Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 ♡ bunga api

3 ♡ bunga api

Beberapa tahun kemudian,

"KENAL Iliana?"

"Kau tak tahu? Sekarang semua lelaki terpukau dengan kecantikannya."

"Tapi sayangnya, dia bisu."

Aku hidup tanpa suara kerana aku takut berbicara dengan manusia. Sedangkan aku boleh bercakap. Mereka mengatakan kecantikanku umpama dewi, bola mata coklat yang bercahaya bak matahari. Rambut ikal mayangku, yang membuat hati lemah menjadi semakin lemah kerana terlalu indah.

Tetapi Tuan tidak pernah sedikit pun melirikku. Selama ini aku pendam rasa cinta kerana umur kami yang terlalu jauh.

Namun semakin hari aku mencintai Tuan. Aku tidak dapat mengawal perasaan yang membuak-buak ini. Mungkin aku akan gila kalau Tuan sampai berada di sisi perempuan lain selain aku.

"Yana, mari pergi." Suara Tuan yang menggoda hati lemahku.

Tangannya yang menghulur ke arahku lantas aku sambut dengan wajah tersipu-sipu. Kini usiaku 17 tahun, sedangkan Tuan sudah tua namun wajahnya seakan berumur 20-an. Apa Tuan ada rahsia untuk mengekalkan wajah muda?

Tuan ingin mengajakku pergi ke mana?

"Hei, mereka seperti pasangan suami isteri."

"Apa benar mereka ayah dan anak? Aku tak dapat percaya."

Suara-suara manusia yang saling bercampur buat aku sedikit tertekan. Menjadi pusat perhatian hanya kerana Tuan sedang menarik tanganku hangat. Aku tidak mahu Tuan jadi kesusahan kerana aku.

Namun Tuan tidak pernah mempedulikannya.

"Gula kapas satu," pesan Tuan berhenti di hadapan penjual kapas sambil menggenggam tanganku. Gula kapas?

"Baik, dah siap!" Semangat dia bersuara seraya memberikan gula kapas berwarna merah jambu ke arah Tuan. Usai membayar, Tuan menarik tanganku semula.

Mungkin dia takut aku hilang lagi.

"Kau mesti belum pernah rasa gula kapas, kan? Aku belikan untuk kau sebab masa tu kau nampak terliur," jelas Tuan seraya menyuruh tanganku mengambil gula kapas tersebut.

Tuan tahu? Haish, apa air liur aku keluar juga apabila menginginkan ini? Aku rasa malu, wajahku memerah. Aku jadi tidak sanggup memandang Tuan.

Aku nak berterima kasih dekat Tuan.

Isi gula kapas tersebut dicubit Tuan sedikit lalu disuakan ke dalam mulutku yang ternganga kecil. Aku tersentak, wajahku merah padam serta-merta. Apa yang sedang Tuan lakukan? Tuan menyentuh bibirku!

Tetapi, gula kapas ini manis.

"Kau suka?" soal Tuan buat jantungku mahu meletup. Jangan tanya aku setelah menyentuh bibirku, aku kan jadi tidak tahu ingin membalas apa.

Aku hanya mengangguk kecil.

Tuan hanya tersenyum kecil. Menarik tanganku, membawa aku meneroka kota ini. Ada banyak orang, namun aku berasa selamat kerana Tuan ada di sebelahku. Aku percaya Tuan akan melindungiku.

Sesekali aku melirik wajah Tuan yang terlindung dengan kain hitam.

Duar!

"Yana, tu bunga api." Tuan mula menunjukkan bunga api buat aku mendongakkan kepala.

Ada banyak orang, aku tidak dapat melihatnya dengan jelas. Malam yang dingin, Tuan menarik tanganku agar mengikuti langkahnya. Wajahku yang tersipu-sipu merah kerana hangatnya tangan Tuan. Jantung ini berdegup begitu kencang, rasanya akan meledak.

Tuhan, kuatkanlah hatiku.

"Kita dah sampai, kelihatan lebih jelas, kan?"

Tuan membawaku ke tempat yang jauh namun tinggi agar aku dapat melihat bunga api. Aku ingin bersuara, menyatakan betapa baiknya Tuan terhadap aku.

Namun kalau aku ketahuan tidak bisu, Tuan pasti membenciku, kan?

Aku takut dibenci.

"Hari ni tahun baru. Kau boleh bersama dengan sesiapa yang kau cinta dan berkahwin. Aku takkan halang. Kau juga berhak bahagia," ujar Tuan sambil menatapku.

Seseorang yang aku cinta itu Tuan, bukan orang lain. Mataku sedang memanas, entah kenapa. Aku ingin menangis mendengarnya, hatiku sakit sekali. Tuan tidak menyedari perasaan aku.

Akhirnya aku sedar, bahawa cintaku bertepuk sebelah tangan.

"Aku harap kalau kau bersama dengan orang yang kau cinta, kau takkan lupakan aku."

Aku bahkan tidak tahu nama Tuan, tetapi Tuan seakan ingin membuangku. Tiba-tiba kepalaku diusap lembut oleh Tuan, aku yang dari tadi tunduk cuba menyembunyikan air mata jadi tergamam.

"Yana, kau belum tahu nama aku, kan?"

Tuan yang merupakan cinta pertamaku, aku menginginkan dia cinta terakhirku.

"Aku rasa tiada gunanya aku beritahu nama aku sebab kau takkan dapat memanggil nama aku sebab kau bisu. Tapi kalau suatu hari nanti kau tiba-tiba dapat bercakap, aku nak kau jerit dengan kuat."

Tuan tersenyum.

"Nama aku, Darcy."

Finished on Monday, 18 March 2024
Published on Thursday, 28 March 2024

665 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro