengan Fang. Mesti hal besar yang Fang pernah buat ni." Ying meneka.
"Hal besar? Kesalahan besar? Tapi apa?" soal Ochobot.
"Mungkin kisah lama mereka... aku rasa aku tahu macam mana kita nak tahu hal tu." Otak geliga aku mula berfungsi.
"Macam mana?" soal Ying kurang yakin.
"Bila diorang berjumpa berdua Fang akan cuba mengkit hal itu untuk menerangkan sesuatu. Tapi, Yaya akan memotong cakap Fang sebab dia tak suka hal tu. Jadi, kalau kita biarkan Fang bercakap tanpa dihalang Yaya kita mungkin akan tahu hal sebenar."
Ochobot dan Ying mengurut dagu. Memikirkan kebernasan cadangan yang diberi aku.
"But how?" soal Ochobot.
Aku menggaru dagu.
##########
Aku berlari sambil membawa beg kain berzip ke arah Yaya yang sedang duduk di sebuah pondok berbumbung yang tak jauh dari gerai Tok Aba.
"Yaya!" aku tercungap-cungap. Beg kain yang dipegang aku diletakkan di atas meja.
"Eh, Boboiboy?! Mana yang lain?" soalnya.
"Entahlah. Katanya nanti diorang sampai. Kau tunggu sini dulu ya. Aku kena tolong Tok Aba sekejap. Nanti lepas setengah jam aku datang balik."
"Ok..."
Aku terus beredar dengan pantas.
Yaya perasan yang aku tertinggal beg kain aku. "Eh, Boboiboy! Beg kau ni-!!!"
Aku berpaling menghadapnya, "Nanti aku datang balik!" dan terus beredar.
Yaya mengeluh.
Aku terus berlari ke taman permainan yang berdekatan. Ying dan Ochobot sedang menunggu di hadapan pintu masuk gelongsor. Aku terus memanjat tangga dan duduk bersama mereka.
"Ok? Dia syak apa-apa tak?" soal Ochobot.
"Harapnya tak lah." Jawab aku.
"Shh... Fang dah nak sampai tu." Ying menyuruh kami diam. Aku terus memerhati Fang yang sedang berjalan ke arah pondok yang Yaya sedang duduki. Yaya tak sedar akan kehadiran Fang.
Aku berdoa dalam hati. Agar segala rahsia mereka dapat kami bongkarkan.
"Dah on mood speaker ke?" soal Ochobot pada Ying.
Ying mengangguk. Aku dan Ochobot mendekatkan telinga pada telefon Ying.
Situasi Yaya dan Fang...
Fang melangkah masuk ke pondok. Yaya terkejut.
"Kau?!!" Yaya bengang. Dia terus mengemas begnya dan ingin beredar.
"Yaya, tunggu!" Fang menahannya. "Aku nak cakap."
Yaya mengendahkannya dan mula melangkah.
"YAYA! Dengar aku cakap kali ni. Aku janji. Aku takkan bercakap dan jumpa dengan kau lagi lepas ni. AKU JANJI!" kata Fang bersungguh-sungguh.
Yaya jeda seketika. Dia menarik nafas dalam sebelum menoleh dan menghadap Fang.
"Baik." Dia menyilang lengannya dan kepalanya dipalingkan dari memandang Fang. "Cakap."
Fang duduk di atas kerusi. "Duduk dulu."
Yaya mengeluh. Dia duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Fang. Ada sebuah meja bulat diantara mereka.
Fang menarik nafas dalam sebelum memulakan percakapannya. "Dengar. Aku nak minta maaf. Sangat-sangat. Sebab aku tak dengar cakap kau. Aku sedar maaf kau tak boleh ubah apa-apa dah. Tapi..."
Fang jeda seketika.
"Tolonglah... aku akan pastikan dia tak kacau kau."
"Tak perlu. Dia tak kacau aku dah." Yaya berkata dingin tanpa memandang Fang. Pandangannya dilemparkan ke padang bola sepak lengang yang berdekatan.
Fang agak terkejut. "Huh?"
Yaya menangkat bahunya. "Entahla... dah beberapa tahun dia tak muncul. Aku tak pasti kenapa."
Fang berkerut. Aneh.
Yaya:
Aku pandang muka Fang semasa dia tak perasan. Riak wajah dia macam sedang cemas. Dia diam sambil memandang ke bawah.
Dari pergerakan anak matanya yang tak tentu arah dan tangannya yang menyentuh muka menunjukkan dia sedang memikirkan sesuatu yang penting.
Tapi, aku malas nak ambil tahu apa yang dia fikirkan. Lantaklah.
Cepat-cepat aku alihkan pandangan masa dia pandang aku.
"Kali terakhir ketika dia jumpa kau... ada dia cakap apa-apa?" soal Fang serius.
Aku cuba mengingati kembali.
11 tahun lalu...
"Hanna! Kenapa?!" soalku.
"Kau tak layak mengarah aku! Kau tak guna!!!"
Seorang perempuanyang serupa dengan aku duduk di hadapan aku. Senyumannya tidak manis. Malahan penuh dengan dendam.
Aku cuba menjauhi dia namun dia menarik kasar rambut aku dan berbisik pada telinga aku. "Aku cuba nak hidup macam korang, tapi korang layan aku macam aku tak hidup."
Aku mengerang kesakitan. "Sa... sakit..."
"Aku akan hidup. Tapi bukan dengan kau." budak perempuan itu tersengih jahat penuh makna.
Dia merentap rambut aku kuat sehingga ada yang gugur. Aku menjerit kesakitan bersama air mata. Budak perempuan itu ketawa.
"Yaya!"
Suara Fang mematikan lamunan aku.
Aku memandangnya yang sedang dari tadi menunggu jawapan aku.
"Dia... dia kata dia akan hidup tanpa aku." Aku memberi jawapan kepada soalannya sebelum ini.
Fang jeda agak lama. Mukanya serius dan kelihatan agak resah.
Aku pun mula resah. Bila boleh habis cerita ni? Haih...
"Yaya! Tolong, berhati-hati! Aku rasa dia ada agenda lain."
Aku terkejut. "Apa kau merepek ni?"
"Maaf Yaya. Aku tak dapat tunaikan janji aku sekarang. Aku tak boleh pindah dari sini buat sementara." Fang terus melangkah pergi tanpa sempat aku membuka mulut.
Aku masih tertanya-tanya apa yang dimaksudkan Fang.
Ying:
Aku menutup panggilan.
"Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka?" soal aku pada Boboiboy dan Ochobot.
Boboiboy memerhati Fang yang berlari pergi meninggalkan Yaya. Kemudian dia memandang aku. "Entahlah Ying. Macam ada lagi satu watak dalam cerita mereka. Haih..."
"Perlukah kita bertanya pada mereka?" soal aku.
"Kau rasa Yaya nak bagitahu? Sebelum ni pun dia tak pernah cerita pasal ini pada kita." Kata Ochobot sambil berpeluk tubuh.
Boboiboy memandang aku. "Kita boleh cuba tanya Fang. Mungkin?"
Aku menggeleng. "Agaknya dia nak bagitahu ke?"
Ochobot dan Boboiboy diam.
Aku mengeluh perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro