5 ♡ bercinta
5 ♡ bercinta
"SAYA cintakan awak, Darcy."
Cinta, cinta, cinta. Aku tahu ini gila, meluahkan perasaan terhadap lelaki yang bergelar suami. Aku tahu ini salah, sepatutnya aku buang perasaan ini sebelum semakin mendalam.
Di bawah pokok yang mekar daunnya, angin lembut menyapa kedua-dua pipi kami berdua. Aku duduk sandarkan tubuh pada batang pokok, menatap sepasang iris biru itu lebih lama. Tiada siapa selain aku dan Darcy di sini, tempat setenang ini.
"Rupanya kau tak bisu," katanya buat aku terteguk liur. Jarak tubuh Darcy amat dekat dengan tubuhku, tangannya menahan tubuhku ke pokok buat jantungku berdegup kencang.
Aku tidak mengerti mengapa Darcy membawaku ke sini. Apa boleh aku berduaan sahaja dengan Darcy seperti ini? Apa isterinya tidak cemburu? Tidak mungkin Darcy menganggapku seorang perempuan.
Darcy selalu menganggapku seperti anak kecil.
"Ma... ma... maaf." Ah, aku gagap. Kepalaku tunduk tidak berani menatap Darcy.
"Kau kata kau cintakan aku?" Tanpa sedar aku mengangguk. Tidak lama itu, wajahku merona merah memandang Darcy yang sedang menatapku terus dari tadi.
Aku bahkan tiada celah untuk lari daripada Darcy. Apa Darcy mendengar bunyi degupan jantungku? Rasanya aku akan pemgsan tidak lama lagi, tetapi tahan dulu.
"Jadi kau nak cuba bercinta dengan aku?"
"Ya... eh? Apa... apa maksud?" Membulat mataku. Darcy hanya mengangkat kening melihatku.
"Apa kau sedang menolak? Tapi kau jawab ya."
Laju aku menggeleng. Aku cuba lari daripada Darcy, dengan sekuat tenaga aku menolak tubuh keras nak mampus milik Darcy. Sepertinya Darcy sengaja mengalah dan membiarkanku melarikan diri.
Tiba-tiba aku dapat rasakan pergelangan tanganku ditarik Darcy. Kedua-dua bahuku ternaik, merasakan jantungku bakal meletup tidak lama lagi. Teragak-agak aku berpaling memandangnya.
"Mari bercinta tanpa pengetahuan isteri aku."
Aku tahu semua ini salah. Aku tahu akibatnya. Mungkin aku benar-benar sudah gila, ternyata aku tidak boleh membuang perasaan ini. Bibirku bergerak-gerak sedikit, cuba mengatakan sesuatu.
Tiada yang tahu bahawa jika aku menerima tawarannya, hidupku bakal berubah.
"Apa awak cintakan saya?" tanyaku. Aku tidak boleh terima jika hanya aku yang mempunyai perasaan ini.
Berubah air muka Darcy mendengarnya. Memerah wajahku apabila Darcy mula tunduk di hadapanku, tanganku ditarik lalu dikucup. Aku cuba menarik tanganku semula, namun Darcy tidak mahu melepaskannya.
"Perasaan aku tak penting."
Finished on Thursday, 28 March 2024
Published on Monday, 1 April 2024
367 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro