Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Disiplin i

"PERGII!!!" 

##########

Dah tiga minggu berlalu. Aku cuba berlagak biasa depan kawan-kawan aku. Kononnya emosi aku tak menganggu aku.

Dan sepanjang tiga minggu ni, hubungan kawan-kawan aku dengan Fang makin rapat. Dia siap join kitorang lagi buat 'study group'.

Dan selama dua minggu ni juga, Fang cuba nak pujuk aku. Mula-mula aku rasa rimas sangat. Tapi lama-lama rasa rimas tu diganti dengan rasa bersalah. Aku tak ada alasan kukuh untuk membenci Fang.

Kenapa aku rasa benci pada dia selama ni? Aku sering ajak orang untuk memaafkan orang lain. Tapi aku...

Aku terkejut bila Ying siku aku tiba-tiba. "Weh, cikgu panggil kau."

"Ha?!" aku yang masih terpinga-pinga memandang Ying sebelum memandang ke arah cikgu yang sedang duduk di meja guru sambil menanti respon daripada aku.

"Yaya, boleh kamu tolong hantar surat ni pada Guru Pengawas lepas rehat?" pinta cikgu tersebut sambil menunjukkan beberapa keping kertas.

"Aaa... boleh cikgu." Aku bangun dan terus mengambil kertas-kertas tersebut.

##########

Waktu rehat hampir habis. Lagi 10 minit. Awal lagi. Baik aku hantar kertas-kertas ni sekarang.

Selalunya Ying teman aku. Tapi dia ada pulak junior yang nak jumpa dia. Budak-budak atlet. Walaupun Ying dah berhenti sertai apa-apa olahraga tahun ni sebab SPM, dia masih lagi diperlukan oleh cikgu sebagai jurulatih muda untuk para junior.

Ktangg!!!

Bunyi dentangan besi dari dalam satu stor mengejutkan aku.

"Apa benda...?!" aku berlari ke hadapan pintu stor tersebut. Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang bergaduh.

"Hoi!!!"

Mereka semua terberhenti sambil memandang aku. Kaget.

"Ha?!" aku turut terkejut.

"Yaya?!"

"Fang?!!"

##########

"Kamu semua nak memalukan keluarga kamu ke?!!" suara Guru Disiplin menerjah ke telinga semua yang ada di dalam bilik disiplin yang tertutup itu.

Empat orang pelajar lelaki yang ditangkap di dalam stor itu hanya menunduk sambil berdiri. Termasuklah Fang.

Aku yang tak terlibat dalam kes tu pun terpaksa mendengar bebelan cikgu tersebut. Di sebelah kiri aku, seorang pelajar lelaki tingkatan 1 duduk sambil menangis.

Berdasarkan pengamatan aku terhadap tiga orang pelajar lelaki tingkatan 4 yang ditangkap tadi menunjukkan mereka membuli pelajar ni disebabkan duit.

Masalahnya, kenapa Fang ada kat situ sekali?

Setelah cikgu menghabiskan sesi ceramah selama 15 minit, barulah soalan untuk menentukan hukuman bermula.

"Kenapa kamu bertiga buli budak tingkatan 1?!" soal cikgu tersebut dengan keras kepada tiga orang pelajar tingkatan 4 itu.

Namun tiada jawapan buat seketika. Diorang dah rasa menyampah lama-lama kena beridiri. Rilekslah... bilik ni ada aircond pun.

"Alah cikgu... kami bergurau je." Balas salah seorang pelajar.

"Pale hotak kau bergurau sampai kau tumbuk perut dia sampai lebam. Bergurau kau kata?!!" cikgu dah naik angin. Meja yang tak bersalah dirotannya dengan kuat.

Aku menggeleng. Kalau cikgu ni dah mula guna perkataan 'aku' dan 'kau' memang dah tak lamalah budak ni.

"Bak sini tangan kamu!"

Tiga orang pelajar itu tidak menghulurkan tangan tapi sibuk menolak sesama sendiri.

SwwaarrRPP! Rotan dihempas lagi sekali di atas meja.

Akhirnya para pelajar itu menghulurkan tangan mereka yang menggeletar.

Swarrpp!

Swarpp!

Dua orang pelajar selesai dirotan. Cikgu beralih ke pelajar terakhir. Aku perasan budak tu sempat menjeling pada cikgu.

Cikgu dah malas nak ambil kisah. Dah beberapa kali dia jumpa budak perangai macam ni.

Sebelum sempat cikgu merotan tangan dia. Tiba-tiba budak tu menarik tangan dan bersuara lantang.

"Kalau cikgu pukul saya, saya bagitahu bapak saya supaya saman cikgu!"

Semua dalam bilik tu terkejut. Cikgu turut terpempam.

"Cikgu ingat saya takut dengan cikgu?!" budak tu bersuara lagi.

Darah aku dah menggelegak. Kurang adab punya budak! Aku automatik berdiri. Rasa betul-betul nak tumbuk muka dia.

Thupp! Fang tiba-tiba menumbuk perut budak tu sampai tersungkur.

"Arghh!"

"Fang?!" aku terjerit perlahan namun tak siapa sedari.

Ok. Lagi sekali seisi bilik terkejut dengan kejadian yang baru berlaku tu. Sampai cikgu pun terkebil-kebil pandang Fang.

"Ke-kenapa kamu?"

##########

Fang:

Pada waktu rehat...

Kebetulan aku pergi tandas waktu tu. Lama aku tahan. Sepanjang kelas Fizik dalam sejam setengah. Siapa yang gila berani nak keluar kelas masa tu? Cikgu dia garang gila.

Aku tengok jam. Ada lagi 15 minit waktu rehat. Harap Boboiboy, Ochobot dan Gopal tak tercari-cari aku. Aku nak cepat sangat ke tandas sampai lupa nak bagitahu diorang.

Aku cuba guna jalan pintas dengan melalui kawasan koridor yang agak jarang orang lalu. Takut apa bosskur? Siang kot.

Tiba-tiba, aku terdengar suara beberapa orang lelaki. Mula-mula aku tak rasa pelik. Biasalah, budak-budak nak ber'huhak-huhak' dengan member kan? Normallah tu.

Yang curiganya bila aku dengar macam seseorang mengking. Siap dengar ada budak meraung kesakitan lagi.

Aku berjalan sedikit pantas. Mencari punca suara tu. Tiba-tiba ada sebatang penyapu terjatuh menghala keluar dari sebuah stor. Aku terus bergegas ke situ.

Sesampainya aku di depan pintu stor tersebut aku nampak tiga orang budak yang agak tinggi sedang buli seorang budak yang lebih rendah. Dia kelihatan ketakutan. Sekali nampak pun tahu diorang tengah membuli.

Diorang masih tak sedar kehadiran aku. Tanpa merancang strategi secara teliti. Aku menerjah masuk dan tolak dua orang pembuli tu sampai diorang tersungkur.

"Sini!" aku tarik tangan budak yang kena buli tu dan letak dia di belakang aku.

"Hoi, kau siapa?" soal pembuli yang aku tak tolak tadi.

"Korang dah kenapa nak buli budak ni?!" soal aku. Diorang boleh tanya siapa aku? Apa aku tak cukup popular ke?

Kawannya menyiku. "Weh, dude. Dia budak barulah. Dia form 5."

Yes, I'm your senior. So please RESPECT me!!!

"Ahhh! Aku tak kisah kau siapa. Dah budak baru tu, buatlah perangai macam budak baru! Semak!!!" bukan setakat menjerit kat aku dia siap tarik kolar baju aku. Dasar tangan jijik. Mood baik aku dah ter'bunuh'.

Aku terus tepis tangan dia. Tanpa sengaja aku tertepis dengan kuat sampai tangan dia sakit.

"Ergghh... sakit bodoh!"

Tch! Betul-betul kurang adab budak ni. Kau mencarut?!

Kawan-kawan dia pun mula nak pukul aku. Heh, kau backup ah kawan perangai macam 'haram' ni. Muka kau pula yang berlekuk nanti.

Apalagi pergaduhan yang aku tak minta berlaku. Sehinggalah...

"Hoi!!!"

Kami semua terkejut dan memandang ke arah pemilik suara tersebut. Tapi aku lebih terkejut.

"Yaya?!"

"Fang?!!"

##########

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro