4 ♡ pertemuan mencari jodoh
4 ♡ pertemuan mencari jodoh
MASA berlalu, namun hatiku masih sama. Tetap merindukan jejaka yang bertakhta di hati, kufikir dia cinta selamanya. Rambut ikal mayang coklatku terbang dibawa angin, setiap langkahku buat mata-mata mereka sentiasa memandang.
'Dia cantik seperti malaikat.'
'Apa dia sudah berpunya?'
'Aku tak rasa dia akan jadi milikku...'
Fikiran orang-orang yang menatapku. Mereka terpesona dengan kecantikan, namun aku memilih tidak mempedulikannya.
Untuk seketika, langkahku terhenti melihat seorang atuk sedang membaca surat khabar dengan khusyuk. Hatiku disapa rasa pilu yang teramat memandang tulisan dan gambar di belakang surat khabar tersebut.
'Perkahwinan Putera Mahkota.'
Darcy... ternyata lelaki itu ialah Putera Mahkota. Kerana itu Darcy meninggalkanku dengan alasan segera berkahwin.
Apa aku kurang baik?
Malas ingin terus dengan perasaan sedih, aku menyambung langkah untuk pergi ke tempat yang dijanjikan. Aku telah dijaga oleh seorang mak cik punya kedai bunga kerana Darcy, kini aku harus berhadapan dengan pertemuan mencari jodoh.
Ini melelahkan. Aku tidak mahu berkahwin kalau bukan dengan Darcy.
"Kau Iliana? Rupanya lebih cantik dari yang aku bayangkan, hehe," komennya miang sambil memandangku atas bawah. Ingin sahaja aku cungkil bola matanya menggunakan garpu.
Jangan peduli, Iliana. Selesaikan ini dengan cepat selepas itu balik dan tidur!
"Encik nak order apa?" soalku. Dari tadi lelaki miang ini tidak mahu order, tak lapar ke? Takkan aku seorang je makan, canggung pula.
Encik bernama Stefan itu hanya tergelak terbahak-bahak menarik perhatian para pelanggan yang berkunjung di restoran ini. Aku cuba tutup rasa malu, kalau boleh aku benar-benar ingin meninggalkan lelaki ini.
Tetapi katanya duit lelaki ini sangat banyak. Peluang ada depan mata, aku tak boleh lepaskan untuk menghabiskan duitnya.
Aku suka sekali dengan duit.
"Hahahah, aku dah kenyang tengok kau makan, sayang."
Apa yang aku dengar sebentar tadi? Sa... sayang?
"Hoho, sayang..." panggilnya lagi buat aku cuba mengawal ekspresiku ketika ini. Tolonglah jangan memanggilku begitu dengan wajah miang.
Kenapa boleh wujud lelaki segila ini? Aku tiba-tiba berasa tidak nyaman apabila matanya asyik menatap wajahku, kemudian turun melihat tubuhku yang tertutup mengenakan gaun.
"Hahahah, encik tak nak minum air? Saya takut tekak encik kering," kataku cuba menghilangkan rasa janggal.
Stefan ketawa lagi.
"Sayangku risaukan aku, ya? Manis sekali, hahahah! Aku tahu sayang juga tak sabar-sabar nak kahwin dengan aku, kan? Hahahah!"
Boleh gila aku. Kenapa lelaki ini sebenarnya? Air kosong ditegukku kasar, lama-lama layan Stefan boleh buat aku gila. Beberapa minit kemudian, aku habis makan. Cepat-cepat aku berdiri, aku ingin lari daripada Stefan sebenarnya.
Bye-bye duitku, hiks.
"Eh, sayang laju-laju ni nak pergi mana? Mehlah jalan-jalan dulu dengan abang," ajaknya selamba menarik pinggangku buat aku tersentak.
Bukan tarik tangan, tapi pinggang! Aku mula berasa tidak selesa, tangannya dari tadi duk merayap buat aku berasa takut. Meski aku cuba melepaskan diri, Stefan semakin menarik lebih dekat tubuhku di dekatnya.
"Sa... saya ada urusan. Tolong lepaskan saya," pintaku. Kerana inilah aku tidak selesa dengan manusia.
Mereka suka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah.
"Urusan apa, sayang?"
Kenapa nak tahu pula? Aduh.
"Boleh aku pinjam dia sekejap? Dia ada urusan dengan aku."
Ternaik kedua-dua bahuku apabila tubuhku ditarik secara spontan oleh seseorang. Kepalaku tidak sengaja berlabuh di dada bidangnya buat aku mendongak. Mataku terbeliak.
Stefan mula pasang wajah bengang.
"Kau siapa, hah? Apa urusan kau dengan Iliana?" soalnya tidak puas hati. Aku hanya mampu tertelan liur.
Tiba-tiba terasa telingaku disapa nafas lelaki yang sedang memelukku. Wajahku automatik memerah.
"Kita lari, Yana," bisiknya buat aku mengangguk kecil.
Lelaki itu mula memandang Stefan yang penuh dengan amarah. Tanganku digenggam lelaki itu erat, bersiap sedia ingin membawaku lari.
"Kau pula apa urusan dengan isteri aku? Dia dah mengandung dua bulan. Kan sayang?" balas lelaki itu selamba. Tangannya mengusap perutku yang sedikit gemuk kerana baru habis makan.
Me... mengandung? Sejak bila? Mahu tidak mahu, aku hanya mengangguk. Sedangkan jantungku berdetak kencang bagai mahu meledak tidak lama lagi.
"Ti... tipu! Aku takkan percaya!"
"Siapa peduli?" Aku tergamam, dia menarik tanganku pergi begitu sahaja dan berlari mengikuti setiap langkahnya.
"Jangan lari!"
Masa bagai terhenti, aku bahkan tidak mempedulikan tatapan mereka yang melihat. Dia tinggi lampai seperti tiang, bahunya lebar dan tangan yang menarik tanganku, terasa hangat seperti musim bunga. Aku tersipu-sipu.
Aku jatuh cinta untuk keberapa kali entahnya.
"Yana, kau tak apa-apa?" soalnya usai habis berlari daripada Stefan. Tercungap-cungap nafas aku, kenapa lariannya begitu laju? Aku fikir aku akan kehilangan nafas gara-garanya.
Darcy.
Sedarlah Iliana, dia telah berkahwin. Tidak mungkin menjadi milikku, aku bukanlah perampas. Tetapi kerana cinta ini, aku jadi ingin merebutnya. Dia milikku, selamanya milikku. Perempuan itu yang merampas milikku.
Ini tidak adil.
"Dah lama kita tak bertemu, kau ingat aku?"
Aku tunduk tidak memandangnya. Mataku berkaca-kaca kerana sebab yang tidak jelas. Aku takut jika aku menatap wajah tampan Darcy, aku tidak dapat mengawal diri. Kepalaku angguk, menandakan aku mengingatinya.
Darcy tersenyum tipis.
"Aku pergi, kau jaga diri baik-baik," ucapnya buat aku automatik angkat kepala.
Sedangkan setelah lama menanti kehadiran Darcy, hari ini aku dipertemukan semula dengan Darcy yang aku cintai. Aku masih belum ingin dia pergi meninggalkanku demi perempuan lain yang telah bergelar isteri. Jika harus jadi yang kedua, aku rela.
Asalkan Darcy menjadi milikku seutuhnya.
"Aku rasa tiada gunanya aku beritahu nama aku sebab kau takkan dapat memanggil nama aku sebab kau bisu. Tapi kalau suatu hari nanti kau tiba-tiba dapat bercakap, aku nak kau jerit dengan kuat."
"Nama aku, Darcy."
Bibirku bergerak sedikit. Aku menipu Darcy, aku bukanlah bisu.
Tetapi aku benar-benar tidak rela jika Darcy meninggalkanku.
"Darcy!"
Kau lelaki yang aku cintai, betapa bodohnya aku masih berharap kau melirikku meskipun sedikit.
Finished on Sunday, 24 March 2024
Published on Saturday, 30 March 2024
931 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro