Prolog
SEMUANYA berlaku kira-kira 11 tahun yang lalu. Pada waktu itu, aku berumur 5 tahun.
Aku masih muda,
Naif,
Dan masih lagi kanak-kanak.
Markah subjek Matematik aku merupakan yang paling rendah di dalam kelas itu, tetapi markah seni aku merupakan yang paling tinggi.
Aku sangkakan yang ibu bapa aku bangga, tetapi tidak.
Mereka lebih jauh daripada bangga.
Mereka benci,
Mereka marah,
Mereka kecewa.
Sampainya di rumah, aku dipukul, dimarahi malah dihina oleh ibu bapaku. Adik-beradikku yang lain langsung tidak memperdulikan aku.
"Kau ini kan! Matematik ini senang! Ayah sendiri boleh jawab samnil tutup mata! Tapi kamu langsung tidak!" Ayahku menjerit.
"Kenapa Nabilah jadi macam ini? Apa yang susah sangat soalan ini huh?!" Ibuku pula menjerit sambil memukulku dengan kuat.
"Berhenti mak, sakit! Kakak, abang! Tolong Nabilah!" Jeritan kecilku tidak terbalas.
Pada waktu itu, aku ingatkan ibu aku memukulku kerana kecewa dan gagal ujian Matematik, tetapi rupa-rupanya, ibuku memukul aku kerana mendapat markah ujian Seni yang lebih tinggi daripada ujian Matematik aku.
"Kau ini b#d#h!"
Aku naif,
Aku terlalu naif,
Aku tidak faham apa maksud 'Bodoh',
Aku masih budak,
Aku baru 5 tahun,
'Apa itu erti Bodoh?'
Aku tidak mengerti pada waktu itu,
Walaupun begitu, aku pasti yang 'Bodoh' merupakan perkataan yang tidak elok,
Aku maafkan ibu bapaku kerana menjerit dan memukul aku,
Aku meminta maaf pada mereka,
Tetapi mereka masih tidak berhenti menjerit dan memukulku,
"B#d#hlah engkau!"
Pada umur 10 tahun, aku sudah tahu apa maksud 'Bodoh',
Walaupun mereka memanggilku 'Bodoh',
Aku tetap maafkan mereka,
Tetapi kini,
Aku...
A̷̵̢̡̡̧̛͎̪̜̞̲͉͔͚͓̞͕̪͉̭̦̭̍̎̎ͣ̽͌̍ͬͪͬ̀́̚̕͘͘͟͡͞͠͡҉͟ḳ͎̺̬̩̤̱̭̯̳͍̥̜ͦ̿̂ͅ҉̵̷̸̵̷̨̨̀͘̕̕͟͞͝ư̷̸̶̢̢̢̱̭̖͎̳̤̩̼̯̜ͦ́̌̉͊̅͑͋̈́̈ͣ̈ͫ́̀̇ͮ̋̀́́́͘͟͜͜͝҉ ̛͙̻̳̠̜̝͉ͤ̏̀̚͘͘ḅ̷̙͐ͧͦ͆ͥ̉̈́̄̓́͘̕͢͟͝͞e͙͉͓̮̠̝̗̪̯̲̮̤̲̘̫̽̃̎ͬͣͮͮ̑͗ͩ̽̈́̑ͦ̎ͅn̶̴̼̠̥̱̗̮̥̹͓̠̯͔ͯ̓̇̏ͪ̂̀ͣ̒ͤ̚͘͘͢͝c̺̻̱̺̲̜̱̼̯̱̖̩̤̫̜̬̜̒̓̄̅i̡̧̡͇̹̹͈̘͍͔̭̠͍̦͇̞̳͎̬̖̽̂ͫ̈́ͬ́͘҉̷ǩ̴̭̣͎͍̘̣̘̲̭̙̙͕͒̄̄̽̆ͮͅa̵͎͈̪͔̓̋̉̔̾n̶̸̟̠͚̠ͤ̓̓̅ͥͦ̈́̽ͤ̽ͯ̓̍̊͑͟͟҉̷̨̨̕҉̶̵̡̧́̕͞͝ ̷̵̡͔̳̺̆ͩ̓̀̐̀͞͡m̵̠̼͚̥̜͓̙̎͌ͬ͏̸̷̵̴̧̧̛̛̀̀͘͢͟͢͜͠͝͞e͚̱͓̦̥͎̫͖̺̭̗͓̘̼͍͎̹͖̱͒ͩ̓̋̋́̑ͨ̓̓ͧ͋͡ͅṛ͇͈͔͔͉̦̝͍͖̤͚ͥ͆̇̍̉͐͂͋̾̇̈͒ͨ̈̓̅̾҉̵̧̛҉̴̷̨̧̢̧̡̀͟͟͟͢͠҉e̴̥̺̟̲̳ͩ̓̀̃́ͅ҉ķ̵̵̸̶̵̸̨̧̨̨̧̛͉͙̤̝͇͒͆͗͛̊̇̽̈ͮ̔͛̓ͩͮ̋̉̊ͨ́̀͜͟ǻ̷̭̠̘̟̗̤̦̭̼̹̮͚̬͚̱͚̤̤̕͟
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro