Bab 1
HAMBA IBLIS
Nina disahkan menghidap penyakit mental jenis bipolar.Dia selalu terdengar bisikan bisikan suara di sekelilingnya.Dia tinggal dengan neneknya yang merupakan dukun terkenal di Kampung Sungai Merah.
Namun begitu,ada suatu rahsia yang disembunyikan neneknya kepada Nina.Peristiwa malam berdarah yang sangat dahsyat kini menghantui Nina yang kebingungan.
"Jasadmu ku tiupkan roh iblis,agar dendammu dibalas, menbunuh nyawa kaum Adam yang durjana."
"Datang padaku dan seruku,maka bermulalah perjuangan kau dan aku."
Start:21/4/2021
End:5/10/2021
#1 seram 2021
Ini kisah tentang perbuatan yang syirik,dan khurafat kepada Tuhan.Tiada kena mengena dengan yang telah hidup ataupun mati.
WARNING 🔥
Dilarang sama sekali meniru semua perbuatan dan perwatakan di dalam cerita ini.Kesemua perbuatan di dalam cerita ini hanyalah daya imaginasi penulis yang mungkin berlebihan.Jadikan cerita ini sebagai pengajaran dan JANGAN jadikan nya sebagai amalan
Terlalu ramai yang mensyirikkan Tuhan.Tetapi pernahkah kita terfikir tentang akibat perbuatan itu yang menarik kita ke neraka Jahannam nanti?
WARNING:
Don't write or imitate this story in the slightest, please respect me brainwashed to make this story.Everyone has a mind, so use it well.Anyone who imitates my story, I will not let go or be gentle with them.
From Author:Fea_xix
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Aku bangun dari tidur kala nenek membukakan langsir seluas luasnya yang menyebabkan cahaya matahari terpancar ke arahku yang masih berlingkar di atas katil.
"Nenek,Nina mengantuklah bukannya hari hari pun bangun lewat macamni."Rungutanku sedikitpun tidak dihiraukan nenek.Nenek menggeleng geleng memandang ku.
"Jangan nak mengada ngada,bangun lepastu pergi carikan nenek bangkai dua ekor burung gagak."Awal awal pagi lagi nenek sudah menjadi diktator mengarahkan aku,apalah nasib.
Disebabkan aku memang cucu yang baik,tanpa bantahan aku menggangguk malas sambil menguap.
"Haih,yelah.."
Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk membantu nenek mencari barang barang tertentu untuk kerja kerja memuja makhluk halus yang bertujuan membantu orang orang Kampung yang datang meminta pertolongan nenek.
Aku bangun dan mengemas katil,sebelum langkah kakiku diatur keluar untuk mengambil tuala yang disangkut di luar namun,aku terpandang dua mata yang merah disebalik semak semak yang sedang memerhatikanku.Bulu romaku meremang mendadak,tubuh yang menggeletar ditenangkan sebaik mungkin.
'Nina..Nina...mari sini..'
Kedengaran suara suara yang menakutkan di dalam fikiran ku.Tetapi aku tidak endahkannya kerana aku sedia tahu tentang penyakitku ini.
"Nenek,Nina pergi dulu ye."Setelah mengambil senapang untuk memburu,
Aku terus keluar dan pergi masuk ke dalam hutan untuk memburu dua ekor gagak yang diminta nenek.
"Gagak..mana kau ni?"Aku mengatur langkah perlahan lahan dan menuju ke sebatang pokok yang dilihat terdapat lima ekor gagak yang bertenggek.
Aku membaca mantera yang diajar nenek sebelum menembak gagak supaya gagak tidak lari dan pegun di situ.
Pomm!!pom!!
Bangkai dua ekor gagak terjatuh di tanah,pantas aku menyambutnya dan membalutnya dengan kain merah.
Petang itu,aku sudah selamat sampai ke rumah nenek.
"Nenek...Nina dah balik ni."Nina melangkah masuk ke bilik neneknya.
"Nampaknya nenek takde."Aku mengambil kesempatan itu untuk membelek barang barang yang digunakan nenek semasa mengubati orang.Ada colok,arang,limau,kain merah,dan ada pelbagai jenis botol botol yang tersusun rapi di almari kaca itu.
Tiba tiba mataku tertarik pada sebotol cecair berwarna merah pekat ditepi almari kaca itu.Aku mencapainya dan membeleknya dengan penuh rasa takjub.
Tiba tiba terdengar suara kucing mengiau yang amat memeranjatkanku.
"Miow!!!"aku terkejut tanpa aku sedari botol itu terlepas di tanganku namun aku bernasib baik botolnya tidak pecah tetapi malangnya penutupnya terbuka yang menyebabkan cecair didalamnya mengalir keluar di lantai.Dadaku berdegup kencang tidak menentu.Tanpa berfikir panjang,dengan kalut aku menggunakan kedua tanganku dan memasukkannya kedalam botol.Botol yang jatuh tadi segera diletakkan di tempat asalnya.
Kesan kesan cecair yang sedikit tumpah tadi membasahi lantai.
Terburu buru aku membersihkan lantai sebelum keluar dari bilik nenek.Mati aku kalau nenek tahu aku mengusik barang barang nya!
Aku duduk di ruang tamu,dalam keletihan akhirnya aku terlelap di situ.
Mataku terpisat pisat tersedar apabila nenek mengejutkanku dengan perlahan.
"Hai,Nina kenapa tidur sini ni?ada tak barang yang nenek minta?"Nenek segera mencari cari barang yang dipintanya.
"Ada kat atas rak kasut Nina letak."Aku menunjukkannya kepada nenek dengan teruja,aku tahu pasti malam ini nenek akan melakukan upacara pemujaan,dan aku amat menantikannya.
Setelah berpuas hati kerana barang yang dimintanya telah ada,nenek segera masuk ke dapur untuk memasak makan malam.
"Nenek,ada apa apa yang Nina boleh tolong?"Awal awal lagi aku sudah tercegat di sisi nenek yang leka membuka peti ais.
"Ada,tolong potongkan daging ni."Nenek membalas dan tersenyum memandang ku.Bila masa pula nenek ada duit beli daging?Setahu aku selama ini kami hanya menjamu kentang,sayur sayuran dan ikan sahaja.
"Erm, mesti nenek baru mengubat orang ni..tu yang ada duit lebih."Aku terangguk angguk sendiri.
Sedang aku layan perasaan,tiba tiba tanpa disedari pisau di tanganku yang masih memotong daging terkena jariku.
"Aucch!!aduh."Aku berkerut menahan sakit,kenapa lah aku terlalu cuai?Mahu dibebel nenek gamaknya.
"Laa kenapa cuai sangat?dalam juga luka ni..Nina pergi masuk bilik letak ubat kat luka tu."Aku menggangguk dengan wajah berkerut lalu masuk kebilikku.
"Aduhh, sakit nya,darah ni pun kenapa tak berhenti?"Aku membalut jariku dengan kapas yang sudah dicelupkan ubat.
"Bosannya..."Aku termenung sendiri di tingkap sambil memandang di luar.Mataku mengerling jam di dinding sekilas dengan helaan nafas berat.
Jam di dinding menunjukkan pukul 7:16 malam.
"Hai..dah senja ni,tapi mana si Ilya ni?"Mataku meliar liar mencari cari kelibat Ilya di luar yang suram.Hanya sesekali kedengaran bunyi burung burung yang berterbangan di pokok.
Ilya adalah sahabat aku,hanya dia yang sudi menjadi kawan aku,dia sudah berjanji untuk datang menjenguk aku harini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro