Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sayf & Aydan (repost)

Haluception Sayf & Aydan
— Kim Sunwoo ft. Fourth Nattawat malay au few tweets (from @/wonugajjoa 's universe)

Masa Aydan baru 5 tahun, time tu Sayf baru habis degree dia. Kononnya nak rehat kejap kat rumah kan lepas penat belajar.

Tapi tak lama mana pun rehatnya tu.

Tau tau je Sayf ikut Kamal kerja part time dekat petshop yang dekat dengan rumah diorang tu.

Iya. Seorang Sayf Kaafiy, kerja dekat petshop. Kedai haiwan. Yang ada servis hotel kucing sekali.

Dan iya. Sayf yang dulunya punyalah anti dengan Kkuma sekarang kerja jadi babu kucing.

Kkuma dah tak ada. Kkuma 'pergi' masa birthday Aydan yang kedua tahun.

Sebab sakit tua. Yelah. Kkuma pun dah ada masa Sayf baby lagi kan.

Mungkin memang sudah tiba masa untuk Kkuma berehat dan bertemu dengan ibunya dan Ibu Sayf di syurga.

Yang paling terpukul dengan pemergian Kkuma? Mestilah Eshaal. Kan dia yang jaga Kkuma daripada kucing putih tu baby sampai dah besar.

Eshaal dah sayang Kkuma tu macam anak dia sendiri kan. Sampai Sayf pernah cemburu dengan Kkuma dulu.

Dan Sayf, secara tidak dijangkanya, dia juga turut sama merasa terpukul dengan pemergian kucing putih gemuk yang menjengkelkan itu.

Sebab jujurlah cakap, Sayf pun sayang Kkuma jugak.

Dia cuma cemburu je tengok Kkuma dapat kasih sayang dan perhatian daripada Ayah dulu.

Dan selepas pemergian Kkuma, Sayf berubah.

Sayf jadi pencinta kucing. Tiap kali keluar jalan-jalan je mesti Sayf stand by kibbles dalam beg dia. Nak bagi makan dekat stray cat yang dia jumpa.

Sampai Kamal pun terikut-ikut habit Sayf keluar bawak kibbles untuk bagi makan kucing jalanan.

Terpaling bestfriend kan.

Cuba teka kepada siapa Sayf belanja gaji bulan pertama kerjanya?

Kepada Eshaal? Salah. Ayahnya suruh Sayf simpan je duit dia tu. Tak pun, beli je apa yang Sayf nak. Sebagai self reward.

Kepada Kamal? Tettt. Salah jugak. Buat apa Sayf nak sibuk-sibuk belanja Kamal padahal Kamal pun sama-sama kerja macam dia jugak?

Uncle Luth? Pun salah jugak. Yang adanya Uncle Luth yang belanja Sayf kasut baru. Uncle Luth beli diam-diam tak bagitahu Orked sebab takut kena bebel dengan isterinya itu.

Tapi Orked sebenarnya chill je. Dia bukan jenis isteri yang kongkong duit suami dia. Bukan. Orked ada duit sendiri dengan kedai bunga dia.

Lagipun kalau Orked tahu Luth belikan hadiah untuk Sayf, buat apa dia nak marah? Orked sendiri tahu betapa sayangnya Luth dengan anak saudaranya yang satu itu.

Sayf itu dunia Luth.
Sayf dah macam anak Luth.

Okay peluang untuk teka habis.

Jawapannya Aydan. Kepada adik babynya, kepada Darees Aydan yang Sayf belanjakan duit gaji pertama hasil sebulan dia bekerja.

Petang tu tengah random tengok TV dekat ruang tamu sementara tunggu Ayah dengan Bonda balik rumah, keluar satu iklan.

Iklan aiskrim.

Iklan yang berjaya menarik perhatian Aydan yang baru berusia 5 tahun itu sebab menggunakan karakter kartun Kuromi dan Melody, kartun kegemaran Aydan.

Laju je Aydan tepuk kaki Sayf yang tengah scroll tiktok dekat atas sofa.

"Abang! Abang Sayf!" Panggil Aydan.

"Haa yeee nape? Adik Baby lapar ke? Nak Abang gorengkan nugget dulu tak sementara tunggu Bonda dengan Ayah balik?" Tanya Sayf. Dia terus tutup tiktok dia.

Aydan kecil laju menggelengkan kepala. Tangannya menunjukkan iklan yang masih tayang di kaca televisyen.

"Nak tu!! Nak aiskrim kumori!!" Seru Aydan, heboh.

Sayf kerut dahi. Dia pandang skrin televisyen sebelum kembali pandang Aydan.

"Dik, tu Kuromi dik. Bukan Kumori." Sayf betulkan Aydan.

Tapi si kecil itu tak peduli. Dia terus panjat peha Sayf.

"Adik nak tuu!! Nak tu jugak!!"

Tangan Sayf laju jela peluk si adik sebab takut kalau Aydan jatuh ke belakang pula. Sebab adiknya itu tengah merengek di atas pangkuannya.

Sayf tengok skrin televisyen semula. Aiskrim baru itu dipandangnya.

"Yela, yela. Jom pergi beli." Ajak Sayf.

Mana lah boleh dia menolak?

Semua orang tahu betapa sayangnya Sayf pada Aydan. Padahal dulu dia sempat protes sebab nak dapat adik padahal dia dah tua bangka dah.

Tapi lepas je jumpa Aydan yang baru lahir, terus timbul perasaan sayangnya pada si adik.

Kamal masa tu gelak je. Sebab dia dah agak dah.

Sayf terus capai kunci motor di atas meja kopi. Alat kawalan jauh televisyen dicapai sebelum kotak segi empat panjang itu dimatikan.

"Pakai la topi, kat luar panas tu." Pesan Sayf.

Aydan kecil terus berlari semula ke biliknya untuk mengambil topi.

Sayf tersenyum.

Suka melihat adiknya yang excited itu.

Macamni lah kehidupan Sayf lepas ada Aydan. Selalu kecoh dengan mulut becok si adik yang banyak soal itu.

Tapi Sayf suka. Sebab hidup dia sekarang dah tak sunyi macam dulu.

Kalau dulu dia cuma ada Hayder je, adik si Kamal.

Dulu dekat Hayder jelah Sayf menumpang kasih, acah-acah jadi abang.

Sekarang dia dah ada Aydan. Memang dia manjakan lah adiknya itu.

Aydan pun sama. Rapat sangat dengan abang dia tu. Pernah masa tu Sayf kena pergi camping yang kelab persatuan dia anjurkan dekat universiti.

Aydan demam sebab seminggu lebih tak jumpa Sayf. Nak video call, tempat Sayf camping tu dalam hutan. Mana lah nak ada line.

Lepastu demam lah si adik. Sebab rindu sangat dengan Abang Sayf dia.

Yelah. Adik baby Abang kan.

Masatu memang Ayah dengan Bonda dah pening kepala dah.

Aydan demam tak kebah-kebah. Nak suruh Sayf balik pun tak sampai hati sebab tahu anaknya itu pergi camping bukan saja saja. Atas sebab belajarnya juga.

Tapi lastnya Sayf balik jugak.
Sebab Orked terlepas cakap pada Luth yang Aydan masih demam tinggi, masa Luth tengah call Sayf.

Dan sejak hari itu, Sayf dah malas nak join aktiviti dekat universiti dia. Lantak la markah kena potong pun.

Sayf dah serik nak berjauhan dengan Aydan.

"Abang dah siappp! Adik Baby dah siaaapp!" Aydan berlari terkedek-kedek dengan beg tadikanya.

Kening Sayf terjungkit sebelah.

"Kenapa bawak beg?" Tanya Sayf.

"Hehehe" Aydan sengih lebar. "Adik Baby bawak toys! Nak main dengan toys sambil makan aiskrim Kumori!" Balas Aydan dengan sengihan lebar.

"Kuromi laaa," Sekali lagi Sayf membetulkan sebutan si adik.

"Haa Kuromi." Aydan masih sengih.

Sayf? Tak mampu dah nak cakap apa-apa. Dia terus je dukung Aydan dan bawa keluar rumah untuk hidupkan motor.

Maka petang itu keluarlah dua beradik itu semata-mata hendak mencari aiskrim Kuromi yang Aydan nak sangat tu.

Puas Sayf keliling bawak Aydan naik motor.

Semata-mata hendak mencari aiskrim yang Aydan nak sangat.

Pergi 7E, belum masuk stok.
Pergi speedmart, habis pulak.

Lastnya Sayf bawa Aydan pergi KK mart, jauh sikit la dari rumah.

Tapi nasib baik dekat situ ada. Apalagi Sayf terus borong dua kotak terus untuk Aydan.

Lepastu balik rumah, kena bebel dengan Ayah Bonda sebab keluar rumah tak bagitahu.

Call pun Sayf tak angkat sebab phone dia silent.

Lepastu pergi beli aiskrim sampai dua kotak. Bukannya muat pun nak sumbat masuk peti sejuk.

Lastnya bagi satu kotak dekat Kamal.

—end.

Mon, 5 June 2023 7:57 PM

Repost from twitter @/dearwonhui

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro